Hari ni 1st Monday of the month..tolak minggu lepas pasal cuti. Agenda biasa, perhimpunan bulanan. Mendengar amanat bagai. Hari ni Ya Allah...lagu tak de muzik..berterabur semua SISKA nyanyi. Nak je aku pi jadi konduktor muzik kat depan tu! Hehehe..aku diam je la..sebab lagu berterabur. Sudahnye...membebel la Mej Jen Dato Ir Ismail Samion itu....tapi stok2 pegawai ngan pensyarah takpe la..sebab dok atas stage..termasuk la aku. Tengok lecturer2 sume miming, lagu keranamu malaysia. Hahahaha.....tapi time ni la besh sebab boleh jumpa semua warga ATMA (yang tak ponteng..aku slalunye isnin pertama ni aku amek cuti!) Hehehhehe...
Lepas perhimpunan..masuk meeting ISO. Isk...kene wat documentation lak, minggu depan kena pi PD, ada workshop untuk ISO. Ni haa..ATMA nak sangat di ISOkan...wajib la terkangkang sume ni. Mujurla aku pi DPA time diorang nak implement. Kalau tak sah2 la kena melayan kerenah auditor2 sekelian. Perut bunyi..tak sempat nak makan pagi. Meeting abis kul 11...bergegas pegi makan. Hari ni roti telur bawang cili dengan air barli...Thanks En. Asri...kalau boleh ada meeting tu blanje la lagi.
Masuk office macam biashe la...buatkan jadual waktu yang tak siap2 sampai ke sudah...sign mana2 surat yang perlu. Baca surat...belek surat...bagi arahan. Staf plak banyak cuti hari ni. Alahai....bos takde!! Yeeehaaaaaa....Seronot ahhhh!
Banyaknye keje petang ni...oh Tuhan
Hari ni gak nak cakap sikit pasal adab...bila jumpa orang, tak kira la sapa pun..jangan mengunyah makanan (gula2 ke cinggam ke), tak elok. Kurang sopan namanye. So..panduan untuk sume..kalau nak jumpa orang tu..elok2 la sikit. Kalau orang jenis slambe, takde hal la. Apa2 pun..tetap nampak macam sikit kureng ajar. Blajar la adab dulu, masuk kelas adab, kang bila kata mak bapak tak ajar melenting. Tapi mak bapak tak salah...yang salah diri sendiri pasal tak reti2 nak belajar. Betul tak? Renung renungkanlah...mungkin ada kebenarannya.....
Just my sekupang...
"Tuan tuan dan Puan puan, selamat datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, bagi tujuan keselamatan, sila pastikan anda berada di tempat duduk sehingga tanda isyarat pasangkan tali keledar dipadamkan dan pesawat telah berhenti sepenuhnya. Untuk makluman, penggunaan telefon bimbit dan alat kelui adalah dilarang sama sekali sehingga anda berada di dalam kawasan terminal. Bagi pihak Malaysia Airlines, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan tuan dan puan puan kerana menyertai kami dalam penerbangan ini. Semoga kita akan bertemu lagi di lain lain penerbangan" - Skrip yang biasa didengar selepas touchdown...domestic la..kalau international..dia cakap omputeh!
No comments:
Post a Comment