Memandangkan waktu siang di London panjang sewaktu musim panas, makanya Fendiosman mempunyai banyak waktu untuk membuat eksplorasi selepas tamat waktu kelas. Destinasi di London ni senang untuk dijejak, rata-rata terletak berhampiran dengan stesen Underground. Tapi sebab waktu yang agak lewat, kebanyakan tempat yang berbayar telah ditutup. Jadinya Fendiosman hanya berpeluang melawat tempat tertentu saja.
Contohnya Tower Bridge ini! Murid-murid, kalau anda rasa yang dalam gambar tu adalah London Bridge, anda silap! Kalau nak tau London Bridge tu yang mana.....haaa meh kita tengok kat bawah ni...
Nampak tak nun di kejauhan, seketul jambatan konkrit yang langsung tak menarik! Haaa, tu la London Bridge. London Bridge yang asal dah falling down katanya! Ingat tak lagu London Bridge yang kita nyanyi waktu kecik-kecik dulu?
Jadinya murid-murid, yang salah anggap, mesti kata yang cantik tu London Bridge, tapi sebenarnya menatang tu nama dia Tower Bridge.
Di sini, anda boleh menikmati pemandangan Sungai Thames yang merentasi Kota London
Ataupun, boleh juga anda bergedik2 membuat aksi di hadapan kamera!
Boleh juga membuat lawatan di Tower of London. Satu kompleks yang merupakan World Heritage Site yang diwartakan oleh UNESCO. Dari sinilah Tower Bridge mendapat nama, sebab ia merupakan sebahagian dari Tower of London.
Kat sini macam tapak-tapak purba yang lain juga seperti A Famosa di Melaka, kaya dengan pengkisahannya yang tersendiri. Sesuai untuk pencinta sejarah.
Yang menariknya, ada persembahan ala2 purbawara di kawasan Tower of London itu, sebagai pertunjukan kepada pelancong yang hadir! Lengkap dengan kostum macam cerita Robin Hood!
Dah penat berjalan, heh..............minumlah dulu sambil menikmati pemandangan!
Kat sini sebenarnya ada banyak tempat lagi yang boleh dilawat, ada Butler's Wharf, ada juga HMS Belfast, ada juga pelbagai jenis cathedral dan church yang memang menarik dan cantik senibinanya. Tapi semuanya dipenuhi pengunjung. Nak ambik gambar pun tak cantik. Apa lagi kalau nak posing. Fendiosman dah la posing versi guna self timer, buatnya kang tengah2 dok ambik, tetibe ada pulak yang bawak lari kamera Fendiosman. Ohhhhhhhhhhhhhhh....jadinya cukuplah sekadar melihat saja pemandangan yang ada. Kalau nak Fendiosman tulis, mau jadi novel bersiri sebanyak lapan ratus empat puluh lapan episod. Jenuh murid-murid semua nak membaca! Ohhhhhhhhhhh........
Makanya Fendiosman pusing sekitar Tower Hill sajjah....
Kat sini, bila musim panas, memang ramailah yang keluar bergembira menikmati pancaran matahari. Berbeza dengan di Kuala Lumpur, ataupun Malaysia amnya, takde orang nak meniarap tengah2 padang di taman sebab cuaca yang tak menentu! Tapi, Fendiosman rasa macam teringin je nak buat macam depa ni buat di Tasik Perdana. Boleh kot kan?
Dan ada juga bermacam-macam tugu yang dibina untuk memperingati sesuatu peristiwa. Contonnya yang ni dibina untuk mengingati tentera-tentera British yang terkorban di Pulau Falklands.
Yang ni......apa nama tah! Fendiosman tak ingat! Nampak macam pahlawan Roman dari segi pemakaian dia tu la! Kalau Julius Caesar, ada daun zaitun kat tepi telinga. Yang ni.....helppppp! Fendiosman taktau!
Syor Fendiosman, untuk melawat ke negara-negara sebegini, eloklah dibuat pada musim bunga. Bukannya apa, sebab waktu siangnya panjang! Jadi, banyak tempat boleh dilawati tanpa perlu bantuan lampu suluh!
Anda lapar? Di London tak susah untuk anda mencari makan......
KFC ada....
Halal lagi....tapi jangan anggap semua restoran KFC di London itu halal ya! Sila perhatikan logo tersebut di pintu masuk restoran sebelum anda ngap!
Bila dah nampak logo tu, barulah boleh ngap ye murid-murid! Jadi, sapa kata kat luar negara payah cari makanan halal? Kadang-kadang, kita kena keluar dari kepompong kita yang amat selesa tu untuk melihat cara hidup orang lain. Jadi......bukalah minda, bukalah mata, mehlah kita pergi mengembara!
No comments:
Post a Comment