Tuesday, December 04, 2007

Parliament Duty

Selama ni aku memang mengelak untuk pergi ke parlimen tu. Tapi minggu lepas aku dapat memo, yang diarrowkan kepada aku bertulis, "PSUK(DP), sila hadir". Perghhh....pecah rekod aku selama ni. Kalau tak memang la aku akan taichi kepada orang lain. Since kali ni ada penggulungan rang undang-undang bekalan, makanya terpaksa la aku hadir walaupun aku tak suka. Bukan apa, kerja kat parlimen ni pada aku sangat la membosankan. Duduk, tengok dan catat. Ada permasalahan jawab dengan kadar yang segera.

Bukan kata aku tak pernah terlibat, selama ni memang aku terlibat dengan menjawab soalan-soalan bukan lisan dan soalan bertulis yang dikemukakan oleh ahli parlimen yang berkaitan dengan Sumber Manusia di Kementerian Kesihatan ni. Meeting penyelarasan jawapan parlimen pun aku pergi. Bagi taklimat kat YB SUPAR berkenaan jawapan parlimen. Dalam memo yang dikeluarkan oleh Urusetia Parlimen KKM, tarikh bertugas was on 29th November. So, that date aku pergi. Seharian berkampung kat sana, haram. Tunda ke Isnin yakni semalam.

Dan semalam dengan muka toya aku pergi la buat kali kedua sepanjang perkhidmatan aku. Pagi, takde mende pun. Duduk buang masa, dan petang semalam baru la bermula. Kali ni YB TMK yang membuat penggulungan. Makanya takde la pening nak pikirkan pasal briefing. Selalunya YB TMK boleh cakap sendiri.

Hmm...bermula petang, bertalu-talu soalan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parlimen. Dari soalan pasal penyakit, soalan pasal kemudahan di fasiliti kesihatan, dan paling penting, most of the MPs tanya kenapa doktor tak cukup dan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah itu. Isk....soalan yang aku rasa sangat laaaaaa tak perlu ditanya. Sebab jawapannya tetap sama. Dari 2 tahun lepas, sampai la ke hari ni, jawapan tetap sama.

Tapi ada jugak soalan yang perlu aku tergedik-gedik menelepon sana sini, sebab bila tak cukup pengisian, teraba aku cari pegawai yang jaga penempatan untuk tengok isi kosong perjawatan yang diperuntukkan. Dan kalau kat klinik, kena tengok turnaround pesakit setiap hari.

Nak dijadikan cerita, soalan dari bahagian lain pun orang rujuk kat aku. Apa kes? Macam aku ni tukang catat! Heh..silap orang la plak untuk mengarah. Dengan muka pro ala-ala bibir bawah bertemu hidung aku tepis. "Eh..ni isu saya ke? Kalau isu saya baik saya yang jadi doktor!" Amek kau...nak sangat!

Tapi tu la kan, skill menjawab pantun waktu sekolah dulu kembali semula. Mana taknya, buatnya satu MP tanya 2-3 soalan pasal HR, dan dengan pegawai urusetia parlimen kementerian yang kelam kabut tu mengarah, rasa la jari-jari aku ni sakit menulis. Nak kasi YB TMK baca, takkan buat tulisan cakar ayam kot? Font sah kena bagi besar supaya senang orang nak baca. Tempat duduk takde, aku decide duduk kat lobi. Dan kat lobi pun kerusi sofa penuh, aku bersila kat meja. Orang memang nampak pelik, tapi aku tak peduli dah, yang penting kerja aku siap.

Hmmm...syukur jugak la sebab dalam kalut-kalut tu (bahagian lain semua pegawai gred 48 ke atas yang datang, mai kat HR, aku yang 44 je yang pegi), aku berjaya menjawab soalan yang dikemukakan. Ambik feel pesta pantun negeri selangor dulu, chewahhhh....dengan tenang menjawab. Tapi tu laaaa....pas ni aku takmo pegi parlimen lagik. Lewat baliknya. Tak sukaaaaaa.....pukul 8 baru sampai rumah! Huhuhu....



2 comments:

Wanpetunjuk said...

Hahahaha...sampai bila nak mengelakkan...thanks for the wish bro...

Hemsemnye dinner semalam...sungguh hensem, bakal menjadi jejaka idaman malaya...mesti cair pempuan2 kat ctu tengok kan...kan...kan...

Adi Osman said...

Hiks....

dah update...sila tengok!