Tuesday, August 09, 2011

Hail To The Queen Trip.....The Main Agenda

Setelah berjimba ria di Switzerland selama beberapa hari, tibalah masa untuk Fendiosman kembali ke alam realiti dengan menghadiri kursus selama 10 hari seperti tujuan utama kehadiran Fendiosman ke negara penjajah ittewwww.


Setibanya di Kota London, terus Fendiosman ke Hotel Holiday Villa yang terletak berhampiran Paddington (jangan korang naik teksi, dia charge dekat 5 pound, kalau jalan kaki 5 menet je ye murid murid!). Hotel ni milik orang Malaysia, jadi dapatlah gunakan gomen rate. Harga asal 150 pound, tapi dah guna gomen rate dapat la 110 pound. 40 pound beza tu cukup banyak ye kalau ditukarkan ke duit Malaysia....


Di sini, takde ambik deposit bagai! Terus je pay as you go. You don't pay, you don't get your room! Understand? 14 hari duduk, lebih kurang 1400 pound, darablah dengan 5! Gitulah harganya!


Haaa...inilah kamarnya untuk lebih kurang 2 minggu!


Ohhh bilik airnya juga.....


Dan pemandangan di sekeliling kawasan penginapan. Kejiranan di Leinster Terrace, sepelaung saje dari Hyde Park yang glamer ittewwwww!


Hanya berjalan kaki, dah sampai di Hyde Park!


Hyde Park ni antara tempat yang glamer untuk masyarakat London beristirehat. Ala2 Tasik Perdana jugak la kot, but triple the size! Or even more...


Nak buat shooting ala2 model pun sesuai tatkala musim panas sebegini! Cumanya sebab saiz badan yang kurang mengijinkan, Fendiosman tidaklah posing sakan demi menjaga keharmonian sejagat.


Aktiviti di hari pertama sebelum kelas bermula hanyalah bersiar-siar di sebelah petang. Errrr...8 pm tu petang ke malam ye kalau matahari terang benderang lagi?


Kalau time spring ni mesti lagi cantik!


Time-time summer macam ni la ramai yang keluar bergembira.......panas katanya duduk di rumah!


Dengan keluasan yang saujana mata memandang, Hyde Park ni sesuai untuk mengisi masa lapang sampailah matahari terbenam!


Boleh juga melawat Kensington Palace, tempat tinggal Lady Diana satu ketika dahulu! Haaaa...cukup dulu edisi pengenalan kepada Kota London! Nanti kita cerita pulak apa yang berlaku dalam kelas Fendiosman.

No comments: