Friday, May 06, 2005

Apa ya?

Pagi2 masuk pejabat...telepon tak berhenti2 bunyi. Aku dok melayan askar2 yang mengganggu pagi aku yang indah. Nak status result SISKA yang kena tendang, nak bawak masuk Lembaga No 3. Nak proses, stopkan pembayaran gaji. Apa lagi, tak cukup tanah aku menggodek segala maklumat yang ada. Satu je, budak2 SISKA ni time awal2 nak masuk, segala macam berjanji. Itu ini semua lah...pastu bila tak best kene dera kat ATMA, mula la buat perangai. Dengan harapan boleh berenti belajar. Bak kata Prof. Sabariyah (senior lecturer) "anta bagi je KG..senang tak payah depa nak masuk mana mana IPT" Hehehe..padan muka.

Hari ni besday Fynn, S.A Pusat Komputer (hoi Hepi Besday ye BApak Shinchan!)..hmmm..open table la..nyesal aku amek mihun goreng je kalau tau dia nak belanja. Dah terlanjur kan...ahaks!

Macam biasa..siapkan jadual waktu yang tak sudah2 ni. Student ramai, kelas sikit eh! Grrr...sakit ati aku!

Hmm...petang ni aku bergumbira di UKM. Hahahaha....settlekan bayar kapcai aku yang tak selesai2 tu! Dah selesai..merayap jap kat UKM ni. Petang ni budak2 Aadyamaatra (my former Dance group) ada preview nak pi bertanding, so dijemput menjadi juri. Siap la korang..aku caras sorang2! Sebenarnye petang hari Jumaat ni bagi PJA adalah macam separuh hari! Hehe..tengok sume main game je..dengar lagu..bergosip! Nak marah...tak boleh! So...buat2 tak tau je la. Heheheh..tambahan plak Dato' Komandan yang terchenta isytiharkan hari Jumaat petang adalah masa bersukan, opis lengang seadanya! Apa nak buat? Ikut je la..askar2 sume ilang.

Petang ni lagu apa plak ye?

Takde lagu lah..malas nak berlagu2 dah. Sebab takde radio aaa!

Esok cuti yay!

No comments: