Dari satu tempat ke satu tempat Fendiosman hayunkan langkah kaki setiap kali lepas waktu kelas. Kiranya sebelum bulan puasa, masa petang Fendiosman terisi dengan aktiviti menjelajah kota London. Bukan dengan bas, bukan dengan tube, tapi JALAN KAKI. Kalau kat KL nak jalan kaki Fendiosman pikir beratus-ratus kali la jugak. Cuacanya lain macam! Tambah pulak dengan sikap pemandu yang kita sukar duga.
Westminster Abbey, tempat Kate Middleton dan Prince William mengikat tali perkahwinan yang disiarkan satu dunia sikit masa dulu. Fendiosman tak ambik pot pun. Tapi dah sampai sini, ambil jugaklah gambar!
Senibina klasik anglo saxon kot! Fendiosman tak belajar Architecture, jadi tak boleh nak describe bab ni! Mungkin Rafiza Rahman boleh membantu!
Sambil tu.....sempat jugak Fendiosman teroka Dataran Komanwel ni. Bendera disusun mengikut tahun kemerdekaan dari penjajahan British. Kira Malaysia termasuk dalam kelompok terawal la jugak. Tapi berapa ramaikah sebenarnya rakyat Malaysia yang betul-betul menghayati erti kemerdekaan tu ye? Haaa...kat depan tu bukanlah perkhemahan musim panas ya murid-murid! Tapi, kat sini adalah tempat orang tunjuk perasaan. Macam khemah putih dia buat mogok lapar dah sebulan, suruh bukakan sempadan Korea, dan mintak Korea Utara dan Selatan bersatu! Khemah bumbung kuning tu pulak lain temanya! Agaknya dari Malaysia kot? Opsssssssssssssssss
Kat kawasan sini jugaklah terletaknya Parlimen. Kira dalam masa yang singkat boleh cover beberapa tempat menarik! Melainkan kalau nak beratur masuk ke dalam melihat suasana parlimen di sini, dah juga church yang ada itu.....
Dan....tidak ketinggalan juga Big Ben yang tersohor itu. Mengikut sejarah, Big Ben ni dibina pada tahun 1858. Kira kalau di Penang, bila sesat cari Komtar, di London, kalau sesat carilah Big Ben. Tapi kalau dah sesat jugak, silalah masuk kelas Geografi ya murid-murid. Belajar arah mata angin, dan cara baca kompas, serta kaedah tengok peta. Kalau tak, sampai kiamat pun akan sesat!
Memandangkan susah sangat nak ambik gambar kat kompleks Westminster Palace ni, makanya, kenalah cari satu angle yang menggabungkan kesemuanya dalam satu gambar. Haaaaaaaaaaaaaa....di seberang jambatan itu, ada satu tempat yang sangat menarik untuk bergambar. Kat sini orang kurang sikit nak menyemak pasal jauh kalau nak berjalan kaki!
Seberang tempat Fendiosman bergedik tu, ada pulak London Eye. Nak naik? Tak payahlah murid-murid. Sampai 25 pound sekali masuk. Banyak faedah lagi boleh dibuat dengan duit tu. Lagipun kat Malaysia dulu dah ada Eye on Malaysia. Tambah pulak satu pusingan lengkap sampai 45 minit, nak beratur lagi dah makan masa berjam-jam. Elok lupakan sajalah......
Baik pergi ke tempat lain, seperti Downing Street yang ada rumah Perdana Menteri yang bernombor 10 itu. Kalau dulu, boleh ambil gambar sampai tangga rumah. Tapi sekarang........siap berkawat besi berpagar segala! Nak ambik gambar pun susah!
Pusinglah area situ, ada macam-macam yang menarik. Termasuklah tugu peringatan mangsa pengeboman Bali! BALI? Apakah?
Dan boleh juga kita menghayati senibina bangunan yang mengasyikkan itu!
Di London, kalau penat berjalan, bolehlah kita sewa basikal yang diletakkan di tempat-tempat strategik. Bukan nak puji lah, tapi diorang ni letaklah basikal merata camtu! Tapi takkan hilang. Kalau kat negara sendiri, penutup tangki septik pun kena curi! Apa lagi basikal yang dibiarkan sebegitu!
Tapi Fendiosman selesa berjalan untuk menikmati suasana. Nak pulak bila lalu di taman seperti St James Park ni. Boleh membaca sambil meniarap atas padang ye murid-murid!
Makanya Fendiosman pun ambik jugaklah mood ala Mat Saleh. Mrasa........
Makanya Fendiosman pun ambik jugaklah mood ala Mat Saleh. Mrasa........
Inilah gambar mode overseas......hahahahhahahaha!
Dan kalau perut tu agak lapar, boleh juga diisi sambil menikmati minum petang di tepi tasik di St James Park yang hening itu! Sesungguhnya waffle with cream serta hot chocolate di petang hari yang berangin amatlah nikmat ya murid-murid! Abaikan faktor kalori sebab ia akan terbakar dengan sendiri apabila anda berjalan dari Westminster Bridge ke St James Park ini. Apatah lagi kalau diteruskan ke Buckingham Palace yang hanya bersebelahan dengan taman yang hijau di tengah-tengah kota itu!
Mana-mana tempat di London, sepanjang musim panas memanglah dipenuhi ummat seperti ulat! Susah nak bergambar ya!
Apa istimewanya sangat istana ni? Yaaaaa...sudah semestinya pengawal yang berbaju merah dan bertopi bulu itu! Pernah satu ketika, Rejimen Askar Melayu DiRaja mendapat peluang menjadi pengawal di sini untuk suatu tempoh tertentu.
Apa lagi yang ada kat sini? Hmmmmmmm.....kena pandailah berselok-belok meneroka. Kalau sesat jangan risau. Ikut saja arah kaki, cari stesen tube atau hentian bas yang berdekatan. Kat situ ada peta yang akan membantu kita merancang semula perjalanan untuk kembali ke pangkal jalan. Hiksssss!
No comments:
Post a Comment