Tuesday, December 11, 2007

Grooming - A refresher to readers

Hah....asek posting mengata orang je kan slama ni, apa kata kali ni aku sumbang sikit ilmu pasal grooming di pejabat .

Why grooming? Sebab part ni aku rasa orang pandang remeh sangat. For those yang dah penah attend benda alah grooming course ni, anggaplah posting aku ni sebagai refresher. Kelas pengayaan katanya. I dedicate this to lelaki-lelaki sekelian. Grooming, penting pada aku. Jangan ingat kain baju saje, tapi penampilan pun tetap kena jaga. Apa guna kalau baju harga tinggi melambung tapi Body Odour menyengat menusuk idung? Major turn-off for me! Apa guna kasut mahal-mahal tapi bila bukak kasut Masya Allah, ghau ghau baunya!

Most of the people ingat grooming ni hanya tertumpu pada apa yang kita pakai saja. Sometimes we tend to forget, yang melekat kat badan kita tu pun kena jaga.

Mari kita tengok serba sikit pasal penampilan diri ni.

1. Misai, janggut dan bulu-bulu yang sewaktu dengannya

Seeloknya biarlah misai dan janggut ni dikemaskan dengan rapi. Tak salah kalau nak menyimpan janggut segala, tapi biarlah kemas. tak berceracak ke sana ke mari! Better trim sikit supaya teratur dan tersusun. Misai tu pulak, jangan la sampai tutup mulut tu. Biarlah kedudukan misai tu just nice atas garis bibir. Kalau dah rasa tak reti nak jaga, shave clean. Senang! Kan? Satu lagi yang aku amat perhatikan, BULU HIDUNG. Ni pantang aku tengok, rasa macam nak tarik-tarik je bulu idung yang menjejeh keluar tu! Yang dok pi simpan panjang-panjang tu buat apa? Takkan la nak buat ponytail kot? Kemas la sikit. Ini tak, sampai orang keliru nak bezakan dengan misai. Konsepnya satu je la kan, kalau kat muka tu dah tak terjaga, yang kat bawah tu aku rasa lagi semak daripada hutan hujan khatulistiwa.


2. Kuku

Sekarang ni lelaki pun ada yang berkuku panjang (termasuk lah aku...tapi dah aku potong pendek pasal asek tercalar je muka aku sebab menggaru!). Untuk yang berkuku panjang ni, sentiasalah bersihkan. Jangan ada sisa-sisa yang melekat kat kuku tu. Kunyit ka, nasik ka apa ka....sebab bila kita menunjuk, orang tengok tangan kita. Dan secara otomatik orang tengok kuku kita.

Seelok-eloknya, simpan satu manicure set yang mudah dibawa ke mana-mana pun. Bukan suruh kepit macam bawak kopek (orang kedah kata kopek ni beg duit). Tapi cukuplah untuk disimpan di dalam kereta, di laci pejabat ataupun dalam beg kerja. Senang, nanti takde la rasa segan kalau kuku tu kotor bila perlu digunakan pada masa kecemasan.


3. Body Odour

Rupa macam model, bila tengok orang tertarik. Tapi bila dok sebelah...teeeeeeettttttt....bau badan Masya Allah. Aku rasa bau kolam kumbahan IWK lagi ok. Sebab kolam kumbahan ni bau dia ikut arah angin.

Kalau bau badan ni, let say duduk kat sebelah orang berbau tu selama 5 jam, makanya 5 jam la menderita dengan kehangitan dan keghau-ghauan bau badannya itu! I've experienced this before. Mula-mula tengok sangat la pleasant. Bila mai dok sebelah......tuhan saja yang tau betapa meronta-rontanya aku menahan pening nak muntah.

Well, sapa-sapa yang ada masalah BO ni, elok tengok balik cara pemakanan (makanan ada jugak menyumbang kepada bau badan ni), rajin-rajin bersihkan diri (mandi selalu, bulu ketiak yang macam berus lukisan tu eloklah ditrim), gunakan deodorant stick dan seelok-eloknya gunakan pakaian yang sesuai supaya tak berpeluh melampau dan menyumbang kepada keaseman badan anda itu.


4. Bau Mulut

Ni satu lagi masalah yang ramai orang pandang remeh tapi memang akan mendatangkan ketidakselesaan kepada orang-orang yang berada di sekeliling. Muka manis, tapi bukak je mulut....Allah.....pokok kat sekeliling tu pun boleh mati rasanya.

Antara punca mulut berbau ni termasuklah gigi yang rosak, bakteria di dalam mulut dan kekurangan air. Apa salahnya, simpan gula-gula mint kat dalam kocek untuk hilangkan bau ini. Setiap 6 bulan, pegi klinik gigi untuk buat pemeriksaan. Mahal? Klinik gomen free. Nurse garang? Kau nak nurse baik, kau pegi la klinik private! Selain dari ke klinik, kita sendiri pun boleh mengambil langkah pencegahan awal dengan sentiasa membersihkan gigi dan lidah. Bila mulut kita takde bau yang kurang menyenangkan, orang akan sentiasa senang duduk di sekeliling kita. Untuk yang merokok, sentiasa bersihkan mulut anda, simpan listerine dalam laci di pejabat. Berkumur lepas merokok bagi menghilangkan bau rokok tu (sapa yang merokok taktau? teeeeeeetttttttt).


5. Bau Kaki

Orang selalu lupa tentang kaki ni. Tapi, kalau bau kaki macam bau lori ikan, eloklah diperhatikan cara penjagaannya. Tak perlu ke spa segala, cukup untuk diaplikasikan sendiri kat rumah.

Kaki boleh direndam dalam air suam, dan kemudian dicuci dengan sabun. Lap, dan sapu hand@foot lotion. Bila nak pakai kasut, elakkan daripada memakai stokin bila kaki masih lembap. Keringkan terlebih dahulu baru pakai. Kasut yang dipakai tu jugak, elok dijemur sekali sekala, anginkan dia untuk hilangkan bau!

Hmm...penjagaan ni aku rasa memang simple tapi ramai orang yang mengabaikannya. Sometimes aku pun terlupa jugak. Jadinya, ini adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri, dan para pembaca yang budiman sekelian. Ingat, jangan sangka muka hansuari tu boleh laku (osmet tersayang, aku tak kata kat kau...jangan terasa aaaa) dengan penampilan yang tak dijaga rapi. Biar takde rupa, tapi aspek grooming ni terjaga sempurna. Heh.....

16 comments:

DBI said...

yer tuan fendi..apa yang di ajarin ini telah dan sedang saya praktik kan...itu sebabkan saya begitu segar terasa...
tapi kalau telinga yng berbulu..camner??..ni bulu betul yer..bukan "berbulu" meluat tu...

Adi Osman said...

sama jugak konsepnye...
trim! ada alat trim tu, macam dildo bentuknye! dildo? apa tuuuu? laaaariiiikkk

xtopak said...

very informative!

...tapi byk sungguh masa ko nk menaip pjg2 nih...

alangkah bagus kalau ko tulis artikel ruangan tetap dlm newspaper.. dpt gak extra income! ..boleh kita gi chiang mai.. muuuaahahahahahha!!! ;)

Adi Osman said...

anak tok bibah...

masa tu aku curi2 laa, taip kat words dulu, pastu copy dan paste

Shah said...

Lepas ni kena buat entry pasal Dildo pulak kot... Hehe...

Wanpetunjuk said...

Salam and Munnningggg....

Dalam Islam sendiri mengajar kita untuk menjaga kebersihan diri kerana ianya sebahagia daripada iman....

Senangkan jadi seseorang yang kurang bulu...tak perlu nak trim segala....mudah diurus....licin seperti kulit ular....teeeetttt!!!!

Orlando Bloom said...

dayat..amboi hang mentang mentang lah badan hang macam kulit telo'.... kami golongan beruang ni susah nak ikut lah cam tu.... sib baik peminat beruang masih ramai... kalau tak Beruang Madu nak cabut bulu selai selai....togelll!!!

Adi Osman said...

dayat

licin macam kulit ular? tapi kulit ular tu bersisik dayat oiiiiii...


beruang madu

isk, cabut bulu selai-selai ke? dok bayangkan beruang kalau takde bulu macam mana ek?

Wanpetunjuk said...

Abg bruang madu....jgn lah sampai nak cabut selai2 bulu tuh....nnti dah tak jadi bruang lagik.....sy pun minat kat bruang....lagi besaq bruang tu lagi ganaz kan...kan...kan....mcm dalam The Golden Compass.....Iorek... Chomeeyyyyy sesangat......rasa nak bela bruang sekoq, isi dalam kandang besaq....

Abg Fendi....ular bersisik???...yo lar....tapi sy tak.....tukau2....geli2...bukan pada ulau tapi pada perkataan sisik.....

Adi Osman said...

ye la dik oii
ulau mane takde sisik? habaq mai?
dari segi biologi laaaa...tapi kalau dari segi lain ada kot ulau yang takde sisik? teeeeettttt

Rush Murad said...

apa mengata i ni? i pun dalam kategori beruang gak, beruang kutub katanya... tapi tak der berserabut bulu segala. tapi memang leceh, almost everyday nak kena shave janggut, misai, jambang. tapi betul kata beruang madu tu, peminat beruang semakin ramai, dan selalu digillai.... teeetttt....

Adi Osman said...

beruang kutub ek? tapi kenapa beruang kutub? kalau beruang dalam cerita jungle book tu pun ok gak pe! kiyut.....

Rush Murad said...

sebab ada sorang tu selalu gelar i 'my teddy bear', tapi i bukan teddy lagik.... so dia tukar tu beruang kutub, besar dan gagah (perlu ker statement ni?)... bila tgk movie golden compass tu, dia asyik tersenyum manjang.... sebab beruang kutub dia ada dalam itu felem.....

Adi Osman said...

bang shidi...

gitu kisahnye ye! sejak bile dapat offer berlakon ni ek?

wahhhh sungguh menarik bila tengok golden compass ittewww, seekor beruang kutub yang besar, bersama seorang budak yang kecik. sangat laaa mendalam maksudnya.

Rush Murad said...

fendi - salam takziah di atas pemergian ayahnda tercinta... abang doakan semoga roh arwah ayahnda dicucri rahmat olehNya dan ditempatkan bersama2 Muslim yg soleh dan terpilih.... al-fatihah

Fizz Zaquan said...

Fendi,
Assalammualaikum, Salam Takziah buat Fendi sekeluarga diatas pemergian ayahanda tersayang..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan diantara orang-orang yang beriman..Amin & al-Fatihah...