Monday, August 11, 2008

Di suatu petang....

Di suatu petang yang damai, dalam suasana mendung yang sungguh nyaman, aku sekali lagi mengembara menelusuri tebing sungai di satu lagi daerah asing. Sayup-sayup kedengaran bunyi seruling yang dimainkan. Di sebelah kiriku jalan raya yang agak sibuk, dan di seberang sungai di sebelah kananku, tersusun perkampungan penduduk yang berulang alik dengan hanya menggunakan sampan. Sungguh tenang dan mendamaikan.Aku teruskan lagi perjalananku mencari punca suara seruling yang cukup menarik hati. Akhirnya bertemu jua dengan sang peniup seruling. Seorang warga emas yang asyik meniup serulingnya tanpa menghiraukan suasana sekeliling. Lantas aku melabuhkan punggungku ke kerusi di sebelah sang peniup seruling itu sambil aku memerhatikan keadaan sungai yang sangat tenang.Kepala kudongakkan ke atas melihat dedaunan yang merimbun untuk aku berteduh barang seketika sambil menikmati alunan irama yang sungguh merdu.Kelihatan juga seorang wanita mencari sesuap nasi dengan menyapu sampah di laluan pejalan kaki tersebut. Di mana kelihatan sampah, segera wanita itu membawa perkakasannya untuk membersihkan kawasan tersebut. Kagum aku melihat kebersihan tempat pejalan kaki itu.Wahhhhhhhhh...mrasa la ayat jiwang karat. Pakcik mana tatau? Daerah asing mana pulak ye? Asek jalan je katanya. Heipp...kali ni bukan ditaja kerajaan ok! Kali ni sendirian berhad ok.Tadaaaa....aku ke Kuching sekali lagi. Kalau dulu, aku berlibur bersama rakan-rakan. Kali ni, hmmm.....aku menghadiri majlis perkahwinan Sang Hansuari teman serumahku yang telahpun selamat melangsungkan pernikahan bersama pasangannya.Kali ni takde la nak stay kat Crowne, satlagi jadi issue pulak. Pegawai berlagak nak duduk Crowne. Sila rujuk posting aku ke Kuching sebelum ni. Hmm..hanya mampu untuk stay di Holiday Inn saja. Hiks...tetap nak cakap nama hotel kan? Apa pun, personal view aku, Holiday Inn ni lebih best. Tilamnya yang empuk, ambiance yang sesuai. Memang berpadanan dengan kadar yang dikenakan. RM140 semalaman. (nota: ni untuk rate kakitangan gomen saja ok!).

Dan seperti biasa, tempat2 wajib yang aku singgah bila ke Kuching, (takmo la aku letak cerita lagi sebab dah aku buat dulu) Kedai Kek Dayang Salhah, Kedai Pasu kat Batu 3, bazaar kat Waterfront, dan beberapa tempat lagi.Tapi kali ni ada sedikit penambahan, aku memanjangkan kaki ke Sarikin. Menjengah kampung di sempadan tu. Ya la kan, orang kata best. Aku nak tengok la apa yang bestnye!Sampai di Sarikin, bolehlah aku katakan tempat ni sesuai untuk makcik-makcik yang suka sangat barang murah. Telekung, kain langsir, kebaya, dan bermacam-macam barang produk Indonesia dijual di sini. Err..untuk authentic Sarawak items, bukanlah di sini tempatnya.

Err....nak cerita pasal kawin ke pasal berjalan ni? Ehmm..since perkahwinan masyarakat Melayu di Sarawak pun sudah aku cover dalam posting sewaktu aku ke Brunei tahun lepas, tak perlu la kot ek? Well, normal thing la, majlis mula awal, seawal jam 10. Dan makan mula seawal jam 10.30 pagi. Sarapan katanya! Hehehe....dan majlis tu selesai dalam masa yang singkat.

Cukup untuk aku katakan yang lepas ni aku akan duduk sorang-sorang dan aku ada rasa sedikit perasaan kehilangan tu. Hmm....sedih gak la rasanya. Selama ni aku masak, ada gak orang makan. Ada jugak la orang untuk aku bergurau gelak2 mengarut. Tapi hukum alam, kita kena menerima la. Takkan la forever and ever nak duduk dengan aku kot? Kang orang saspek lak kan? Hahaha....

Untuk housemateku Sang Hansuari, Hamfatullah Syawal dan isteri Farah Aina, aku mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kalian berdua. Semoga ikatan yang dibina akan berkekalan hendakNya. Thanks for inviting me to the majlis. Both sides! And thanks for the hospitality. Jangan risau, aku tak kecik ati kalau kau rasa tak dapat entertain aku macam selalu. It's ur wedding day dude!

Harapnya satu hari nanti dapat lagi berkunjung semula ke daerah asing ini. Heh....badan ni rasa nak demam pulak. Sejuk panas sejuk panas. Batuk2 berkahak kembali menyerang. Yaaaa....rasa cam nak MC lak esok. Huhuhu....

p.s : adapun cerita berkenaan pakcik seruling dan makcik sapu tu adalah benar. tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka. aku kagum tengok keadaan kawasan yang bersih dan mendamaikan tu. how i wish kat sini pun macam tu. bersih damai dan tenteram.

8 comments:

phachat said...

WAHAHAHAHA... aku suke tang dok berdua2 kang org saspek pullok, ye x? Maklumlah, jaman sodom-menyodom tgh hangat diperkata. Larik....

swit@kon said...

kuching juge...daerah asing yang baru kutinggalkan dan balik je sakit gigi!!!

kuching panas tapi best gila!

X-weatherman said...

Takde plak ko ambik gambo orang jual gambir sarawak kat tepi-tepi tuh..hahaha..

MOLY said...

aiks .. kawen dah ye kawan mu iteww ... alhamdulillah. selamat pengantin baru buatnya ..


bila laa nak sampai kuching nih ... nak beli kek lapis banyak2 .. huhuhuh...

Adi Osman said...

PHACHAT SSP

sedangkan nombor kereta kitorang yang sama pun orang dah saspek! ni pulak dok berdua....

lagi la orang saspek!


SWIT@KON

semalam orang mc.....gara-gara kepanasan di Kuching. hari ni still sakit2 lagi badan...


X WEATHERMAN

hajat di hati nak amek tapi terlupa plak....

tapi aku memang ada beli gambir tu! staff lama aku kirim buat cabut gigi!


LILY LULU

ya...selamat sudah hosmetku itteww berkawin!

Shah said...

Ko kat Kuching weekend lepas ye? Masa tu kitorang kat KK. Patut la masa kapalterbang lalu atas tu nampak cam bayang2 kau aje kat Kuching tu. Teringin gak nak jejak kaki kat Kuching satu hari nanti....

JULIE said...

APP lom lagi sampai ke Kuching. Bila agaknya ye?? Seronok betul.

@rep said...

ermmm demam sb hansuari kawin ni? i speku jer.. huhuhu.. memang hansuari pun.. mrasalah u cari pengganti skrg.. gud luck..