Monday, June 01, 2009

Kalau Dah Jodoh Khairul Najwa.....

Adapun hari ni Fendiosman nak sambung kisah Khairul Najwa yang Fendiosman ada ceritakan dalam posting Fendiosman sebelum ni. Reaksi pembaca, macam-macam! Ada yang dok sibuk nak korek siapakah gerangan Khairul Najwa itu. Tidak kurang yang amat bersimpati. Malah ada jugak yang terasa hati sebab merasakan dirinya adalah mirip kepada betina yang Fendiosman ceritakan.

Terpulang kepada pembaca, macam mana nak relatekan cerita pasal Khairul Najwa ni. Ada jugak yang memberi sokongan moral kepada Khairul Najwa melalui Fendiosman. Errr....Fendiosman dah sampaikan perasaan belas tu kepada Khairul Najwa.

Mari kita baca sambungan kisah Khairul Najwa yang kecewa gara-gara jejaka mirip Takuya Kimura yang meninggalkan beliau sejurus sebelum berkahwin.

Dengan hati yang remuk redam, Khairul Najwa merenung diri sedalam-dalamnya. Setelah penjelasan daripada Ibu Sang Jejaka dijelaskan bagaikan ada dan tiada. Namun, penjelasan itu sedikit -sebanyak menenangkan hati Khairul Najwa yang gundah gulana. Percaya pada konsep jodoh pertemuan di tangan Tuhan, Khairul Najwa pasrah dan redha atas ketentuan Ilahi. Mungkin ada yang lebih indah menanti di hadapan.



Nak nyanyi lagu Pelamin Anganku Musnah pun suara Khairul Najwa tidaklah sesedap mana. Khuatir nanti banjir pula bandaraya Kuala Lumpur. Nak nyanyi lagi Kabut Serangkai Mawar, pitching tak cukup tinggi, badan tak cukup seksi ala2 Zaiton Sameon.

Mengeluhlah Khairul Najwa mengenangkan nasibnya. Ala2 bersimpuh di tepi perigi menyanyikan lagu sendi seperti Bawang Merah menanti ibu kaloinya timbul. Tapi bak kata orang, hari yang ceria tetap akan kunjung tiba. Sepekan dua, masuk pula sepurnama dua, Khairul Najwa tetap menjalankan rutin seperti biasa. Makin hari makin dapat lupakan titik hitam yang bersarang di hati. Kehidupan Khairul Najwa makin ceria seperti sebelum tragedi ditinggalkan sang jejaka itu.


Sedang gembira meniti hari, alangkah terkejutnya Khairul Najwa tatkala beliau sedang khusyuk asyik menjalankan urusan seharian beliau, datang pula serombongan membawa persalinan untuk pernikahan, kali ni bukan takat Takuya Kimura, tapi versi Ryo Nishikido pulak yang datang. Bukan nak meminang lagi, tapi terus bawak tok kadi nak ajak menikah.


Khairul Najwa bukanlah murahan tapi memandangkan usia dah agak kertu, dan dari pemerhatian yang dibuat, sang pemuda ini jenis boleh dibuat kawan, boleh dibuat teman. Makanya tanpa berfikir panjang, lamaran sang pemuda terus diterima. Tapi cincin sang jejaka dulu tu masih tetap disimpan tanda betapa berharganya diri Khairul Najwa, dan walaupun ditinggalkan sang jejaka dulu, kali ni sang pemuda yang jauh lebih tampan datang menyunting Khairul Najwa.


Heh....gembira Khairul Najwa bukan kepalang. Dan harapnya lepas ni Khairul Najwa tidak bersedih lagi.....aman bahagia dengan dunia baru bersama sang pemuda bagaikan Ryo Nishikido.

Tudiaaaaahh...cerita apa pulak kali ni heh? Paham tak? Kalau tak paham tu....paham pahamkan je la...buat buat macam baca novel chenta alaf21 yang selambak jual kat kedai tu! Kaaan?

4 comments:

phachat said...

Cis.... macam tau2 aku baru abis baca buku alap 27 tuh... wakakaka, posting yg sangat kelakor.... Ckp kat Wawa, aku turut bergembira!!

*sejak bila pengetahuan ko yg sendu dlm aktor2 oriental ni tetiba meluas??

swit@kon said...

tahniah KN (nama pendek) wah! dah siap ada nama pendek. hahaha

MOLY said...

pandai sungguh la fendi osman ni membuat karangan. konpem la spm dulu A1 kan ? :D

tahniah buat khairul najwa.
kalau dah memang ada jodoh, akan berkahwin juga

ada next episode lagi x ???

xtopak said...

semoga khairul najwa bersyukur dan menghargai jodoh yang telah diperolehi..

perkahwinan bkn setakat suka-suka pakai buang tapi penuh dgn tanggungjawab. ;-)

lupakan yang kisah lalu.. mulakan hidup baru. =)