Wednesday, June 10, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part II

Adapun hari ni masuk bahagian kedua siri JICA Management Training yang Fendiosman telah hadiri. Sila abaikan wajah lalok Fendiosman itu ya murid-murid. Tak pernah dibuat dek rakyat Malaya bangun subuh pukul 3 pagi. Hadhorrr...tapi dah tanggungjawab sebagai muslim tu kena la kita tunaikan. Walau macam mana pun, WAJIB kita buat ye murid-murid. Ni baru bangun subuh, blom berpuasa lagi. Bayangkan, pukul 3 dah subuh, pukul 7 baru nak gelap. Berapa jam nak puasa haaa?
Hari kedua di JICA hanya dipenuhi dengan taklimat dah sesi lawatan Cik Kiah ke sekitar bangunan OSIC ini. Kenal mengenal bangunan katanya. Dapat la jumpa makmal komputer, gymnasium, studio karaoke (ada lagu Ramlah Ram tak kat sini haaa?)
On the second day, we were given a identification collar pin. Senang nak kenal katanya. Tapi rasanya orang muka ala2 melayu versi Fendiosman ni memang senang nak kenal. Lainlah kalau berwajah oriental, mungkin susah sikit orang nak buat tujuan identifikasi.
Err...ingatkan dah lepas health screening. Rupanya smalam SN ada buat lagi sekali health screening untuk selsema vavi ittewww. Mrasa la meletakkan termometer celah ketiak untuk mengambil bacaan suhu badan.
They really organize things in a very mannered way. Lepas satu....satu. Taklimat kesihatan dah. Diteruskan pulak dengan membuat kat kesihatan. Kot2 terkena sakit demam kat sini, senang nak cerita kisahnya. Bawak je kad kesihatan ini dan tunjukkan di klinik OSIC. Tapi harapnya takde la Fendiosman nak gunakan kad ini dak?
Selesai urusan kesihatan. Sesi pengenalan kepada Ibaraki dan sekitar Osaka, begitu juga dengan sesi memahami struktur pengangkutan awam di kawasan Kansai amnya. Kalut dok membelek tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. One thing, pengangkutan awam kat sini sangat efisien. Almost everyone sumbat masuk kat dalam pengangkutan awam. Kalau bawak kereta sendiri, alamatnya memang lambat la sampai ke destinasi. Kalaulah di Malaya ittewww ada seperti ini, memang Fendiosman pun akan commute everyday ke tempat kerja. Heh.....buat masa sekarang Fendiosman lupakan sajor hasrat nak naik kenderaan awam di Malaya. Jadual tak tepat, tengah naik boleh rosak tengah2 jalan. Frekuensi tak banyak. Bukan nak mengutuk tempat sendiri tapi nilah hakikat yang perlu semua orang terima kan?

This is our classroom. Sila abaikan kedudukan Fendiosman di hadapan sekali. Bukan Fendiosman ni pelajar cemerlang ala2 kat universiti maupun sekolah menengah, tapi sebab nasib nombor Fendiosman diletakkan kat situ, makanya kena la dok depan. Huhu......
Kalau siri dulu datang 23 hari, kami ni ada tambah lagi 7 hari. Makanya kena la belajar banyak benda pasal Jepun. Skali setimbun dia kasik lecture notes untuk 2 hari lecture. Nasib laaaa in English, kalau tak haru Fendiosman nak menjulingkan mata nak paham tulisan mereka yang sungguh unik ittewww....
Selesai la satu hari sesi orientasi. Dah tepu masing2 kan,masa untuk jalan2 keluar. Since hari pertama Fendiosman dah advance sampai ke Osaka downtown, hari kedua ni Fendiosman pendekkan langkah, terus je ke Ibaraki City. Bas JICA ni free...apa lagi! (Nota: Fendiosman jarang posing kat tepi bas...tapi kena la jugak posing sebab nak kasik nampak tulisan JICA tu...)
Destinasi hari ni, stakat soping kompleks MYCAL yang berdekatan. Macam biasa ala, aksi Maria Tunku Sabri menunjukkan destinasi tu tetap kena ada. Hiks...MYCAL ni jual barang2 macam kat Metro Kajang katanya. Takat nak pusing2 kan....
Pusing punya pusing, sampai naik juling mata. Fendiosman rasa berkenan kat satu barang di Jepun ni, suit yang mengikut bentuk badan katanya. Ala2 ada shape kat pinggang. Feeling2 berkebaya katanya. Tapi mampukah Fendiosman pakai? Harga murah, sebab tengah ada sale sekarang. Nak beli ke tidak...nak beli ke tidak......
Sempat jugak ke kedai 100 yen tu, konon nak tengok sobinier! Tapi hagham takde barang menarik. Chopstick? Takat beli kat JUSCO pun boleh.....kaaaaann?
Seharian berjalan, penat tu memang terasa. Makan susah jugak. Makanya pagi2 waktu sarapan, ambiklah nasik di kafeteria untuk dimakan waktu malam. Menu malam ni....serunding ayam, sambal ikan iblis, rendang tok agromas. Apa lagi eh? Kicap Jalen kah?
Dah duduk di perantauan ni kena la berkongsi. Ala2 cemolot dengan semua orang. Kalau tak...mampus la kau lapar. Tak gitu? Katanya....walaupun.....

6 comments:

phachat said...

Wahaha, sgt asob... Menariks, menariks.... cepat cerita lagi. Aku yg x berpeluang pergi ni takat baca kt blog pon ok ler...

perantau.tt said...

hahaha.. walaupun ape yer.. wakakak..

tulah org kata marah2 sayang.. hwhahahaha

tapi mycal tu pun aku pi gak.. alah fendi ko nih mengungkit kisah silam la.. hehe enjoy..! ingat lagi tempat turun bas tu tempat naik bas.. masih sama..

suit? simpan dulu duit.. kat tokyo lagi rambang mata.. hohoh

nishashburn said...

wah, ramai juge rakan yg saya kenal ke sana (berdasarkan gambar2) kemslm kt lum wan liang (boleh ke?!), wong mazalan n rizal (yeke?) ye? ckp kat wong n lum saya nak adiah spesel...

kapalkeras said...

WALAUPONNNNN sangat.. hahahaha....

eh.. ada mamat jepun join ko sekali makan kat bilik kahh?

lariiikkkkkkkkkk!!

MOLY said...

inilah peluang nak comolot
bila lagi kan ???????
:P

beshnya tengok
sangat teruja !!!

swit@kon said...

wah wah.syioknye.....feeling muka encik tayo sejak ke jepun ni no....kim salam puan ilyani!!