Monday, March 26, 2007

Layan Kepala Berasap

Tengok video kat bawah ni....



Kemudian bezakan dengan video yang ni...



sama tak?

Hmm...sebenonye aku tengah tensen, dok kene siapkan MPK BSM ni ha. Sebelum ni dah ada, tapi macam kelam kabut je! Makanya dapat la task dok membuat ni! Huhuhu...tensen tensen. Dok berasap dah kepala ni. Sambil layan asap, tengok la lagu lagu yang boleh meredakan tensen ni. Kebetulan ni lagu peberet aku. Hik hik....

Minggu ni, macam biasa la, maklumbalas demi maklumbalas kena jawab. Dari fail kaler putih. kaler ijau, sampai la fail yang ada palang besar tu. Bak kata Puan Berdedai-dedai tu,

"hati2 conduct fail pangkah tu, nanti kena dengan OSA plak!" (pitching biar tinggi nyaring ye!)

So dengan penuh berhati2 la aku buat benda tu. Kang tak pasal-pasal free je masuk dalam. Isk..idok le aku sanggup!

Hari ni isnin, biasa laaaa...hari isnin yang biru! Lepas aku menjadi hyper waktu weekend, so dengan malasnye kene la bekerja lillahi taala semula. Ni dok prepare nak terima visitor dari Vietnam. Biasa la kan, kalau dengan Puan Berdedai-dedai tu tetamu sikit pun nak treat macam nak sambut menteri. Hah, ni lusa kena gi Tourism Malaysia amek cenderamata. Hadoi laaaaa....dah kat sini pun sedia cenderamata, nak jugak pegi amek kat sana lagi! Tak ke heran jadinye?

Takpe la, siapkan je apa yang patut. Bos kata A, A la aku buat. Takmo banyak songeh. Kang kene blacklist. Hiks, minggu ni je pun nak dok opis. Minggu depan, berkursus kat Sepri. Minggu lagi satu...aku kursus lagik, ekonomi kesihatan hah. Tempat? Cukup la aku katakan aku akan heret beg kat epot lagi sekali. Sambil-sambil tu aku ingat nak extend stay aku kat sana. Alang-alang dah tiket percuma, tempat yang jarang aku pegi. Elok la memanfaatkan peluang yang ada. Lagipun, kursus dari Ahad sampai Jumaat. Dah sampai ujung ari kerja, sambung 2 hari. Boleh gak pusing2 kan? Dah buat pakatan dengan rakyat jelata kat sana. Masa untuk berlibur la kot!

Skang mari siapkan keje. Alamatnye kene la hangkut laptop bawak balik umah ni. Nak beli sendiri tak mampu. Fuaaaannggg...harapnya bulan Mei ni ada laa rezeki yang bergolek macam yang dituntut oleh MTUC tu. Ringan sikit beban. Minyak, tol, duit kereta, PTPTN, yada yada yada....isk, dah jadi tahap miskin tegar ni! Huhuhu....

Ok la kot! Hari ni serius kepala aku buntu. Tapi apa pun aku nak ucapkan mekasih la bebanyak kat Wawa pasal kasik tiket free gi tengok konsert Ahmad Jais kat IB ari Sabtu lepas. Really appreciate it! Ehmm...konsert P Ramlee bulan depan, harapnya ada la tiket free lagik!

Monday, March 19, 2007

Dah ready ke?

Sejak dua menjak ni kecoh la di kalangan budak2 batch 204 pasal kes naik gred ke 44. Sana sini dok sembang pasal 44 tu. Bukan pasal nak naik sangat, tapi dok gelabah pasal takut kena posting ke tempat baru. Some of the agencies dah takde post untuk M44, makanya kena la berambus dari tempat yang dah kira lama jugak bertapak tu. Even aku dengar kat MINDEF tempat lama aku bersemayam satu ketika dulu, ada 4 post saje yang tinggal, the rest kena post out. Tak tau la ke mana. Ada la 2-3 orang yang dilamar nak masuk agensi sana agensi sini. Tak ketinggalan jugak yang mengofferkan diri sendiri nak ke agensi-agensi tertentu. Tapi, untuk rakyat jelata yang bermaharajalela kat KKM ni, siap sedia la untuk berjawatan TETAP dan BERPENCEN sebab apa yang aku boleh nampak, KKM ni macam kerajaan sendiri, terlalu la besar. Hmmm..untuk yang dok melobi tu, selamat melobi la ye! Semoga dapat apa yang diinginkan. Kalau tak dapat tu, jangan la tension. Dengar-dengar jugak, ramai dok feeling-feeling nak masuk Kementerian Pelancongan (sebab nak melancong kah?). Post ada 4, satu dah taken, ada lagi 3 yang akan diisi. Hmmm..kalau dok MOTOUR pun, kena keje yang dok melangok kat opis je, dapat ke melancong dekkk? Hmm....lobi la selagi terdaya. Yang dah selesa kat state pulak dok recce tempat yang ada kat state nun. Untuk yang berkeluarga, accepted la kalau takmo gerak pun. Ada sebab yang kukuh. Takpe la, abaikan je polemik ni, nanti bila dah dapat surat arahan penempatan terima je la dengan hati terbuka.


Sebut pasal naik gred ni jugak, in conjunction with that, ada la pulak kursus persediaan naik pangkat yang tak pernah ada sebelum ni. Macam biasa dianjurkan oleh JPA, our parent! Tapi yang aku pelik bin ajaib tu, bila tau je tempat nye nun terletak di ulu sepri, rembau. Ish....awat la kat situ pulak? Nak kena bambu macam kat DPA dulu jugak ke ni? Musykil musykil.....

Surat dah aku dapat, makanya bersedia la nak ke BTN 4 hari. Nasib baik laaaa tak bertembung dengan jadual heret beg aku ke sana ke mari. Hik hik hik...kalau tak musti aku sedih. Ahh..tak kisah la cmane pun! Janji kursus semua aku attend dengan jayanya.

Tapi kan, aku ni dah bersedia ke nak ke tangga lagi satu tu? Ye la, orang dok kata macam-macam, cepat sangat naik gred. Aku pun rasa cepat jugak. Baru 2 tahun lebih sikit masuk servis, dah nak menerima tanggungjawab yang sikit besar (pada pikiran aku laaa). Mungkin jugak ada kawan-kawan seperjuangan dah feeling-feeling seronok dapat title kanan kat belakang jawatan tu, tapi pada aku, I still need to learn. A lot actually. Nak-nak kalau baru posting macam aku ni. Kalau kerja kat Kem SB dulu, takde kaitan langsung dengan core business PTD ni. Jaga student, proses result student, incharge intake student, all related to student. Macam keje kat universiti la jugak. Hmm...entah la. Apa pun, just let the stakeholders decide la. La ni, aku dok menghitung hari. Kat mana pulak nak tercampak. Walaupun kat KKM, tapi nampak gaya kat Sumber Manusia dah penuh. Bahagian lain ada la...tak panas ponggong aku lagi kat sini, kalau bernasib malang (some will say baik), I have to angkat kaki, tinggalkan BSM yang baru sangat aku join ni. Tengok la cmane SUB nak buat. Either retaining us, or let us go. Whatever it is, I have to be prepared. Takde la orang cakap dah naik pangkat tapi keje tak reti buat! Tak gitu? Cukup la untuk hari ni.
Untuk kawan-kawan yang dah dapat surat kursus tu, meh la kita pegi sama2 ye. Main mesyuarat tingkap kat BTN macam kat DPA dulu. Hahahaha....untuk kawan-kawan yang rasa tak sabar nak naik 44 tu, renung-renung la dalam diri sendiri. Rasa-rasa dah cukup bersedia ke? Kalau rasa tak pandai macam aku tu, bawak-bawak la belajar. Tapi kalau dah rasa best sangat, aku tak reti nak cakap apa dah laaaa...apa pun kita tunggu la surat penempatan nanti ye!

Wednesday, March 14, 2007

Pandai Tak Kau?

Bila dah masuk perkhidmatan kerajaan ni, makanya bila nak naik pangkat, ada terkandung syarat Lulus Penilaian Tahap Kecekapan, yakni PTK. Dan pada aku, PTK ni membawa maksud Pandai Tak Kau?. Ye la, dengan soalan yang tak semenggah, buku yang banyak perlu dirujuk. Tuhan saja yang tau peningnye kepala membelek buku2. Dah la kepala makin hari makin berkarat, nak mengingat fakta yang tah hapa2 tu. Isk….jadi, takrifan PTK Kak Jaja memang betul la kot! Kan Kak Jaja kannn? Takrifan yang berbunyi sebegini, Pund*k Tul Kau, hik hik hik….

Senin dan Selasa lepas, gigihnya aku menjawab soalan kat SAPURA@MINES tu. Ada la kot dalam 200 orang, maybe less. Senior ada, junior ada, dan sah2 la majoriti budak2 batch 204 yang terlepas peluang waktu exam bulan 12 ari tu.

Ulasan aku tentang dua paper yang aku dah amek tu. Paper Umum yang orang kata senang, aku rasa susah. Paper Khusus yang orang kata menjerat tu aku rasa rileks sikit la. Walaupun aku tak tau apa yang aku jawab tu betul ke tak. Untuk Umum, soalan tah hape2 laa yang diorang bagi. Pasal dasar2 tu ok la kot. Tetibe benda yang takde dalam syllabus pun naik jugak. Boleh gi tanya pasal Halal Hub halalan toyyiba tu. Mau tak melopong? Pelan Integriti yang langsung aku tak belek pun ada. Aku ingat dah tak keluar pasal dah keluar dalam 2 siri sebelum ni. Mujur la ada soalan kaunseling (Oii ratu mulut neraka, nasib baik la aku kawan ngan ko…), soalan motivasi, boleh la aku goreng sesedap rasa. Karang macam buat cerpen. Sebab dah lama tak menulis panjang2, tangan aku rasa letih sangat2. Cramp siot! Balik umah je terus aku terbongkang, letih ooo guna otak! Sebab soalan Umum tu sangat mengecewakan aku, makanya buku2 dan nota2 haram aku tak belek untuk soalan khusus. Dalam hati, bersedia la untuk mendaftar semula bulan 9 nanti! Huhuhu…..

Hari kedua, soalan khusus. Bila Ketua Pengawas suruh bukak semak soalan, awek sebelah aku sudah cakap, “Bro…soalan 1 ni kompem I boleh jawab pasal I buat benda2 ni”. Hadoi laaaa..psycho sungguh. Aku tak belek lagi, so aku pun baca la dengan teliti, dan dengan senyuman sampai ke telinga bak cabin crew…”Dik…I rasa I pun boleh jawab jugak!” Belek lagi, soalan 1 pasal pegawai kontrak, masuk soalan 2, chett benda aku tak baca lak keluar, tanya pasal cuti yang langsung tak glamer! Cuti barah kusta dan tibi! Soalan 3,4,5,6,7 pass…aku takleh jawab pasal tak baca! 8, industri….jawab. 9, pass. 10, jawab! 13, sengeh lagik! In fact soalan 13 tu la soalan pertama yang aku jawab. Pasal OIC (Oh I See….), 15 dan 16 soalan IT, jawab la jugak. Untung sabut timbul kan? Tapi kalau dah nasib jadi tapak sulaiman…yang sentiasa tenggelam tu cmane haaaa?

Dan balik je peksa…terbongkang lagik! Ye la kan, pasal gigih sampai tak tido malam aku belek buku yang belum tentu lagi masuk dalam otak ni ke tidak. Tuhan saja yang tau. Udah le cite pasal PTK ni. Malas dah. Untuk yang tak amek lagi, prepare la awal2. Bukan suruh study maut! Tapi at least amek tau la serba sikit supaya tak jadi macam aku ni.

Ekceli, ada baik buruknya PTK ni. Baik, menguji pengetahuan kita yang keje dengan gomen ni tentang perihal gomen. Kalau takde PTK ni aku rasa sapa pun takmau amek tau pasal benda2 yang dikatakan serabut ni. Keburukan? Dengan kesibukan di tempat keje, aku rasa takde sape yang mampu nak cope. Dah tu kisah anak isteri kat umah lagi (for those yang dah kawin), bila laaaa nak belek buku dak? Apa pun, aku harap ada la sinar untuk keputusan peksa ni yang aku tatau tah bila. Hope for the best, but prepare for the worst! Rite?

Thursday, March 08, 2007

Mulut Neraka




Mulut neraka? Amende la mulut neraka tu eh? Hmmm..nama ni aku dapat dari kawan aku yang mulut dia pun neraka jugak satu masa dulu sebelum kehadiran aku kat KKM ni. Selama ni dialah ratu mulut neraka yang bermaharajalela tanpa sebarang gangguan. Bersemayam di singgahsana tujuh tingkat panca persadanya. Muahahahaa…..until November 2006, muncul la sorang manusia yang turun dari Bukit Besi setelah sekian lama memegang pundak di sebuah akademi tentera yang hari ni menjadi sebuah universiti. Yang turun dari Bukit Besi ni, mulut dia pun Masya Allah, takde insuran langsung. Mungkin sebab dia dilahirkan dari kalangan keluarga yang memang terdiri dari manusia2 yang dikategorikan sebagai mulut neraka.

Mulut neraka ni, kalau ikut ratu mulut neraka tu merujuk kepada spesis manusia yang mempunyai tahap kelancangan mulut yang boleh menyebabkan seseorang menderita terkena semburan berapi mulut neraka itu. Tudiaaa, panjangnya explanation.

Balik kepada cerita mulut ni la kan, pada aku ada jugak kebaikan mempunyai mulut neraka ni. Selain dapat mencelikkan mata manusia2 yang terbuai tidur, secara tak langsung ia boleh digunakan dalam usaha untuk membentuk perilaku dan peribadi seseorang itu. Contoh kisah mulut neraka yang boleh diceritakan, sebagaima yang dinyatakan di bawah ini:
Adapun ratu mulut neraka ini adalah seorang kawanku yang satu masa dulu mempunyai ukuran badan yang solid molid (menurut gambar yang telah ditunjukkan di dalam PCnya). Entah di mana silapnya, ratu mulut neraka ni membesar bagaikan johan dan kesan semerta daripada pembesaran itu, bentuk badan yang solid molid itu telah bertukar menjadi bentuk Spongebob Squarepants (aku suka cerita ni…tapi dalam TV9 dekat di hati tak best! Pasal dia dah alih bahasa) yang mempunyai bentuk yang petak tanpa menunjukkan sebarang kesolidan dalam pembawaan imej diri beliau.

Nak dijadikan cerita, disebabkan oleh kenerakaan mulutku ini, dengan selambanya aku sudah bagi satu statement yang pedih dan sukar diterima oleh akal yang sempurna si penerima.
“apsal badan kau macam spongebob squarepants ah? Berpetak, takde shape langsung”

Dengan muka yang sentap, ratu mulut neraka itu pun berazam di dalam hati (ni ikut apa yang telah diriwayatkan tatkala aku pergi breakfast bersama-sama pagi tadi) untuk menurunkan berat badannya sebagai bukti yang dia pun mampu untuk mempunyai bentuk badan yang solid molid seperti suatu ketika dulu. Mulalah satu episod baru dalam hidup ratu mulut neraka ini, di mana saban hari beliau dengan gigihnya pergi ke gymnasium, dan juga ke kolam renang untuk mendapatkan bentuk badan yang asal. Pemakanan beliau turut diperhatikan dengan teliti oleh jurulatih tak bertauliah beliau bagi memastikan matlamat asal tercapai.

Kesan daripada mulut neraka itu jugalah, sejak awal bulan Februari lepas sehingga hari ini, ratu mulut neraka itu berjaya menghilangkan 10kg, dan beliau ingin memastikan lagi 10kg berat muatan berlebihan itu akan hilang. See! Sapa kata jadi mulut neraka tu jahat? Ada jugak kebaikannya. Tak payah berhabis duit nak pegi MaryFrance Bodyline pun, dengan sendirinya berat itu akan hilang kesan usaha gigih hasil daripada kenerakaan mulut aku itu.

Amacam? Best tak rencana aku hari ni? Untuk kawan2 yang penah kene impak mulut neraka ini, ampun maaf aku pinta! Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa.


Tuesday, March 06, 2007

Sepagi di Maahadul Islami Fidrauli bi Kajang

“Nahnu, tholabatul maahadul islami fidrauli bi kajang, nata’ahhadu wa nuqirru bi annuadiya kat tholabatul mu’min”

Ish…payah tulih arab guna tulisan rumi ni. Makhraj huruf dan sebutan akan lari. Kalau silap baca akan jadi lain maknanya. Apa pun, that is part of ikrar sekolah yang dibaca waktu perhimpunan pagi. Zaman sekolah dulu mengingatkan keadaan aku menjadi robot yang skema. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, or better known as SMAPKajang, was the place where I spend most of my teenage years with my friends..

Lama dah aku tak pi sekolah sebenarnya. The last was in the year 2003 kot. Ada majlis pelancaran alumni SMAPKajang yang sekarang ni aku tak tau apa statusnya. Kalau tengok sekolah lain, macam best je. Mungkin ada sebab2 tertentu kenapa orang tak berapa minat nak masuk alumni sekolah ni. Tah la, no comment.

Back to the main story, last week Bedah (bini pilot tuuuu…) cerita pasal dia jumpa one of our ex-teacher. So aku pun SMS la cikgu tu, menceritakan tentang perihal sembangan kitorang dan bagi address blog ni. (Ticer Husna, kalau tersinggah blog ni, mekaseh la bebanyak ye!). Out of sudden, dia ada mention pasal talk to SPM candidates kat SMAPKajang which will be organized on Sunday. This talk will be presented by one of my junior actually, but he has a good reputation among teachers (debaters..yada yada yada). So dia pun mengajak la aku pergi jugak. Since aku takde apa2 aktiviti nak dibuat selain membelek GO dan notes untuk PTK, aku pun meringankan tulang untuk bangun awal pagi untuk pergi ke SMAPKajang. Niat utama, nak jumpa cikgu2 omputeh aku dulu. Kalau nak diikutkan, aku kira rapat la jugak dengan depa ni.

Oh ya, sebelum aku cerita pasal aktiviti tu, let me tell you guys about my school. SMAPKajang is a boarding school actually (for those yang taktau laa) and the school has 2 elder sisters, Kolej Islam Sultan Alam Shah - KISAS (ni sekolah kau ke Dahuzz?) and SMAPLabu. Excellent students were selected from all over the country, kononnya crème de la crème la (crème ke aku ni?) and during my time there, kira selalu la sekolah aku ni masuk paper pasal kejayaan, itu ini begitu begini. And we were ranked as one of the top schools in the country. (cerita riak sikit…) During SPM 1997 (my batch), we managed to place ourselves as high achievers when all of us (100%) candidates obtained so-called Gred 1 in the exam, together with TKC (Tunku Kurshiah), SMAPLabu and SAINA (Sains Pokok Sena). I was so proud to be in SMAPKajang.




Tapi, tu la kan. Orang kata kita ni hidup macam roda. Kejap di atas dan kejap di bawah. Lately, nama sekolah tu dah jarang lagi masuk paper. Aku rasa orang pun tak tau apa tu SMAPKajang. The Sinking of SMAPKajang, that’s what people said. So, misi aku ke sekolah adalah untuk tengok apa la kisah budak2 zaman sekarang ni.

Pagi Ahad tu, bila aku sampai je kat pagar sekolah, keliling dah ganti dengan tembok macam tembok Berlin. Kalau sikit lagi tinggi, dah jadi macam penjara Pudu, minus the kawat besi. Terkejut la jugak. Tapi dalam hati aku, mungkin nak cantikkan sekolah kot. Bila tengok budak2 nya pulak, nak kata kitorang dulu tak comot, comot la jugak. Tipu la kalau tak comot. Tapi bila aku tengok budak2 tu, rasa tak nampak macam budak2 boarding school. Berselipar jepun sana sini, even datang majlis yang dianjurkan tu. Memang la majlis tertutup, tapi kot ye pun, groom la sikit diri tu especially boys. Yang ladies tu dimaafkan la sebab memang peraturan sekolah mewajibkan pelajar wanita bertudung labuh. Apa pun, self image yang dibawak sebagai budak boarding school tu takde langsung. Nampak macam gi sekolah biasa. Hmm..tak tau nak cakap apa.

Soon, I saw my teachers came, together with the speaker. Pegi la dekat dewan. Majlis start lepas tu, and Ticer Aton mintak aku kenalkan diri kat students. Sebenarnya aku malu jugak. Ye la, lain orang yang dijemput, lain orang pulak yang bercakap. Takpe la, sebab taknak hampakan permintaan, aku cakap jugak. Kenalkan diri aku sikit2, dari batch mana, keja apa yada yada yada, but most of them macam tak minat dengan apa yang aku cuba sampaikan. Actually, the reason of having this talk is to open their mind, kasi bukak sikit tentang peluang2 yang ada di alam pekerjaan, what to do after SPM, where to study, what to study and they should be grateful pasal ada cikgu yang ambik berat tentang hal akademik. Since depa pun macam blur je, aku stop je la. Terus pass kat speaker, dan aku pegi dok belakang sembang2 dengan cikgu.

Dari cikgu2 sekelian la aku dapat tau apa masalah sebenarnya. Lack of discipline is the main agenda. To youngsters out there, respect your teachers. Darah muda ni memang cepat panas, tapi banyak2 la bersabar. Keberkatan guru tu paling utama dalam menuntut ilmu. I can see some of my friends yang jadi sebutan di kalangan cikgu waktu sekolah tentang kenakalan depa, ada sedikit kesusahan la yang dialami. The morale is jangan kurang ajar dengan cikgu. Aku kesian sebenarnye dengan budak2 tu. Tapi apa la aku boleh buat kan? Seorang bekas pelajar je…tak lebih dari tu.

Hopefully, roda yang dah ada kat bawah tu dapat la naik semula. The majlis was good actually. Koman2 dapat la tolong adik2 ni. Kalau boleh, lagi ramai alumni dapat bantu, lagi la bagus. Satu je la, since banyak pelajar2 yang dah masing2 bawak haluan, jangan la ingat macam dok kat skolah lagi. Nak ber ana anta anti antuma antum. Jadilah diri sendiri, dan terimalah kawan2 sebagaimana diri mereka seadanya. Jauh mana pun terbang bangau, ke lumpur jugak tempat hinggapnya. Macam tu la diri aku, jauh mana aku pegi, apa pun yang jadi dengan diri aku, tapi aku tetap akan kenang mana asal usul aku, sebab kalau takde la sekolah tu, aku takkan berdiri kat tempat yang aku ada sekarang. Apa pun, untuk SMAPKajang, thanks a lot! To all Siblings97, may our friendship remains.


Wa ilal liqa'. Ma'assalamah....