Sebab banyak sangat hari kat London, memang Fendiosman boleh mengambil masa yang lama untuk mengunjungi sesuatu tempat. Tapi temanya tetap baju yang sama sebab........Fendiosman tak bawak banyak baju. Makanya jika anda terperasan macam Fendiosman tak bersalin baju, anggaplah ia diambil pada hari berbeza. Travel light okeh! Apa guna ada kawan2 di London kalau tak reti pinjam mesin basuh depa!
Dalam banyak-banyak tempat di London, ada satu tempat yang Fendiosman seboleh-bolehnya elakkan diri untuk pergi. Mana? Yaaaaa, Oxford Street! Ini adalah sorga membeli belah untuk semua manusia yang berkunjung ke London. Ada yang hari-hari ulang alik ke sana sebab terlalu baaaaaanyak kedai untuk disinggah.
Fendiosman bukannya apa, rimas dengan orang yang macam ulat. Tah apa laaa yang menarik sangat kat situ. Fendiosman hanya lalu di situ sewaktu menaiki bas. Jadi bolehlah nampak betapa ulatnya suasana. Penuh sangat! Tak lalu Fendiosman. Dah la summer, mesti bau bau yang kurang menyenangkan tu akan keluar dari badan pelbagai ummat yang ada. Ada bau Afrika, ada bau Orient, ada bau Arab, ada bau Latin, ada bau Matsaleh basi...macam2 ada!
Jadinya Fendiosman memilih untuk ke tempat yang tidak sesak......ni tempat TokTi nyanyi dulu katanya. Dan tak lupa, kat sini juga Allahyarham Sudirman menang pertandingan nyanyi zaman Fendiosman muda mudi dulu.
Sebelah South Kensington ni tak ramai sangat orang....
Kebetulan Fendiosman ada tourguide percuma yang sedang belajar di Imperial. Imperial ooooo..........prestige sehhh! Untuk sahabat tersebut, saya tabik anda sebab anda berjaya belajar di Imperial. Jadi beliau membawa Fendiosman membuat lawatan sambil belajar ke kampus Imperial yang tersohor itu!
Kau mampoo masuk Imperial?
Kira kagum la sebab dapat masuk tempat orang bijak2 belaka. Hai...bilalah Fendiosman nak dapat peluang sambung mengaji ni! Tergedik2 kaki tengok orang lain pakat dok sambung mengaji. Fendiosman pun nak jugak!
Imperial ni wujud sejak zaman Queen Victoria lagi! Memang QUEEN sangatlah saiznya!
Kat sebelah South Kensington ni ada banyak muzium. Untuk yang suka sejarah, bulehlah masuk muzium-muzium yang ada. Fendiosman pula takat menjengah di depan saja. Sambil membuat pose wajib di hadapan telefon yang menjadi trademark di London. Kaler dia merah yawlssss!
AMARAN : GAMBAR DI BAWAH BOLEH MENYEBABKAN PAHALA PUASA ANDA BERKURANG. SILA SKIP JIKA TAK MAMPU NAK MENAHAN NAFSU ANDA!
Untuk lelaki-lelaki yang ger ger.....bolehlah mendapatkan khidmat perbualan mesra dengan gadis-gadis yang sudi berbual dengan anda pada bila-bila masa saja! Tapi......errrrrr takkan la dalam public phone kot? (saya tulis blog ni waktu tengah malam ye)
Pusing punya pusing......lupa pulak, kat London ni sebenarnya senang nak cari masakan Malaysia. Jadi tak perlulah anda bawak serunding segala macam nak pergi ke Jepun maupun ke China. Siap ada pengiktirafan Kerajaan Malaysia lagi makanan kat sini!
Ni lah restorannya! Ala2 Nyonya Meneer Jamu Bersalin tu punya gambar haaa! Tapi restoran ni namanya Bonda. Ada banyak lagi restoran Malaysia seperti TokDin di Paddington, Melur di Edgware, dan macam-macam lagi la! Makanya usahlah khuatir kalau anda tak dapat belacan!
Sebab kat sini, memang ada Kangkung Belacan. Cumanya usahlah murid-murid sekelian convertkan harganya dalam ringgit ya. Di Malaysia 3 ringgit je sepinggan kalau di KL. Tapi di London ini.......ohhhhhh! Mampu menyebabkan anda jilat pinggan sebab terlalu sayangkan duit anda yang terpaksa dikeluarkan itu ya!
No comments:
Post a Comment