Monday, March 19, 2007

Dah ready ke?

Sejak dua menjak ni kecoh la di kalangan budak2 batch 204 pasal kes naik gred ke 44. Sana sini dok sembang pasal 44 tu. Bukan pasal nak naik sangat, tapi dok gelabah pasal takut kena posting ke tempat baru. Some of the agencies dah takde post untuk M44, makanya kena la berambus dari tempat yang dah kira lama jugak bertapak tu. Even aku dengar kat MINDEF tempat lama aku bersemayam satu ketika dulu, ada 4 post saje yang tinggal, the rest kena post out. Tak tau la ke mana. Ada la 2-3 orang yang dilamar nak masuk agensi sana agensi sini. Tak ketinggalan jugak yang mengofferkan diri sendiri nak ke agensi-agensi tertentu. Tapi, untuk rakyat jelata yang bermaharajalela kat KKM ni, siap sedia la untuk berjawatan TETAP dan BERPENCEN sebab apa yang aku boleh nampak, KKM ni macam kerajaan sendiri, terlalu la besar. Hmmm..untuk yang dok melobi tu, selamat melobi la ye! Semoga dapat apa yang diinginkan. Kalau tak dapat tu, jangan la tension. Dengar-dengar jugak, ramai dok feeling-feeling nak masuk Kementerian Pelancongan (sebab nak melancong kah?). Post ada 4, satu dah taken, ada lagi 3 yang akan diisi. Hmmm..kalau dok MOTOUR pun, kena keje yang dok melangok kat opis je, dapat ke melancong dekkk? Hmm....lobi la selagi terdaya. Yang dah selesa kat state pulak dok recce tempat yang ada kat state nun. Untuk yang berkeluarga, accepted la kalau takmo gerak pun. Ada sebab yang kukuh. Takpe la, abaikan je polemik ni, nanti bila dah dapat surat arahan penempatan terima je la dengan hati terbuka.


Sebut pasal naik gred ni jugak, in conjunction with that, ada la pulak kursus persediaan naik pangkat yang tak pernah ada sebelum ni. Macam biasa dianjurkan oleh JPA, our parent! Tapi yang aku pelik bin ajaib tu, bila tau je tempat nye nun terletak di ulu sepri, rembau. Ish....awat la kat situ pulak? Nak kena bambu macam kat DPA dulu jugak ke ni? Musykil musykil.....

Surat dah aku dapat, makanya bersedia la nak ke BTN 4 hari. Nasib baik laaaa tak bertembung dengan jadual heret beg aku ke sana ke mari. Hik hik hik...kalau tak musti aku sedih. Ahh..tak kisah la cmane pun! Janji kursus semua aku attend dengan jayanya.

Tapi kan, aku ni dah bersedia ke nak ke tangga lagi satu tu? Ye la, orang dok kata macam-macam, cepat sangat naik gred. Aku pun rasa cepat jugak. Baru 2 tahun lebih sikit masuk servis, dah nak menerima tanggungjawab yang sikit besar (pada pikiran aku laaa). Mungkin jugak ada kawan-kawan seperjuangan dah feeling-feeling seronok dapat title kanan kat belakang jawatan tu, tapi pada aku, I still need to learn. A lot actually. Nak-nak kalau baru posting macam aku ni. Kalau kerja kat Kem SB dulu, takde kaitan langsung dengan core business PTD ni. Jaga student, proses result student, incharge intake student, all related to student. Macam keje kat universiti la jugak. Hmm...entah la. Apa pun, just let the stakeholders decide la. La ni, aku dok menghitung hari. Kat mana pulak nak tercampak. Walaupun kat KKM, tapi nampak gaya kat Sumber Manusia dah penuh. Bahagian lain ada la...tak panas ponggong aku lagi kat sini, kalau bernasib malang (some will say baik), I have to angkat kaki, tinggalkan BSM yang baru sangat aku join ni. Tengok la cmane SUB nak buat. Either retaining us, or let us go. Whatever it is, I have to be prepared. Takde la orang cakap dah naik pangkat tapi keje tak reti buat! Tak gitu? Cukup la untuk hari ni.
Untuk kawan-kawan yang dah dapat surat kursus tu, meh la kita pegi sama2 ye. Main mesyuarat tingkap kat BTN macam kat DPA dulu. Hahahaha....untuk kawan-kawan yang rasa tak sabar nak naik 44 tu, renung-renung la dalam diri sendiri. Rasa-rasa dah cukup bersedia ke? Kalau rasa tak pandai macam aku tu, bawak-bawak la belajar. Tapi kalau dah rasa best sangat, aku tak reti nak cakap apa dah laaaa...apa pun kita tunggu la surat penempatan nanti ye!

9 comments:

Angah said...

Aku tak kisah dah penempatan kat mana, sebabnya aku tetap dok jauh ngan husband dan anak.

Alah.. KUP jek, bukan berubah pun gaji. Aku tak excited sangat pun sebab macam ko cakap la kerja aku skrg bukan core business ptd. Aku lagi takut tanggungjawab yang totally different. kenala start from zero.

Surat pemberitahuan kenaikan dah sampai opis pentadbiran. Tapi kursus kenaikan pangkat tak le plak nampak suratnya.

Aku pasrah laaa.. melobi2 ni takde la.

Red Mummy said...

wah...dasat kan kalo gomennye naik2 pangkat bagai

akak lak ngah tunggu bonus ni, anytime...eii bilo nak sampai bonus aku ni

Adi Osman said...

angah...

kalau dah benih baik, campak ke darat jadi bukit, campak ke laut jadi pulau. jadi campak la mana pun, kalau terer....takde orang yang komplen, lagi orang saaaaaayang ada laaa


kak red...

waaahhhh...bonusrina la skarang! blanje ley?

zyrin said...

woo....

first-first KUP...

pastuh memangku...

pastuh naik pangkat...

heh. agaknya bertambah pantas ke urusan pembayaran 'bil-bil tertunggak' bagi MyViNatang itu?

Adi Osman said...

zyrin

Kisah bil tertunggak myvinatang itu sesungguhnya akan diselesaikan dalam masa yang ditetapkan jua. Walaupun ada pertambahan dari segi angka pendapatan bulanan, namun nilai yang bertambah itu akan disalurkan kepada lain-lain perbelanjaan yang lebih memerlukan seperti yang terkandung dalam Dasar Baru dan One-off yang telah dikemukakan.

Anonymous said...

QuItE a CaTcHy PhoTo ..ReP iPsA lIQuItOr

Adi Osman said...

akubudaksetan

thanks for droppin by!

Anonymous said...

takdamaknanya 44 tu uols.
gaji bukannya banyak beza pun.
tu yang aku kata sengaja nak lambatkan pegawai naik pangkat.
previously 41 ke 48 senang2 je.
skang ni kena go tru 44. bodo la kan? *matila emo.

Adi Osman said...

hehehehe

jangan terkejut pap..kalau satu masa nanti ada 46 lak ke, 50 ke..
hehehehe