Wednesday, March 14, 2007

Pandai Tak Kau?

Bila dah masuk perkhidmatan kerajaan ni, makanya bila nak naik pangkat, ada terkandung syarat Lulus Penilaian Tahap Kecekapan, yakni PTK. Dan pada aku, PTK ni membawa maksud Pandai Tak Kau?. Ye la, dengan soalan yang tak semenggah, buku yang banyak perlu dirujuk. Tuhan saja yang tau peningnye kepala membelek buku2. Dah la kepala makin hari makin berkarat, nak mengingat fakta yang tah hapa2 tu. Isk….jadi, takrifan PTK Kak Jaja memang betul la kot! Kan Kak Jaja kannn? Takrifan yang berbunyi sebegini, Pund*k Tul Kau, hik hik hik….

Senin dan Selasa lepas, gigihnya aku menjawab soalan kat SAPURA@MINES tu. Ada la kot dalam 200 orang, maybe less. Senior ada, junior ada, dan sah2 la majoriti budak2 batch 204 yang terlepas peluang waktu exam bulan 12 ari tu.

Ulasan aku tentang dua paper yang aku dah amek tu. Paper Umum yang orang kata senang, aku rasa susah. Paper Khusus yang orang kata menjerat tu aku rasa rileks sikit la. Walaupun aku tak tau apa yang aku jawab tu betul ke tak. Untuk Umum, soalan tah hape2 laa yang diorang bagi. Pasal dasar2 tu ok la kot. Tetibe benda yang takde dalam syllabus pun naik jugak. Boleh gi tanya pasal Halal Hub halalan toyyiba tu. Mau tak melopong? Pelan Integriti yang langsung aku tak belek pun ada. Aku ingat dah tak keluar pasal dah keluar dalam 2 siri sebelum ni. Mujur la ada soalan kaunseling (Oii ratu mulut neraka, nasib baik la aku kawan ngan ko…), soalan motivasi, boleh la aku goreng sesedap rasa. Karang macam buat cerpen. Sebab dah lama tak menulis panjang2, tangan aku rasa letih sangat2. Cramp siot! Balik umah je terus aku terbongkang, letih ooo guna otak! Sebab soalan Umum tu sangat mengecewakan aku, makanya buku2 dan nota2 haram aku tak belek untuk soalan khusus. Dalam hati, bersedia la untuk mendaftar semula bulan 9 nanti! Huhuhu…..

Hari kedua, soalan khusus. Bila Ketua Pengawas suruh bukak semak soalan, awek sebelah aku sudah cakap, “Bro…soalan 1 ni kompem I boleh jawab pasal I buat benda2 ni”. Hadoi laaaa..psycho sungguh. Aku tak belek lagi, so aku pun baca la dengan teliti, dan dengan senyuman sampai ke telinga bak cabin crew…”Dik…I rasa I pun boleh jawab jugak!” Belek lagi, soalan 1 pasal pegawai kontrak, masuk soalan 2, chett benda aku tak baca lak keluar, tanya pasal cuti yang langsung tak glamer! Cuti barah kusta dan tibi! Soalan 3,4,5,6,7 pass…aku takleh jawab pasal tak baca! 8, industri….jawab. 9, pass. 10, jawab! 13, sengeh lagik! In fact soalan 13 tu la soalan pertama yang aku jawab. Pasal OIC (Oh I See….), 15 dan 16 soalan IT, jawab la jugak. Untung sabut timbul kan? Tapi kalau dah nasib jadi tapak sulaiman…yang sentiasa tenggelam tu cmane haaaa?

Dan balik je peksa…terbongkang lagik! Ye la kan, pasal gigih sampai tak tido malam aku belek buku yang belum tentu lagi masuk dalam otak ni ke tidak. Tuhan saja yang tau. Udah le cite pasal PTK ni. Malas dah. Untuk yang tak amek lagi, prepare la awal2. Bukan suruh study maut! Tapi at least amek tau la serba sikit supaya tak jadi macam aku ni.

Ekceli, ada baik buruknya PTK ni. Baik, menguji pengetahuan kita yang keje dengan gomen ni tentang perihal gomen. Kalau takde PTK ni aku rasa sapa pun takmau amek tau pasal benda2 yang dikatakan serabut ni. Keburukan? Dengan kesibukan di tempat keje, aku rasa takde sape yang mampu nak cope. Dah tu kisah anak isteri kat umah lagi (for those yang dah kawin), bila laaaa nak belek buku dak? Apa pun, aku harap ada la sinar untuk keputusan peksa ni yang aku tatau tah bila. Hope for the best, but prepare for the worst! Rite?

6 comments:

zyrin said...

bertawakkal jer lah nampaknya, ahahahahahaa...

haa... nota2 tu jgn buat ghete, yee...

;)

Adi Osman said...

zyrin..

nota2 itu ada pada unit skim & elaun nye pegawai. nanti aku suh dia pulangkan...


masmera..

sebenonye g ptk tu nak gusip gusipan kaaaan? by the way, i like ur hair color, tapi tak dapat lawan la ahkak yang terus jadik blonde tu! muahahahahha....tak nanges ko tengok rambut dia, macam rambut mak lampir! boleh buat libasan berapi tuuuu

Red Mummy said...

padan le lama ngular!!

jd budak sekolah katanya..

alah kalo lulus, ko pi mcd, order apa2 ko nak sebut nama akak, kata akak bayokan. mcd tu merah, dah sah2 dema kenal org2 yg gila merah ni

kalo fail, amik sekal lagi, x abih de duit gomen nak tanggun ko

hik

Adi Osman said...

huhu...cenggitu ye kak red, kalo camtu baik g kaunter airasia, merah gak tu. sasah leh naik kapal terebang free...

Anonymous said...

tu yang tak best bila keje gomen. kena amik xm camni. di tambah lagi dengan post baru yang aku rasa tak perlu. sengaja nak melambatkan pegawai naik pangkat. tensi uols!

Adi Osman said...

hahahaha

pap...tengok skim jugak, ada skim yang cepat, ada yang bertakuk lama kat satu tangga tu..

ehm..rasanya ada seprais bulan 4 ni kot!