Perjalanan ke Lucerne dari Zurich hanyalah mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Dan sekali lagi Fendiosman melintasi pemandangan yang indah sepanjang perjalanan menaiki keretapi itu!
Sangat mengasyikkan....
Saujana mata memandang.....
Tanpa Fendiosman sedari, keretapi yang Fendiosman naiki tiba di stesen Lucerne!
Sudah semestinya, destinasi tujuan pertama adalah Tourist Information Centre untuk mendapatkan peta dan maklumat lanjut mengenai Lucerne. Oh ya, jangan keliru ya murid-murid, Lucerne dan Lausanne adalah dua bandar yang berbeza. Nama je lebih kurang, tapi kedudukannya jauh antara satu sama lain. Seperti biasa, peta yang diberi itu memadai untuk Fendiosman membuat penjelajahan ke seluruh bandar Luzern dengan hanya menggunakan kaki!
Dari stesen keretapi, anda akan disambut oleh hamparan tasik yang luas. Kalaulah Fendiosman datang berdua atau bertiga, bolehlah buat video clip hindi barang satu dua lagu.
Ya.....pose tuan empunya badan pun kena la masuk!
Dan itik itik yang ada di sekitar tasik. Ada itik yang chantek, ada itik yang hodoh. Semua jenis ada.....
Bangunan-bangunan yang ada pun cukup menarik hati! Architecturenya sangat klasik! Tak diubah walaupun sedikit sejak dari pembinaannya dulu!
Tapi langit yang mendung itu amatlah ditakuti.....ya la, kalau hujan, apa pun tak bleh buat!
Kata Tourists Info Centre tu, keseluruhan perjalanan akan mengambil masa 2 jam. Memang kematulah kaki Fendiosman berjalan-jalan.
Siap kena panjat bukit yaaa! Tu yang paling tak tahan.....semputssss!
Tapi bila dah sampai atas bukit, pemandangannya, fuhhhhhhh...
Bila naik ke tower yang di atas bukit tu....lagilah cantik!
Mode jiwang pun mulalah menerpa....
Na Jaane Mere Dil Ko Kya Ho Gaya
Abhii To Yahiin Thaa Abhii Kho Gayaa (tudiaaaah....mrasa golek2 gunung....)
Dulu, Fendiosman hanya berangan tengok dari filem, tapi sekarang...memang ada di depan mata tempat Kajol dengan SRK menyanyi!
Kalaulah boleh, nak saja Fendiosman datang lagi ke sini......entah! rasa damai sangat dengan suasana sekeliling yang ada! Lupa sejenak masalah yang menimpa! Hiksss




3 comments:
bestnyaaa...
bestnyaaa....
owh, nape masa saya pegi lucerne saya tak carik tourist info die eh? hmm.. tak follow pun route 2 jam tu.. jalan menonong jer :P
Post a Comment