Disclaimer:
Sekali lagi hari ni, posting ni takde gambar yang berkaitan. Lagipun, sakit boleh rasa, tapi gambar sakit takde aaaaa....takkan la nak amek gambar dalam badan sendiri? Makanya gambar ginjal dan batu yang mampu aku berikan kepada anda semua.
Sekali lagi hari ni, posting ni takde gambar yang berkaitan. Lagipun, sakit boleh rasa, tapi gambar sakit takde aaaaa....takkan la nak amek gambar dalam badan sendiri? Makanya gambar ginjal dan batu yang mampu aku berikan kepada anda semua.
Adapun semalam merupakan hari temujanjiku dengan Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Putrajaya mengenai status kesihatanku yang dirasakan huru hara sejak insiden aku dimasukkan ke wad kecemasan Januari lalu.
Alhamdulillah semalam bacaan tekanan darahku boleh aku katakan menurun, walaupun tak senormal mana, 130/90. Menurut Pegawai Perubatan yang merawatku selama ini, hasil diagnosis dan investigasi yang dilakukan; blood, urine, ultrasound, dan observasi terhadap tekanan darahku selama ini, dapat dikatakan bahawa punca penyebab tekanan darah yang tak berapa nak betul ni datang dari batu yang ada di dalam buah pinggangku. Kalau satu takpe, ni kat kiri ada, kat kanan pun ada.Selepas diberitahu mengenai hal batu itu, serta-merta memori lama kembali, sebab masalah batu ni bukan baru untuk aku. Aku dah mengeluarkan batu-batu yang tajam dan cukup menyakitkan semenjak aku berada di universiti lagi. Tahun 2002, aku masih ingat di satu pagi, seawal jam 5 aku menggelupur kesakitan di sekitar pinggangku, dan kencingku berdarah. Setelah dibawa ke Pusat Kesihatan UKM, terus aku diberikan rawatan dengan ubat penahan sakit, dan dibawa bertemu Pegawai Perubatan ketika itu, hasil x-ray yang dibuat mendapati terdapat batu di dalam ureter.
Itu kisah tahun 2002, dan boleh dikatakan setiap tahun aku akan mengeluarkan batu tajam itu melalui air kencing. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Menangis aku menahan perit tajam batu. Tapi selama 6 tahun jugalah aku simpan kepada diri sendiri mengenai masalah ini. Aku tak bagitau sesiapa. Sebab? Aku taknak orang risaukan keadaan aku. Aku takmau mama susah hati, aku takmau baba gusar memikirkan masalah anak.
Dan semalam, di kiri dan kanan buah pinggang ada batu, kecil kata doktor, 5mm dan 8mm saiznya, tapi aku rasa walaupun tak sampai 1cm, memang aku akan menangis lagi untuk mengeluarkan batu-batu itu. Kalau dulu aku lebih suka mengambil pendekatan self medication dengan membeli potassium citrate dan ubatan singseh, dan batu itu akan keluar sendiri, tapi sekarang, aku mohon kepada Pegawai Perubatan tersebut untuk merujukkan ku kepada Urolgist. Harapannya dapatlah aku mengetahui dengan lebih lanjut masalah yang aku hadapi selama ni.Dan semalah jugalah buat kali pertama aku bercakap dengan mama mengenai batu yang ada, dan masalah yang aku hadapi selama bertahun-tahun yang cuba aku pendamkan. Mama was a bit shocked tapi dengan tenang dia menasihatkan aku untuk bersabar dan bertenang. Err..rasa macam sakit ni takde la teruk mana (mungkin orang akan kata macam tu), tapi untuk aku yang pernah dan sedang menghadapi ni, aku memang rasa sangat perit. Tapi takde la aku nak tunjukkan kat orang yang aku ni sakit. Dalam pentas seni, teknik ni dinamakan improvisasi. Dalam bahasa keji, nama benda ni adalah plastik. Senyum di luar, tapi dalam hati menangis.
Hmmm..hari ni nak faxkan surat rujukan Pegawai Perubatan kepada sahabat di HKL nun (Pakcik Azrul...mekaseh ye!). Harapnya dapat la bertemu Urologist dalam masa terdekat ni. Amin....
14 comments:
Hang nie jenis tahan nak kencing nie..
Bapa aku pun ada penyakit batu karang nie..memang sakit laa..
Bawaklaa bersabar Enche Tariq..
semoga cepat sembuh ya!
abg aku pun sakit batu karang masa dia sakit tak sanggup aku tengokkkk
semoga cepat sembuh ok
tariq, banyak2 bersabor ek..
baguih gak ko ni..tak bertangguh biler dah sakit..lau aku selagi tak teruk, memang aku malas nak g klinik..
jangan lupa makan ubat ek..
lau kena operate pun, relakan aje ler..
banyakkan minum air tawar bro..
kurangkan merokok, kopi, teh, garam dan.. er.. rajinlah melawat toilet bila perlu.
and most of all, nikmatilah kehidupan. stay strong.
hang kurang minum air kosong kut?
get well soon bro..
Fendi... wah tak sangka.. insan segagah ko boleh ada yg tersembuyi penyakit seserius tu... selain dari keluarkan cara tu takder cara lain ker? kalau bedah bedah ni memang aku tak syorkan... barangkali tembakan laser ker?? kesian nya ko.. simpanti yg amat dari aku
WEATHERMAN
takde la tahan pun. kalau rasa nak kencing aku hantam je. tapi.....kalau tempat yang tak kena dengan selera aku, memang kenot la! huhuhu...
CHEN
baiklah dokter!
NAZZMAN
menggelupoq oooooo....sakit gile!
AYUNIE
badan ni nak pakai lama. kalau dah sakit sok cmane? hmmm aku teringat waktu modul bomba dulu, memang aku menderita sakit! tapi dengan slambenye aku melompat kegirangan. huhuhu
KHAIRABDULLAH
ya...semua itu sudah dikurangin! cuma jalan2 je yang aku tak reti2 nak kurangkan. cmane?
SHAZALI
yep, aku mengaku aku kurang minum ayaq.
BERUANG MADU
gagah di luar tu nak mengaburi mata pihak lawan je! hehehehe
Ada sejenis daun yang ko boleh cuba makan nama dia Daun Pesaka Bumi... rasanya MasyaAllah. anyway kalau nak cuba aku boleh bagi sebab mak aku byk tanam kat rumah. Its good for the bladder...
tu dia.... dah macam pahlawan perang zaman dulu jer...
ala PENDI, aku dgr org minom ayaq nyior ngan telur ayam kampung then ape tah lagi, kuar dgn slamat sejahtera butiran2 itew... tapi mmg kena minom ayaq tawar byk2 la, nak2 lg jerebu jerebi nih....
macam mana boleh ada batu? kerap plak tu... selalu tahan kencing ekkk???? batu tu boleh buat mata cincin tak? ooppsss..... cepat2 pi berubat yaaaa..... semoga cepat sembuh dan tak sakit2 lagik....
ADIFAIZAL
ada masa sok aku g amek kat umah ko! tapi wiken ni tak leh le...pasal aku takde di sekitar kajang ni!
BERUANG MADU
bang beruang...thanks sms tanye khabar adi...appreciate that so much!
PHACHAT
er....banyak sangat petua ni!
mana satu aku nak ikot ekkkk?
BANG SHIDI
nak wat mata cincin ek? nanti keluar adi kasik sebijik satu kat abang nak?
get well soon...
we need you for kotak ijau session!!!!!!!!!!!!!!!!!
Post a Comment