Thursday, March 08, 2007

Mulut Neraka




Mulut neraka? Amende la mulut neraka tu eh? Hmmm..nama ni aku dapat dari kawan aku yang mulut dia pun neraka jugak satu masa dulu sebelum kehadiran aku kat KKM ni. Selama ni dialah ratu mulut neraka yang bermaharajalela tanpa sebarang gangguan. Bersemayam di singgahsana tujuh tingkat panca persadanya. Muahahahaa…..until November 2006, muncul la sorang manusia yang turun dari Bukit Besi setelah sekian lama memegang pundak di sebuah akademi tentera yang hari ni menjadi sebuah universiti. Yang turun dari Bukit Besi ni, mulut dia pun Masya Allah, takde insuran langsung. Mungkin sebab dia dilahirkan dari kalangan keluarga yang memang terdiri dari manusia2 yang dikategorikan sebagai mulut neraka.

Mulut neraka ni, kalau ikut ratu mulut neraka tu merujuk kepada spesis manusia yang mempunyai tahap kelancangan mulut yang boleh menyebabkan seseorang menderita terkena semburan berapi mulut neraka itu. Tudiaaa, panjangnya explanation.

Balik kepada cerita mulut ni la kan, pada aku ada jugak kebaikan mempunyai mulut neraka ni. Selain dapat mencelikkan mata manusia2 yang terbuai tidur, secara tak langsung ia boleh digunakan dalam usaha untuk membentuk perilaku dan peribadi seseorang itu. Contoh kisah mulut neraka yang boleh diceritakan, sebagaima yang dinyatakan di bawah ini:
Adapun ratu mulut neraka ini adalah seorang kawanku yang satu masa dulu mempunyai ukuran badan yang solid molid (menurut gambar yang telah ditunjukkan di dalam PCnya). Entah di mana silapnya, ratu mulut neraka ni membesar bagaikan johan dan kesan semerta daripada pembesaran itu, bentuk badan yang solid molid itu telah bertukar menjadi bentuk Spongebob Squarepants (aku suka cerita ni…tapi dalam TV9 dekat di hati tak best! Pasal dia dah alih bahasa) yang mempunyai bentuk yang petak tanpa menunjukkan sebarang kesolidan dalam pembawaan imej diri beliau.

Nak dijadikan cerita, disebabkan oleh kenerakaan mulutku ini, dengan selambanya aku sudah bagi satu statement yang pedih dan sukar diterima oleh akal yang sempurna si penerima.
“apsal badan kau macam spongebob squarepants ah? Berpetak, takde shape langsung”

Dengan muka yang sentap, ratu mulut neraka itu pun berazam di dalam hati (ni ikut apa yang telah diriwayatkan tatkala aku pergi breakfast bersama-sama pagi tadi) untuk menurunkan berat badannya sebagai bukti yang dia pun mampu untuk mempunyai bentuk badan yang solid molid seperti suatu ketika dulu. Mulalah satu episod baru dalam hidup ratu mulut neraka ini, di mana saban hari beliau dengan gigihnya pergi ke gymnasium, dan juga ke kolam renang untuk mendapatkan bentuk badan yang asal. Pemakanan beliau turut diperhatikan dengan teliti oleh jurulatih tak bertauliah beliau bagi memastikan matlamat asal tercapai.

Kesan daripada mulut neraka itu jugalah, sejak awal bulan Februari lepas sehingga hari ini, ratu mulut neraka itu berjaya menghilangkan 10kg, dan beliau ingin memastikan lagi 10kg berat muatan berlebihan itu akan hilang. See! Sapa kata jadi mulut neraka tu jahat? Ada jugak kebaikannya. Tak payah berhabis duit nak pegi MaryFrance Bodyline pun, dengan sendirinya berat itu akan hilang kesan usaha gigih hasil daripada kenerakaan mulut aku itu.

Amacam? Best tak rencana aku hari ni? Untuk kawan2 yang penah kene impak mulut neraka ini, ampun maaf aku pinta! Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa.


9 comments:

Anonymous said...

Tu diaaa, baru sat dok crita Sekolah Agama la ni dok crita mulut nuraka plak, matila prolifik.

Dari satu sudut bagus jugak org yg vokal ni sbb biasanya org mcm ni sound direct depan dan tak plastik (matila Azwan Ali).

Tertanya2 kok gue, jika ada namanya mulut nuraka gimana sih mulut sorga.Apa ngak ada?

Adi Osman said...

dutch

tidaklah aku mengerti gimana molot sorga itu, sesungguhnya benda2 baik ni orang tak nampak, tapi kuman seberang lautan nun...tetap jugak orang tengok. tak gitu?

zyrin said...

mcm kenal jer watak2 dalam cerita nih...

ermm... kalau turun pun nak turun... tapi janganlah 'ratu' itu sampai sakit-sakit, ye tak??? turun pun, kena turun secara sihatttt...

Adi Osman said...

hik hik hik...

tau ke zyrindayanti? hehehe...dia dah ok ari ni. ceria....muahahaha

zyrin said...

aku jer lah yang tak ceria, kan?

anyway... tukar tajuk blog?

Red Mummy said...

kooo

akak x penah lg disebut mulut neraka tp setakat mulut laser tu adalah gak!

tp dasat kawan ko leh turunkan 10kg, akak ni 6 buolan bersenam, br kuor sekilog.

mmg lahanad tol kan!

Angah said...

mak oiiiii ko.. tapi setakat cakap member tu macam spongebob belom neraka lagik tuh.. tak la sadis mana..

biar betul tak sampai 2 bulan turun 10 kilo. Nampak cam tak sihat jek penurunan tuh kan. kot sakit kang alahaii. aku pun dekat 8 bulan baru turun 12 kilo. sendiri rasa cam belon senah oiiii..

aku ngan mulut neraka nih ok lagik, at least dia cakap depan2. spisis mulut longkang yang mengata belakang yang aku tak boleh tahan.

Adi Osman said...

zyrin

ko kan sentiasa ceria.....
nak2 waktu ko sesat mencari bilik aku yang baru tu! muahahahah

saje je tukar tajuk, obvious sangat. hehehehehe....malas nak menjadi isu! tapi look at the letters..still sama gak!


kak red

lazer tu kureng cket la dari neraka...hahahhahaa mari mengupgrade, amacam?


angah

tah le tatau nak cakap, tapi tu kene tanye tuan badan la...

zyrin said...

heh.

selamat maju jaya buat hari isnin & selasa!