Hari ketiga di Switzerland, tuan rumah sudi membawa Fendiosman menyeberangi sempadan ke Annecy yang terletak di negara Perancis.
Daddy's day out katanya. Isteri tuan rumah ada aktiviti dengan isteri-isteri perwakilan, makanya giliran tuan rumah membawa anak-anaknya untuk berhibur bersama Fendiosman.
Secara tak langsung, Fendiosman pun terlibat sama dalam acara mengasuh kanak-kanak. Quite an experience for me actually. Ya la kan, Fendiosman masih lagi bergelar CIK.
Tapi, agaknya langkah Fendiosman ni langkah kiri. Hujan je dari hari pertama.
Annecy ni ala2 macam Venice la jugak. Ada terusan....cuma takde gondola je!
Memang rasa macam kat luar negara! Hikssss
Kira feeling2 breakaway la temanya!
Musim panas macam ni, memang la waktu orang ramai berkelah di luar rumah. Nak beromen pun boleh jugak!
Pemandangan kat sini memang indah. Sesuai untuk buat mode Hero Remaja.
Haaaa....cahaya dari langit temanya!
Pusing kiri, cantik. Pusing kanan pun cantik.
Makanya belah mana Fendiosman nak pusing ya?
Memang tempat untuk menenangkan fikiran la kononnya! Serius, terlupa sejenak masalah walaupun orang ramai berada di sekeliling!
Errr...tuan rumah dan anak tuan rumah dibiarkan bermain merry go round! Makanya Fendiosman memang membuat eksplorasi seorang diri! Walaupun pergi dengan tuan rumah!
Sementara menunggu anak tuan rumah lemau menaiki merry go round, Fendiosman teruskan eksplorasi......(yang kat tepi tembok tu bukan anak tuan rumah ye murid-murid)
Mendamaikan....
Menyenangkan.......
Menenangkan....balik-balik HITIK jugak yang Fendiosman hambik!
Bangunan masih tema klasik.....
Satu yang menarik, Mat Saleh ni dia tak gaduh nak ada TERTINGGI TERBESAR TERENDAH TERGEMUK TER segala TER....tapi tetap orang ramai nak melawat!
Hmmm....macam mana la agaknya kalau orang sini stress ye? Mana la gamaknya depa pergi kan?
Tapi, walau macam mana damai tempat orang pun, tetap jugak negara sendiri ada di hati! (tetibe je mode Malaysia Truly Asia menjelma....) Hiksss.....
1 comment:
ada crita London Riot x??
Post a Comment