Wednesday, August 24, 2011

Hail To The Queen Trip.....Calibrating Sunday


Bila dah berada di London, rasanya perlu kita membuat kunjungan ke Greenwich, sebuah bandar di pinggir Kotaraya yang mana di sini terletaknya garis yang memisahkan timur dan barat planet bumi ini.


Dengan hanya menaiki tube dan DLR yang ada, kita boleh tiba ke Bandar Greenwich dalam masa kurang dari setengah jam. Tapi murid-murid, nak mendaki bukit ke tempat terletaknya garisan itu, Masya Allah, terbakar berkilo-kilo kalori ya!

Greenwich ni, kalau takde garisan 0 darjah ni, rasanya takde la orang nak menjengah pun. Takde apa sangat melainkan suasana suburban yang agak damai.


Memandangkan harinya adalah hujung minggu, maka Fendiosman ada tourguide percuma yang sudi membawa Fendiosman bersiar-siar.


Hmm...kat sini ada sebuah planetarium. Lebih kurang Planetarium Kuala Lumpur la jugak! Ada la barang-barang yang takde kat KL tu ada kat sini. Tapi fungsinya masih sama, sebagai tempat pembelajaran, dan pengajaran di samping menjadi tempat tumpuan pelancong yang berminat mengenai sains.


Selain itu, anda boleh menikmati pemandangan sebahagian kecil dari Kota London. Ada Millenium Dome ya murid-murid! Bangunan ini dibina sempena menyambut Millenium Ketiga, yakni tahun 2000 kira-kira 11 tahun lalu. Nampak tak yang bumbung putih kat sebelah kanan gambar tu? Sudah semestinya berbentuk Dome! Haaaaa...itulah bangunannya!

Dan di sini juga ada jam waktu piawai! Jadi, silalah setkan jam anda kepada waktu piawai sekiranya tiba di sini!

Kalau dulu, nak masuk memijak garisan 0 darjah tu percuma. Sekarang ni dah dikenakan sedikit bayaran kepada pengunjung! Demi mengambil gambar itu, kenalah beratur sepanjang-panjangnya!


Apa yang nak dibuat dengan beratur panjang sebegini? Haaa...inilah garisannya! Anda bolehlah lakukan aksi-aksi yang membahagikan anda kepada timur dan barat! Contohnya aksi bina badan seperti Fendiosman!


Selain posing timur barat itu, boleh juga anda cari ibukota negara masing-masing, (tu pun kalau ada la) dan bergayalah mengikut kesukaan anda! Fendiosman memilih gaya menayang kasut sneaker kaler pink untuk tatapan anda semua!



Ingatkan aksi kami tu takde la peniru! Rupanya selepas Fendiosman meletakkan kaki di Kuala Lumpur, ramai pulak matsaleh meniru. Masing-masing mencari ibukota negara sendiri untuk digayakan persis gaya Fendiosman. (mrasa la bertamadun seketika.....hahahaa)


Bertentangan dengan posing itu, ada pula posing jam piawai versi atas garisan! Ada jugak jam detik hitung Sukan Olimpik (murid-murid, detik hitung tu dalam Englishnya kita kata COUNTDOWN ye).


Sini juga ada arah mata angin.......kononnya yang paling tepatlah!  


Setelah penat menikmati pancaran matahari sebab kena beratur! Eloklah nikmati eksrem yang lazat dulu untuk menghilangkan dahaga! (Nota : Ni belum posa lagi tau, tak caya tengok date kat jam detik hitung olimpik tu)


Yang paling mustahak, haaaaa pose dongak wajib Fendiosman! Tak kisahlah tepi tong sampah pun, yang penting kat oberdersi ya murid-murid!

Setelah selesai bersidai di Garisan 0 darjah, marilah kita bersiar-siar melihat pemandangan di taman sekitar Observatory Greenwich ni.


Murid-murid, ini adalah pemandangan biasa sewaktu musim panas ya!


Makanya kami semua pun feeling-feeling jadi matsaleh jugak! Merenung hari terakhir sebelum menjelang Ramadhan sambil menjongketkan bibir bergosip cerita-cerita dari Malaysia. Contohnya cerita faedah menabung dari zaman kanak-kanak, serta pelbagai lagi cerita yang menarik!


Nak baring-baring macam depa ni takut gatal badan! Maklumlah....kulit sensitip! Lagipun dah selalu sangat jumpa matahari kat Malaysia ni! No need lah kot!


Yang penting, kunjungan Fendiosman ke Greenwich itu sangatlah bermakna, dan Fendiosman gumbira dapat menjejakkan kaki ke garisan 0 darjah itu walaupun hanya untuk memijak satu garisan bodo kata orang!

No comments: