Thursday, December 29, 2005

Statistik oh statistik...

Perrrggghhhh...berpinau mata aku minggu ni main2 ngan nombor. Mesyuarat bulanan komandan esok, so aku kene prepare statistik keputusan peperiksaan pelajar. Keluk2 sume kene buat. Tangan asek tekal kalkulator sebesar meja tu! Oh tuhan. Hari ni 1 + 1 pun aku bantai tekan kalkulator.

Total 18 orang kene tendang...selamat jalan adik2 sekelian. semoga kalian berjaya sebagai orang awam (macam la aku ni askar kan?).

Dah dengan statistik tu...ada la pulak cari Bahagian Pembangunan dan Latihan Ketenteraan mai nak amek result semester2 lepas. Ada ke hantar SISKA je mai amek. Sulit oooo...sah2 la aku letak cop mohor kat embelep tu. Sini istilahnye Sulit Untuk Anggota (SUA) Kejap2 datang, kejap2 datang..mula2 nak tahun Asas, pastu datang lagi nak tahun 1, pastu datang lagi...nak lagi. Membara je aku....huh!

Hari ni masuk hari ketiga aku tgk nombor ni. Macam2 status nak dicari, kenapa student berhenti, kenapa ramai kena tendang, kenapa itu kenapa ini...Dato Komandan ni banyak soalnye kang. Kene prepare untuk pengarah tersayang. Kalo tak mau terdiam pengarah aku dalam bilik meeting. Apa2 aku siapkan mana yang patut.

At the same time siapkan permohonan untuk ke JB minggu depan. Amek result budak2 ni. Kene cetak kat JB. Angkut mai kelumpo. Aiyoooo...patah bahu aku angkat. Ada 1402 keping, heret2 kat senai..pastu klia lak. Alahai...minggu lepas dah kena, 118 keping ijazah yang dah disainkan.

Claim dah submit...senang cerita..bulan ni dah sampai ujung, so berjaya la aku claim dekat2 seribu. Ahaks...baru 2-3 kali keluar dah seribu. Aku dok bayangkan kawan2 yang slalu otstesen musti lagi banyak claim derang. Jeles tul aku kat kekawan yang dapat claim manyak2 ni. Tapi dalam2 jeles tu, aku syukur gak la. Koman2 aku keluar gak dari opis ni. Ada yang tak dapat keluar langsung tu lagi la aku kesian. Makan gaji pokok je tiap2 bulan. Huhuhu.....

Ehh...dah panjang pun posting ni. Err....dulu2 sblm aku masuk PTD ni ada aku apply masuk MAS as Cabin Crew. Ahaks! Dan aku dapat! Well, here are the requirement...sape2 yang teringin nak terbang di awan biru (penat dikkk...kawan gue ada yang tengah terbang skarang..menunggu hari nak keluar je...), ni sedikit panduannye...(aku amek kat site MAS)



Malaysia Airlines welcomes anyone who enjoys the art of air travel to join our family. As a member of the Malaysia Airlines cabin crew, you are passionate about how you engage with others and you display a pleasant yet confident disposition. While being the master of social skills, you still maintain that human touch in all your personal encounters.
At Malaysia Airlines, we offer rewarding careers for flight stewards and stewardesses. Apart from a highly competitive salary package plus allowances, you will also be accorded travel, medical and other fringe benefits.


BASIC REQUIREMENTS:

-Malaysian, aged between 18 - 30 (as at date of interview)
-Minimum academic qualification: Pass Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) with a pass in English taken in one sitting OR SPM open certificate with pass in 4 subjects including English taken in one sitting.
-Fluent in Bahasa Malaysia and English
-Minimum height - Female: 157cm, Male: 165cm
-Excellent health and good eyesight (not colour blind) and pleasant personality
-Experience in customer service would be an advantage The job will be based on a five year contract.

Qualified and interested candidates are welcomed to our walk-in interviews which will be conducted from time to time. The time and venue will be publicised via advertisements in selected local newspapers as well as in the Vacancies section of our website.


INTERVIEW REQUIREMENTS
You are required to bring the following:

-Your letter of application
-Original copies of academic certificates
-Identity Card and a recent passport sized photograph
-As with any formal selection process, please be suitably attired


THE SELECTION PROCESS
The procedure below will be done during the interview. We normally conduct a walk-in interview. This will be completed on the same day.

-Height measurement
-Verification of original document
-Preliminary interview – for candidates who have passed the above
-Grooming assessment
-Final interview – a more detailed assessment of the capabilities and personalities of candidates


THE TRAINING PROGRAMME
Successful candidates will undergo a training programme for approximately three months at the Malaysia Airlines Academy (MAS Academy), Kelana Jaya, Selangor. The training consists of 4 main parts.

Part 1:Induction and familiarisation programme within the company, such as Company Rules and Regulations. Other areas of development include grooming and interpersonal skills.
Part 2:Communication and hospitality
Part 3:Responsibilities and duties in the cabin
Part 4:First aid and safety procedures
As part of their assessment, trainees are also briefed and will undergo in-flight observation.
At the end of the training period, Malaysia Airlines will co-ordinate a graduation ceremony for successful trainees.


Hmmm cukup untuk hari ni. Tapi sblm tu aku ada satu lagu yang best...

sila la melawat site ni untuk mendenganr lagu ni...

http://www.tembang.com/detail.asp?lid=2201

aku dok asek dengar lagu ni dalam ASTRO Prima...menarik! Video clip dia best!

Semusim by Chrisye

semusim bersemi bunga
dalam kelembutan
cakrawala senja
pagi benderang
jernihnya semesta
dalam wangi bunga
menyambut insan bercinta

sentuhan bibirmu
membakar peluhku
bergelora tak terlukiskan
sukmaku jiwaku
berpadu bermesra
dalam kabut cinta abadi
selamanya ....

adiosssss

Friday, December 23, 2005

SISKA, exam dan result....

Whew...
Hari ni aku masuk office smula. dari hari isnin aku berkampung kat Skudai, persembahkan result exam semester 1 0506 kat Senat UTM. Macam2 result yang keluar. Yang KB tu aku tak kisah sangat, pasal memang dah takde masalah. Yang KS ngan KG tu ada masalah la, sebab menunggu masa untuk ditendang dari ATMA ni. Kesian gak bila tgk result diorang dulu. Aku terbayang time aku jadik student dulu. Bukan tak biasa dapat result teruk, tapi bila tgk result orang teruk, aku ngeri aaaa....

Masuk je opis hari ni, ada la yang kene panggil mengadap. Kaedahnye diorang patut jumpa Timbalan Pengarah, sudahnye aku lak jadik mangsa mengadap. Muka sedih sorang2. Tahun Asas, as if macam matrik kat luar la. Aku tanye nape result teruk, jawabnye terkejut dengan sistem belajar kat sini. Yang student pompuan plak, aku tanye "Kenape result macam ni?", terus dia sentimental...aiyooooo. Tap..tap..tap...aku tgk dia meleleh. Oh tuhan. Dan dan je aku terpikir kat adik aku yang sama2 blajar tapi kat tpt lain la. Cemane diorang struggle nak dapat result yang cantik.

Aku dulu pun sama gak, struggle macam nak gila time matrik. Sudahnye dapat la aku masuk 1st year kat UKM tu. Result pun ala2 gak...tapi ok la, takde la bagus sangat. Cukup sekadar kemampuan aku yang tak brape cerdik ni. Hes hes hes...

Takpe la adik2 SISKA sekelian, berusahalah. MAk bapak dah hepi korang dapat masuk ATMA, jangan sia2kan peluang yang dah diberikan ni. Ramai yang queue tunggu nak masuk tapi tak dapat. Rugi la kalau camni!

Well, berbalik cerita ke JB, aku lepak Pan Pac. Kebetulan ada mesyuarat penggubalan akta baru, jumpala se Davina Mak Kadi JPN kat sana. Apa lagi...libur2 sama2 la. Heheheh...jenjalan kat City Square JB, temankan dia soping. Aku ingat takmau beli apa2 dah, skali terbeli gak baju. Tapi kan...ada reason yang kukuh, sebab aku nye baju dah abis stok. Tak sangaka kene stay pepanjang kat UTM tu. Kalo tak sah2 aku recycle baju yang ada untuk balik kl. Ala..bukan orang perasan pun kan?

Hmm..minggu ni ujung minggu yang panjang. Meri krismas ahad. So isnin cuti. Yeeehaaaa.....tapi untuk ujung minggu ni, ada bayak kenduri. Slamat la duit aku, makan free...hes hes hes...alhamdulillah rejeki. Untuk Bohi (SMAPK), Syida, Suhana & Burn (PTD), selamat pengantin baru aku ucapkan. Semoga perkahwinan yang diikat ni kekal sepanjang hayat. Insya Allah.

Wednesday, December 14, 2005

Kejang di Meeting Room

Aku tak tau nak mula kat mana hari ni. Dah 2 hari aku tak buat posting. Sibuk nye pasal. Ye la..dua hari berturut2 aku bertapa dalam bilik mesyuarat utama ATMA menjadi setiausaha mesyuarat yang paling setia. 2 hari la jugak aku balik keje bila bulan tengah mengambang. Aku takde hal...sebab blum ada komitmen yang jitu! Tapi kesian lak tgk staf yang dah ada anak2 kecik ni kan? Malam2 anak2 nak attention, tapi dah tugas..kene berkorban. Nasib la ek...nak wat cemane. Keje bermusim....

Smalam ngan kemarin 2 hari aku mengadap result exam budak2 SISKA ni. Pergghh..yang pandai, teruskan kepandaian korang. Yang kena tendang, selamat menjalani kehidupan sebagai orang awam semula. So far dalam rekod aku untuk semester ni ada la 18 cadangan yangnak ditendang. Apa pun ni subject to approval from Senate UTM. Kalau diorang kata ok..ok la. Isnin depan Insya Allah aku ke Skudai lagi. Tapi kali ni tak la buat lawatan Cik Kiah. Serik aku dah..

Bila aku balik sini semula, teringat kenangan pi modul tentera time kursus DPA intan dulu. Serba sedikit cerita tentang tentera ni...this was the first outcampus module for us from sidang B.

Ahad 3 Julai 2005, bertolak ke Pusat Latihan Tempur Tentera Darat, PULADA. Pagi2 lagi berkumpul kat OD intan tu. Naik bas....awal2 tu tak bape mesra lagi ngan ahli sidang..maklumla kawan2 baru. Hehehe...berenti makan kat ayer kroh..aku sental seadanya, tak breakfast dohhh...

Dalam kul 1 camtu sampai la ke Ulu Tiram. Kem ni menjadi tempat tido selama seminggu. Heheheh. Tak tau apa nak jadi...lantak pi la..bas bawak pi mes..makan punya la sedap. Sental lagiiiiiii. Pastu terus hantar depan berek. Pecah platun...aku dapat la platun 1 dengan a few fwen. Hmm...makan ubat malaria tah hapa tah. Petang tu terus orientasi kem, dapat peluang try kuih gulung tentera yang famous tu. Mau muntah ijau tengah padang. Apa pun, aku maintain. Balik berek, masuk toilet...uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk keluar segala isi perut aku. Hahahha padan muka. Slama ni aku dok tgk SISKA kene, skang aku dah rasa.

The very next day, kehidupan kitorang dipenuhi dengan kenderaan 3 tan tu. Rambut dah potong rekrut. Macam sami buddha plak. Pakai baju loreng..sebijik askar. Hmm...panjang ropenye cerita ni.

Banyak aktiviti mencabar kisahnye. Well, tido dalam utan. Time tu merasa la tak mandi tak berak tak kencing sume. Muka berminyak ngan mekap askar ijau itam coklat tu. Makan ration askar (eh..sambal sardin tu sedap aaaaa), ambush malam tu tetap menarik walaupun tertido2 menunggu musuh. Aku pulak betul2 landing atas sarang semut, masya allah gatal tak hengat, siap masuk dalam seluar lagi. Ayoyo....nyamuk toksah kira la. Repellant abis dikongsi..konon takmo bintat badan la. Ceh....manje!

Naik gunung panti was such a great experience. Letih nye...dah le takde trek, main redah je jalan ke gunung tu. YAng ni banyak menguju kesabaran. Sebab too steep. Siap kene panjat batu lagi. Wowowo..aku kagum dengan diri aku sendiri, cemane aku leh lepas aku pun tak tau.

Apa lagi ek...haa...main2 dengan M16 tu aku rasa common kot. For a 1st timer menembak, I managed to get 13/20. Tak tau la, tapi pada aku ok la. Aku tau ada kawan2 yang dapat lagi banyak. Tak heran ahhh...hahaha..kemampuan diri sendiri.

Anyway, among all..repailling (betul ke aku eja ni?) tu menguji keberanian aku turun dari tempat tinggi. Menara goyang..kene gak turun. Main redah je. Janji sampai tanah...kan kan kan?

Errr...aku lupa lak, inokulasi tempur tu sungguh la mencabar. Peluru lalu atas kepala...bawak M16 crawl2. Bom meletup lagi. Yang aku heran time aku lalu kolam tu je mesti bom meletup, orang lain tak pulak kene macam aku. Air busuk tak hengat...tadah je la. Yang pasti baju aku paling kotor antara semua. Kes mandi selut. Yang menarik, budak2 pompuan ni kan bila kene merangkak pakai M16 tu buat muka seposen menahan berat. Konon berat la...tapi bila dah kita amek bawakan untuk derang, mencicit tinggalkan hamba abdi yang bawak ni. Grrrrrrrrrrrrrr........marah pun ada. Tapi toksah kira apa la. Kawan nye pasal

On the last day, ada log relay. Aku tak dapat lupa bila aku kene carry 'anak tiri' aku yang pengsan. Siap lempang2 lagi. To Zakuan, sori ye aku lempang ko. Ye la..ko pengsan sambil senyum, mata tak tutup. Cemane la aku nak caya.

9 Julai balik smula ke INTAN. Muka hangus, jemur tengah panas. Kawad bagai...kaki melecet...tak biasa pakai boot. Padan muka. Apa pun kenangan kat PULADA mengajar aku erti ketahanan diri. Mental semua tu (quote Staf Edwin ngan Staf Rosli). I managed to go tru all the obstacles..kira kuat la aku ni. Sambung lagi lain kali. Cerita modul lain lak ye...daaaaaaaa

Friday, December 09, 2005

Rombongan Che Kiah Ke Skudai

Huargghghhhh....mengantuk seh! Letih jetlag...chewahh..macam terbang jauh je! Smalam buat lawatan Che Kiah ke UTMSkudai. Trip amek jubah konvo ATMA on 18.12 ni.

Smalam trip bermula kul 9 pagi dari Sg Besi..10 malam baru sampai balik. Mana taknye, siap singgah Batu Pahat..beli kerepek. Tangkak lagi, beli kain. Aku yang tak bersalah ni tetibe kene heret sekali. Staf2 aku nak beli barang. Anak pinak ramai. Grrr..geram aku. Ye la, kalau awal lagi takpe, dah lewat kene ikut gak. Muka aku pun macam2 warna jadinye...menahan rasa geram. Biasa la kalau pompuan beli kain kan lama..hahhaha. Yang peliknye lelaki pun sama, beli kain ngalahkan pompuan. Takpe, pasni kalau ada trip jubah lagi, aku nak bawak yang belum kawin je. Tak pun SISKA. Pegi..amek barang...terus balik. Dah tak payah nak susah2 singgah sana sini..

Anyhow, bas ATMA tu penuh dengan jubah UTM. KAli ni mrasa aku pakai jubah UTM plak. Jubah menarik...sebab bukan student punye...so ala2 mak hayam la...jubah vogue!

Aku balik je terus p join budak2 futsal makan. Jadual kembali seperti biasa...malam jumaat ada futsal. Yang pasti pagi tadi aku masuk lewat. Saje je..buat suka ati mak bapak sendiri kan. Dah balik lambat sangat..rasakan!

Err..apa ek...one thing about DPA...kat INTAN tu kitorang diajar untuk panggil Penyelaras Projek Kanan (PPK) as tuan. Err..wierdo...terlalu kebritishan. Aku kat sini gred 41 pun orang panggil tuan. There's nothing to be proud of. Rimas pun ada..aku bukannye apa, sekadar nak memberi pandangan membina. Adakah dengan panggilan tuan itu akan meninggikan rasa hormat orang kepada seseorang itu? Kalau tuan tapi perangai macam tak tuan..takde gunenye gak kan? Tolongla sape2 ubah la mende ni. Tak gemor teman.

Dah la tu..melalut lak. Manyak keje ni...satu lagu untuk hari ni

Masihkah Ada Cinta by Rahimah Rahim

Betapa pun jauh pandangan mata
Betapa pun bebas kaki melangkah
Namun terasa diri terpenjara
Oleh suatu ikatan yg tidak ketara

Walau kau cuba menjauhkan diri
Walau kadangkala aku membenci
Namun setiap kali terpandang mu
Kehangatan di hatiku dingin bagai salju

Antara kasih dan kasihan
Antara jemu dan harapan
Biarkanlah di sini
Aku terus begini sendiri

Tak mungkin ada yang dapat mengerti
Gelisah yg datang melanda diri
Masihkah ada rasa cinta
Ataukah sekadar kau berpura-pura

Yea yea..esok cuti...yea yea...

Wednesday, December 07, 2005

Kembali ke ATMA

Assalamualaikum..

Kembali semula..lama dah aku tak menulis ni. Alhamdulillah, dah tamat Kursus Diploma Pengurusan Awam dengan jayanya. 6 bulan macam 6 hari je. Rasa macam baru semalam aku berjalan2 kat taman rimba komanwel tu...tup tup smalam aku dah tercongok kat ATMA ni semula.

Banyak pengalaman yang aku dapat kat sana. At least mentally aku dah strong enuff, walaupun tak totally strong, at least cukup la nak membantu aku menghadapi masa depan dengan cerlang. Hes hes hes...

To all friends...I miss u all. Sidang B penggal I, sidang C penggal II, kekawan lain, kabaret2 sekelian..memori yang ada akan aku simpan sampai bila2. Sedih, gembira, marah semua adat idup la kan. Kenang2 balik sume tu..isk isk isk...sedih ohh...acara perpisahan jumaat lepas cukup pilu pada aku. Bila lagi aku nak berjumpa dengan kekawan semua. Kalau tak nangis tipu la namanya. Tapi ada yang cukup kuat untuk tidak menitiskan air mata. Tah le..part2 pisah ni tak leh tahan aaaa..time keluarga angkat pun meleles ngan mak angkat. Hhuhuhu.....

Ingatkan nak ceritakan pengalaman aku time DPA tu..nanti la ek..wat masa ni, ni je yang termampu, pasni aku citer part by part..aku fokuskan kat modul2 luar. Esok aku nak ke Johor..pi amek jubah konvo budak2 ATMA ni. Aku bertugas jadi Anak Kundang time konvo (yang duk sebelah canselor hulurkan skrol tu...betul ke istilah aku ni? tapi tu la aku nye part). Pegi balik ari...macam mak limah ke pasar...huhuuhhu....

Balik opis banyak berubah gak..ramai muka baru..so aku macam biasa la..nak kenal aku datang jumpa aku...hes hes hes....tapi si Padil tetap dengan dirinya itu..hari ni tak masuk opis lagi. Padil..padil..

Keje mencabar lagi time aku masuk ni. Konvo, exam result, jadual waktu..tulunnnnnnnnn nak tiyak la camni! Ok la..takat tu dulu untuk hari ini...edisi pengenalan selepas DPA..

Abang Idung..I miss u...

Wednesday, June 01, 2005

Last Day before DPA. Bye bye ATMA

Hari ni Rabu 1 Jun 2005, hari terakhir aku kat ATMA sebelum masuk ke INTAN untuk kursus DPA. Tapi kalau ikut surat dari JPA tu, "Tuan / Puan akan kembali ke jabatan asal selepas kursus". So kena la balik semula ke ATMA pada 5.12.2005 untuk menyambung semula tugas sebagai Penolong Pendaftar yang hebat lagi kekwat lagi loratsss. Tapi dengar2 cerita dan ura2 bila aku balik je ke ATMA, ATMA takkan lagi wujud. Akan tertegaknya sebuah Universiti Pertahanan. Tunggu dan lihat la. Kalau MINDEF nak aku balik ke HQ, balik je la, tapi kalau boleh nak ke STRIDE pulak la lepas ni. Ala2 belakang umah aku kat kajang je. Tak payah la travel jejauh ke sana sini. Jalan TUn Razak di pagi hari cukup la untuk meletihkan aku. Hmm...tolong la pindahkan MINDEF tu pi tempat lain. Tak pun tolong la siapkan Jalan Tun Razak tu secepat mungkin. Seksa nak travel di awal pagi. Huhuuh...dari negeri Kajang ke negeri Jalan Semarak tu bercinta dibuatnya.

Takde apa2 yang menarik, staf2 ni buat jamuan untuk Encik diorang yang tersayang. Ye la, 6 bulan kan, buatnye ada yang kena transfer, dah tak jumpa lagi dah. Heheh...Sume orang nak transfer ni. Fyn pun nak transfer...(balik sarawak jangan lupa aku pok!) Hmm...memendam rasa je la...dok ATMA sorang2 pasni. Dah pegawai sume pompuan. Sape lagi yang tinggal? Pasni makan sorang2 je la ye? Cik Hussain pun tak tau la whether dia akan stay lagi sini atau tak. Dengar2nye nak pi PTK nak naik gred. Kalau naik gred alamatnye aku dapat la bos baru, agaknye bos baru tu baik macam Cik Hussain tak? Ya Allah..berat sungguh dugaan ini. Tapi apa nak buat, insan datang dan pergi. Tu memang dah fitrah. Datang....dan pergi. Baru nak MESRA (buat ala2 BOB AF2), dah ilang.

Mengantuk la hari ni, malam tadi bantai tido kul 2 pagi melayan ASTRO. Dah takde keje la tu...sedar2 dah kul 2 pagi, mata dok "lit poq lit poq" (orang kedah nye bahasa ni..maksudnye terkebil2) tak bole tido. Sudahnye aku pasang la CD lagu2 asli aku tu, layan nye layan tak sedar kul bape aku hanyut. YAng aku sedar bila azan subuh mendayu2 kat umah aku tu. Isk..bilal sedih ke pagi ni? Slalunye suara dia ok, hari ni mendayu2 lak...ke hati aku yang sayu? Tak tau la...perasaan sume tu. Abaikan. Ikut hati mati, ikut rasa binasa!

Hari ni mood nak dengar lagu2 lama lak. Sedap lak dengar. Hehehe...mari layan lagu Jefrrydin (teringat kat Dato' VC UKM, Pak Leh...suka sangat lagu ni!)


Seruling Anak Gembala

Di lembah sungai nan indah
Terdengar suara memecah
Melayang bunyi seruling
Kala senja hening

Gembala meniup lagu
Berteduh di rumpun bambu
Dengan tak merasa jemu
Menghiburkan rindu

Sawah luas terbentang
Hijau nan mengawan
Jauh pandangan
Di situ tempat permainan

Di situ tempat dilahir
Di mana aku dan dia
Memadu kasih asmara
Akhirnya berpisah

Nanti time DPA Insya Allah aku akan update la kalau sempat. Memang akan update pun, menceritakan segala macam rintangan time DPA. Kiara..here I come...

Tuesday, May 31, 2005

Hadiah menarik dari YAB PM

Malam tadi terdetik nak bukak tv tengok berita, bukak je tetibe dengat tajuk utama pasal kerja 5 hari seminggu dan CoLA (Cost of living allowances)

Well, gumbira tak terhingga la. Walaupun tak tau lagi bila nak diimplement tapi once dia dah mention tu maksudnye ada la kan? Hmm..dari segin penambahan waktu kerja, tu takde hal. Yang penting hari sabtu tu dah tak payah aku nak pakai baju batik segala. Rimas!! Ehehhe...terima kasih YAB Pak Lah.

Pagi2 je masuk pejabat...dapat banyak la komen dari staf pasal benda ni. Sume hepi!

Tapi ada la yang menyebabkan aku tak hepi..ni kisah jadual waktu yang ala2 tu...aku dah submit untuk review, aku tak masukkan kelas tutorial sekali pasal bilik kuliah tak cukup. Skali diorang bising daaaa......walhal aku dah explain awal2 lagi. Grrrrrrrr....geramnye. Sudahnye aku iggy je apa permintaan diorang tu. Dengan alasan yang kukuh.

Dapat memo ponteng perhimpunan pagi bersama komandan. Hmm ni satu lagi yang aku tak puas ati. Memo takde kuar tetibe aku sampai awal pagi ada perhimpunan. Mana aci camtu! Then hari aku bercuti pun dikira ponteng! Apa kes?

Udah le tu...nunggu duit claim pun tadak lagi..cemane nak syoping ni? Alahaiiiiiiiiii

Hari ni jom layan keroncong...

Kasih - Hetty Koes Endang

Malam ini kasih teringat aku pada mu
Seakan kau hadir di sisi menemaniku
Ku yakin kan diri agar tiada sepi
Ku lewat kau hadir dalam mimpiku

Seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan
Detik ini juga ku terbang melayang ke sana
Kan ku bawa pulang dirimu yang selalu ku sayang
Bersama berdua kita bahagia

Kasih dengarlah hatiku berkata
Aku cinta kepada dirimu sayang
Kasih percayalah kepada diriku
Hidup mati ku hanyalah untukmu

Lagu ini ditujukan kepada insan yang aku sayang. So sape makan cili, dia rasa pedas la ye! Sape pegang babi...kena la samak...hahahha

Monday, May 30, 2005

Cuti...

Pergghh..penat mengalahkan aku pulak yang berkahwin! Tak tau la time aku kawin sok cemane ye? Kojol terus la nampaknye. Nauzubillah. Bangun pagi2 tadi rasa macam letih sangat2, kakiku kejang...urat2 sakit. Ahai...ye la, kisah orang kawin, aku ni menjadi pengapit yang vogue overshadow pengantin lelaki. Hahahaha...yang pasti aku berjaya mengelirukan pihak lawan.

Hari ni selesaikan bayaran moto aku yang ala2 tu, jenjalan pi UKM sat. Hmm...jumpa member2 lama. Makan2 di PKNS bangi..ala yang tepi tasik cempaka tempat orang skodeng tu! Hehe..cuti, jalan la...esok aku masuk pejabat semula. represent boss aku ke meeting apa tah..aku pun tak reti! Hmm...cukup untuk entry hari ni.

Kepada Seri dan Oja, selamat pengantin baru. Semoga bahagia menjalani kehidupan sebagai suami isteri. DIdoakan semoga berbahagia ke akhir hayat. Aminnn

Wednesday, May 25, 2005

Should I say Goodbye?

Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...


Heheh..layan lagu Mamat petang ni. Syahdunye....teringat kisah2 lama. Ececece....

Well..hari ni takde mende yang menarik. Just submitkan jadual waktu untuk direview oleh Ketua2 Jabatan. Hari2 yang terakhir ni. Tadi submit borang cuti, dapat la 5 hari. 31 May ngan 1st June kene datang keje, bos cuti so kene amek alih tugak sekejap. "saya yang menurut perintah"

Lain2 apa ye? Smalam petang mak aii ribut topan kat negeri kajang. Abis basah baju aku balik keje. Biashe la....baju ujan tak penahnye bawak. Padan la muka bila kena ujan.

Mengantuk plak petang ni, perut lak nyanyi2! Ish..pagi tadi keluar minum awal sangat dengan bos. Kalau tak takde la aku kebulur macam ni. Takpe la, balik karang singgah pasar malam beli makanan. Nasik dah makan pepagi, so malam skip nasik la...amek menda lain lak. Err...tapi macam tak sempat je, nak pi bayar kad kredit lagi, utang2 moto...apa lagi ek? Manyak mende nak buat petang ni. Songket selai nak kene beli. Almaklumlaa kan, jadi pengepit pengantin. Aku dok kepit orang je...aku bila la nak dikepit? Huhuhu...Sape nak pinang aku weii? Yang ada pun letak mahal sangat. Sampai 10 hebu hengget! Mana aku nak cekau dengan gaji yang ala2 ciput ni? Oh tuhan!

Well..mari menyambung keje semula...mari mari....kalau tak siap padan muka!

Tuesday, May 24, 2005

Payday...

Hari ni gaji masuk. Alhamdulillah...tapi tu pun dah la kena korbankan sikit2 kes nak langsaikan keperluan, sewa umah bla bla...

Hmm...long holidays, nothing much! Gathering SMAPKajang batch 97 kat umah Syerry (dah ramai kawen bebudak ni.....) Anyway..Mudz ngan Syerry, tahniah la kat korang. Rekod seterusnya, SMAPIAN kawen SMAPIAN. Dulu2 ingat laig time sekolah orang2 bercouple ni dibanteras habis2an. Sudahnye bila dah abis sekolah....cikgu cikgi lak menggalakkan kawen sama sekolah. So sape yang nak jawab ni? Ahaks...Rest of the day aku abiskan membaca novel2 melayu (orang kata tak besh...tapi novel2 melayu ni pada aku menarik sebenonye...note: I have plenty of them..so many books)

Jumaat depan Seri nye turn lak..(kene libatkan diri gak...pasal jadi pengapit yang nak overshadow pengantin!) Hahaha...anyway..makin hari sorang demi sorang meninggalkan alam bujang. We'll see who's next! 29/5 ni banyak kenduri, tapi dah dijemput jadi pengapit 3hari...tak dapek la nak pegi.

Surat INTAN dah sampai kat tangan. sah lapor diri 6.6.05, tamat 2.12.05, masuk ATMA kembali 5.12.05. Hmm...bersedia..mental dan fizikal. Jumpa kembali kekawan kat IKWAS dulu. Rindunye....

Sepagi aku dok plotkan jadual terakhir masuk dalam exel. Jadual dah siap...bilik kelas tak cukup. Takpe la..korang SISKA2 sekelian belajarlah kat atas padang ke, bawah pokok ke...mana2 je la ye! Aku dah takmau pikir lagi dah. Dari awal aku dok bising kelas tak cukup! Nak jugak amek student ramai2. Kesian pulak kat bos aku! Cik Hussain, maaf la ye..saya kena tinggalkan semua tu kat Cik Hussain. Kalau ada pengganti...longgok la kat pengganti tu! Biar mata dia pulak juling!

Redup je petang ni...macam nak ujan lebat je..layan blues best gak...lagu apa ya petang ni?

Syazliana ..... Bahaduri

Timbanglah timbang timbang
Kata bidalan juga kiasan
Bukanlah bukan bukan
Bahasa indah buat hiasan
Bicara hilang tingkah
Bermadah hilang gundah
Mengalah kelak goyah oii...
Manakah arah langkah

Bermata bukan unggas
Berbahari tidak emas
Jika pandang berkaca
Ditatap tidak binasa
0Berlagu bak perindu
Firasat bak berperi
Pekerti tamsil arjuna jati

Di mana lagak kelana
Bersemi dalam jiwa
Apa daya dalam diri
Laksana bahaduri
Kau bersatu negeri
Aku tak bermimpi
Selayang pandang
Belit mastuli hati

Cubalah cuba beri maksudnya
Renunglah renung ahhh sedalamnya
Tidaklah tidak kan terpana
Itu kuasa-Nya

Seri bahaduri berbunga-bunga
Tentulah tentu ada maknanya
Bisik berbisik tertanya-tanya
Indah tampak senang

Errr..korang paham ke maksud lagu ni?

Friday, May 20, 2005

Cuti 3 hari Yea Yea

Semalam balik keje je terus aku pengsan...tertido! Letih sangat malam sebelum tu balik umah kul 1 lebih dari dinner! Sedar2 je dan pukul 8, maghrib pun tak semayang lagi. Kalut2! Malam takde mende pun, sebab tak larat sangat aku tak join acara akhir FUTSAL PTD 2/2004 sebelum masuk ke INTAN 2 minggu lagi. Bangun kepala rasa biol mamai2! Heheh..layan ASTRO je la kat umah. Banyak channel kan, kejap tekan sana kejap tekan sini. Meriahnye...

Malam tadi tido lewat gak, kul 12.30 gitu. Maklumla, malam Jumaat kan! Hahaha...ni untuk orang2 dah kawen je, aku yang bujang ni...overtime kejadahnye? Saje lepak2, tak buat mende pun. Layan cerita NIP/tuck channel8. Kisah kembar melekat kat kepala nak dipisahkan lalu mati la mereka berdua itu, lebih kurang cerita pasangan kembar Iran, Ladan & Laleh satu masa dulu. Sedih kan?

Pagi ni masuk keje terawal la pulak. Baca la paper kejap. Hmmm..sebut pasal paper ni, 2-3 hari lepas ada isu polis tuntut kenaikan gaji. Hari tu tentera...ish ish ish..PTD gak yang blom naik gaji lagi. Barang makin naik harga, minyak makin mahal, duduk di KL / Lembah Klang ni macam2 nak dibeli. Nak gerak ke mana2 pun ada plaza tol! Orang bujang macam aku ni pun dah terasa keperitan, bayangkan orang yang dah kahwin beranak pinak. Let say yang keje PAR. Aku pikir2 balik, kesian jadinye. Kesian kat diri aku sendiri, kesian kat semua la...bila la nak merasa gaji lebih 2 ribu ni. Harapkan duit claim je tiap2 bulan. Tu pun kalau ada keluar, kalau takde alamatnye claim habuk pun takdak.

Banyak benda nak difikirkan, nak bayar PTPTN lagi. Since YAB Dato' Seri PM dah gegarkan semua orang, aku pun mula la membayar PTPTN aku. Yang anehnye bila aku call PTPTN waktu nak mulakan pembayaran, begini la serba sedikit dialognye:

Fendi Osman : Puan, selamat pagi...bahagian kutipan PTPTN ke?

PTPTN : Selamat pagi, boleh saya bantu anda?

Fendi Osman : Saya nak mulakan pembayaran PTPTN saya, bagaimana saya nak start bayar secara online memandangkan surat arahan pembayaran tak saya terima sedangkan kawan2 saya semua dah dapat?

PTPTN : Boleh saya dapatkan nama dan nombor IC encik?

Fendi Osman : Affendi Osman, ******-**-****

PTPTN : Sebentar ya encik


Setelah beberapa ketika

PTPTN : Encik, menurut rekod kami encik masih belum menamatkan pengajian

Hah...terkejut badak aku mendengar ayat tu. Aku abis mengaji bulan 10 2002, dah sampai 2005 pun tak tamat lagi!

Fendi Osman : Dah tu macam mana saya nak bayar sedangkan saya belum tamat pengajian ikut rekod? Saya dah abis belajar hujung 2002.


Kat sini aku tak salahkan pegawai yang bercakap dengan aku tu, yang aku aneh takkan la rekod2 yang ada tak dikemaskini? Sudahnya nanti orang2 yang tak bayar ni nama naik dalam paper...buatnye kes naya macam aku, sampai ke sudah tak tamat pengajian...bahagia la kot hendaknye! Tapi sebab hutang tu kan...kena la bayar! Tambahan pulak keje dengan kerajaan, so baiklah melakukan sesuatu sebelum nama tu naik dalam paper dan diglamerkan! Malu beb!

Well...hari ni macam biasa, selesaikan keje mana2 yang ada. Jumaat depan aku dah nak mula cuti panjang...menenangkan fikiran, kosongkan fikiran sebelum menyemakkan nye semula selama 6 bulan!

Hujung minggu yang panjang..sampai isnin cuti! Yea yea..dah nak gaji! Seronoknye!

Hari ni aku dengar lagu dari Yayasan Warisan Johor..best pulak!

Pulanglah (Rahman Kamaruddin)

saujana luas terbentang
dedaun menghijau dan melambai
sejuknya mata yang memandang
di kampung indah pandangan

kicauan burung keriangan
damainya meresap ke dalam jiwa
walaupun jauh di rantauan
resah rindu tetap ku rasa

anak punai terbang tinggi
terjatuh pula di tengah laman
hatiku sepi menanti
rindu mengenangkan taulan
nun berada di selatan

kelopak usiaku semakin melayu
ku pendam di kalbu bila kan bertemu
terkadang terdengar sorakan gembira
dengan kawan lama yang sama usia
indahnya

keindahan kemakmuran
darul takzim menjadi gelaran
berkat usaha kepimpinannya
kini johor telah berubah...


cheeewahhh..macam la aku ni orang johor kan? hehehehe

Thursday, May 19, 2005

Pagi yang suram

Pagi ni tetibe ujan sesampainye aku ke opis. Gelapnye....dah la aku mengantuk, tambah2 la mengantuk lagi pasni. Malam tadi balik lambat. Petang dalam pukul 4 tu aku sampai rumah, berkejar ke metro kajang, cari baju batik baru nak pakai sempena majlis santapan diraja alumni UKM. Dapat la selai baju yang menyerlah warna gold kuning berbunga hijau. Lari2 naik komuter pegi ke PWTC.

Sampai kat sana, ramai la rakyat jelata UKM yang aku jumpa. Dari yang tua sampai la yang baya2 aku ni. Tapi satu je, bila aku cakap aku keje PTD, orang pandang semacam je. Macam la keje PTD ni sesuatu yang mengkagumkan. Pada aku, keje mana2 pun sama je. Dapat PTD ni cuma rejeki aku. Kat atas sana dah tertulis, Affendi Osman, jadi PTD. So terima je la. Kalau orang kata cara nak masuk tu susah, jangan kata susah sampai la selesai mencuba dan berjaya.

Seronok gak, dapat jumpa ibu angkat terchenta, Pn Sri EA & hubby Tan Sri AA, Dato' VC UKM & Datin..dan semua2 la. Tapi yang sedihnye, sepinggan daging je diorang kasik. Alahai...kesian yang datang jejauh dari Johor. Kos nak datang tu lebih dari kos makanan yang telah terhidang. Tapi, jumpa kawan2 lama tu priceless rite! Jumpa gak ngan Ayeen, kawan lama kabaret UKM. Dah 3 tahun tak jumpa. (peluk2 la..macam drama swasta plak, note: Ayeen tu lelaki aaaa...)

Sedikit pasal PD. Bengkel kat PD tu menarik la sangat. Ada banyak benda baru yang aku blaja, in terms of implementing ISO kat ATMA ni. Fasi yang datang dari INTAN, lazer2 mulut diorang tu sekurang2nya mencelikkan aku dan menambahkan lagi ilmu!

Tapi sesampai je kat PD hari isnin lepas, ada berita mengejutkan kitorang. Ada sorang SISKA (Pegawai Kadet Siswa - baru je masuk 2 minggu) meninggal jatuh tingkat 4 asrama, student baru lagi. Ish...nape la cenggini? Khabarnye dia tension, lalu mengambil jalan pendek untuk menyelesaikan masalah untuk terjun bangunan. Terjun tiruk tu..kepala jatuh dulu!

Nasib baik la bukan muslim. Kalau muslim, nauzubillah! Aku terbayangkan situasi camni, bila dia dah terjun tu, saat2 nak sampai ke tanah dia terpikir yang tindakan dia tu salah..apa nak buat? Ya Allah, peliharalah diri aku dari anasir2 yang sebegini!

Hmm..dengan hadir ke workshop tu, aku kenal lebih rapat lagi dengan semua orang kat ATMA ni. Yang ingat aku ni sombong, dah tak lagi. Aku sebenarnye tak la sesombong seperti dari yang digambarkan dari raut wajah aku ni. Tapi ada jugak yang kata aku ni suka buat muka mengalahkan wanita senggugut tahap dewa! Sebab muka ni la hubungan aku renggang dengan salah sorang yang aku rapat. Sombong, tak reti bergaul!

Tapi tu pun aku jadikan pengajaran. Kalau dulu aku susah nak senyum dengan orang yang aku tak kenal, skarang tidak lagi. Aku dah berjaya ringankan mulut aku nak bertegur dan sengeh sampai ke telinga. Thanks kepada sesiapa yang berjaya menyedarkan aku tentang kekurangan diri aku ni. Really appreciate it! Sekurang-kurangnya berjaya jugak orang membawa satu paradigma baru dalam hidup aku. Paku kalau tak dipahat takkan masuk!

Perut aku dah bernyanyi lagu lambada. Sat lagi nak kuar makan la.

Hiburan untuk hari ni...

Salamiah Hassan (Menghitung Hari)

Sayang ku menghitung hari
Dengan debaran di hati
Saat-saat berjauhan teramat menyiksakan

Sayang sejak engkau pergi
Waktu seakan terhenti
Dalam rindu kubisikan lagi namamu

Belum pernah ku alami keresahan yang begini
Siang malam ku bagaikan tiada berbeza
Dalam hatiku bertanya apa kau jua gelisah
Menghitung hari untuk segera kembali

Sayang dalam perpisahan
Terlalu banyak godaan
Demi kejujuran ini
Tidak kuhiraukan

Sayang bila kesunyian
Ku diburu kebimbangan
Apakah aku berdosa merasa curiga

.........................................

Monday, May 16, 2005

Mari Ke PD

Hari Isnin yang indah. Smalam cuti tak ke mana2 pun, cuma jalan2 pi PUTRAJAYA melawat abang aku. Petang kelam kabut buat keje opis...

Pagi ni aku datang opis naik komuter, turun Tasik Selatan, amek LRT ke Sg Besi. Tak pasal2 kenangan lama menerpa dalam pikiran ni. Waktu kerja yang lama dulu. Slalu gak turun kat LRT Tasik Selatan tu. Sedih pun ada....bila ingat2 balik benda tu. Tapi barang lepas toksah la dikenang lagi. Well, manusia..pengalaman tu mengajar aku untuk lebih berhati untuk lain kali. Luka yang ada..baru je nak sembuh tapi aku rasa akan luka lagi sikit masa lagi.

Masuk opis siapkan keje di awal pagi, sambil melayan Prof Sabariah membaca list pelajar tahun asas untuk dimajukan ke SENAT UTM. Nama yang dapat mula2 lain, ni dapat senarai baru tah mana datang nama baru...dari langit kot. Aiyaaaaaa.....Sah ada kabel2 berkuasa tinggi memasukkan nama itu.

Petang ni nak ke PD. Ada bengkel ISO 3 hari. Kursus Asas Ketenteraan tu aku silentkan je, bos aku pun agree. Thanks Cik Hussain kerana memahami. Dengar2 cerita ada ramai rakyat jelata PTD kat PD minggu ni. Wei kekawan, mari kita berjimba jimba! Mari........................call Chen kat MOH, dia kata dia pun kat sana. Bahgienyeee...

Dalam aku bahgie ni, ada gak sengsara yang aku rasa. Keje banyak nak disiapkan sebelum aku pi INTAN. Surat tak sampai2 lagi. Cemane ni! Kang surat lambat jangan la salahkan aku. Aku tak berdosa dalam hal ni. HEheheheheh..dalam hal lain ada la dosanye kot!

Cukup untuk entry hari ni. LAporan seterusnye menyusul lepas aku balik PD nanti!

Lagu apa ye untuk halwa telinga....takmo laaa..malas dah nak dengar. Pening..smalam terkangkang aku menyiapkan keje. Rasa cam tak cukup tanah! Mama...tolong mama!

Friday, May 13, 2005

Friday the 13th, 13 Mei 2005

Hari ni 13 Mei 2005. Syukur lahir pada zaman yang dah lepas segala masalah negara. Kena pulak dengan hari Jumaat, seram beb!

Black out plak petang ni, satu kem Sg Besi gelap gelita. Tengah aku dok buat keje tadi tetibe gelap. Ish....sedey, tak dan nak save keje2 aku. Takpe la abaikan je. So staf pun sume tak masuk opis lepas Jumaat. Aku sampai je takde orang, apa lagi..takkan aku nak berpanas bergelap sorang2! Aku pun menjadi sang ular. Ahaks...berjalan2 je umah mak menakan aku! Lama tak datang menjengah.

Esok ada gotong royong, hmm...tak tau la! Tapi bagusnye tak payah berbatik segala..alhamdulillah. Merasa la pakai t-shirt masuk opis. Bahgienyeeeee

Malam tadi futsal, tak ramai turun...tapi ada la gosip2 sensasi. YAng tak tahan keje jadi PTD berenti keje, dah ramai jugak la. AKu heran la, mungkin dapat bos daring kot. Takpe..dah derang takmau dah..bukan boleh paksa pun. Hehehe..

Oh..apa eh? Keje tak boleh buat..write off je la...

Thursday, May 12, 2005

Masak la aku kali ni....

"Memandangkan segala persiapan dan kos pengurusan kursus telah dibuat, tuan / puan dikehendaki hadir atau mencari pengganti bagi mengikuti kursus ini" - petikan ayat surat dari BPSM, MINDEF nak suruh aku pegi jugak kursus orientasi ketenteraan 15-25 Mei.

Aku dah menimbun keje tak siap sebelum ke DPA, pastu kene pi ISO punye bengkel lagi, sape nak ganti aku? Lain la kalau ada ramai pegawai yang setaraf kat sini. Hish....geram tul. Bukan aku tak nak pegi, tapi mintak tangguh je! Tak paham lah aku, nak nangis pun ada...tensen rasanya. Dugaan....aku iggy la kot, tapi bersiap la nak menjawab dengan Dato' Sirajuddin, TKSU MINDEF. Aku dah reply surat penolakan, tapi macam ditolak je. Alahai....apa la nasib aku ni.

Smalam tak dapat pos entry pasal line tak elok, so hari ni la mengupdate balik blog aku ni. Smalam takde apa apa pun yang menarik. Just meeting dengan Timb Pengarah..sekadar menyelesaikan masalah-masalah yang menjejaskan prestasi pejabat. Tu je...

Hari ni discussion ISO, tetiba dapat surat azab ni. Terkejut badak aku! Apa apa je la...padan la muka aku, aku jumpa Pengarah Pembangunan, sah la dia suruh aku pegi kursus. Dah tu sape nak buat keje aku ni? Meh sape sape yang sudi nak bantu. Geram...macma dalam posting aku sebelum ni, ada aku mention orang MINDEF tak angkat call...tu yang aku rasa kecik ati! Telefon ada untuk angkat, bukan untuk biar tak berangkat, tanpa sebarang ruang untuk aku menjawab.

Atas meja aku terbentang jadual waktu yang makin hari makin sulit nak diselesaikan. Hari makin kurang, masa aku untuk ke DPA dah dekat, keje banyak nak diselesaikan. Kalau tak siap jugak alamatnye aku dalam hot soup. Prinsip aku, jangan tinggal keje tak siap bagi kat orang. Serupa kaedahnya macam berak tak basuh. (note: aku outspoken, so bahasa2 kasar tu maaf la ye!)

Malam ni ada FUTSAL dengan geng2 PTD sama batch. Sorta small gathering la..join walaupun kakiku ini ada sikit2 rupa macam bangku. Keh keh keh...dok tepi je bagi sokongan moral. Ala2 cheerleader la...(note: lelaki pun ada jadi chearleader tau, minus pom pom je! tak caya tengok la crite Bring It On)

So...apa aku nak buat sekarang ni? Seriously aku tertekan yang amat sangat. Luah mati daddy, telan mati mummy!

Sighhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..mengeluh panjang!

Tuesday, May 10, 2005

Meeting lagi

Pagi2 masuk dah kene masuk meeting wakilkan Pengarah akademik. Ahai...diorang nak buat sambutan ulangtahun ke 10 ATMA ni. 1st July, masuk meeting dengan Fynn...ada gak member civilian..kalo tak dikelilingi askar2 katak pisang (tentera darat la tu) ,navy dan juga la airforce. Meeting ni aku pantang satu je..suka beno melalut tah ke mana mana. Melencong ke sana sini, bawak pusing cuti2 ATMA dulu. Grrrr...macam bos aku ajar, buat muka boring je. Hehehe. Melalut punya melalut sampai la pukul 11. Perut nyanyi lagu Suriram, keluar makan la. Apa lagi!

Semalam aku kene gegar dengan sorang Staf Sarjan, suka hati je nak suruh aku buat keje macam aku ni kuli dia. Yang pegawai dia tu pun sama, ingat aku ni budak2 lagi kot, slalu orang ingat aku ni kerani yang melawa. Ya Allah..wajib la aku sembur balik dia tu. Cakap dah la kasar! Kalau elok2 takpe la..sejuk gak ati aku nak menolong. Ni cakap macam siyal.............Agaknye military dengan civilian memang diorang camtu kot. Tak tau rank kita main terus serang je. Hah! Ni anak Haji Osman, kalau kene sergah..aku sergah balik. Lantak la apa nak jadi. Orang main kasar, aku main ganas. Rasakan!

Kene jugak cakap pasal adab hari ni. Adab bercakap dengan orang tak kira la level mana pun, sebolehnya gunakan cara yang tertib. Tambah2 kalau lain2 pangkat, cakap dengan orang yang pangkat lebih tinggi, biar la lebih tersusun. My former boss did mention that to me. Even umur dia jauh lebih muda, tapi sebab pangkat dia tinggi maka addresskan dia dengan sewajarnya. Aku puji staf2 bawah aku kat sini. Reti mengaddress orang dengan betul. Ada student hari tu kene sound dengan Kak Saadiah...dia panggil aku abang, aku ok je! Buat slambe..tapi Kak Saadiah tegur! "Panggil Encik...bukan Abang!".

Hmm...baru je dok membelek surat arahan bengkel ISO. Keluar lagi! PD, apa nama hotel tah, Golden Straits Villas Beach Resort. Tak penah lak aku dengar. Mana tu....?16-18..3 hari. Chessss, termiss siaran Miss USA 2005. Dah mark nak tgk kat Starworld, nampaknye tak berjaya la hendaknya! :( Nampak dalam list macam aku je kanak2 bawah umo. Adoiiii

Well cukup untuk hari ni, gelap je kat luar tu! Camne la nak balik, jangan ujan udah le..Fuanggggggggg

Petang ni layan lagu anuar zain lak..hehehe

Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarlah bisikan oh hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu

Walaupun dalam laut ke selami
Walaupun tinggi gunung ku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada tersemat dijiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti

Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti

Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa
Di sisi................

Monday, May 09, 2005

Perhimpunan Bersama Dato' Komandan

Hari ni 1st Monday of the month..tolak minggu lepas pasal cuti. Agenda biasa, perhimpunan bulanan. Mendengar amanat bagai. Hari ni Ya Allah...lagu tak de muzik..berterabur semua SISKA nyanyi. Nak je aku pi jadi konduktor muzik kat depan tu! Hehehe..aku diam je la..sebab lagu berterabur. Sudahnye...membebel la Mej Jen Dato Ir Ismail Samion itu....tapi stok2 pegawai ngan pensyarah takpe la..sebab dok atas stage..termasuk la aku. Tengok lecturer2 sume miming, lagu keranamu malaysia. Hahahaha.....tapi time ni la besh sebab boleh jumpa semua warga ATMA (yang tak ponteng..aku slalunye isnin pertama ni aku amek cuti!) Hehehhehe...

Lepas perhimpunan..masuk meeting ISO. Isk...kene wat documentation lak, minggu depan kena pi PD, ada workshop untuk ISO. Ni haa..ATMA nak sangat di ISOkan...wajib la terkangkang sume ni. Mujurla aku pi DPA time diorang nak implement. Kalau tak sah2 la kena melayan kerenah auditor2 sekelian. Perut bunyi..tak sempat nak makan pagi. Meeting abis kul 11...bergegas pegi makan. Hari ni roti telur bawang cili dengan air barli...Thanks En. Asri...kalau boleh ada meeting tu blanje la lagi.

Masuk office macam biashe la...buatkan jadual waktu yang tak siap2 sampai ke sudah...sign mana2 surat yang perlu. Baca surat...belek surat...bagi arahan. Staf plak banyak cuti hari ni. Alahai....bos takde!! Yeeehaaaaaa....Seronot ahhhh!

Banyaknye keje petang ni...oh Tuhan

Hari ni gak nak cakap sikit pasal adab...bila jumpa orang, tak kira la sapa pun..jangan mengunyah makanan (gula2 ke cinggam ke), tak elok. Kurang sopan namanye. So..panduan untuk sume..kalau nak jumpa orang tu..elok2 la sikit. Kalau orang jenis slambe, takde hal la. Apa2 pun..tetap nampak macam sikit kureng ajar. Blajar la adab dulu, masuk kelas adab, kang bila kata mak bapak tak ajar melenting. Tapi mak bapak tak salah...yang salah diri sendiri pasal tak reti2 nak belajar. Betul tak? Renung renungkanlah...mungkin ada kebenarannya.....

Just my sekupang...

"Tuan tuan dan Puan puan, selamat datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, bagi tujuan keselamatan, sila pastikan anda berada di tempat duduk sehingga tanda isyarat pasangkan tali keledar dipadamkan dan pesawat telah berhenti sepenuhnya. Untuk makluman, penggunaan telefon bimbit dan alat kelui adalah dilarang sama sekali sehingga anda berada di dalam kawasan terminal. Bagi pihak Malaysia Airlines, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan tuan dan puan puan kerana menyertai kami dalam penerbangan ini. Semoga kita akan bertemu lagi di lain lain penerbangan" - Skrip yang biasa didengar selepas touchdown...domestic la..kalau international..dia cakap omputeh!

Friday, May 06, 2005

Apa ya?

Pagi2 masuk pejabat...telepon tak berhenti2 bunyi. Aku dok melayan askar2 yang mengganggu pagi aku yang indah. Nak status result SISKA yang kena tendang, nak bawak masuk Lembaga No 3. Nak proses, stopkan pembayaran gaji. Apa lagi, tak cukup tanah aku menggodek segala maklumat yang ada. Satu je, budak2 SISKA ni time awal2 nak masuk, segala macam berjanji. Itu ini semua lah...pastu bila tak best kene dera kat ATMA, mula la buat perangai. Dengan harapan boleh berenti belajar. Bak kata Prof. Sabariyah (senior lecturer) "anta bagi je KG..senang tak payah depa nak masuk mana mana IPT" Hehehe..padan muka.

Hari ni besday Fynn, S.A Pusat Komputer (hoi Hepi Besday ye BApak Shinchan!)..hmmm..open table la..nyesal aku amek mihun goreng je kalau tau dia nak belanja. Dah terlanjur kan...ahaks!

Macam biasa..siapkan jadual waktu yang tak sudah2 ni. Student ramai, kelas sikit eh! Grrr...sakit ati aku!

Hmm...petang ni aku bergumbira di UKM. Hahahaha....settlekan bayar kapcai aku yang tak selesai2 tu! Dah selesai..merayap jap kat UKM ni. Petang ni budak2 Aadyamaatra (my former Dance group) ada preview nak pi bertanding, so dijemput menjadi juri. Siap la korang..aku caras sorang2! Sebenarnye petang hari Jumaat ni bagi PJA adalah macam separuh hari! Hehe..tengok sume main game je..dengar lagu..bergosip! Nak marah...tak boleh! So...buat2 tak tau je la. Heheheh..tambahan plak Dato' Komandan yang terchenta isytiharkan hari Jumaat petang adalah masa bersukan, opis lengang seadanya! Apa nak buat? Ikut je la..askar2 sume ilang.

Petang ni lagu apa plak ye?

Takde lagu lah..malas nak berlagu2 dah. Sebab takde radio aaa!

Esok cuti yay!

Thursday, May 05, 2005

Adoi...Sakit perutku!

Asyik masuk keluar jamban je hari ni, sakit pulak perut aku. Salah makan, semalam rasanye nasik tomato kat pasar malam sungai ramal kot. That was the last meal yang aku amek malam tadi.

Hari ni nak cerita serba sikit perihal staf2 tersayang. Ada 5 semuanya...

Abang Zul

Ni sebenonye pangkat bapak dah..tapi takkan nak panggil pakcik kot. Pendiam, tak banyak cakap. Tapi skali dia meletop...aiyoo...tuhan saja yang tau. Rajin sangat2. Aku dah balik pun dia dok ada lagi kat opis. Paling lama kat sini. Buat keje2 urusan peperiksaan. Banyak blaja dari dia la.


Kak Saadiah

Ni orang yang paling mesra dengan aku waktu aku mula2 masuk ATMA. Time takde kawan, dia la yang banyak sembang, banyak dengar. Time awal2 dulu aku trauma kejap, ada masalah peribadi cket, dia la tpt aku mengadu. Gi makan sama2, lepak sama2. Dah 40+ tapi masih ranggi! Hehehe...Dia ni tokey AVON, dan bermacam2 lagi la. Sama2 bersubahat kalau aku nak menyelinap keluar.


Kak Noraini

Staf paling baru, wife kepada sorang Lt. Kol., humble..baik ati. Slalu bawak banyak makanan. Cekodok, karipap....burppppppp kenyang. Gantikan tpt kerani peperiksaan yang lama. Rajin, tapi sebab dia pompuan, kesian lak nak suruh dia buat OT. Anak2 kat umah lagi...tapi nak wat cemane! Dah keje....


CT Bedah

Typist...pendiam, jiwang karat. Ahaks...skang dok asek sangat berchenta. Rajin membache novel, macam aku gak. Tak banyak kerenah sangat. Keje aku sume siap. Alhamdulillah.


Fadhil

Opis boy a.k.a PAR yang sangat la rajin membodek. Kalau salah tu...muka kesian dia keluar la. Ligat..pasal dia ni mat rempit. Pangkat adik ngan aku ni. Slalu la ilang dari pejabat, kene la mencari2. Ada je alasan dia. Tapi takpe...tu tanggungjawab aku nak betulkan. Rajin belikan aku sarapan dan buatkan air. Hehehhe...bahagianyeeee.....


Haa...tu la perihal opis aku. Dulu opis aku bawah tnagga dewan. Macam umah Pak Ali yang Kasim Selamat duduk dulu. Ilang mood nak keje. La ni dah dapat opis baru. Sejuk macam peti ais la pulak. Tapi hepi la aku pasal bilik beso...bahagienye..tengahari tutup pintu tutup lampu...tidoooooooooooooooo....sebenonye kisah opis lama aku yang berubah tu pasal aku mengamuk taknak dok bawah tangga. Bising punya bising, nah! terus dapat yang baru. Trime kasih kepada yang berkenaan.

Cukup la untuk entry hari ni, nanti aku cerita pulak pasai pensyarah2 yang ada. Petang ni sebenarnye ada taklimat akademik student baru. Aku masuk kejap tapi sebab perut aku sakit aku keluar dari dewan. Kang buatnye terlepas gas2 yang tak sepatutnye..malu ah!

Layan dangdut lah pulak petang ni...

"gara gara pandangan mata
debar berdebar jantungku berdebar debar
gara gara senyum manismu
berbunga cinta di dalam hati ku ini
pulang ke rumah senyummu terbayang bayang
tidur di kamar mata pun enggan terpejam
gara gara pandang bertemu pandang
mata bertentang mata"

gara gara by Iwan & Shikin...meh gelek gerudi meh....hehehe...

Wallahua'alam

Wednesday, May 04, 2005

Payahnye nak masuk

Hmm...hari ni terkangkang aku buat keje. Ya Allah...ni dok mengira dan buat analisa result student. Dapat arahan ke kursus ketenteraan MINDEF, kene decline sebab keje tak siap lagi (note: bukan aku yang taknak pegi, tapi bos beso yang tak kasi). Aku kalau bab2 kursus ni sukaaaaaa la sangat pasal tak payah masuk opis! So terpaksa la korban buat kali kedua. Tapi yang kau wonder sesangat ni, surat tarikh 23 April, sampainye 4 Mei. MINDEF ngan Sg Besi tu bukan la jauh macam pi Amerika, sudahnye surat tetap sampai lambat. Bukan sekali, dah berkali kali aku kene camni. Last2 minit baru sampai arahan. Cemane tu? Call HQ telepon tak penahnye berangkat! Gerammmmmm..........

Pukul brape la aku nak gerak balik ni ye...keje datang bertalu-talu. Itu ini begitu begini! Ish ish ish. Dugaan dan cobaan.

Kengkadang bila free....sampai kene pegi cari keje, ni bila dah start buat keje datangnye selambak satu kontena. Tadi pi melahap dengan bos...hehe. Segan gak kalau pi minum dengan dia, asek dia je yang bayarkan. Naik tebal muka aku ni ha, GREAT WALL pun tak tebal cam muka aku ni. Bahagianye aku dapat bos yang sangat2 la memahami. Bos yang baik...hehehe bodek jangan tak bodek. Kalau dapat bos macam singa ke rimau ke...sah sah la azab nak berdepan hari2. Syukur ke hadrat Ilahi, walaupun ATMA ni tempat jin bertendang, tapi bos baik!

Apa yang aku nak taip lagi ha? Keje selambak...tak boleh concentrate kepala otak nak berkarya.

Layan lagu Syura plak ptg ni...

"bulan terang bercahya...pungguk di pinggir kali, menanti resah sorang diri....jauh jauh di sana"
"rembulan merah di puncak awan, angin malam dingin berlalu, rindu terlimpah padamu tuan, mencari wajahmu jauh di sana..."

Chewaaaahhh....jiwang la plak!

Tuesday, May 03, 2005

Selamat Datang Student Baru Class 2005

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni Selasa..registration student baru ATMA ni. Berpusu-pusu la kereta ibu bapa masuk menghantar anak masing2 dengan harapan anak2 ini akan menjadi askar yang berguna suatu masa nanti. Bersedia la anak2 sekelian, mula2 nak masuk ni memang semangat berkobar berhati waja, dah satu semester kat sini baru la tau langit ni tinggi ke rendah. Time tu merayu2 la mintak digagalkan dalam final exam pasal takmo bayar duit. (note: budak2 ni kalau fail, tak payah bayar apa2..tapi kalau nak berhenti kena la bayar duit gantirugi, lebih kurang macam tu la pahaman aku) Muka masing2 penuh keyakinan. Tahun ni ramai pulak kadet pompuan yang masuk. Dalam 60 lebih. Selalu permata2 tinted ni tak ramai, dalam 30-40 je satu batch. Kali ni..ish..ramai pulak nampaknya.

Satu kes menarik yang aku kendalikan hari ni, budak ni dah dianugerahkan KG (Kedudukan Gagal) oleh UTM..meeting aku minggu lepas la. Dah tu, sebelum dia fail tu dia apply nak masuk jadi pegawai kadet kat ATMA..dapat! Then bila result dia jahanam kat UTM tu, terpaksa la dengan suka hati permohonan tu ditolak dengan seadanya. Mana boleh dua kali register dengan UTM....kesian pulak tengok muka bapak dia tu..alahai...ni la budak2 sekarang..kejap nak buat tu kejap nak buat ni..sudahnye yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Well..hari ni di pejabat aku mengamuk pulak dengan sorang typist (dia ni department lain, terkenal dengan mulut yang suka hati nak cakap apa2 pun). Bukan staf aku..tapi cara dia tu dah melampau sampai aku tak tahan lagi dah. Suka hati je panggil nama aku, dah takde title "Encik" lagi. Bukan nak gila kuasa, tapi tolong la hormat. Ni sedap2 nak sound aku cakap aku ni takde keje....suka jalan2 sana sini. Aku jalan sana sini pasal aku ada keje...bukan sedap2 aku nak buat sesuka hati. Staf aku yang tua2 pangkat bapak mak aku pun reti nak respek aku sebagai bos, ni umur baya2 aku pun dah tak reti nak tunjuk semua tu. I'm really pissed off today. Hilang mood aku nak keje lepas aku mengeluarkan hamburan2 yang sewajarnya. Lantak pi la nak jadi apa pun kat hang, janji aku dah tegur...sangat geram. Aku tengok senario kat sini, kekadang tu yang pegawai tu suami...bininye kerani ke apa ke...yang nak lebih2 buat perangai yang bini...yang suami rileks je, salah sapa ni?

Erkk...dapat tawaran nak berlayar ke Kuching dengan navy2 semua 19-26 Mei ni, macam menarik je ngikut naik kapal. Akan difikirkan dulu, sebab keje menimbun nak diselesaikan sebelum aku masuk ke INTAN awal bulan depan. Tapi ni peluang keemasan kot, melancong ala2 naik starcruise secara percuma. Hospitality untuk pegawai2. Better grab the chance...kekadang tu peluang yang baik ni datang sekali je seumur idup, kalau nasib baik datnag dua kali, buatnye ni la kali pertama dan terakhir dioffer...ish ish ish....nak pegi ke tak...nak pegi ke tak..nak pegi ke tak...(tolong...tolong...)

Ni atas meja aku menimbun jadual waktu nak dicompletekan! Bilik kelas tak cukup, student makin ramai...oh Tuhan....dateline dah dekat...mari mari mari!

Saturday, April 30, 2005

Back to office

Fuhhh...setelah 3 hari outstation maka hari ni masuk la aku ke dalam pejabat. Takde mende pun yang menarik kat JB tu. Just jumpa kengkawan lama kat uni..jenjalan sekitar bandaraya. Kebetulan check in kat Pan Pac tu, jumpa kawan dari KPKT (p.s. Rahah, aku nye tpt breakfast lagi canggih walaupun aku bayar murah..muahahahha), jumpa lagi kawan2 dari Open Uni. (termasuk la bos PRO UKM dulu). Dok hotel sorang2 masya allah bosan yang amat. Tuhan saja yang tau. Nasib la kawan2 ada sanggup bawak aku pepusing.

Melawat Yayasan Warisan Johor, beli CD ghazal, zapin segala. Hehehe...kalau dah kabaret tu, tetap kabaret jugak.

Meeting Senat UTM tu...membaca result2 student satu demi satu. OK la kot, roughly dalam 4% student kene tendang. Adat la, kalau sume lulus nanti orang siasat lak...integriti! Hehehe....pasni nak kene buat laporan. Bos datang lambat, balik awal. Kuli cam aku ni datang nye awal sehari..baliknye lewat.

Minggu ni cuti panjang sikit, Hari Pekerja. Merasa la berehat2 di rumah memanjakan diri. Kebetulan parents datang dari kampung. Nak la jumpa..homesick wehh!

Untuk semua, selamat hari pekerja...selamat cuti..selamat membelai diri!

Hmm...hari ni nak nyanyi lagu apa eh?


MIMPI YANG TAK SUDAH "Ibnor Riza"

Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati menyusuri kembali
Jalan jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menanti ku
Atau jelmaan mimpi kenangan
yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba tiba datang
dan menghilang

Kau bayang bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

Tuesday, April 26, 2005

Kelam Kabut

Hari ni macam biasa...masuk pejabat dengan penuh girang gembira! Tup tup..pukul 8.45 dapat arahan masuk meeting tergempar pukul 9. Status pelajar meniru dalam exam. Nak kena korek jadual waktu, status pelajar..uishhh..pening kejap. Mencicit cicit aku menyelak keputusan budak2 ni. Ya Allah...aku pun blaja gak dulu, nak meniru pun pandai2 la nak hidup. Ni kertas jawapan sebijik ayat2 sorang2. Agaknye budak2 ni nak kena masuk kursus meniru dulu kot, baru la layak meniru. Dengan perut yang menyanyi2 tak sempat sarapan, aku pun masuk la meeting tu, dah kene ambik minit pulak. Adoi! Pukul 12 baru siap meeting. Terus lari pegi makan...hahahha...bos takde takpe!

Macam mana aku tak kelam kabut, lusa dah meeting senat! Esok kena pi JB, nak jadi Private Investigator. Siasat kertas budak2 yang di'suspect' meniru. Hai..hentahlah! Nak siapkan laporan untuk pengarah lagi. Alahaiiiiiiiiiiiiiiiiii.....dia yang nak menjawab, aku yang siapkan laporan. Ahaks! Biasa la, kalau dah jadi kuli kan, nampaknya phrase "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" ni kena la pegang seadanya.

Makin hari aku dok sini, rasa ok la..tak la setrauma time awal2 aku masuk dulu. Ingatnya lepas DPA ni nak request balik sini kot. Fuanggg...amin!

Baru je dapat flight ticket ke JHB, terbang jugak aku akhirnya. Malas nak naik kereta lama2. Mau kejang bontot aku ni. Hahaha...demanding la pulak. Takpe..tiket free! Apa nak susah. Hotel je kene bayar dulu.

Esok nampaknya berat la barang2 nak kena angkut ni. Sensorang lak. Masya Allah...sabo la ye!

Monday, April 25, 2005

Melayan Kerenah Staf

Hah..hari ni hari Isnin yang biru..gaji orang2 gomen masuk hari ni la jugak. Tapi belum sempat nak panas lagu duit terperam dalam akaun, dah kene bayar memacam. (termasuk la PTPTN, note: sejak Pak Lah mengamuk dalam tv tu..rasa ngeri aaaa!)

Baiklah, hari ni nak mengomel pasal staf aku. Aku dedicate khas untuk PAR aku yang tersayang. Yang selalu hilang entak ke mana macam biskut chocfudge. Sebagai bos kat department (ye la..aku sorang je pegawai gred 41 kat sini), staf aku macam tak caya bila diorang dapat bos semuda aku ni. Since pegawai sebelum ni dah umo 40 lebih, bila dapat yang kanak2 ribena macam aku ni, hepi la diorang. Budak ni, pangkat adik la kot...bila aku terpikir kelakar lak. Nak marah je..dia buat muka sedih seposen dia tu...terus tak jadi nak marah. Hari ni petang tak masuk kot budak ni (tadi datang jumpa cakap nak ke KEKAT = koperasi angkatan tentera). Bagi je la....kang buat muka sedih lagi susah lak aku.

Teringat satu hari tu...dia hilang2 macam ni, aku mengamuk membebel bagai. Esoknye pagi2 kat opis tu dibelanjanye roti canai untuk semua. (kes bodek bos!)...kat aku pulak ada teh secawan..ngan biskut. "encik..saya buat teh ngan biskut ni, cik taknak ke?" Cair la kejap...tapi takpe...ko nak buat air ke apa ke..buat laaa...yang pasti kalau ko ada silap, aku caras je. So skarang ni dah paham sangat taktik dia tu. Kalau ada air ke apa ke atas meja aku tu, tau le ada salah yang dia dah buat! Kekadang tu rasa nak marah je tiap2 hari (tak payah la aku buat air, senang sikit)

Kekadang tu...bila melayan kerenah staf ni kan, bila bagi muka sangat..dia injak kepala aku. Dah tu cemane lagi aku nak buat? cabaran menjadi bos yang muda....staf yang pangkat mak ayah pada aku tu lagi la aku segan. Ish ish ish....dah tu terpaksa la panggil mak. Err..hari tu ada la kene sound ngan sorang lecturer kat sini...sebab aku panggil staf2 aku kakak maupun abang. Tapi pada aku, macam tu la mesra..tak terikat sangat ngan protokol2 ni. Aku rasa jurang tu jauh la...jadi aku nak mesra2kan diri...buat la apa yang patut.

Sampai sini je untuk hari ni.

Uishh...best pulak layan lagu Kak Pah, meh dengar sama sama...

Oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo (berapa harkat tah ni)
Kudaku lari gagah berani!

hehehe..

Sunday, April 24, 2005

Jalan Jalan Hujung Minggu

Hari ni macam biasa..hari untuk melepak, takde mende nak buat pun. Biasanya ujung minggu cenggini. Semalam lepas keje, tetibe ada kawan lama (Farah..thanks for the gift, walaupun kecik, I really appreciate that - beg AIGNER tu susah nak dapat, kene terbang long haul business class baru la ada) call ajak kuar pi jenjalan. Set je la, sebab dia datang amek kat umah. Takde la perlu nak susah2 naik kapcai aku travel jejauh, kebetulan semalam ujan lebat di negeri Kajang yang tercinta.

Hehehe....jenjalan ke Midvale, kat situ la jumpa PTD2 lain batch 2/2004 berdating ngan mambang masing2. Bahagianya mereka! Suka pulak aku tgk. Merayap punya merayap, tersesat lak masuk ke MPH. Alang2 masuk jamban..biarla terus buang air! Cari la 'kitab' rujukan utama PJA, buku G.O (general order) a.k.a Perintah Am, dah lama bercita2 nak membeli last2 dapat la sebijik, takde la mahal macam buku teks kat Uni dulu! Bukan apa, aku ni dah dekat 5 bulan keje, banyak lagi yang aku tak reti (note: aku punya keje tu takde la sangat belajar benda2 ni, so sendirik mau blaja la kalau mau naik pangkat).

Errr...PTK nanti soalan memang dari GO tu ke? Konpius gak...sebab kalau dari GO la soalan tu, sah kene study setahun, baru la lulus. Ish ish ish...dah la markah lulus tinggi tak hengat, nape la makin susah skang keje ah? Fenin...fenin. harap2nye time DPA tu ada la ilmu yang banyak untuk aku serap. Tapi mesalahnye kepala otak ni dah separa teroksida (berkarat la beb!)

Aktiviti ujung minggu...membasuh mengemas dan segala macam me lagi la! yang utama..mengcover tido. Tgk hosmet2 sume hari ni sedap sangat tido (jealousnye aku!)..aku smalam tido lambat, pukul 4, aku heran gak la, asal pukul 6.30 pagi je mata ni pun terkebil2 dah tak boleh nak lelap lagi dah. Ni muka jadi macam zombie. Takpe..petang karang aku lena cukup2. Nak pi membasuh kapcai indah aku tu! Hish..bila la nak angkat keluar kereta? Tunggu lepas DPA la agaknya, kalau beli sekarang pun, buat tukun je time kat INTAN nanti.

Cukup untuk hari ni, sebenarnye saje je datang ke pekan, dah tu kaki ni terhenti depan CC, apa lagi..stop je la...tapi masya allah banyaknye warga asing...macam dok kat obersi lak. Huhuhu...wallahua'alam

Saturday, April 23, 2005

Sabtu Yang Indah..INDAH KE?

Kenapa la kene keje hari Sabtu? Dah la pakai batik bagai....nak pi jenjalan pun rasa malas kalau berbatik ni. Kat dahi ni ada cop "GOMEN" kalau berbatik di hari Sabtu. Hehehe...bukan apa, nak bawak baju extra dalam beg ni kadang-kadang tu memberatkan. Formal attire during kerja, dah tu nak back to my torn jeans after office hours. Kisahnya, kene la balik dulu ke rumah, tukar baju, dan keluar semula.

Hari ni nak nyanyi lagu DPA ahhh..wahid...isnain..ibda'

Sentiasa selangkah di hadapan
Dijadikan pedoman
Itulah iltizam kami peserta
Diploma Pengurusan Awam

Keteguhan sahsiah dan pekerti
Lambang keunggulan PTD
Kesopanan serta kesusilaan
Jadi keutamaan

Kami berikrar terus berusaha
Menjiwai keunggulan
Sifat mulia teguhkan ketrampilan
Asas ke arah kecemerlangan

Perkhidmatan Tadbir Diplomatik
Jasa kepada pertiwi
Meneruskan tradisi ini
Aspirasi dan komitmen kami

1st time dengar lagu tu..macam koir kementerian penerangan lak. Part yang best...rangkap akhir..sebabnye suara angkat tinggi..dan ayat yang senang nak diingat. Lagu ni la hari2 kene nyanyi time modul PTDTunggul dulu...ehhh PTDUnggul! I bet this song akan jadi lagu terpopular carta time DPA bulan 6 ni.

Err...aku ada gak satu lagi lagu yang aku buat khas untuk one of the penyelaras projek kanan..hehehe..kinda jingle la, bila dengar dia bebel di mana mana...lagu ni saduran lagi nasyid rabbani.

Sallim sallim sallimna
Ya sallim sallim sallimna
Sallim sallim sallimna
Sallimna ya sallimna

Hmm...tukarkan perkataan tu seperti ini

........ ............ di mana?
........ ............ di mana?
........ ............ di mana?
........ ............ di mana mana

Sebab lagu ni dicipta, time 1st modul tu la...merata-rata pegi mesti nampak dia. Dengan wisel lagi...fuh! Tapi ok la kot, dia menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan, nanti kat 'sana' takde la kene soal...."ya polan bin polan...kau jalankan tak keje yang diamanahkan?". Tak perlu nak salahkan dia sebab garang, kalau tak betul mesti la kene marah! Ye tak?

Bulan Jun ni...akan jumpa lagi, sampai la bulan Disember. Dok INTAN, errr..aku nak balik rumah aku la...katil aku tu walaupun tak best, tapi aku tetap tido lena.

Friday, April 22, 2005

Ya Allah...Aku bosan hari ni

Semalam cuti Maulidurrasul, hari untuk meng'cover' tido yang tak cukup. Hmm..the nite before..macam biasa la aktivitinye, menonton futsal kat Bangi. Kawan2 PTD se'batch' main futsal. As for me, walaupun kaki aku ni versi kerusi bangku tapi aku tetap gak pegi tengok, sebab ni la masanya untuk bersosial. Takde la terperap kat rumah je, dan ada la jugak gosip2 dan cerita2 terbaru yang boleh disembangkan.

Lepas futsal....time to chill out with fwens, malam tu destinasi, kolam pancing Bangi. walaupun dah kene taruh minggu lepas, minggu ni tetap beranikan diri pegi makan. Caution: Semak harga dalam menu dan kira cukup2, karang kene bayar lebih...susah lak. Kepada orang2 di tribunal pengguna...tolong la senaraikan kedai tu dalam senarai kedai yang diperhatikan.

Tiap2 minggu, itu je la kejenye...bersosial sambil membawa cerita2. Well..aku pulak macam biasa buat survey keje kawan2 yang posting kat tempat lain. Nampaknye, walaupun post aku tak seglamer orang lain (Penolong Pendaftar je....orang lain dapat PSU, Penolong Pengarah, ADO bla bla bla) tapi orang cakap keje aku heaven, pasal normally aku akan punch kad tak lebih dari pukul 5.15 setiap hari. Kecuali hari2 tertentu yang memerlukan aku keje dengan waktu yang tak normal. Awal2 dulu aku rasa macam nak lari je. Tapi bila aku pikirkan keseronokan keje kat sini, macam nak kembali semula lepas DPA nanti. Apa2 pun, tu semua kena la pasrah menerima nasib yang menimpa diri.

Orang lain ada pegi Perarakan la, Parlimen la....aku takde langsung. Yang aku tau, almost every month aku akan ke UTM Skudai, meeting dengan UTM. Tu je la keje aku. Kalau nak difikirkan, keje aku ni tak termasuk dalam senarai utama tugas2 PTD yang dibagitau sebelum ni. Kisah aku, aku DIPINJAMKAN ke Akademi Tentera Malaysia, Sg Besi ni bagi membantu menjalankan urusan pentadbiran akademik (tugas2 seperti Penolong Pendaftar kat Universiti). I wonder nanti PTK untuk aku...dia akan tanya cara2 nak buat jadual kuliah ke? jadual periksa? isk...risau plak aku. Kang member2 satu batch dah naik gred..aku dok tercongok kat tangga 41 lagi. Hish..simpang malaikat 44!

Polemik di sini untuk hari ni, aku tertanya2 gak....aku ada dengar desas desus member satu batch ni, menjaja yang dia tu jadi PTD. Well, apa yang bestnye PTD tu..tolonglah, sedangkan aku ni pun malu nak cakap aku PTD kat depan2 orang ramai, apa la yang nak diceritakan kat orang sume (Note: masuk kubur takde de nak ditanya PTD ke hapa ke, so berpada-padalah - tak payah la dok jaja serata alam). Aku konpius sampai skarang. Hehehe....terima kasih untuk kekawan yang memberitau aku tentang cerita ni. Aku terlewat...biasa aaa, tempat jin bertendang..mana nak dapat berita2 sensasi macam korang kat Putrajaya nun! Ampun patik...

Baru je dapat surat arahan untuk ke JB minggu depan, mesyuarat senat UTM. Nak mengadap ahli senat untuk bagi result exam budak2 ni sebelum diluluskan. ISk...nak prepare 20 salinan yang terlalu tebal. Sudahnye, aku gak yang kene bawak sorang2. Baru berangan nak naik plane...dah kene naik trooper askar ni. Huhuhu....takpe, yang penting claim masyuk!

Err...err...err...dah le kot..tak reti dah nak mengarang. Mana la PAR aku ni, roti canai aku mana?

Wednesday, April 20, 2005

Pasrah Menunggu Pelangi

Pagi yang cerah hari ni. Semalam mesyuarat sampai la pukul 6 ptg. Membaca result student2 kat sini satu persatu.Yang OK..yang KO, yang dapat senarai Pengarah (macam Dean's List la), yang dapat senarai tendang (normal la tu). Hari ni sambung lagi. Letih mengambil minit, satu-satu nak kena dengar. Nasib nasib...so kepada sesapa yang nak join PTD tu, jangan harap nak buat keje macam bos ye! Bila masuk gred 41 ni, merasa la jadi kuli batak dulu.

Hmm...serba sedikit tentang orientasi PTD, modul pertama Kursus Diploma Pengurusan Awam. Tunggu punya tunggu selepas interview (interview aku time bulan puasa), result keluar just nice lepas raya..rezeki di bulan Syawal la kot! Alhamdulillah. OK la, dengan masa yang singkat nak tulis surat resign (gaji bulan doblas tu setengah bulan je, cuti burn tak dapat tebus). Tapi Alhamdulillah tak payah bayar 3 bulan gaji walaupun short notice. Nak beli tu, beli ni..ceh! Macam masuk sekolah asrama la plak.

20.12.2004, aku report duty kat INTAN Bukit Kiara. Jumpa la dengan sahabat2 seperjuangan time PAC yang dapat masuk. Nak kene mention nama ke? Tak payah la kot! Anyway, geng2 time PAC (satu group) ni dapat interview on the same day with me. And all of us managed to get it! 6 of us..Enam Jahanam. Hahaha....after a long long queue, daftar, bayar apa2 yang patut, taklimat...and off to INTAN Kampus Selatan (IKWAS). Jeng jeng jeng....kat sini la kene dera serba sikit. But it was fun. Our life begins at 5.30 (solat subuh dan senaman pagi - as for me the most interesting part is J-robik, senamrobik versi Johor-as if kene la menari zapin, silat segala) in da morning, habis pukul 11.30...tambah nak gosip sembang bagai, abis la pukul 1-2. After 10 days, some of us managed to hilang berat badan (including me!).

Well, during this time, try to mendapatkan sebanyak mungkin kawan2 baru (since semua dalam satu batch, senang la nak calling2 waktu keje nanti-Smart Networking namanya). Kat sini ada la jugak yang jenis buat hal sendiri, jenis tak mau tegur orang, jenis muka sombong (aku dikatakan termasuk dalam kategori ni - aku rasa aku dah sengeh sampai telinga), dan macam2 kerenah lagi. It was fun!

Aktivitinya, ceramah dan ceramah dan ceramah lagi dan lagi dan lagi dan lagi! Lepas tu dengar bebelan Penyelaras Projek Kanan (he's good...dalam hal membetulkan mana2 yang tak betul), bebel lagi dan lagi dan lagi (macam orientasi kat U dulu - rasa macam budak2 pulak). Part yang best bila group activities..kenal2 dengan kawan baru. Hmm...one of the activity was Malam Persembahan. Masa yang diberikan pendek, so pepandai la nak organize show yang memuaskan hati. My group..I managed to teach some of the members untuk menari zapin Johor (note: I was a dancer time blaja dulu, so ilmu2 tu ada la lagi!). The rest of my group buat la macam teater..kredit untuk those people yang ada art background waktu kat U dulu. Risau gak takut orang tak gelak!

Well..panjat gunung pun best jugak...sini memang mengajar dan mengukuhkan group binding antara kami semua. Susah payah senang semua sama2 rasa. It was great! And I did enjoy it very much.

Last but not least, acara kemuncak....Penyerahan Surat Penempatan (hari terakhir dalam modul PTD Unggul). Time ni dapat la tengok macam2 reaksi. Kelakar ada...sedih ada. Bak kata Penyelaras Projek Kanan "Belajarlah memendam rasa". Hmm...macam konvo la jugak, sebut nama sorang2 naik pentas ambik surat. Since nama aku tu dah masuk kategori kat belakang (biasa la kan..nama2 kerabat2 raja kan semua ujung2! Tengku, Syed, Raja, Wan...bla bla bla..cheeewaaaahhh..perasan lak!) Sape yang glamer tu..dapat la orang tepuk kuat2! Kat sini jugak la kita tgk sape2 yang dapat posting District & State (Jadi ADO tu!), Wisma Putra (bakal Diplomat - note: masuk PTD ni tak semestinya nak jadi Diplomat! Ada banyak lagi post sebenarnya, Insya Allah semua ada chance nak ke oversea, Penang pun oversea kan!)

Tiba turn aku "Affendi Osman - Kementerian Pertahanan" Ohhhhhhhhhhhh....macam batu jatuh atas kepala! Tapi berlakon la cket, buat2 macam best bila dapat walaupun dalam hati ni tuhan saja yang tahu. Balik je bilik, terus ngadu ngan parents! Ni la orang kata Belajar Memendam Rasa. Terima seadanya.

Ish..dah la tu untuk hari ni, nak sambung meeting semalam. Ambik minit lagi! Letihnye....

Tuesday, April 19, 2005

Kaifiyat menjadi PTD

Oh ye...terlupa pulak, aku baru je lagi join gomen ni, since 20.12.2004. Tapi sebelum dapat menjadi salah sorang dari PJA (Penjawat Jawatan Awam), ada beberapa proses yang dilalui bagi melayakkan aku masuk dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ni.

Round 1 (Peperiksaan Bertulis)

Secara kasarnya, exam ni bergantung kepada rezeki dan nasib masing2. Sekarang ni sebab terlalu ramai sangat pemohon yang nak jadi PTD, saingan terlalu sengit la. Well, we have 5 papers here. 1st paper, pengetahuan am. Petuanya, baca la suratkhabar dan jugak buku2 kenegaraan....elok jugak kalau ada buku Kenegaraan Malaysia kat Universiti tu (aci kerat jari berapa ramai lagi yang simpan buku2 ni) Kemudian, ada paper Maths (soklan senang, tapi tak bole pakai kalkulator, congak je...number beso2. Bapak aku cakap jawab dari belakang dulu, I did that, and I made it!)

Paper ketiga, comprehension reading (macam SPM nye paper...pepandai la menjawab). Lastly, paper 4 dan 5, essay writing in malay and english (polish la skill berbahasa, malay and english...baca suratkhabar banyak2, soalan keluar dari isu2 semasa yang ada)


Round 2 (PAC)

Alhamdulillah selesai exam bertulis, aku berjaya daripada lebih 20,000 applicants. Next stage is PTD Assessment Centre (PAC), stage ni menarik..pasal diorang test skill memacam. cakap, debating, fitness (isk...letih oh) 2 hari setengah yang padat. Pakai number besar macam Malaysian Idol. Tujuan : senang nak nilai seseorang bila bukan dalam aktiviti kelas (time makan, time mingle around bla bla bla)

Hari Pertama
Kitorang dibagi English Test bila sampai je kat INTAN tu. Objektif je..tak reti boleh main dadu. Kemudian taklimat serba sikit. Bawak ke sesi Group Activity (Problem Solving and Case Study) ni dalam kedua2 Bahasa Melayu dan English. Hah..yang ni jangan la pepandai nak buat One Man Show...sah sah kene reject dari awal lagi! Tapi jangan la passive sangat. Penilai nak tengok sejauh mana kita boleh keje dalam kumpulan.

Hari Kedua
Preparation untuk sesi public speaking (bahasa dan English), hah...yang ni boleh la nak tunjuk power bercakap. Make sure....percakapan tu berilmiah, sesuai dengan perucapan umum. ATTENTION: Ni bukan pertandingan Pidato mahupun pertandingan Bercerita sekolah-sekolah. Buat biasa je...janji cakap tanpa henti selama 5 minit. Hehehehe...TIPS: Jangan la bawak kertas seelok-eloknya, jangan tersekat2 cara percakapan, biar nampak yakin. Jangan buat muka boring dalam tu...dengar je kawan2 lain cakap walaupun tak best.

Sesi berikutnya, Fitness test, lari 2.4 km di dalam kawasan INTAN tu. Time aku di Kemaman, lari area tepi pantai. Yang ni...elok la tamatkan larian dalam masa kurang dari 15 minit. Aku ni macam tong dram jugak...tapi alhamdulillah. Aku paksa diri aku untuk menamatkan larian jugak walaupun tak larat.

Hari Ketiga
Sesi Debat Ala Parlimen. Hah..ni yang paling best, dun wori..dalam bahasa melayu. Biasakan dengan melazer orang (baru la sesi tu hangat!) Familiarkan dengan keadaan parlimen dan bahasa yang digunakan di dalam Dewan. Aku rasa bebudak dari boarding school takde masalah pasal ada Bahas PPM (Piala Perdana Menteri).

Tamat je sesi ni..tunggu la keputusan untuk interview. Sesi PAC ni, be yourself. Jangan mengada2 nak over exposed. Yang rasa hebat sangat tu, perasan bagus...kurangkanlah perasaan tu.


Round 3 (Interview)

Setelah selesai PAC, daripada 2000 candidates, syukur dapat masuk dalam shortlisted 700 orang. Prepare untuk interview. Baca suratkhabar lagi, buku2 kenegaraan. Pasal soalan yang ditanya tak dijangka. Just be yourself, nampakkan keyakinan. Panel akan provoke dan asak dengan soalan yang bertubi2. Sampai kekadang tak terjawab. PETUA: Bila tak reti nak jawab, jangan nak pandai2 hantam....bilang smaa panel "Maaf tuan, saya kurang pasti / saya tak tahu" dan senyum dengan penuh keyakinan. Cara dressing, cara duduk...cara cakap..semua ditengok.

Haaa...selesai pun. Dah tu tunggu la surat panggilan melapor diri kalau ada rezeki. Perkara utama, yang kat 'atas' sana jangan dilupa. Doa banyak2...dan jangan terlalu mengharap. Sebab kalau terlalu mengharap...nanti menonggeng. Buat biasa..macam aku dengan kawan2 aku buat. Pergi PAC macam cuti2 malaysia. Pergi interview pun buat biasa!

Err..dah la kot! Rasanya dapat membantu kot kepada mereka yang teringin mau jadi PTD pada masa akan datang. Aku nak bermarathon meeting ni. Tak tau la pukul brape nak abis. Bertenang......

Monday, April 18, 2005

My First Entry....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

At last, berpeluang jugak untuk membuat blog sendiri, setelah sekian lama bercita-cita nak mempunyai blog. Tapi, buat masa ni tak brape pandai lagi...saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Hari2 terakhir di pejabat ni sungguh membosankan. Macam takde mende nak dibuat walaupun melambak keje sebenarnya. Pening gak...honestly, tak jangka nak dapat posting kat tempat macam ni (Jumpa kadet2 askar, yang sememangnye degil2 dan keras kepala belaka). Tapi apa nak buat, tu semua dah tertulis kat 'atas' sana. Bulan 6 ni start masuk INTAN, belajar balik. Aiyaaa...dah lama meninggalkan alam pelajar ni, nak kene belajar balik. Adoii....sungguh berkarat kepala hotak aku ni. Cemane la nak belajar ye?

Err...sesambil melayan lagu dari PC ni (lagu sedih la pulak....)

Senjakala

Senjakala sudah tiba,
Membawa ku rasa duka,
Dalam jiwa bergelora.

Senjakala kau menjelma,
Menghampiri waktu sunyi,
Dalam air tiada terperi.

Ku teringat peristiwa,
Kasih suci disambar petir,
Ingin aku merindui.

Senjakala kau pergilah,
Tinggalkan ku yang kecewa,
Biar derita menanti ajal.


Sometimes, dengar lagu2 sedih macam ni best jugak. Sesambil melayan perasaan. I dunno about others, but these songs are really nice! Boleh la feeling2 sekali sekala.

Hmm...hari ni jugak la kene prepare meeting esok, jangkaan meeting dari 9 pagi sampai la infiniti. Based on previous experience, sampai ke tengah malam. Hai...keje dah elok sebelum ni, nak sangat masuk gomen. Hah...rasakan! Anyway, takde keje yang senang kat dunia ni pada pandangan aku. Pegi mana2 pun tetap gak ada cabarannya.

Well..cukup untuk edisi pengenalan ni. Esok nanti sambung lagi kot....