Friday, June 30, 2006

Bengkel di Sofitel

Semalam seharian aku berbengkel kat Sofitel Palm Resort Senai. Bengkel Pemahaman Peraturan Akademik UTM. Buku peraturan akademik tu dah dibarukan, jadi ada la klausa2 yang ditambah, dibuang dan disusun semula ayatnya. Berpinau jugak dengar moderator baca klausa2. Macam blaja undeng2 pulak. Tringat zaman2 DPA, modul undang2 yang haram aku tak paham. Maka dengan bangganya time exam mata melilau tengok kiri kanan, duduk dekat kawan2 yang ada law degree. Isk, camane la derang bole blaja subjek yang dry cenggituh. Whatever it is, blaja untuk paham dasar ni memang seksa.


Nak cerita kapal terbang..dah bosan, naik turun naik turun...tapi dalam perjalanan tu jumpa la klon Tan Sri Aseh kat epot tu. Wahh..epot skang ada announcement arab. Dulu stakat english ngan melayu je, pastu tambah mandarin, skali kemarin pegi ada pulak arab.


Terkedek2 bawak beg, masuk plane terus lelap. Nak mintak kacang dah malu. Hahaha dalam pukul 6.30 landing terus ke SOFITEL. 1st time duduk situ sepanjang aku selalu turun naik ke JB ni. Resort dia best, bilik beso...comfy! Tapi scarry. Sebelum aku pegi ada gak yang kata berhantu. Dr Zalina cakap camtu, Farah pram pun cakap camtu. Jadinye, malam kemarin aku tido dengan memasang lampu. Hahaha...chett! Penakut! Badan je beso.


Huhu..time nak check in, terperasan la sorang mamat ini. Si Ayiem, Most Eligible Bachelor kat DPA dulu. Terus aku ala2 main sembunyi2 ngan mamat ni. Hehe "Susah la banyak sangat pilihan...". Apa lagi, hantar msg kat Mak Ayam Rais, ajak gi makan malam. Ye la sofitel tu kan tempat jauh dari tempat ngeteh, kene la cari sahabat2 yang ada untuk mengenyangkan perut aku ni. Gi makan kat area Bandor Senai...sambil2 gosip cerita2 ngan mak ayam. Haha...apa pun mekaseh la blanje gue ngeteh. Burrpppp....nasik kedai tomyan tu rasa macam hangus je. Seb baik la telo bungkus dia sedap.


Pagi semalam mula la acara bengkel tu. Dengar dengar dengar dan dengar. Sume staf UTM. Aku je staf MINDEF. Sabo je la...tak kisah la staf mana pun, janji aku paham apa yang nak disampaikan. Selesai je acara mendengar, jam pun dan nak dekat pukul 5. Beg sume aku dah heret, so aku lari masuk toilet sat untuk acara tukar uniform. Back into my torn jeans and tshirt. Tapi, ada la satu insiden dalam jamban tu....gigih aku tukar baju sume, selesai je aku pun keluar la tandas, lupa lak loafers aku tak bertapak yang boleh grip, sambil heret beg tu dengan lantai yang licin, macam nangka busuk beb! Gedebuk jatuh...terlentang aku dalam jamban tu. Ada la plak orang baru nak melangkah masuk...cepat2 aku cover. Aduhh...sakit nye bontot aku....tangan pun sengal2 sampai ari ni. Isk...


Settle ngan bengkel, time to shoot back to KL. Dah pukul 9 camtuh aku pun sampai la ke umah. Aku otstesen, hosmet aku Zul balik, aku balik dia pulak otstesen. Memang tak jumpa. Hosmet sorang lagi la jadi perantara aku ngan Zul hosmetku itu..hahahah....
Hari ni hari last bos aku..tapi dia takde dah...bermula la tanggungan keje aku sebagai Timbalan Pendaftar kat ATMA ni. Makin gugur la rambut kalo camni. Uwaaa...selamatkan la aku dari ATMA ni, nak keluar.......

Tuesday, June 27, 2006

Balik SP laa


Whew..berlari2 aku mengejar bas yang nak bertolak pukul 2359h Jumaat lepas. Dari INTAN Kiara ke Puduraya lepas abis buat show, sampai je kat Pudu ngam2 je bas baru nak bertolak. Minggu ni aku balik weekend jengan orang tua. My dad just got back from Mecca performing umra. Macam biasa bas dua tingkat Durian Burung menjadi pilihan. Bila terbang balik, nanti kene ayat pedas "Amboi anak aku banyak sangat duit dia", so untuk mengelakkan leteran dan ayat2 sentap yang power, baiklah aku balik naik bas. Hmm, decided to purchase lower deck ticket, tak ramai passengers kat bawah, just 6 seats available. So cabin nye agak senyap dah sunyi. Yang membisingkan keadaan adalah aku sendiri, dengan batuk yang sangat luarbiasa bunyinya. Sah2 orang sebelah tu maki aku dalam hati. Rasakan...

Sampai je kat SP, dah dekat nak Subuh, batuk lagi, sampai dalam kereta tak bercakap sepatah haram pun, asal nak cakap batuk...sampai umah je apa lagi terus aku bukak fridge cari ubat batuk bapak aku, hah...ada pun. Dengan tak tengok instruction terus aku ngap...baring la kononnya lepas tu, sedar2 dah pukul 1 petang. Sebelum tu aku sedar la 2-3 kali tapi badan aku rasa melayang-layang. Lalok sehhhh! Boleh tahan jugak ubat ni. Dah pukul 1, mama panggil makan nasik, lama tak makan mama masak nihhhh....sambil makan tu pun aku ala2 stone je! High....

Kemdian siap2 nak gi SEPOSEN (SEkolah sains POkok SENa) melawat adik bongsu aku. Alkisahnye ini orang sudah beli gitar kapok, aku hangin gak since parents aku sengeh je bila cakap pasal gitar ini. Time aku dulu nak beli siap kene soal siasat. Isk..adik ooo adik! Ujan sepanjang perjalanan, kalau tak silap aku dari aku sampai umah pagi2 tadi dah start ujan sampai la petang! Sangat mencabar, aku dengan laloknye merehatkan diri kat belakang, my dad drove the car, adik bawah aku jadi co-pilot. Banjir la pulak kat jalan nak ke pokok sena tu...dah divert ke mana tah...bapak aku cakap, "dah mai jauh2 ni takkan nak patah balik kot, kita khetiaq la cari jalan jugak".

Selesai dah melawat adik aku, balik aku tido lagik. Tak larat la pulak. Suhu sudah naik, panas gile badan ni. Balik sampai umah dah 1900h. Mandi2 sume, terus berselimut. Balik kampung kali ni tak boleh pi mana pun, dengan ujan dengan demam. Isk, tapi takpa la yang penting dapat tengok orang tua. Tah pukul bape aku lelap aku pun tatau. Yang pasti sempat la aku buat posting sebelum ni kat kampung. Hehehe...

Esok pagi2 bangun hajat nak sental nasik lemak Cek Nor kat depan umah, takdak la pulak. So far nasik dia ni la paling sedap penah aku jumpa. Takdak kat KL ni yang sama camtu. Banyak hawkers kat sini tau meniaga tapi haram tak sedap pun. Sudahnye aku tak buntu..tak tau nak makan apa. Start moto pak aku, terus pi pasar tani, cari pekasam. Lama tak tapau bawak balik KL. Ada apom lenggang, sebat la...murtabak mini...sebat jugak, untuk bekpes. Kat umah mama ada muat kue lengat kurma (macam kue talam tapi ada letak buah kurma kat atas - sedap sehhhh).

1130h, dah sampai kat bus stop SP untuk balik KL. Kali ni bas Mara Liner. Punya la tunggu tak nampak pun bas, dah 1220h, patut 1200h dah ada, tapi tayar bas pun tak sampai2 lagi. Dok pastu, nampak la kelibat basnye. Haha...aku sorang je yagn naik kat SP, lain2 seat dah penuh dari Alostaq. Sebab sorang je penumpang, bas kene masuk SP. Hahahaha...nothing much on the way back, singgah kat Bukit Gantang, musim buah kat Perak la ni, durian kampung dah penuh kat kedai2 buah tu, manggis lagik itu ini begitu begini. Tringat zaman2 pegi duduk Bota dulu, kisahnye aku ni bau durian pun aku dah allergic. So bila mak angkat aku hidang durian aku pun makan laaaaaa...."makan la Diey, ada banyak lagi doyan ayah kamu kutip kat dusun" (pekatnye cakap Perak). Berlakon la sat, purak2 makan...sudah abis makan je.....uwwweeekkkkk (acara ni sesuai dilakukan dalam toilet, jangan buat depan mak bapak angkat, nanti derang kecik ati).

Ehh..dah meleret lak posting, gambo tetap gak tak bole nak upload banyak2 since server kat ATMA ni macam hanjeng..umah aku kat kampung yang pakai dial up modem pun lagi laju! Sabar sabar....

Huhu..nak kene wat keje ni. Bos sudah kene posting 1 Julai ni. Untuk bos, selamat bertugas di tempat baru, mati la aku kene tanggung keje!

Saturday, June 24, 2006

Bosan...

Minggu yang macam biasa...aku takde mende sangat citer menarik nak ditulis dalam blog ni. Keje aku cam biasa je, balik2 jadual waktu kuliah, peperiksaan khas graduan bla bla bla..sampai aku naik muah dah dengan keje aku.

Last week meeting dengan Pak Maon pasal Jawatankuasa PPP apa kebenda tah..tetibe je kene panggil jadi ahli, so aku dengan bangganya la memintak jasa baik Pak Maon untuk beli software untuk plotkan jadual waktu. Dan keputusannye, memang Pak Maon dalam proses membeli software tu dengan kerjasama BTM ATMA. Jawapan yang memang aku nak dengar selama ni. Untuk Pak Maon (Dato' Komandan), terima kasih banyak2 atas apa yang telah disediakan. Dalam kelam kabut Pak Maon ni, ada gak perasaan kesian nun di sudut ati kecilnya.

Weekend lepas jugak aku pegi Dinner Alumni Artisukma UKM yang mengumpulkan artis2 UKM dari zaman tok kaduk dulu sampai la kabaret2 yang baru grad. Artisukma = Persatuan Artis2 UKM. Isk, artis jugak aku ni heh. Apa pun, dinner was great. Ada joget lambak lagik. Mak ayam panggil naik stage, dengan batik bersepatu, macam pakcik2 tua masuk dangdut pulak rasanya. Sudah dihantamnya Johore Sport Club, start je muzik, terus aku jerit "Round 59..." macam cite Lantai T Pinkie la pulak. Terancang tunjuk, alah segak alah jaga bagai, siap kunang2 mabuk sume, abis muzik terus semput. Kah kah kah...maklum la lama tak goyang2 macam zaman ligat dulu.

Minggu ni plak represent bos aku untuk meeting HUT ATMA yang ke 11. Ulala, masuk2 je bilik meeting aku sorang je yang takde uniform. Lain2 sume jantan2 askar, aku je jantan kabaret. Oh tidakkk...dah la CO pun tak kenal aku (dimaafkan sebab CO baru), orang lain sume pandang2 macam aku ni wat salah. Maklumla kan aku ni civillian, derang sume ada unipom, walaupun pangkat tak besar mana tetap la ada unipom.

Minggu ni jugak la aku rasa malas tahap cipan nak keje. Kadang2 aku rasa muak asek buat benda tu je...maka pada hari Jemahat, dengan niat jahat aku pun purak2 nak amek EL, tapi memang btol pun pasal moto aku bengong. Tapi normally kalo moto takde pun, aku bole naik komuter ke tasik selatan untuk ke opis. Nak dijadikan cite, aku call Kak Saadiah aku nye kerani tu cakap nak EL, kemdian aku call Kak Radzmah, kerani lagi sorang untuk maklumkan pada bos aku dan last skalu aku sms bos aku mintak EL, sudahnye bos aku call, tak payah EL, datang pejabat.

Dengan akurnya aku pun bersiap2 nak gi opis dalam keadaan yang terpaksa. So, aku pun taip sms untuk hantar ke Kak Saadiah untuk cakap aku tak jadi EL, gini ayatnya "Mati la bos tak kasi EL, sia suh datang jugak". Dengan yakin aku pun send. Dapat je delivery report, message sent Cik Hussain...mati la aku tersalah hantar kat bos la plak. Masak aku...masak...

Sampai je opis, mengadap...bos tanye "Kamu mengata saya kat belakang ke?" Aku pun cakap la.."mana ada cik hussain, saya hantar nak cakap pasal tak jadi cuti, message tu patut kene baca camni" siap aku buat aksi2 lagi bagaimana ayat tu patut dibaca. Yang jadi issue bos aku tu salah baca, dia ingat aku suruh dia pegi mati. Alahai...kesian aku, kesian lak bos aku. Apa pun, moral, jangan hantar SMS kat bos..nanti salah baca.

Huhu...takpe la minggu depan elok la kot bos aku tu. Aku insap, takmo EL2 lagi dah. Slama ni aku tak penah wat. Tu la, tak penah wat jahat, nak wat jahat gak. Padan muka.

Well, last nite aku ke INTAN Kiara lagi sekali. Kali ni menggegarkan dewan serbaguna intan dengan kawan2 kabaret batch 2/04. Zapin ghalit lagi...tapi rata2 audience kagum la ngan kebolehan kitorang ni kan. Macam pro dancer katanya. Ahh..lantak la, yang penting sume orang enjoy, nak2 budak2 2/04 yang datang bagi sokongan. Macam biasa la kalau zapin, vokal tak hengat bergegar satu dewan. Ahaks...untuk kawan2 kabaret (Chen, Jaja, Midy, Pidah, Pian, Jojie, Jimmy, Miri and my partner Sara) thanks for ur time and effort untuk pektis. Lenkali kita nari lagi ehhh?

Ok la, cukup untuk hari ni....kali ni pun takde gambo nak letak..nanti la aku letak untuk posting pasni....Wallahua'alam

Thursday, June 15, 2006

Apa ya? Aku sudah weng...

Hari ni berpeluang mencuri sikit masa nak menulis kembali dalam blog aku ni. Untuk pembaca-pembaca yang setia, ampun banyak2 atas ketidaksempatan aku menghapdape blog yang idup segan mati tak mau ini. Keh keh keh...

Minggu ni concentrate jadual waktu kuliah untuk tahun 1 dan ke atas. Juling mata aku tgk jadual diorang yang sangat pelik. Isnin petang tak leh usik, ada military training. Jumaat petang tak leh usik, ada TTS (Tempur Tanpa Senjata). Malam tak leh ada kuliah. So waktunye amatla terhad ditambah pulak dengan pensyarah2 part time yang request itu request ini untuk mengajar. Nak kelas kul 3 ke atas, nak kelas kul sekian2. Belum lagi pensyarah dalaman, nak kelas isnin pagi nak kelas itu nak kelas ini. Kang aku tak ikut, mogok lak pastu datang serang aku. Kalau ikutkan ati, aku bagi je apa yang aku dah buat. Tapi ikut la motto "KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI". Baru la customer oriented namanya, selaras dengan apa yang dikehendaki oleh pihak atasan.

Jadual dah siap untuk Foundation Year, junior la tu. Kelas pun dah running alhamdulillah. So far ok kot. Tapi kadet2 baru ni masya allah kelakar tak hengat. Normally untuk civilian tak patut salute bagai. Tetiba sedang elok aku jalan nak mengadap bos aku. Tetiba je...tegak berdiri "Selamat Petang tuan...saya _______ (aku tak ingat nama daaaa, siap sebut nombor tentera lagik) mohon kebenaran untuk menjalankan tugas" Hah lantak korang la..tapi yang aku fobia bila derang hentak kaki depan2 tatkala aku dalam keadaan tenang dan fikiran ala2 braeakaway. Akan berlaku la aksi2 memalukan dari Penolong Pendaftar sepertimana semalam. (Hoiiiiiiiiiiii....apa...eh..apaaa - malu malu malu). Nampak cengey, suara tak hengat kuat tapi masya allah kantoi plak. (Moral : jangan sakat orang suka melatah, kang lekat kat diri sendiri). Untuk mak long kat Bota Kanan, ampun sebab slalu usik Mak Long dulu...tobat takmo dah. Seksa jadi camni. Orang buat main slalunye.

Macam2 ragam aku tengok budak2 baru ni. Yang pakai baret macam ultraman pun ada, yang macam roti nan pun ada. Excited giler nak masuk kelas. Rasakan la bilik tunggang langgang, kena susun sendiri. Korang nak belajar, susun la kerusi sendiri. Takde pekdahnye aku gi susun untuk korang. Abis rosak kuku aku ni...hahahah

Untuk adik2 yang KG dan menghitung hari untuk passing out depan orang ramai, semoga tabah ye. Ada la sorang ni masik tak caya kene buang. Peliknye dia takmo jumpa aku, dia sudah pos kawan dia pulak. Ala2 berlakon cerita Tamil sangat. Tak boleh tidur malam la, tak lalu makan la. Memacam. Kalau dah semester lepas result teruk, knape semester ni masih nak main2? Nak kata aku pandai sangat kat UKM dulu tak jugak. Tapi at least aku sedar kat mana kedudukan aku. Bukan tak penah dapat result bawah 2.0. Penah, tapi pandai2 la bangun sendiri. Nak jatuh tergolek senang, aku jatuh dulu dari kedudukan yang tinggi, bila dah jatuh tu sakit nak naik balik. Tuhan saja yang tau betapa seksanya nak naik semula. Azab! So apa yang aku lalui dulu tu aku jadikan iktibar dan teladan untuk adik2 yang tengah belajar ni. Yang mana penah aku nasihat waktu semester lepas dulu, ada yang insaf, syabas. Yang tak reti2 bahasa tu, aku malas nak cakap apa dah. Sendiri buat, sendiri tanggung. Ada yang parents datang, marah Pejabat Akademik pasal tak ceritakan masalah anak diorang which I totally disagree. Ingat ini sekolah menengah ke? PIBG? Masalahnye anak2 diorang MALAS. Tak mau belajar! So itu bukan masalah Pejabat Akademik. Tu masalah diri sendiri.

Dah letih aku mengomel kat sini. Nak sambung keje ckek. Ni ha ada kadet yang dah kene berenti datang jumpa nak surat pengesahan untuk menyambung pengajian di tempat lain. Nak entertain sat. Ingat "KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI". (Mati la kalau mak ayam Rais tgk ayat ni)

Wa ilalliqa'. Ma'assalamah

Monday, June 05, 2006

Mari menapau kacang

Hoi apa! Ehh...apa (Pidah, ko tau kan apa ini?) Kejap je rasanya dah dua minggu berlalu. Lama gak aku tak update blog ni dek kebizian (purak2 bizi ke?) yang amat sangat. Minggu lepas turun JB lagi, mesyuarat jawatankuasa tetap senat mengenai peperiksaan. The week before pun turun JB jugak, pembetulan keputusan peperiksaan sebelum mesyuarat. Masya allah, terkangkang kau. Sampai demam2 kat opis ari ni. Batuk2 dah start...huk huk huk...Minggu depan lagi satu pun kene ke JB smula, proses slip peperiksaan budak2 kadet ni.

Awalnye tahniah kepada para pengantin baru yang melangsungkan perkahwinan ari tu. Acap hosmet lamaku, Kid matrik mateku, Cik Jah Figure of 8 dan Hasry (aku tambah nasik wooo kat umah kenduri). Semoga ikatan yang dijalinkan kekal sepanjang hayat. Amin.

Cerita terbang ke JB last week, aku terbang GCC. Well, macam biasa la kan terbang GCC sah2 la ada makan walaupun kejap je. Tapi ada la insiden yang aku malu giler sampai la ari ni. Kisahnye hobi aku yang suka mintak salted peanuts (kacang masin) dari kapal terbang tu tak kira la kelas apa pun aku terbang (sedap la kacang tu, tambah2 kalau makan sambil minum coke). Kali ni gini ceritanya:

Aku : Cik, boleh saya mintak kacang tak? (aku dah translate melayu ha)
Pram : Sure, I'll come back to you shortly..

Sedang aku dok rilek tu dia bagi la 2 paket kacang...dalam hati aku terdetik, (Mak aiii kedek gile bagi 2 paket, aku dok EYCL pun dapat 3-4 paket)Time dia serve makan aku tanya la lagi:

Aku : Can I have extra packets of these please (aku tunjuk kat kacang aku tu)
Pram : U want to tapau Mr Tariq?
Aku : Boleh jugak (sebenarnya memang nak tapau pun)
Pram : I'll come back to you shortly sir...

Dok kejap lepas tu, sampai la masa nak landing, diorang pun mula distribute hot "tarwel" (ikut style SQ nye cabin crew), dan collect pinggan. Nampak la pram tu bawak satu beg plastik. Aku ingatkan apa...rupanya:

Pram : Mr Tariq, your peanuts as requested...(seplastik besar dia bagi aku)
Aku : Mak aiii...banyaknye. (muka aku dah panas sebab malu)
Pram : Tadi encik cakap nak bawak balik, ni saya bungkuskan la....

Masya Allah, malunye aku. Satu beg penuh dekat 40 paket kacang aku dapat. Siap ada tulis "PROPERTY OF MAS" lagi. Macam perli la pulak kan? Dalam hati dia aku rasa mesti camni, "nah, hamek sume...nak tapau sangat!". Tapi apa pun, servis dia best aaaa...mungkin dia guna pendekatan "Going Beyond Expectation". Takpe la, dalam malu2 tu aku tetap jugak letak dalam beg, pastu gi UTM buat kenduri kat pejabat akademik. Hahaha (morale: jangan mintak tapau makanan dari kapal terbang).

Previous week, ada insiden memalukan gak. Ni kat KLIA pulak, bila nak naik limo. Dengan muka slambe aku heret beg kat arrival hall lepas beli kupon teksi (berangan jadik crew la kunun heret2 beg). Sampai kat depan gate tu dengan yakin aku bagi kupon kat orang jaga teksi tu (terkedek2 heret luggage dengan garment bag lagi), ok la dia tunjukkan teksi. Normally kereta yang ada Hyundai Matrix, tak pun Proton. Kali ni dapat kereta apa tah, yang kena panjat dulu ke dalam baru duduk tu (luas tak hengat, satu kampong leh muat dalam tu).

Nak dijadikan cerita, aku ni naik penuh yakin tak tengok belakang. Ala2 letak ponggong dulu baru naik kaki kan! Skali aku letak ponggong tergolek terlentang aku dalam teksi tu...yakin sangat (malu gilos aku...). Apa pun tetap gak aku cover. Kali ni purak2 la kononnye kaki tersadung kat pintu. Hahaha (apa pun tetap la aku malu..panassss) (Morale: Biasakan diri anda buat imporvisasi bila ada insiden2 memalukan).

Dah abis cite malu, masuk cite keje lak...macam biasa bila peksa abis, kena proses la result. Bila dah proses, banyak la keje nak kene buat. Macam nak tercabut bontot aku bawak kotak 30 kilo. Berat sehhh angkut mende tu. So, meeting kat skudai minggu lepas baca result kadet2 ni. Alhamdulillah, tak banyak sangat problem macam semester lepas. So far ok la. Berdepan ngan TNCA baru. Sempoi je, cool! Tapi orang kiri kanan dia lak banyak bunyi.

Isk...Delegates ATMA ada 7 orang including me! So, bentang keputusan sume, ada la kot 17 orang yang KG. Slamat la adik2 sekelian. Hari ni prepare memo untuk BPLK nak maklumkan bape orang yang KG, yang Grad lagi. Manyaknye keje......Lillahi Taala.Cukup entry untuk hari ni. Malam ni toink toink kat INTAN lagi. Minggu depan dah show. Lentik lentik...ahahaha.....

p.s aku lupa bawak kabel camera aku, so esok aku update posting ni dengan gambo2 skali ye!