Monday, December 31, 2007

Uniquely Singapore, A Year End Trip


Penghujung tahun 2007, banyak blog orang lain dok cerita pasal resolusi, azam yada yada yada. Aku takmo tulis lagi kali ni pasal nak tulis kisah mengexplore tempat orang. Saje je memenuhkan paspot dengan cop. Kalau hari tu aku ke Brunei, kali ni aku turun ke selatan tanahair, menyeberangi tambak Johor, ke Kota Singapura. Saje nak mengalihkan pikiran aku yang kusut ni, at least masalah tu boleh dilupakan sejenak, kepala diringankan dengan berjalan-jalan seperti ini.

Kali terakhir aku ke Singapura was in the year 2003, January untuk hadir ke Pusingan Akhir temuduga Cadet Pilot bersama Singapore Airlines. Pilot? Yes....pilot! Tapi tak kesampaian hajatku itu, gara-gara wabak SARS yang melanda Asia Tenggara pada waktu itu. Allah dah aturkan aku tu dengan elok sekali. Agaknya kalau aku terbang sekarang ni apa la jadi dengan aku ye?

The trip began on Saturday noon, with my hansuari housemate. Road trip kononnya. Last time I went down-south was in the year 2006, waktu Johor dilanda hujan lebat, sampai la tenggelam sebahagian besar negeri tu. Lama dah, sampai pasangan-pasangan yang kahwin tu dah beranak-pinak pun. Targetnya nak check-in kat JB, rest. Dan keesokan harinya ke Singapura.

We checked-in at Puteri Pacific, rest.....dan melaksanakan aktiviti-aktiviti di bandaraya JB itu. Aktiviti apa? Pusing Jalan Dhobi kah? Ooooo tidakkkk....tu takat lalu je, melihat pemandangan manusia-manusia yang gigih mendapatkan pelanggan di malam minggu. Meriah tempat tu ek. Ada ayam betina, ada ayam separa betina, ada ayam jantan. Masing-masing cuba dengan gaya masing-masing untuk melariskan perniagaan. Meniaga apa taktau? Eheh...tukar topik la, rasa macam dah melencong lak.


On the very next morning, haaa...here we go. Apart from Syawal, we have Syahir Nasir together, and not to forget, Bang Shidi Tepak Sireh and Zoul Checkered Boxer. From JB, 2 taxis brought us to Singapore. Teksi pertama, me, Syawal and Syahir together with Makcik Durian (kau bawak durian naik teksi? aircond pulak tu! Jem lagik...merasa la aku pening2 lalat dok dalam teksi tu)

Clearance immigration, haaaaa...ni laaa cerita haru kat Woodlands. Dia amek paspot, tengok muka, instead of returning the passport to me,

"encik, kejap lagi amek paspot kat office"

Hah...haru! Aku, dan Syahir senasib. Nama dah ala-ala pelik, sudah tu muka pun..sorang cam Indon, sorang cam Bangla...alahai...dah tersangkut kat checkpoint tu. Masuk dalam office diorang....dok kejap selesai la urusannya. Tapi sebab semangan inkuiri yang tinggi, aku tanya la,

"Why do you bring me here?"

"Don't worry sir....normal checking"

"Are u from Sarawak sir? Ooo...Kedah"

Kau tanya, kau jawab sendiri...

"But why Malaysian going to Sarawak got to stamp the passport?"

Aku pun explain la sikit-sikit kat situ. Takkan nak bukak kelas sejarah kot? Selesai isu kat situ, we proceeded to Bugis.


Here, we went to Bugis Square. A shopping place indeed, tapi tak semeriah kat Orchard Road. What I liked about this place was the way they maintain old building, and turn it into a shopping complex without changing the original design of the building.

Haaa...aku berjalan dengan kumpulan model-model yang bagaikan pokok. Since aku ni model bonsai...merasa la aku tenggelam di lautan pokok yang tinggi. Alahai.....apa pun, bersyukur la dengan apa yang aku ada selama ni.

Dari Bugis, kami ke Singapore Land Tower area dengan MRT. Sekali lagi bau durian menyengat hidung aku. Alahai, orang Seberang Tambak sana tu memang suka Lulian kot? Everywhere go, got Lulian smell one! Haiyaaaa!

Kat area Land Tower ni, kami pusing-pusing di bangunan yang tinggi. Huhu...model-model galah tu rendah jugak akhirnya! Hahahahaha....here we have a beautiful green area. Haaa..tempat ni la depa buat Starting Point untuk Amazing Race Asia 2.

Next, to the Merlion Statue. Ye la kan, bukti aku ke Singapore, sah la bergambar kat Singa di tepi laut tu...all on foot. Senaman di tengahari yang terik. Hmm...penat jugak cari angle untuk posing gara-gara ramai pelancong dari luar yang datang. Masing-masing nak posing kat statue tu. Dah posing, tak reti nak gerak, tetap gak nak duduk tercongok kat situ. Grrr.....perlu ke bertapa kat situ lama-lama!

Habis di situ, next, we went to Sungai Singapura, cantik kat sini! Ada boat cruise. Ada jambatan yang cantik. Patutnya sungai-sungai di Malaysia pun kena jaga macam ni. Kat Melaka dah start buat pembersihan sungai. Elok rasanya sungai-sungai yang hitam pekat airnya tu dibersihkan. Kat kampung aku sendiri, Sungai Petani tu, sungainya Masya Allah busuk! Tuhan saja yang tau. Bukan sekarang je, seingat aku dari aku kecik, asal lalu je, mesti bau tak sedap.

Among all sceneries, ni yang paling aku suka. Patung kanak-kanak terjun sungai. Cantik!

Dah penat menerokai pemandangan kat Sungai Singapura, we moved to Orchard Road. Kalau nak kira sibuknya tu, ala-ala kat jalan TAR di KL la. Tapi kedai-kedainya semua jual barang-barang branded. Sibuk, padat dengan manusia. Weekend barangkali. Ada macam-macam bangsa. Pinoy, India, Bangla..isk, tak terhitung.

Aku takde niat nak beli apa-apa, tapi dah alang-alang sampai Singapura, cari la Hard Rock Cafe nya tu. Buat tambah koleksi barangan Hard Rock yang aku collect. Heh...pusing sana pusing sini, masuk sana masuk sini, semuanya ala-ala window shopping je. Compare harga dengan kat Malaysia, lebih kurang sama. Lagipun akaun tahun 2007 dah tutup untuk sebarang pembelian. Jadinya, takde la aku memborong sakan.

After Orchard, aku, Syahir and Syawal made our own way, to Mustafa. Huh...lekat bau kat baju aku sampai la balik JB. Mendung je kat situ. Mustafa ni ala-ala Mydin Mart haa. Aku tetap tak membeli apa-apa, gara-gara bau yang pekat mencucuk hidungku ini. Pening! Terus aku melangkah keluar, mengajak kawan-kawanku untuk pulang.

Dari Mustafa, kembali ke Bugis untuk pulang ke Malaysia. Kali ni, naik bas. Kalau di JB, RM40 satu teksi. Kalau di Singapura, tetap 40, tapi SGD40, haaa....darab dengan 2.3! Baik naik bas. Sampainya sama jugak ke JB. Hehe...kedekut!

Tiba di JB dah lewat petang, terus bergerak untuk pulang ke Kajang. It was a very tiring day. Lenguh-lenguh kakiku ini. Well, harapnya nanti ada la peluang lagi untuk mengecop paspot kat negara lain pulak. Moga dimurahkan rezeki tahun hadapan. Amin....

Untuk para pembaca sekelian, selamat tahun baru 2008 aku ucapkan. Semoga tahun baru yang mendatang ni memberikan lebih banyak pengertian kepada kita semua.

12 comments:

DINATRA said...

oitttt... nak ikut!!! huhuhuh....

Shah said...

Ada sorang kat aparment aku muka sebiji cam ko lah. Tapi bila terserempak, aku baru nak tegur dia nampak kitorang buat dono je so silap orang le tu. Anyway, Selamat Tahun Baru.

Orlando Bloom said...

SELAMAT TAHUN BARU 2008 BRO....syok kan kalau jenjalan ngan member reramai... memang syiok!!!

Ziana said...

hi Fendi,
HAPPY NEW YEAR - 2008

Hope 2008 lebih ceria!
InsyaAllah

Ezzudden said...

Alo bro....hepi new year...
mmg besh jalan singapore..kalo duit tgh byk mesti lagik best kan...aku biasa gi spore mlwt umah sedara je..tak jalan mane2 pon...terasa nk jalan2 mcm ko...arghh..

MOLY said...

happy new year !!
;)

DBI said...

model bonsai pun malathop jugakkk...

Rush Murad said...

iakkk.... baru jalan sikit dah kepenantan?? i dgn zoul shopping sampai kedai kat Orchard rd tu tutup... kul 12 baru sampai Jb. sori la ek kalau tak dapat nak layan u kat JB, u pun datang kejap sangat... tak sempat nak singgah memana...

Wanpetunjuk said...

Salam abg Pendi...swonok tak pi jejalan yang singkat kat kota singa tempoh hari...besh kan....besh kan....tengok dari gambar tuh....lucu gak apa yang telah berlaku kat immigration tuh...klu abg pi bangladesh mesti xdok masalah kan...sy pun sama gak kot...yo lah kita ni kan lelaki berkulit gelap...gelap2 ni lah yang manis dan jadi pujaan ramai...tak gitu ke bang pendi....heheheeheh....

nak ucap selamat tahun baru....bila nak mai Miri lagik nih.....

Adi Osman said...

d.i.n.a.t.r.a

pasni kalo g jenjalan aku ajak ko ekkkk...


shah

mebi tu jelmaan aku kot


beruang madu

memang best kalo jenjalan reramai...takde laa rasa terpengok je sorang2 kat tempat yang terasing


ziana

mekaseh...hepi niu yer too


ezuddeen

slalunye kita tak perasan yang tempat kita tu best, tapi bila kita tengok orang pegi tempat kita tu macam best je, baru la kita akan sedar


lili.lulu

mekaseh, mekaseh..hepi niu yer to u too....


bang dbi

model bonsai ni takde orang yang berkenan pun....


bang shidi

memang penat, tapi mujur laaaaaaaa dah pegi spa urut2 hari tu! ahaks...


dayat

fendiosman ni bukan muka bangla, tapi muka jawa benut! cuma tang idung je ada terletak cket! hahahahaha...tapi memang orang itam manis ni orang senang terpikat! matila perasan

Najib Ariyan Ali Basha said...

Hi Fendi, Askm, just to inform u that my new blog is tyro88 and no longer tyro55. Mulai dari sekarang blog yg aktif yg 88 tulah... blog lama akan ditutup sebaik baik saja proses pemindahan data selesai.. terima kasih.

Mohamad said...

Wah gerek seh.. pegi singapora... tak pergi makan murtabak kat arab street ke.. maaf la tak leh nak join. next trip ke mana ek?