Monday, December 31, 2007

Uniquely Singapore, A Year End Trip


Penghujung tahun 2007, banyak blog orang lain dok cerita pasal resolusi, azam yada yada yada. Aku takmo tulis lagi kali ni pasal nak tulis kisah mengexplore tempat orang. Saje je memenuhkan paspot dengan cop. Kalau hari tu aku ke Brunei, kali ni aku turun ke selatan tanahair, menyeberangi tambak Johor, ke Kota Singapura. Saje nak mengalihkan pikiran aku yang kusut ni, at least masalah tu boleh dilupakan sejenak, kepala diringankan dengan berjalan-jalan seperti ini.

Kali terakhir aku ke Singapura was in the year 2003, January untuk hadir ke Pusingan Akhir temuduga Cadet Pilot bersama Singapore Airlines. Pilot? Yes....pilot! Tapi tak kesampaian hajatku itu, gara-gara wabak SARS yang melanda Asia Tenggara pada waktu itu. Allah dah aturkan aku tu dengan elok sekali. Agaknya kalau aku terbang sekarang ni apa la jadi dengan aku ye?

The trip began on Saturday noon, with my hansuari housemate. Road trip kononnya. Last time I went down-south was in the year 2006, waktu Johor dilanda hujan lebat, sampai la tenggelam sebahagian besar negeri tu. Lama dah, sampai pasangan-pasangan yang kahwin tu dah beranak-pinak pun. Targetnya nak check-in kat JB, rest. Dan keesokan harinya ke Singapura.

We checked-in at Puteri Pacific, rest.....dan melaksanakan aktiviti-aktiviti di bandaraya JB itu. Aktiviti apa? Pusing Jalan Dhobi kah? Ooooo tidakkkk....tu takat lalu je, melihat pemandangan manusia-manusia yang gigih mendapatkan pelanggan di malam minggu. Meriah tempat tu ek. Ada ayam betina, ada ayam separa betina, ada ayam jantan. Masing-masing cuba dengan gaya masing-masing untuk melariskan perniagaan. Meniaga apa taktau? Eheh...tukar topik la, rasa macam dah melencong lak.


On the very next morning, haaa...here we go. Apart from Syawal, we have Syahir Nasir together, and not to forget, Bang Shidi Tepak Sireh and Zoul Checkered Boxer. From JB, 2 taxis brought us to Singapore. Teksi pertama, me, Syawal and Syahir together with Makcik Durian (kau bawak durian naik teksi? aircond pulak tu! Jem lagik...merasa la aku pening2 lalat dok dalam teksi tu)

Clearance immigration, haaaaa...ni laaa cerita haru kat Woodlands. Dia amek paspot, tengok muka, instead of returning the passport to me,

"encik, kejap lagi amek paspot kat office"

Hah...haru! Aku, dan Syahir senasib. Nama dah ala-ala pelik, sudah tu muka pun..sorang cam Indon, sorang cam Bangla...alahai...dah tersangkut kat checkpoint tu. Masuk dalam office diorang....dok kejap selesai la urusannya. Tapi sebab semangan inkuiri yang tinggi, aku tanya la,

"Why do you bring me here?"

"Don't worry sir....normal checking"

"Are u from Sarawak sir? Ooo...Kedah"

Kau tanya, kau jawab sendiri...

"But why Malaysian going to Sarawak got to stamp the passport?"

Aku pun explain la sikit-sikit kat situ. Takkan nak bukak kelas sejarah kot? Selesai isu kat situ, we proceeded to Bugis.


Here, we went to Bugis Square. A shopping place indeed, tapi tak semeriah kat Orchard Road. What I liked about this place was the way they maintain old building, and turn it into a shopping complex without changing the original design of the building.

Haaa...aku berjalan dengan kumpulan model-model yang bagaikan pokok. Since aku ni model bonsai...merasa la aku tenggelam di lautan pokok yang tinggi. Alahai.....apa pun, bersyukur la dengan apa yang aku ada selama ni.

Dari Bugis, kami ke Singapore Land Tower area dengan MRT. Sekali lagi bau durian menyengat hidung aku. Alahai, orang Seberang Tambak sana tu memang suka Lulian kot? Everywhere go, got Lulian smell one! Haiyaaaa!

Kat area Land Tower ni, kami pusing-pusing di bangunan yang tinggi. Huhu...model-model galah tu rendah jugak akhirnya! Hahahahaha....here we have a beautiful green area. Haaa..tempat ni la depa buat Starting Point untuk Amazing Race Asia 2.

Next, to the Merlion Statue. Ye la kan, bukti aku ke Singapore, sah la bergambar kat Singa di tepi laut tu...all on foot. Senaman di tengahari yang terik. Hmm...penat jugak cari angle untuk posing gara-gara ramai pelancong dari luar yang datang. Masing-masing nak posing kat statue tu. Dah posing, tak reti nak gerak, tetap gak nak duduk tercongok kat situ. Grrr.....perlu ke bertapa kat situ lama-lama!

Habis di situ, next, we went to Sungai Singapura, cantik kat sini! Ada boat cruise. Ada jambatan yang cantik. Patutnya sungai-sungai di Malaysia pun kena jaga macam ni. Kat Melaka dah start buat pembersihan sungai. Elok rasanya sungai-sungai yang hitam pekat airnya tu dibersihkan. Kat kampung aku sendiri, Sungai Petani tu, sungainya Masya Allah busuk! Tuhan saja yang tau. Bukan sekarang je, seingat aku dari aku kecik, asal lalu je, mesti bau tak sedap.

Among all sceneries, ni yang paling aku suka. Patung kanak-kanak terjun sungai. Cantik!

Dah penat menerokai pemandangan kat Sungai Singapura, we moved to Orchard Road. Kalau nak kira sibuknya tu, ala-ala kat jalan TAR di KL la. Tapi kedai-kedainya semua jual barang-barang branded. Sibuk, padat dengan manusia. Weekend barangkali. Ada macam-macam bangsa. Pinoy, India, Bangla..isk, tak terhitung.

Aku takde niat nak beli apa-apa, tapi dah alang-alang sampai Singapura, cari la Hard Rock Cafe nya tu. Buat tambah koleksi barangan Hard Rock yang aku collect. Heh...pusing sana pusing sini, masuk sana masuk sini, semuanya ala-ala window shopping je. Compare harga dengan kat Malaysia, lebih kurang sama. Lagipun akaun tahun 2007 dah tutup untuk sebarang pembelian. Jadinya, takde la aku memborong sakan.

After Orchard, aku, Syahir and Syawal made our own way, to Mustafa. Huh...lekat bau kat baju aku sampai la balik JB. Mendung je kat situ. Mustafa ni ala-ala Mydin Mart haa. Aku tetap tak membeli apa-apa, gara-gara bau yang pekat mencucuk hidungku ini. Pening! Terus aku melangkah keluar, mengajak kawan-kawanku untuk pulang.

Dari Mustafa, kembali ke Bugis untuk pulang ke Malaysia. Kali ni, naik bas. Kalau di JB, RM40 satu teksi. Kalau di Singapura, tetap 40, tapi SGD40, haaa....darab dengan 2.3! Baik naik bas. Sampainya sama jugak ke JB. Hehe...kedekut!

Tiba di JB dah lewat petang, terus bergerak untuk pulang ke Kajang. It was a very tiring day. Lenguh-lenguh kakiku ini. Well, harapnya nanti ada la peluang lagi untuk mengecop paspot kat negara lain pulak. Moga dimurahkan rezeki tahun hadapan. Amin....

Untuk para pembaca sekelian, selamat tahun baru 2008 aku ucapkan. Semoga tahun baru yang mendatang ni memberikan lebih banyak pengertian kepada kita semua.

Monday, December 24, 2007

Tok....Wan Mana?

"Tok.....Wan mana?"

Soalan yang terkeluar dari mulut anak saudaraku sewaktu menjemput Mama dari KLIA tempohari. Sebak mendengarnya.

"Wan pi Egypt....nanti Wan balik laaa...bawak Yayah naik moto pusing-pusing Supetani". Itu harapan yang disimpan oleh anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.

Sedar tak sedar dah lebih seminggu Baba 'pergi' menghadap Ilahi. Sebelum ini memang dah pernah beraya tanpa Baba (bila Baba pergi menunaikan Haji), bezanya kali ini Baba memang betul-betul tiada.

Aku bertolak balik ke kampung pada malam sebelumnya. Bersama-sama denganku, Mama, adikku Lukman Osman dan sahabatku Syahir. Dalam ketenangan membawa kereta, terdengar sayup-sayup suara takbir di corong radio. Sayu dibuatnya. Sekali lagi tumpah air mata aku walaupun puas aku mengawalnya. Tapi seboleh-bolehnya aku takkan tunjuk depan Mama. Baba kata anak jantan mana boleh menangis!

Tiba di Sungai Petani kurang lebih jam 3 pagi, dan aku berehat secukupnya. Sesudah solat sunat Iduladha, tetamu mula datang ke rumah. Tahun ini, tiada ketupat, tiada rendang, tiada hidangan istimewa yang lazim Mama masakkan untuk pagi raya tak kira Raya Idulfitri mahupun Iduladha.

"Makcik....cerita sikit macamana jadi?"

Itulah soalan yang keluar dari setiap tetamu yang hadir. Bayangkan, kalau 5 orang tetamu yang datang dalam masa yang berlainan, 5 kali Mama terpaksa mengulang semula cerita yang cukup sedih untuk dikenang. Tapi Mama kuat, tiada setitik air mata pun yang keluar. Malah, Mama menegur orang yang menangis di hadapannya.

"Toksah dok teriak....Cik Man dah bahagia dah...."

Sampai satu ketika, gara-gara bosan mendengar soalan-soalan prihatin para tetamu, aku mencadangkan kepada Mama untuk merakamkan ceritanya di dalam kaset supaya boleh dimainkan untuk para tetamu. Mungkin sesetengah orang berpendapat, bertanya mengenai apa yang terjadi adalah cara untuk menunjukkan rasa simpati tapi pada aku itu bukan cara yang tepat. Perasaan dan fikiran Mama aku rasa cukup kusut untuk menerangkan kepada setiap tetamu yang ada.

Hari pertama, dari pagi hingga ke malam, penuh tetamu yang datang menjengah Mama. Aku dapat rasakan Mama keletihan melayan tetamu sekelian. Sewaktu hayat Baba, jarang sekali aku melihat mereka bertandang. Bila Baba dah 'pergi', baru semuanya datang.

Arwah Tok pernah berpesan;

"Kalau nak mai tengok tu biaq la waktu hidup, waktu dah takdak hangpa nak mai tengok apa lagi?"

Baba pun pesan sebegitu kepada kami adik-beradik. Mungkin pada sesetengah orang, ayat tulisanku ini nampak kasar tapi itulah hakikatnya. Kalau nak ziarah, biarlah sewaktu hayat masih dikandung badan.

Hari kedua, masih ramai orang yang berkunjung. Dan pada sebelah malamnya, sahabat-sahabat karib Baba datang membuat tahlil di rumah. Rezeki Baba, di mana-mana ada sahaja orang yang membuat tahlil untuknya. Aku bagaimana agaknya? Adakah orang yang bertahlil untukku nanti?

Hari ketiga, masih lagi orang datang berkunjung. Dan tiba masa untukku pulang ke Kajang. Sedih hendak tinggalkan Mama keseorangan. Janjiku pada Mama, aku akan selalu pulang. Begitu juga adik-beradikku yang lain, semuanya berpakat untuk bergilir-gilir pulang ke kampung setiap minggu.

"Mama...Angah balik dulu..."

Aku salam, cium tangan, dan peluk mama seerat-eratnya.

"Telefon Mama selalu ya Angah...."

Tak pernah aku rasa sesedih ini. Untuk pembaca sekelian, sementara ibu bapa masih ada, jengahlah mereka. Hubungi mereka selalu. Sesungguhnya kasih sayang ibu bapa berikan itu tidak ada tolok bandingnya dengan lain-lain perkara di dunia ini. Kalau mereka marah, bererti mereka sayang. Kalau mereka pukul, bererti mereka kasih. Jangan pula menganggap mereka sebagai beban kepada kita. Kalau tiada mereka, siapalah kita di dunia ini? Wallahua'alam..

Tuesday, December 18, 2007

Ole-ole Dari Mesir

Malam tadi Mama sampai dari Cairo. Dan sebagaimana yang semua sedia maklum, Mama pulang keseorangan. Along yang pergi menjemput Mama di KLIA. Aku hanya menunggu di rumah Along memandangkan kedua-dua ibu saudara dan sepupu-sepupuku akan turut sama menyertai kami di rumah Along.

Hati aku bercampur-baur perasaan. Gembira sebab Mama dah selamat pulang. Sedih sebab Baba takkan pulang lagi. Gembira juga sebab Baba sudah disempurnakan di sana. Dan hati ini juga berdebar-debar untuk bertemu Mama buat pertama kali selepas kematian Baba.

Mama sampai di rumah Along kira-kira pada jam 10 malam. Mama turun dari kereta, aku cium tangan dan peluk mama seerat-eratnya. Wajah Mama sungguh tenang dan mampu melemparkan senyuman. Tapi dari pandangan mata Mama, aku dapat membaca seribu kesedihan yang dipendamkan. Mama terpaksa menjadi kuat untuk anak-anaknya. Kata mama sewaktu memelukku;

"Be strong.....Baba dah selamat di sana. Be strong...."

Dalam kepayahan aku mengawal perasaan aku. Sewaktu Mama melangkah masuk ke dalam rumah, aku berlari bersembunyi di belakang kereta, dan sekali lagi aku menangis. Menangis kerana mengenangkan Mama yang kini keseorangan. Walaupun kami berempat masih ada, tapi takkan sama dengan yang telah pergi. Kenangan bersama, susah-duka, susah-payah yang diharungi bersama selama 32 tahun memang takkan luput.

Setelah kering air mata, aku melangkah masuk semula ke dalam rumah sambil tersenyum pahit. Aku tak mahu menangis di hadapan Mama. Benda pertama yang kucari adalah kameraku yang dibawa pergi bersama-sama sewaktu percutian pertama dan terakhir mereka berdua. Setelah berjumpa dengan apa yang dihajatkan, tanganku terus menekan punat kamera dan mencari-cari gambar Baba sewaktu di sana.

Ya, gambar Baba memang ada. Tapi wajah Baba pucat, telinga Baba dah jatuh dari kedudukan asal. Tanda-tanda yang boleh dilihat pada orang yang hendak meninggalkan dunia ini sebagaimana yang diceritakan oleh arwah Tok satu ketika dahulu.

Mungkin di sini boleh aku kongsikan kenangan abadi yang tidak dapat aku lupakan buat selama-lamanya untuk tatapan pembaca sekelian. Beberapa keping foto yang dirakamkan sebelum Baba dijemput untuk pulang ke Rahmatullah;


Pyramid


Nile


Sinai


Selepas gambar-gambar di Sinai, tiada lagi gambar Baba dapat kulihat. Yang ada hanyalah sebuah keranda ditutupi sehelai kain berwarna hijau. Dan di balik kain hijau itu tersimpan jenazah Baba yang telah siap dikapankan.

Urusan solat jenazah

'Rumah' baru Baba

Insya Allah, jika dikurniakan rezeki yang lebih, aku akan menjejakkan kaki ke sana untuk melawat tempat persemadian Baba buat selama-lamanya.

Baba, Angah rindu sangat kat Baba.
Rindu sangat-sangat.....

Sunday, December 16, 2007

Selamat Tinggal Baba

Kalau dulu, aku tumpang bersimpati kepada kawan-kawanku yang kematian bapa, hari ini aku sendiri merasakan apa yang kawan-kawanku pernah rasakan.

Kalau dulu, aku dapat mencium tangan Baba setiap kali nak pulang, hari ini aku takkan dapat menciumnya sampai bila-bila lagi.

Kalau dulu, aku akan mendengar suara Baba saban minggu memberi nasihat kepadaku, hari ini aku akan merindui suaranya yang lantang itu selama-lamanya.

Kalau dulu, aku akan mengadu kepada Baba sekiranya ada masalah yang aku hadapi, hari ini, esok, dan seterusnya tiada lagi tempat aku mengadu nasib aku tatkala aku memerlukan.

Baba telah pergi buat selama-lamanya pada 14 Disember 2007 yang lalu di Sinai, Mesir dan atas permintaan Baba sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Baba mohon supaya jenazahnya disempurnakan di Mesir juga.

Aku mendapat tahu berita pemergian Baba selepas waktu rehat yang panjang pada hari Jumaat. Sedang aku membaca surat khabar, telefonku berdering. Dari nombor yang kulihat, aku mengagak itu adalah nombor tempatan. Tapi, aku kehairanan apabila mendengar suara ibuku yang amat sayu di kejauhan.

"Angah....mama ni. Angah jangan terkejut, angah banyak bersabar. Baba dah takdak lagi"

"Apa mama buat lawak ni?"

"Angah...baba kita dah takdak. Betul ni...."

Aku rasa jiwa aku luluh. Aku tak sangka panggilan yang aku terima pada hari Rabu yang lalu adalah panggilan terakhir dari Baba untuk aku untuk selama-lamanya. Aku tabahkan diri, walaupun dengan linangan air mata, aku menelefon adik-beradikku yang lain. Along, Acik dan Adik, semuanya bagaikan tidak percaya dengan berita yang aku khabarkan. Bagitu juga dengan saudara-maraku yang lain. Semuanya terkejut dengan berita yang dibawa olehku.

Baba begitu ceria sewaktu hendak berlepas ke Mesir tempohari. Setelah beberapa kali perjalanannya ditunda ekoran masalah tiket penerbangan, akhirnya pada 8 Disember yang lalu, Baba dan Mama berlepas ke sana.

"Angah, baba nak terbang dah ni, kat boarding dah.....Insya Allah umur panjang kita jumpa lagi"

Terngiang kata-kata sebelum Baba berlepas. Dengan suara yang gembira kerana dapat membawa Mama bersama-sama untuk bercuti.

Kalau mengikut cerita Mama sewaktu aku berhubung dengannya di sana, Baba kepenatan setelah memanjat Bukit Tursina di Sinai. Menyaksikan peninggalan sejarah Nabi Musa A.S. Sesudah mandi, membersihkan diri dan solat Subuh, Baba mengadu kepenatan dan meminta Mama membacakan Yaasin kepadanya sebagaimana biasa diamalkan. Tapi kali ini, apabila tamat bacaan Yaasin yang Mama bacakan, Baba pun pergi buat selama-lamanya. Begitu senang Baba pergi, tanpa sebarang masalah. Pada hari Jumaat, di bumi para Ambia'. Sekurang-kurangnya dapat aku bayangkan di mana tempat yang Allah Taala janjikan buat Baba. Esok malam, Mama akan tiba di tanahair semula dan aku tidak dapat membayangkan bagaimana perasaanku apabila berdepan dengan Mama esok.

Ya Allah, tabahkan hatiku ini. Berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian-Mu kepadaku.

Ada beberapa perkara yang bila difikirkan kembali, memberitahu alamat Baba akan pergi. Semacam Baba tahu saat kematiannya telah hampir.

Pada Hari Raya yang lalu, tatkala semua adik-beradikku berkumpul;

"Nampak gaya cucu baba 2 orang ni saja la yang Baba sempat tengok"

Tapi aku mengganggap ia satu seloroh Baba yang sentiasa terkenal dengan gurauan.

3 minggu yang lalu, di rumah abangku;

"Raya Haji ni kalau Baba takdak pun, Angah balik la kampung, Baba mintak Ndak buat korban untuk kita sekeluarga. Wakilkan Baba...."

Dan aku masih mengganggap aku akan bertemu Baba lagi.

"Ala...nanti Baba ambik la Angah kat airport Penang naaaa....Angah sampai malam raya"

2 minggu yang lalu selepas aku pulang dari Miri dan Brunei, aku memberikan hadiah untuk ibuku;

"Anak Baba yang sorang ni, kalau outstation ka, berjalan ka memang bagus. Semua dia ingat. Kat Mama dia beli, kat Kak Fatin (kakak iparku) dia beli, kat Chu (adiknya) dia beli, kat Mami (kakaknya) dia beli. Tapi kat Baba tak pernah beli apa-apa pun"

"Ala Baba...Angah nak beli apa kat Baba? Beli baju, baju pun Baba tak salin. Takpa la Baba, nanti kalau Angah outstation lagi Angah beli naaaa" janjiku pada Baba.

Tapi, hasratku nak membelikan barang untuk Baba terkubur bersama-sama pemergian Baba.

Awalnya, tidaklah aku merasakan kesan pemergian Baba. Tapi semalam, sesudah aku menunaikan solat Subuh, empangan air mataku tidak dapat kutahan lagi. Baru aku sedar Baba telah tiada buat selama-lamanya. Aku menangis semahu-mahunya.

Baba, Angah mohon maaf, minta dihalalkan segala makan dan minum Angah selama 27 tahun 10 bulan dan 3 hari Angah bersama Baba. Angah doakan semoga roh Baba ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Untuk pihak Kedutaan Malaysia di Mesir, para pelajar Malaysia di Kaherah (Kedah House terutamanya), dan semua yang terlibat, terima kasih kerana membantu menyempurnakan jenazah Baba di sana. Hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Al Fatihah buat Baba, Haji Osman bin Haji Yahya (11.5.1948 - 14.12.2007)

Tuesday, December 11, 2007

Grooming - A refresher to readers

Hah....asek posting mengata orang je kan slama ni, apa kata kali ni aku sumbang sikit ilmu pasal grooming di pejabat .

Why grooming? Sebab part ni aku rasa orang pandang remeh sangat. For those yang dah penah attend benda alah grooming course ni, anggaplah posting aku ni sebagai refresher. Kelas pengayaan katanya. I dedicate this to lelaki-lelaki sekelian. Grooming, penting pada aku. Jangan ingat kain baju saje, tapi penampilan pun tetap kena jaga. Apa guna kalau baju harga tinggi melambung tapi Body Odour menyengat menusuk idung? Major turn-off for me! Apa guna kasut mahal-mahal tapi bila bukak kasut Masya Allah, ghau ghau baunya!

Most of the people ingat grooming ni hanya tertumpu pada apa yang kita pakai saja. Sometimes we tend to forget, yang melekat kat badan kita tu pun kena jaga.

Mari kita tengok serba sikit pasal penampilan diri ni.

1. Misai, janggut dan bulu-bulu yang sewaktu dengannya

Seeloknya biarlah misai dan janggut ni dikemaskan dengan rapi. Tak salah kalau nak menyimpan janggut segala, tapi biarlah kemas. tak berceracak ke sana ke mari! Better trim sikit supaya teratur dan tersusun. Misai tu pulak, jangan la sampai tutup mulut tu. Biarlah kedudukan misai tu just nice atas garis bibir. Kalau dah rasa tak reti nak jaga, shave clean. Senang! Kan? Satu lagi yang aku amat perhatikan, BULU HIDUNG. Ni pantang aku tengok, rasa macam nak tarik-tarik je bulu idung yang menjejeh keluar tu! Yang dok pi simpan panjang-panjang tu buat apa? Takkan la nak buat ponytail kot? Kemas la sikit. Ini tak, sampai orang keliru nak bezakan dengan misai. Konsepnya satu je la kan, kalau kat muka tu dah tak terjaga, yang kat bawah tu aku rasa lagi semak daripada hutan hujan khatulistiwa.


2. Kuku

Sekarang ni lelaki pun ada yang berkuku panjang (termasuk lah aku...tapi dah aku potong pendek pasal asek tercalar je muka aku sebab menggaru!). Untuk yang berkuku panjang ni, sentiasalah bersihkan. Jangan ada sisa-sisa yang melekat kat kuku tu. Kunyit ka, nasik ka apa ka....sebab bila kita menunjuk, orang tengok tangan kita. Dan secara otomatik orang tengok kuku kita.

Seelok-eloknya, simpan satu manicure set yang mudah dibawa ke mana-mana pun. Bukan suruh kepit macam bawak kopek (orang kedah kata kopek ni beg duit). Tapi cukuplah untuk disimpan di dalam kereta, di laci pejabat ataupun dalam beg kerja. Senang, nanti takde la rasa segan kalau kuku tu kotor bila perlu digunakan pada masa kecemasan.


3. Body Odour

Rupa macam model, bila tengok orang tertarik. Tapi bila dok sebelah...teeeeeeettttttt....bau badan Masya Allah. Aku rasa bau kolam kumbahan IWK lagi ok. Sebab kolam kumbahan ni bau dia ikut arah angin.

Kalau bau badan ni, let say duduk kat sebelah orang berbau tu selama 5 jam, makanya 5 jam la menderita dengan kehangitan dan keghau-ghauan bau badannya itu! I've experienced this before. Mula-mula tengok sangat la pleasant. Bila mai dok sebelah......tuhan saja yang tau betapa meronta-rontanya aku menahan pening nak muntah.

Well, sapa-sapa yang ada masalah BO ni, elok tengok balik cara pemakanan (makanan ada jugak menyumbang kepada bau badan ni), rajin-rajin bersihkan diri (mandi selalu, bulu ketiak yang macam berus lukisan tu eloklah ditrim), gunakan deodorant stick dan seelok-eloknya gunakan pakaian yang sesuai supaya tak berpeluh melampau dan menyumbang kepada keaseman badan anda itu.


4. Bau Mulut

Ni satu lagi masalah yang ramai orang pandang remeh tapi memang akan mendatangkan ketidakselesaan kepada orang-orang yang berada di sekeliling. Muka manis, tapi bukak je mulut....Allah.....pokok kat sekeliling tu pun boleh mati rasanya.

Antara punca mulut berbau ni termasuklah gigi yang rosak, bakteria di dalam mulut dan kekurangan air. Apa salahnya, simpan gula-gula mint kat dalam kocek untuk hilangkan bau ini. Setiap 6 bulan, pegi klinik gigi untuk buat pemeriksaan. Mahal? Klinik gomen free. Nurse garang? Kau nak nurse baik, kau pegi la klinik private! Selain dari ke klinik, kita sendiri pun boleh mengambil langkah pencegahan awal dengan sentiasa membersihkan gigi dan lidah. Bila mulut kita takde bau yang kurang menyenangkan, orang akan sentiasa senang duduk di sekeliling kita. Untuk yang merokok, sentiasa bersihkan mulut anda, simpan listerine dalam laci di pejabat. Berkumur lepas merokok bagi menghilangkan bau rokok tu (sapa yang merokok taktau? teeeeeeetttttttt).


5. Bau Kaki

Orang selalu lupa tentang kaki ni. Tapi, kalau bau kaki macam bau lori ikan, eloklah diperhatikan cara penjagaannya. Tak perlu ke spa segala, cukup untuk diaplikasikan sendiri kat rumah.

Kaki boleh direndam dalam air suam, dan kemudian dicuci dengan sabun. Lap, dan sapu hand@foot lotion. Bila nak pakai kasut, elakkan daripada memakai stokin bila kaki masih lembap. Keringkan terlebih dahulu baru pakai. Kasut yang dipakai tu jugak, elok dijemur sekali sekala, anginkan dia untuk hilangkan bau!

Hmm...penjagaan ni aku rasa memang simple tapi ramai orang yang mengabaikannya. Sometimes aku pun terlupa jugak. Jadinya, ini adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri, dan para pembaca yang budiman sekelian. Ingat, jangan sangka muka hansuari tu boleh laku (osmet tersayang, aku tak kata kat kau...jangan terasa aaaa) dengan penampilan yang tak dijaga rapi. Biar takde rupa, tapi aspek grooming ni terjaga sempurna. Heh.....

Wednesday, December 05, 2007

Majlis Sentapan PTD bersama SBP Yang Di-Pertuan Agong

Sentapan? Kenapa aku tulis sentapan? Bukan santapan? Yaaaaaa....hanya Johari yang mengenal Maniam. Kisahnya ada jugak yang sentap dengan aku malam tadi gara-gara statement mulut nuraka aku ni. Teeeeeettt....baiklah mari kita tukar topik, takut ada yang saman malu pulak nanti.

Aku mulakan cerita dengan undangan yang diterima dari YBhg Tan Sri KSN untuk majlis makan malam itu. Siapa aku yang melayakkan untuk diundang? Heh....I'm nobody, tapi kementerian diminta untuk menghantar wakil, jadinya aku la wakil kementerian itu. Dari kad undangan yang diterima, tertera Pakaian Lelaki adalah Black Tie. Apakah Black Tie? Hmmm..macam-macam riwayat ada, tapi paling melucukan bila aku ke bridal house di Kajang untuk menyewa pada mulanya. Mengikut kata amoi yang kerja kat kedai tu....

"Sir...black tie aaa? It is tie, in black! You know tie sir? Then u wear coat laaa......so old fashion one sir!"

Sedih laaa hai aku dengar kata-kata yang diberikan oleh pekerja kedai itu.

Black tie, kalau ikut wikipedia mengandungi:

Dan itu la yang aku cari. Dun wori, kalau buat pun boleh claim. Tapi dengan masa yang singkat mampukah aku untuk buat? Lampu di atas kepala mesti menyala mencari idea untuk mendapatkan pakaian itu dengan secepat mungkin. Mujur laaaa ada kawan-kawan yang membantu. Untuk Incik Azral, mekaseh ye! Sama saiz la pulak.....

Well...here it goes...my black tie set! Coat and pants tu pinjam. Cummerbund, bow, pleated shirt, kasut, stokin aku punya sendiri laaa....

Kalau ikutkan hati nak pakai kasut yang sedia ada je. Tapi semalam dalam perjalanan pulang ke rumah (balik awal.....macam laaaa nak set rambut kan?), terngiang-ngiang kata-kata Salim Parlan pasal kasut satu masa dulu....(Tuan Salim, tahniah pasal dah dapat KUP JUSA ekkk)

"Alang-alang nak datang dinner, cuba la dapatkan sepasang kasut baru! Takkan la nak pakai kasut lusuh...buat malu je!"

So aku renung kejap kasut aku pakai keje, nampak dah agak lusuh, makanya singgah sekejap kat ALAMANDA sebelum pulang ke rumah. (Kau pegi ALAMANDA waktu keje? Tak ingat surat orang tu tulis kat KSN ke?). Dan hasil shopping selama 20 minit.....tadaaaaaaaa.....
My new pair of shoes. New Arrival (kalau ikut kat Parkson tu punya sign laa) Bonia. (Kak Red, blog aku pun ada gambo kasut ok.....).

Balik umah siap segala....dan hasilnya......

Gini la lebih kurang gambo berblack-tie. Sendiri pakai aaaa.....untung kalau macam orang kat bawah ni, ada orang pakaikan bow, cummerbund pun orang pakaikan. Tolak seluar dalam je kena pakai sendirik. Kan Jimi kaaaaaaan? Laaaariiikkkkkk..
Pukul 5.30 petang aku bertolak dari rumah ke KLCC, dan sejam kemudian sampai la ke tempat yang dikatakan dalam kad jemputan tu.

Suasana dalam dewan sebelum majlis bermula. Aku naik tumpang bilik urusetia untuk pakai aku punya aksesori. Kalau pakai dari rumah kang kedut lak. Masa berlalu menginjak ke pukul 7.30 malam. Jemputan mula datang. Rata-rata nampaknya JUSA dan Pegawai Kanan yang terlebih dulu menunjukkan muka. Urusetia macam biasa la, ke sana sini berlari untuk memastikan yang terbaik diberikan kepada jemputan.

Dan macam biasa ada sikit laaaaa tergeliat terseliuh. Morale: Kalau ada undangan suruh jawab RSVP, jawab laaa...tak kisah la JUSA ke JUSI ke TKSU ke, dah mintak jawab, jawab. Jangan bila dah sampai kat kaunter pendaftaran untuk semak nama tetiba nama lesap. Sapa nak jawab? Lesson learn.....never take things for granted! If you want to be treated well, treat other people well too....

Sementara menunggu kawan-kawan sampai, mingle dulu la. Sampai la sekumpulan budak botak. Sapa? Yaaa..kadet yang sedang DPA di INTAN. Teringat zaman aku kadet dulu. Majlis-majlis macam ni memang sentiasa kitorang dijemput. Hmmmm....

Some pictures taken during the dinner....(nak amek banyak-banyak tak boleh, this is a formal function, makanya kena behave)

The backdrop....Air fruit punch sementara menunggu majlis bermula. Kembung perut dengan air je dulu. Hiks..yang nampak sipi-sipi sebelah kanan tu roti yang kerasnya macam batu. Kalau baling muka, sah lebam.Menu for the dinner. Macam biasa, namanya panjang berjela tapi bila tengok atas meja, maka keluar la nama-nama biasa seperti ayam masak kicap, coklat KANDOS, ikan 3 rasa dan bermacam-macam lagi nama. Overall, food was so nice!
Hadirin yang hadir, as usual keasabiyyahan batch tu jelas di mana mana. Hiks....kitorang pun dok dekat kawan-kawan batch. Bukan apa, senang nak nyembang. Kalau dengan orang lain payah sikit nak mulakan topik.

Me and my lovely Chibi Maruko Chan, Miss a cup....(dik...kau ingat lagi lesson yang aku ajar kat INTAN dulu?)

Rahah, Karad The Actress, and Diana. (Rahah...muka kau masuk blog aku! Tak hepi ke? Hiks)

Dan tidak dilupakan Incik Kerel dan Puan Syitot. Konon khusyuk menyaksikan amanat Tan Sri KSN. Haaa.. ini laki bini PTD, senang nak datang majlis. At least ada orang kenal laki bini. Takde la macam sorang kawan tu, orang invite dia je, tetap nak bawak spouse! Spouse bukan sekaum M pulak tu. Isk....harus jadi kera yang sumbang.

Suasana majlis...aku rasa more than 1000 pax yang datang. Termasuk 4 bas kadet PTD di INTAN nun.

Sesi makan sopan, tapi dah duduk dengan kawan-kawan sendiri, elemen sopan boleh tolak tepi sikit. Kalau Puan Rahimah INTAN tengok ni sah kena ketuk tangan. Hiks....

Artis yang menghiburkan kami para jemputan. We have Nassier Wahab (Perlu ke aku inform dia ni sedara aku? Hiks.....), Sarah Raisuddin, and Francesca Peters. 3 je..kalau ada Rohana Jalil, Zur Eda, Ayati Tasrip....sah laaa show 80'an. Apa pun...aku suka dengan lagu-lagu yang disampaikan.

Since makan sopan, takde la aku terhegeh-hegeh snap gambar makanan segala. Tapi yang paling menarik hati aku adalah dessert yang disediakan. Sebijik blueberry, sebijik cherry, sesudu puding dan semangkuk kek yang dipenuhi kacang. Sedap.....

Overall, the dinner was great. Sebab short and sharp takde lalut lalut. Untuk urusetia, congrats la ye sebab berjaya menjalankan majlis Santapan Sentapan ini. It is part of experience for me. And I appreciate the opportunity given.....