Pagi ni tetibe ujan sesampainye aku ke opis. Gelapnye....dah la aku mengantuk, tambah2 la mengantuk lagi pasni. Malam tadi balik lambat. Petang dalam pukul 4 tu aku sampai rumah, berkejar ke metro kajang, cari baju batik baru nak pakai sempena majlis santapan diraja alumni UKM. Dapat la selai baju yang menyerlah warna gold kuning berbunga hijau. Lari2 naik komuter pegi ke PWTC.
Sampai kat sana, ramai la rakyat jelata UKM yang aku jumpa. Dari yang tua sampai la yang baya2 aku ni. Tapi satu je, bila aku cakap aku keje PTD, orang pandang semacam je. Macam la keje PTD ni sesuatu yang mengkagumkan. Pada aku, keje mana2 pun sama je. Dapat PTD ni cuma rejeki aku. Kat atas sana dah tertulis, Affendi Osman, jadi PTD. So terima je la. Kalau orang kata cara nak masuk tu susah, jangan kata susah sampai la selesai mencuba dan berjaya.
Seronok gak, dapat jumpa ibu angkat terchenta, Pn Sri EA & hubby Tan Sri AA, Dato' VC UKM & Datin..dan semua2 la. Tapi yang sedihnye, sepinggan daging je diorang kasik. Alahai...kesian yang datang jejauh dari Johor. Kos nak datang tu lebih dari kos makanan yang telah terhidang. Tapi, jumpa kawan2 lama tu priceless rite! Jumpa gak ngan Ayeen, kawan lama kabaret UKM. Dah 3 tahun tak jumpa. (peluk2 la..macam drama swasta plak, note: Ayeen tu lelaki aaaa...)
Sedikit pasal PD. Bengkel kat PD tu menarik la sangat. Ada banyak benda baru yang aku blaja, in terms of implementing ISO kat ATMA ni. Fasi yang datang dari INTAN, lazer2 mulut diorang tu sekurang2nya mencelikkan aku dan menambahkan lagi ilmu!
Tapi sesampai je kat PD hari isnin lepas, ada berita mengejutkan kitorang. Ada sorang SISKA (Pegawai Kadet Siswa - baru je masuk 2 minggu) meninggal jatuh tingkat 4 asrama, student baru lagi. Ish...nape la cenggini? Khabarnye dia tension, lalu mengambil jalan pendek untuk menyelesaikan masalah untuk terjun bangunan. Terjun tiruk tu..kepala jatuh dulu!
Nasib baik la bukan muslim. Kalau muslim, nauzubillah! Aku terbayangkan situasi camni, bila dia dah terjun tu, saat2 nak sampai ke tanah dia terpikir yang tindakan dia tu salah..apa nak buat? Ya Allah, peliharalah diri aku dari anasir2 yang sebegini!
Hmm..dengan hadir ke workshop tu, aku kenal lebih rapat lagi dengan semua orang kat ATMA ni. Yang ingat aku ni sombong, dah tak lagi. Aku sebenarnye tak la sesombong seperti dari yang digambarkan dari raut wajah aku ni. Tapi ada jugak yang kata aku ni suka buat muka mengalahkan wanita senggugut tahap dewa! Sebab muka ni la hubungan aku renggang dengan salah sorang yang aku rapat. Sombong, tak reti bergaul!
Tapi tu pun aku jadikan pengajaran. Kalau dulu aku susah nak senyum dengan orang yang aku tak kenal, skarang tidak lagi. Aku dah berjaya ringankan mulut aku nak bertegur dan sengeh sampai ke telinga. Thanks kepada sesiapa yang berjaya menyedarkan aku tentang kekurangan diri aku ni. Really appreciate it! Sekurang-kurangnya berjaya jugak orang membawa satu paradigma baru dalam hidup aku. Paku kalau tak dipahat takkan masuk!
Perut aku dah bernyanyi lagu lambada. Sat lagi nak kuar makan la.
Hiburan untuk hari ni...
Salamiah Hassan (Menghitung Hari)
Sayang ku menghitung hari
Dengan debaran di hati
Saat-saat berjauhan teramat menyiksakan
Sayang sejak engkau pergi
Waktu seakan terhenti
Dalam rindu kubisikan lagi namamu
Belum pernah ku alami keresahan yang begini
Siang malam ku bagaikan tiada berbeza
Dalam hatiku bertanya apa kau jua gelisah
Menghitung hari untuk segera kembali
Sayang dalam perpisahan
Terlalu banyak godaan
Demi kejujuran ini
Tidak kuhiraukan
Sayang bila kesunyian
Ku diburu kebimbangan
Apakah aku berdosa merasa curiga
.........................................
No comments:
Post a Comment