Monday, August 25, 2008

BEREHAT SEKETIKA

Adapun FENDIOSMAN ingin memaklumkan kepada para pembaca sekelian yang FENDIOSMAN ingin merehatkan diri seketika dari dunia blogging ini.

FENDIOSMAN menghadapi gangguan perasaan yang sedikit sebanyak mengganggu fikiran FENDIOSMAN. Jadi, elok kiranya FENDIOSMAN berehat seketika daripada masalah yang terlalu membebankan FENDIOSMAN ini.

Untuk para pembaca sekelian, FENDIOSMAN ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi ini. Insya Allah, jika ditakdirkan masalah FENDIOSMAN selesai, kita akan bertemu kembali.


p.s.: MASALAH INI TIADA KAITAN DENGAN SANG HANSUARI YANG TELAH MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN TEMPOHARI.

Wednesday, August 20, 2008

Ku Berlari Jauhku Pergi

Macam-macam message aku terima dari posting yang sebelum ni. Ada komen membina, ada komen membinasa, ada komen sentap dan sebagainya. Apa pun, that's what we call asam garam kehidupan.Minggu lepas rasanya macam dapat perkhabaran yang gembira. Taktau la nak percaya ke tidak, tapi apa yang boleh dibuat sekarang adalah mencari tempat baru untuk posting. Kat Kementerian ni dah tak banyak, dengarnya ada 6 je. Harapnya dapat la tertendang keluar dari Ministry of Hell ni sebelum Rumah Agam idaman CityGirl tertegak sebagaimana yang dicita-citakan. Kalau betul bagai dikata, Alhamdulillah. Naik lagi gaji aku nampaknya. (isk...ni menuntut dari KuPah yang sangat pandai bila masuk bab mengira gaji ni)


Hajat di hati, teringin nak membawa diri ke daerah asing. Nak mencuba pula keadaan bekerja di sana. Tengok keadaan kawan-kawan dari Semenanjung mencari rezeki di sana nampak macam best je. Why shouldn't I try? Dengan ringan jari jemari ni mendail sahabatku di Agensi Pusat, Mior, bertanyakan mengenai PINA (Program Integrasi Nasional) yang menghantar pegawai-pegawai Persekutuan dari Semenanjung untuk berkhidmat di Sabah atau Sarawak selama 2 tahun. Macam menarik.

Tapi, tu la kan, kata rang tua;

Apa dilihat padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Apa diharap kasihnya orang,
Entahkan sudi entahkan tidak...

Rata-rata orang, (termasuk aku la kot), beranggapan daerah asing tu sebagai satu tempat yang memang asing. Bila dihantar bertugas kat sana, macam macam ayat auta diberikan. Mak sakit, bapak sakit, bini sakit, anak sakit. Tapi, selagi mana kita tak cuba, kita takkan tau macam mana keseronokkannya. Berdasarkan kunjungan aku ke kedua-dua buah daerah asing beberapa minggu kebelakangan ni, rasanya elok juga aku mencuba. Tak salah kan?

Aku tanya jugak pendapat handai taulan berkenaan hasrat aku yang nampak macam nak bawak diri (well..it all happened long time ago), majoritinya memberi sokongan.

"Koman-koman kitorang pegi sana ada gak tempat lojing free"

Hiks...konsep sama ngan aku waktu ke Miri tahun lepas. Mahligai Tepak Sireh menjadi tempat persinggahanku untuk percutian ala-ala bajet tu kononnya. After all, seronok menumpang umah orang ni pasal tak perlu kalut nak check out pukul 12 tengahari. Buatnya flight lewat, tak ke kena extend stay? Duit lagi!

Apa pun, biarlah masa menentukan. Tunggu je ujung tahun ni bila permohonan untuk PINA dibuka. Ada rezeki, ada. Takde rezeki, takde. Yang penting dah mencuba. Tapi, harapan tu mesti la kita letak. Tak gitu?

p.s: Posting ni takde kaitan dengan sesiapa pun. Hajat Fendiosman ni dah timbul sejak awal tahun lagi. Penerangan ni diberikan bagi mengelakkan masyarakat Malaya yang sangat prihatin ini suka sangat membuat speku yang sungguh mengaibkan. Wallahua'alam

Friday, August 15, 2008

Hakikatnya.....

Hmm...hari ni baru je aku rasa badan aku sihat betul2. Isnin lepas, rasa goyang-goyang. Selasa, dengan gembiranya (gembira kah?) aku mengambil MC gara-gara demam yang terlalu teruk. Sampai tak larat nak bangun. Batuk bunyi macam anjing kena pukul. Kong kong kong.....tapi still hari ni ada rasa ting tong sikit2.

Hari ni nak cerita serba sikit la pasal keadaan aku setelah sang Hansuari selamat melangsungkan perkahwinan. Last Wednesday sang Hansuari selamat kembali setelah bercuti kahwin selama seminggu. And he looks so happy. Hoii...sapa tak happy kahwin? Kannnnn?

Aku pernah ada housemates sebelum ni, dan housemates aku terlalu pelbagai. Ada yang makan megi sumbat bungkus celah sofa. Ada yang tak reti-reti bayar sewa. Ada gak yang loklak sterika baju tak tutup plug sampai satu hari. Ada yang berkurung dalam bilik saja. Ada yang suka bawak kawan ramai-ramai berkunjung mesra tapi bila aku takde masuk bilik aku pakai harta aku. Pendek kata, bermacam-macam ragam yang aku temui.

Tapi, housemate aku yang terakhir, sang Hansuari ni memang aku rasa agak kehilangan la. Jangan salah sangka lak. Takde adegan sodom menyodom antara kami berdua. It is just we are so close, like brothers. Dan tinjauan yang aku buat, memang ramai orang mengatakan bahawa sang Hansuari adalah seorang yang terlalu baik sebagai kawan. Sebabnya, sang Hansuari terlalu memahami sebagai seorang kawan and I am so grateful to have him as my close friend.

Kalau dulu, aku bancuh kopi dua cawan. Hari ni masih dua cawan, esok lusa tinggal balik satu cawan. Bila la nak jadi dua balik ek?

Kalau dulu, aku masak untuk dua orang makan. Hari ni mungkin dua orang jugak. Esok lusa aku makan kat kedai la kot. Tak berbaloi nak masak untuk sorang makan. Err....sang Hansuari sangat tak cerewet bila bab makan ni. Letak je apa atas meja, mesti dia makan.

Kalau dulu, aku outstation, koman-koman dia baling aku kat stesen ERL Putrajaya, tapi selalunya kat KLIA la. Balik outstation pun, tetap jugak dia akan ambik kat KLIA nun. Hari ni mungkin kalau aku outstation dia hantar lagi. Esok lusa, aku park kereta kat airport la. Hiks...

Kalau dulu, aku semput di malam hari, ada orang bawak ke klinik. Hari ni kalau aku semput, boleh lagi kot. Esok lusa, bawak kereta sendiri ke spital la kot? Macam apa yang aku buat hari Isnin malam yang lalu.

Tu semua cerita kalau dulu. Hari ni, mungkin dapat lagi sebab dia masih duduk dengan aku. Tapi esok lusa, bila sang Isteri dah datang, sudah pasti aku akan rasa kehilangan. In-fact, last week, for the whole week, aku dok termenung sorang-sorang. Susah gak kan kalau dah terlalu rapat. Hentah lah...taktau nak kata apa.

Yang pasti, konfesi aku pada hari ni, aku memang rasa kehilangan. Tapi, kena akur dengan fitrah alam. Yang ada akan pergi, yang pergi, Insya Allah akan berganti. Walaupun begitu, Ibu Bapa yang pergi, memang takde sapa boleh ganti.

Cukup la kot untuk hari ni. To all dear readers, jangan salah anggap lak keakraban aku dengan sang Hansuari tu. As per said, we are very close, like brothers. Lawak sama-sama, gurau sama-sama, nombor kereta sama, baju kaler sama.......mustahil la nak kongsi bini sama kan? Hahahaha.....apa pun, life must goes on. Rite?

Monday, August 11, 2008

Di suatu petang....

Di suatu petang yang damai, dalam suasana mendung yang sungguh nyaman, aku sekali lagi mengembara menelusuri tebing sungai di satu lagi daerah asing. Sayup-sayup kedengaran bunyi seruling yang dimainkan. Di sebelah kiriku jalan raya yang agak sibuk, dan di seberang sungai di sebelah kananku, tersusun perkampungan penduduk yang berulang alik dengan hanya menggunakan sampan. Sungguh tenang dan mendamaikan.Aku teruskan lagi perjalananku mencari punca suara seruling yang cukup menarik hati. Akhirnya bertemu jua dengan sang peniup seruling. Seorang warga emas yang asyik meniup serulingnya tanpa menghiraukan suasana sekeliling. Lantas aku melabuhkan punggungku ke kerusi di sebelah sang peniup seruling itu sambil aku memerhatikan keadaan sungai yang sangat tenang.Kepala kudongakkan ke atas melihat dedaunan yang merimbun untuk aku berteduh barang seketika sambil menikmati alunan irama yang sungguh merdu.Kelihatan juga seorang wanita mencari sesuap nasi dengan menyapu sampah di laluan pejalan kaki tersebut. Di mana kelihatan sampah, segera wanita itu membawa perkakasannya untuk membersihkan kawasan tersebut. Kagum aku melihat kebersihan tempat pejalan kaki itu.Wahhhhhhhhh...mrasa la ayat jiwang karat. Pakcik mana tatau? Daerah asing mana pulak ye? Asek jalan je katanya. Heipp...kali ni bukan ditaja kerajaan ok! Kali ni sendirian berhad ok.Tadaaaa....aku ke Kuching sekali lagi. Kalau dulu, aku berlibur bersama rakan-rakan. Kali ni, hmmm.....aku menghadiri majlis perkahwinan Sang Hansuari teman serumahku yang telahpun selamat melangsungkan pernikahan bersama pasangannya.Kali ni takde la nak stay kat Crowne, satlagi jadi issue pulak. Pegawai berlagak nak duduk Crowne. Sila rujuk posting aku ke Kuching sebelum ni. Hmm..hanya mampu untuk stay di Holiday Inn saja. Hiks...tetap nak cakap nama hotel kan? Apa pun, personal view aku, Holiday Inn ni lebih best. Tilamnya yang empuk, ambiance yang sesuai. Memang berpadanan dengan kadar yang dikenakan. RM140 semalaman. (nota: ni untuk rate kakitangan gomen saja ok!).

Dan seperti biasa, tempat2 wajib yang aku singgah bila ke Kuching, (takmo la aku letak cerita lagi sebab dah aku buat dulu) Kedai Kek Dayang Salhah, Kedai Pasu kat Batu 3, bazaar kat Waterfront, dan beberapa tempat lagi.Tapi kali ni ada sedikit penambahan, aku memanjangkan kaki ke Sarikin. Menjengah kampung di sempadan tu. Ya la kan, orang kata best. Aku nak tengok la apa yang bestnye!Sampai di Sarikin, bolehlah aku katakan tempat ni sesuai untuk makcik-makcik yang suka sangat barang murah. Telekung, kain langsir, kebaya, dan bermacam-macam barang produk Indonesia dijual di sini. Err..untuk authentic Sarawak items, bukanlah di sini tempatnya.

Err....nak cerita pasal kawin ke pasal berjalan ni? Ehmm..since perkahwinan masyarakat Melayu di Sarawak pun sudah aku cover dalam posting sewaktu aku ke Brunei tahun lepas, tak perlu la kot ek? Well, normal thing la, majlis mula awal, seawal jam 10. Dan makan mula seawal jam 10.30 pagi. Sarapan katanya! Hehehe....dan majlis tu selesai dalam masa yang singkat.

Cukup untuk aku katakan yang lepas ni aku akan duduk sorang-sorang dan aku ada rasa sedikit perasaan kehilangan tu. Hmm....sedih gak la rasanya. Selama ni aku masak, ada gak orang makan. Ada jugak la orang untuk aku bergurau gelak2 mengarut. Tapi hukum alam, kita kena menerima la. Takkan la forever and ever nak duduk dengan aku kot? Kang orang saspek lak kan? Hahaha....

Untuk housemateku Sang Hansuari, Hamfatullah Syawal dan isteri Farah Aina, aku mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kalian berdua. Semoga ikatan yang dibina akan berkekalan hendakNya. Thanks for inviting me to the majlis. Both sides! And thanks for the hospitality. Jangan risau, aku tak kecik ati kalau kau rasa tak dapat entertain aku macam selalu. It's ur wedding day dude!

Harapnya satu hari nanti dapat lagi berkunjung semula ke daerah asing ini. Heh....badan ni rasa nak demam pulak. Sejuk panas sejuk panas. Batuk2 berkahak kembali menyerang. Yaaaa....rasa cam nak MC lak esok. Huhuhu....

p.s : adapun cerita berkenaan pakcik seruling dan makcik sapu tu adalah benar. tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka. aku kagum tengok keadaan kawasan yang bersih dan mendamaikan tu. how i wish kat sini pun macam tu. bersih damai dan tenteram.

Tuesday, August 05, 2008

Perkhabaran Seorang Doktor

Disclaimer:
Sekali lagi hari ni, posting ni takde gambar yang berkaitan. Lagipun, sakit boleh rasa, tapi gambar sakit takde aaaaa....takkan la nak amek gambar dalam badan sendiri? Makanya gambar ginjal dan batu yang mampu aku berikan kepada anda semua.



Adapun semalam merupakan hari temujanjiku dengan Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Putrajaya mengenai status kesihatanku yang dirasakan huru hara sejak insiden aku dimasukkan ke wad kecemasan Januari lalu.

Alhamdulillah semalam bacaan tekanan darahku boleh aku katakan menurun, walaupun tak senormal mana, 130/90. Menurut Pegawai Perubatan yang merawatku selama ini, hasil diagnosis dan investigasi yang dilakukan; blood, urine, ultrasound, dan observasi terhadap tekanan darahku selama ini, dapat dikatakan bahawa punca penyebab tekanan darah yang tak berapa nak betul ni datang dari batu yang ada di dalam buah pinggangku. Kalau satu takpe, ni kat kiri ada, kat kanan pun ada.

Selepas diberitahu mengenai hal batu itu, serta-merta memori lama kembali, sebab masalah batu ni bukan baru untuk aku. Aku dah mengeluarkan batu-batu yang tajam dan cukup menyakitkan semenjak aku berada di universiti lagi. Tahun 2002, aku masih ingat di satu pagi, seawal jam 5 aku menggelupur kesakitan di sekitar pinggangku, dan kencingku berdarah. Setelah dibawa ke Pusat Kesihatan UKM, terus aku diberikan rawatan dengan ubat penahan sakit, dan dibawa bertemu Pegawai Perubatan ketika itu, hasil x-ray yang dibuat mendapati terdapat batu di dalam ureter.

Itu kisah tahun 2002, dan boleh dikatakan setiap tahun aku akan mengeluarkan batu tajam itu melalui air kencing. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Menangis aku menahan perit tajam batu. Tapi selama 6 tahun jugalah aku simpan kepada diri sendiri mengenai masalah ini. Aku tak bagitau sesiapa. Sebab? Aku taknak orang risaukan keadaan aku. Aku takmau mama susah hati, aku takmau baba gusar memikirkan masalah anak.

Dan semalam, di kiri dan kanan buah pinggang ada batu, kecil kata doktor, 5mm dan 8mm saiznya, tapi aku rasa walaupun tak sampai 1cm, memang aku akan menangis lagi untuk mengeluarkan batu-batu itu. Kalau dulu aku lebih suka mengambil pendekatan self medication dengan membeli potassium citrate dan ubatan singseh, dan batu itu akan keluar sendiri, tapi sekarang, aku mohon kepada Pegawai Perubatan tersebut untuk merujukkan ku kepada Urolgist. Harapannya dapatlah aku mengetahui dengan lebih lanjut masalah yang aku hadapi selama ni.

Dan semalah jugalah buat kali pertama aku bercakap dengan mama mengenai batu yang ada, dan masalah yang aku hadapi selama bertahun-tahun yang cuba aku pendamkan. Mama was a bit shocked tapi dengan tenang dia menasihatkan aku untuk bersabar dan bertenang. Err..rasa macam sakit ni takde la teruk mana (mungkin orang akan kata macam tu), tapi untuk aku yang pernah dan sedang menghadapi ni, aku memang rasa sangat perit. Tapi takde la aku nak tunjukkan kat orang yang aku ni sakit. Dalam pentas seni, teknik ni dinamakan improvisasi. Dalam bahasa keji, nama benda ni adalah plastik. Senyum di luar, tapi dalam hati menangis.

Hmmm..hari ni nak faxkan surat rujukan Pegawai Perubatan kepada sahabat di HKL nun (Pakcik Azrul...mekaseh ye!). Harapnya dapat la bertemu Urologist dalam masa terdekat ni. Amin....