Monday, August 29, 2011

Salam 'Idul Fitri

Pejam celik pejam celik, Ramadhan dah sampai ke penghujung. Rasanya macam baru sangat Fendiosman mula berpuasa hari tu. Kenangan terindah tahun ni bila Fendiosman kena puasa 18 jam di Kota London selama seminggu. Masya Allah, lunyainya tu macam sayur bayam rebus ye murid-murid!


Sempena hari baik bulan baik ni, Fendiosman mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas salah silap Fendiosman kepada para pembaca sekelian. Yang mana tersentap, tersentot, ter segala ter lah....

Kalau tahun lepas Fendiosman beraya di Sungai Buloh, tahun ni Fendiosman Insya Allah beraya di Sungai Petani. From river to river katanya. Tapi, raya pertama akan disambut dengan bertugas demi negara. Orang pakat bangun pagi pi sembahyang raya, Fendiosman bangun pagi ligan kapal terbang. Mari kita tengok apakah agendanya lepas ni!


Fendiosman berdoa kepada Allah S.W.T agar dipanjangkan usia, dengan harapan semoga diketemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun depan. Sekali lagi, Fendiosman menyusun 10 jari memohon kemaafan daripada para pembaca sekelian sekiranya dalam penulisan Fendiosman selama ini ada yang terguris rasa tersentuh jiwa. Biasalah, Fendiosman manusia, tak lari dari melakukan kesalahan. Selamat Hari Raya 'Idul Fitri, Maaf Zahir dan Batin.........

Friday, August 26, 2011

Hail To The Queen Trip.....The Finale


Setelah menghabiskan hampir 3 minggu di luar negara, tibalah masanya untuk Fendiosman berangkat pulang ke negara tercinta!


Pesawat ke Kuala Lumpur hanya akan berlepas pada jam 12 tengah hari! Namun begitu, Fendiosman merasakan Fendiosman perlu berada di Heathrow lebih awak, yakni 4 jam sebelum waktu berlepas demi mengelakkan barisan yang panjang sewaktu di security check point! Usaha Fendiosman ternyata tidak sia-sia apabila dengan sekelip mata urusan daftar masuk dapat diselesaikan.


Travel di bulan Ramadhan ni banyak dugaannya! Contohnya seperti di atas...

Golden Lounge di Heathrow cukup untuk membakar selera anda di pagi Ramadhan dan dikelilingi oleh ramai manusia yang tidak berpuasa!

Pemandangannya juga boleh menduga keimanan!


Ada stoberi cicah krim!


Ada juga aneka jenis minuman! Tapi Fendiosman mode musafir........ada rukhsoh yang diberikan. Itulah sebenarnya keindahan Islam.


Rasa tak sabar nak pulang bila nampak benda alah ni dock-in ke gate!


Entah bila la boleh ke sini lagi ye?


Pesawat berlepas tepat pada masanya!


Dan layanan Malaysian Hospitality bermula hatta sebelum pesawat berlepas pun!


Pesawat meluncur laju, agak lewat meninggalkan landasan! Mungkin sebab berat gamaknya! Dan beberapa ketika selepas pesawat berlepas, servis makanan pun bermula. Errr.....patutlah berat plane! Pramnye pun berat juga! Opssss.....


Apa? Sate?


Puasa ke tidak? Puasa ke tidak? Puasa ke tidak?


Layanlah tv dulu...


Tapi layanan sate penuh posture itu sungguh menggoda Fendiosman...


Dekat2 nak buka posa, pram-pram sekelian bagilah kurma coklat berbadam ni! Tapi kena buka posa ke? Opsssssssss


Sebab flightnya siang, Fendiosman tak boleh tido. Layanlah cerita Hantu Kak Limah dulu sementara menunggu waktu sahur


Pramnya jugak baik hati. Sikit2 hantar air, sikit2 hantar ceklat, sikit2 datang untuk sesi Kak Nam. Kami cerita pasal kisah menabung sejak kecil yang membawa faedah, dan lain2 lagi cerita yang menarik.


Sebelum terbit fajar siddiq, kami disajikan dengan sahur!


Dan bila terpasang lagu Malaysia Truly Asia ni, makanya dah nak sampai la maksudnya tu!

Pram-pram pun dah sibuk mengemas kabin sebelum mendarat! Ingatkan dia kemas apa......


Rupanya.....cenderamata yang mencederakan mata kepada Fendiosman sebab menemani mereka dalam sesi Kak Nam selama 12 jam. Hmmmmm......pendaratan yang sempurna oleh kapten, dan tibalah Fendiosman di Malaysia. Hai....................harap2 dapatlah lagi jejak kaki ke sana satu hari nanti!

Apa pun, syukur Alhamdulillah Fendiosman selamat tiba di tanah air. Kenangan di London dan lencongan ke Switzerland sangatlah memberi makna yang besar kepada Fendiosman. Dapat belajar banyak dari pemerhatian! Paling utama, Fendiosman bangga jadi Rakyat Malaysia. (Mrasa enteprem mode merdeka)

TAMATLAH SUDAH EPISOD HAIL TO THE QUEEN TRIP.....SEKIAN!

Wednesday, August 24, 2011

Hail To The Queen Trip.....Calibrating Sunday


Bila dah berada di London, rasanya perlu kita membuat kunjungan ke Greenwich, sebuah bandar di pinggir Kotaraya yang mana di sini terletaknya garis yang memisahkan timur dan barat planet bumi ini.


Dengan hanya menaiki tube dan DLR yang ada, kita boleh tiba ke Bandar Greenwich dalam masa kurang dari setengah jam. Tapi murid-murid, nak mendaki bukit ke tempat terletaknya garisan itu, Masya Allah, terbakar berkilo-kilo kalori ya!

Greenwich ni, kalau takde garisan 0 darjah ni, rasanya takde la orang nak menjengah pun. Takde apa sangat melainkan suasana suburban yang agak damai.


Memandangkan harinya adalah hujung minggu, maka Fendiosman ada tourguide percuma yang sudi membawa Fendiosman bersiar-siar.


Hmm...kat sini ada sebuah planetarium. Lebih kurang Planetarium Kuala Lumpur la jugak! Ada la barang-barang yang takde kat KL tu ada kat sini. Tapi fungsinya masih sama, sebagai tempat pembelajaran, dan pengajaran di samping menjadi tempat tumpuan pelancong yang berminat mengenai sains.


Selain itu, anda boleh menikmati pemandangan sebahagian kecil dari Kota London. Ada Millenium Dome ya murid-murid! Bangunan ini dibina sempena menyambut Millenium Ketiga, yakni tahun 2000 kira-kira 11 tahun lalu. Nampak tak yang bumbung putih kat sebelah kanan gambar tu? Sudah semestinya berbentuk Dome! Haaaaa...itulah bangunannya!

Dan di sini juga ada jam waktu piawai! Jadi, silalah setkan jam anda kepada waktu piawai sekiranya tiba di sini!

Kalau dulu, nak masuk memijak garisan 0 darjah tu percuma. Sekarang ni dah dikenakan sedikit bayaran kepada pengunjung! Demi mengambil gambar itu, kenalah beratur sepanjang-panjangnya!


Apa yang nak dibuat dengan beratur panjang sebegini? Haaa...inilah garisannya! Anda bolehlah lakukan aksi-aksi yang membahagikan anda kepada timur dan barat! Contohnya aksi bina badan seperti Fendiosman!


Selain posing timur barat itu, boleh juga anda cari ibukota negara masing-masing, (tu pun kalau ada la) dan bergayalah mengikut kesukaan anda! Fendiosman memilih gaya menayang kasut sneaker kaler pink untuk tatapan anda semua!



Ingatkan aksi kami tu takde la peniru! Rupanya selepas Fendiosman meletakkan kaki di Kuala Lumpur, ramai pulak matsaleh meniru. Masing-masing mencari ibukota negara sendiri untuk digayakan persis gaya Fendiosman. (mrasa la bertamadun seketika.....hahahaa)


Bertentangan dengan posing itu, ada pula posing jam piawai versi atas garisan! Ada jugak jam detik hitung Sukan Olimpik (murid-murid, detik hitung tu dalam Englishnya kita kata COUNTDOWN ye).


Sini juga ada arah mata angin.......kononnya yang paling tepatlah!  


Setelah penat menikmati pancaran matahari sebab kena beratur! Eloklah nikmati eksrem yang lazat dulu untuk menghilangkan dahaga! (Nota : Ni belum posa lagi tau, tak caya tengok date kat jam detik hitung olimpik tu)


Yang paling mustahak, haaaaa pose dongak wajib Fendiosman! Tak kisahlah tepi tong sampah pun, yang penting kat oberdersi ya murid-murid!

Setelah selesai bersidai di Garisan 0 darjah, marilah kita bersiar-siar melihat pemandangan di taman sekitar Observatory Greenwich ni.


Murid-murid, ini adalah pemandangan biasa sewaktu musim panas ya!


Makanya kami semua pun feeling-feeling jadi matsaleh jugak! Merenung hari terakhir sebelum menjelang Ramadhan sambil menjongketkan bibir bergosip cerita-cerita dari Malaysia. Contohnya cerita faedah menabung dari zaman kanak-kanak, serta pelbagai lagi cerita yang menarik!


Nak baring-baring macam depa ni takut gatal badan! Maklumlah....kulit sensitip! Lagipun dah selalu sangat jumpa matahari kat Malaysia ni! No need lah kot!


Yang penting, kunjungan Fendiosman ke Greenwich itu sangatlah bermakna, dan Fendiosman gumbira dapat menjejakkan kaki ke garisan 0 darjah itu walaupun hanya untuk memijak satu garisan bodo kata orang!

Tuesday, August 23, 2011

Hail To The Queen Trip.....The Countryside Visit


Selain membuat eksplorasi di tengah-tengah bandar, kesempatan sewaktu hujung minggu yang ada Fendiosman habiskan dengan membuat sesi lawatan bersama-sama rakan yang menuntut di sana ke countryside. Pagi lagi dah Fendiosman dan teman-teman bangun untuk ke Surrey, satu daerah di bahagian tenggara England.


Aktivitinya adalah untuk menikmati pengalaman memetik buah-buahan segar di ladang.


Kat ladang yang Fendiosman pergi ni, kira ala2 macam one stop center untuk penduduk berdekatan, dan ada jugak dijual pelbagai barangan produk ibarat SDSI di Malaysia. Sementara menunggu korum cukup, sempat juga Fendiosman membuat aktiviti membeli belah tingkap! Cuci mata......


Tapi sebab duit pun tak meriah, takde la nak membeli. Sekadar menabung sajjah. Bukankah amalan menabung tu satu amalan yang mulia? Dari kecik kita dah kena menabung, supaya senang untuk kita membeli barang-barang yang mahal sewaktu kita dewasa nanti. Apatah lagi untuk berkahwin, memang kena guna duit tabungan ya!


Ada juga mainan-mainan yang ala-ala princess! Mrasa la Fendiosman jadi Sailormoon sekejap!


Tidak sah kalau kita ke country side tapi tak menikmati makanan-makanan asal usul dari sini. Seperti kek cawan


Serta minuman coklat panas yang lazat


Acara utamanya adalah memetik buah ya! Di sini, anda boleh petik sebanyak mana yang anda suka, pastu timbang dan bayar! Pelbagai jenis buah-buahan yang ada dan usahlah kau feeling-feeling nak cari buah ciku kat sini!


Segar........terlalu segar! Sampai boleh terus masuk dalam molot!


Luasnya ladang sampai kita taktau nak petik yang mana satu!


Boleh juga buat video clip Hindustan di sini. (Gambar ihsan ahli rombongan)


Tapi memang lumayan la hasilnya! Tuai dekat 2 kilo, timbangnya separuh dari tuaian. Haaaaaaaaaaaa...mrasa! Selebihnya tu kita merasa. Masuk perutlah kan!


Buah-buah yang tak pernah nampak pokoknya pun ada la jugak. Kalau stoberi tu sah sah kat kemerenhelen pun ada!


Tapi paling tak tahan adalah, lepas petik terus ngap! Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Ini namanya ekspresi muka bernapsu ya murid-murid.


Dah makan tu, reti-retilah timbang yang belen-belen yang ada tu. Kang tak timbang, sangkut kat checkpoint plak. Abis bonet kereta semua dia bukak. Takut orang curi buah katanya!


Tapi kat sini, kalau salah timing, buah yang kita ingat ada tu sebenarnya takde, takpun dah super ranum sampai nak petik pun susah. Benyok jadinya!


Walau apa pun, aktiviti di sini elok dilakukan bersama-sama ahli keluarga untuk mengeratkan lagi family bonding. Ala, macam kita menanam padi kat kampung la! Ada kau tanam padi kah?


Ehmmm....tak semua buah tu sedap ya murid-murid! Kadang-kadang rupa je cantik! Cuma sesuai dijadikan props untuk bergambar saja!


Setelah penat bergembira memetik buah, aktiviti berkelah bersama keluarga di tapak perkelahan sesuai dilakukan. Ni orang puteh biasa suka time summer la! Kurang sejuk sikit!


Overall, it was indeed a very pleasant experience! For those yang suka jalan-jalan, besides visiting the cities or doing shopping spree, this is one of activities that we should try! Serious, enjoy sangat! Sebab sambil tertonggek2, perut pun kenyang. Hati pun gumbira!