Malam tadi Mama sampai dari Cairo. Dan sebagaimana yang semua sedia maklum, Mama pulang keseorangan. Along yang pergi menjemput Mama di KLIA. Aku hanya menunggu di rumah Along memandangkan kedua-dua ibu saudara dan sepupu-sepupuku akan turut sama menyertai kami di rumah Along.
Hati aku bercampur-baur perasaan. Gembira sebab Mama dah selamat pulang. Sedih sebab Baba takkan pulang lagi. Gembira juga sebab Baba sudah disempurnakan di sana. Dan hati ini juga berdebar-debar untuk bertemu Mama buat pertama kali selepas kematian Baba.
Mama sampai di rumah Along kira-kira pada jam 10 malam. Mama turun dari kereta, aku cium tangan dan peluk mama seerat-eratnya. Wajah Mama sungguh tenang dan mampu melemparkan senyuman. Tapi dari pandangan mata Mama, aku dapat membaca seribu kesedihan yang dipendamkan. Mama terpaksa menjadi kuat untuk anak-anaknya. Kata mama sewaktu memelukku;
"Be strong.....Baba dah selamat di sana. Be strong...."
Dalam kepayahan aku mengawal perasaan aku. Sewaktu Mama melangkah masuk ke dalam rumah, aku berlari bersembunyi di belakang kereta, dan sekali lagi aku menangis. Menangis kerana mengenangkan Mama yang kini keseorangan. Walaupun kami berempat masih ada, tapi takkan sama dengan yang telah pergi. Kenangan bersama, susah-duka, susah-payah yang diharungi bersama selama 32 tahun memang takkan luput.
Setelah kering air mata, aku melangkah masuk semula ke dalam rumah sambil tersenyum pahit. Aku tak mahu menangis di hadapan Mama. Benda pertama yang kucari adalah kameraku yang dibawa pergi bersama-sama sewaktu percutian pertama dan terakhir mereka berdua. Setelah berjumpa dengan apa yang dihajatkan, tanganku terus menekan punat kamera dan mencari-cari gambar Baba sewaktu di sana.
Ya, gambar Baba memang ada. Tapi wajah Baba pucat, telinga Baba dah jatuh dari kedudukan asal. Tanda-tanda yang boleh dilihat pada orang yang hendak meninggalkan dunia ini sebagaimana yang diceritakan oleh arwah Tok satu ketika dahulu.
Mungkin di sini boleh aku kongsikan kenangan abadi yang tidak dapat aku lupakan buat selama-lamanya untuk tatapan pembaca sekelian. Beberapa keping foto yang dirakamkan sebelum Baba dijemput untuk pulang ke Rahmatullah;

19 comments:
Salam,
Salam takziah buat Fendi. Thanks Putra745 for da info via sms n di blognya. Banyakkan bersabar, semua pun bakal melalui saat2 yg telah dijanjikan olehNya. Dah semakin dewasa ni, Fini pun takut melalui saat2 ini bila dgr kbr satu persatu dr kwn2 lain yg melaluinya. Semoga roh mereka di bawah lindungan rahmat Allah s.w.t.
Inna Lillah..
"Apabila mati anak Adam, terputus amalanya melainkan 3 perkara...harta diinfakkan..ilmu yang dimanfaatnya..dan doa anak yang solah"
Anak adalah kesinambungan ganjaran untuk bapanya...
TABAH UNTUK ABAH
(Sebuah dedikasi khas)
Tabah itu indah
Bila diri tunduk berserah
Tabah itu tandanya gagah
Untuk kita terus melangkah
Lemparkan gelisah dan gundah
Tembusi jerih dan lelah
Usah takut pada kalah
Jauh sekali untuk beralah
Kerana jalan ini tidak salah
Kejar maghfirah mampir ghayah
Bukan satria di medan juang
Bukan pujangga bijak mengarang
Bait cuma dari orang sebarang
Yang pasti hadapi onak yang sama
Adatnya dunia tiada yang lama
Yang baharu pasti tinggalkan kita
Simpan segala yang diberi
Ingat tiap yang datang itu dari hati
Moga nan terus mengilhami
Kala diri tinggal sendiri
Tabah untuk Abah
Kerna dia pedih melihat ku susah
Hope Fendi tabah menghadapi dugaan ini.
and beri sokongan and kekuatan for ur mom..
Tariq...byk2 bersabar ye...I'm here whenever you need me k..
Al Fatihah
..sayu jer bila bacer post2 blog nih.
...i hv nothing else to say tht hv not been said by others.
take care!
Salam....
Sedihnya....
Be strong, Tariq... Banyak2kan bersabar yek..
tariq, salam takziah.
takziah diucapkan...betul cakap you to..be strong, for your Baba..
Asalamualaikum...
dh terbaca entry nih...sungguh sebak saya membaca nye..semoga saudara dpt tabah dalam menjalani kehidupan tanpa Baba..
yes fendi...memang sebak sekali.. alfatihah untuk ayah fendi... this remind me so much about my late mom...
tariq dear...takziah dari kami sekeluarga ya? take care
bro, i've read your blog a few times oredi but i cudnt find words to say to you.. sangat sedih... i'm sorry i wasnt there when u called to inform me.. but u know kan bro, i'm always here if u need me tau...
i hope i can go with u to mesir one day.
dear tariq,
sorry to hear 'bout the news..semoga ko tabah menghadapinya dan semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman..amin..take care ya..
Salam takziah buat Fendi sekeluarga.
Al Fatihah dr Tyah.
Tariq...takziah dari aku dan seri...semoga ko tabah menghadapinya...Be strong ok...
we're with u whenever u need us...
sorry hari tu ko call ok aku tak dpt cakap byk sebab aku kat shanghai lagipun aku terkedu kejap...if you need anything gimme a ring k...
-oja & seri-
untuk semua...
sekali lagi terima kasih atas segala ucapan takziah dan perangsang yang diberikan kepada tuan tanah blog ini.
sesungguhnya tuan tanah blog ini cuba sedaya upaya untuk tabah dalam menghadapi perjalanan hidup untuk hari-hari yang mendatang.
tuan tanah blog ini memang bersedih, sedih tengok mama tuan tanah yang tinggal sorang-sorang. sedih tengok anak sedara tuan tanah yang hari-hari tunggu depan pintu.
be strong tariq...
atleast u r lucky to have 27++ years with him...
maaf..baru tau bila baca yr blog..
sabar ye...
Post a Comment