Fendiosman sebenarnya menghadiri kursus di Royal Institute of Public Administration yakni RIPA di London. Kursus yang dihadiri adalah Managing Strategic Skills for Organisational Improvement. Kursus ini memakan masa selama 10 hari, dan dihadiri oleh seramai lebih kurang 20 peserta yang rata-ratanya dari negara Afrika.
Errr...mrasa la jadi delegate paling cerah!
Hmmm....rata-rata peserta adalah level JUSA di negara masing-masing. Termasuklah bestfriend Fendiosman yang merupakan TKSU di Kementerian Petroleum, Gambia.
Pada hari pertama di RIPA, Fendiosman diperkenalkan dengan peserta-peserta yang hadir!
Dan kami disuruh untuk mengemaskini senarai nama yang didaftarkan. Fendiosman pitammmmm bila membaca nama Fendiosman yang berasal dari negara ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....tetibe bertukar jadi warganegara India. Mungkin konsep Half Indian seperti yang dikatakan oleh delegasi dari India bila Fendiosman menyatakan bahawa moyang IBU Fendiosman berasal dari negara itu. Tapi apa dosa Fendiosman sampai diINDIAkan di sini?
Pendaftaran dimulakan dengan pemberian pas keselamatan. Hanya kertas sekeping yang perlu ditandatangani dan dilipat dua!
Kami juga diberikan kupon makanan bernilai 25 pound untuk makan tengahari selama 5 hari. Boleh digunakan di kedai-kedai tertentu seperti McDonalds (makanlah Fillet o Fish sajaaaa), KFC, Burgerking, Sainsbury, Starbucks, dan beberapa lagi kedai! Anggaran 5 pound untuk lunch seharian. Katanya dulu RIPA sediakan makanan, tapi ada delegates yang komplen sebab makanan tak memenuhi citarasa masing2. Sudahnya.....hambik kau, bagi kupon sajjah. Kau pergilah beli sendiri!
Sesi awal dimulakan dengan Course Director memberi opening remarks dan teruslah masuk kepada subjek pertama.
Pada sebelah petang, kami dibawa untuk majlis suai kenal di sebuah bar berhampiran RIPA yang terletak di Chancery Lane. Juice and canapes menjadi hidangan!
Halal JAKIM? Tiada ya. Tapi hanya dihidangkan makanan 'no pork' katanya. Bolehlah nak makan seafood ataupun sayuran. Tapi canapes ni biasanya lite-lite saja.
Seperti strawberi cicah ceklat yang TokTi sangat suka ittewwww! Kira sekadar untuk bersosial-sosialan katanya. Takde la kau nak jadi pukat tunda balun sampai kenyang ye dak?
Fendiosman pula mengambil peluang untuk berkenal-kenalan dengan staf-staf RIPA dan peserta kursus yang lain! I'm wearing batik okehhh! And I am proud of it! In-fact, depa suka tengok baju Fendiosman. Siap mintak nak buat sobinier yaaa! Motif? Well, topik perbualan dalam majlis sosial sebegitu hanyalah bertanyakan asal usul, dan selebihnya adalah memuji-muji kesedapan makanan walaupun lekat celah gigi saja konsepnya. Dengan majlis sosialan itu, bermulalah secara rasmi kursus selama 10 hari yang dengan gigihnya Fendiosman mengembara sambil memungut ENRICH untuk menuntut ilmu bagi mememenuhkan dada dengan pengetahuan!
No comments:
Post a Comment