Sehari saja diperlukan untuk membuat eksplorasi di Geneva. Tapi kalau nak ke celah-celah tempat yang sukar dikunjungi tu, mestilah kena berhari-hari. Memandangkan Fendiosman hanya ada masa yang terhad, makanya cukuplah setakat sebegitu saja.
Seawal jam 4.30 pagi keesokan harinya, Fendiosman dah bangun untuk mendapatkan tren 5.30 pagi ke Zurich. Kalau ikut rencana, aktivitinya bermula di Lucerne dan berakhir di Zurich. Dengan bajet yang minima, Fendiosman cuba meneroka pula kedua-dua bandar itu dalam masa sehari.
Keretapi di Swiss ni lain sikit kalau nak dibandingkan dengan Malaysia. Satu....jadualnya. Kalau dia kata 5.33 pagi berlepas, tepat on the dot 5.33. Kalau 7.06, makanya 7.06 jugaklah tren tu jalan. KTM Komuter? Errrrrr....kalau 5.35, tunggulah sampai 6.05, belum tentu lagi tren sampai. Masalah teknikal katanya.
Dua, bentuk trennya yang menarik. 2 tingkat yawlsssss. Mrasa la menjadi kagum dengan keadaan tren itu....melopong sat bila tren itu melintas depan mata. Heh....
Memandangkan agak tingtong sebab tido lewat, ditambah pula dengan jetlag dari Malaysia yang tak habis-habis lagi, konon nak la tido kejap.
Tapi............bila melintasi kawasan kampung2 di Switzerland, Fendiosman jadi terkedu melihat betapa indahnya pemandangan di sekeliling. Makanya operasi nak tido pun dibatalkan. Sebaliknya........
Fendiosman duduk melepak di kafe dalam keretapi itu untuk menikmati keindahan ciptaan Ilahi. Tak tergambar dengan kata-kata. Kalaulah Malaysia secantik ini.....atau kalaulah rakyat Malaysia pandai menjaga kebersihan seperti ini......alangkah indahnya bumi Malaysia dan Fendiosman rasa tak mustahil Malaysia akan menjadi secantik Switzerland kalau penduduknya pandai menjaga alam sekeliling.
Sambil melihat pemandangna sekeliling, enak kalau dilakukan tatkala menikmati kopi yang panas......
Bukan sebarang kopi ya...tapi Latte yang amat segar!
Keretapi yang membawa Fendiosman bergerak merentasi bandar, tasik, padang, lembu dan segalanyalah. Ibarat menonton cerita Hindi sambil bergolek-golek menukar baju.
Memang Fendiosman terpampan dengan hidangan yang disajikan di depan mata.
Kalaulah hari-hari dapat tengok macam ni, alangkah seronoknya...........................bilalah nak dapat macam ni lagi!
Tak cukup dengan Latte, Fendiosman sambung pula dengan jus oren.
Hampir 3 jam keretapi bergerak, sampailah Fendiosman ke Zurich.
Kalau di Geneva orang bertutur bahasa Perancis, di Zurich pula, bahasa Jerman. Switzerland adalah contoh negara yang takde bahasa sendiri. Rakyatnya bertutur pelbagai bahasa! Macam mana la gamaknya kalau pasangan yang berkahwin apabila sang suami berbahasa Jerman dan sang isteri berbahasa Perancis. Kalau part dalam kelambu tu boleh la guna bahasa isyarat, tapi kalau part lain-lain tu macam mana la ye?
Fendiosman teruskan perjalanan dengan membeli tiket ke Lucerne. Kata orang, tengok ramalah cuaca dulu. Jadi, Fendiosman ikutlah nasihat rakan-rakan untuk mendapatkan tiket tersebut. Sebabnya, kalau hujan, apa pun tak boleh buat!
Tanpa disedari, Fendiosman dapati Fendiosman berada dalam tren seterusnya untuk ke Lucerne! *matila propah.....










No comments:
Post a Comment