Tuesday, August 02, 2011

Hail To The Queen Trip...with a diversion


Eksplorasi menjelajah Geneva Old Town dimulakan dengan bersiar-siar di tepi tasik Geneva yang luas itu....


Sambil menenangkan fikiran melihat itik2 berenang


Tambahan pula pemandangannya amatlah damai, walaupun di tengah-tengah bandar!


Tapi, sedang khusyuk Fendiosman menjelajah, hujan pulak yang turun dengan lebat.

Walaupun sejuk, Fendiosman membuat kerja gila memakan aiskrim tatkala hujan. Mat Saleh lain gigih minum kopi dan whisky untuk panaskan badan. Fendiosman pula mengadap semangkuk aiskrim berharga 10 franc (sila darab dengan 3.65 untuk mendapatkan nilai ringgit) sementara menantikan hujan reda.

Hujan reda, Fendiosman terus melangkah mengelilingi kota.....


Dari satu sudut ke satu sudut...


Sangat klasik


Walaupun Malaysia sebuah negara yang indah, tapi Fendiosman rasa ada sesuatu yang masih kurang terutamanya dari aspek KEBERSIHAN.  Ternyata orang Switzerland pandai menjaga alam sekitar. Satu pengajaran yang boleh kita rakyat Malaysia contohi.


Susah nak jumpa sampah di tepi jalan. Kalau nak diikutkan, diorang ni bukan agama Islam, tapi lebih bersih dari orang Islam. Sesuatu yang perlu kita renungkan untuk kebaikan.


Abis segenap inci diteroka......termasuklah di celah-celahan lorong yang sepi.


Kalau nak diikutkan, Geneva ni takdelah sebesar mana. Kata tuan rumah tempat Fendiosman menumpang, besar lagi bandar Tepen di Perak itu


Tapi, walaupun faktor bahasa menjadi penghalang, Alhamdulillah, Fendiosman tak sesat di dalam bandar itu.

Memandangkan musim panas waktu siangnya panjang, jadi tak perlulah Fendiosman khuatir dengan masa yang singkat sebab sampai pukul 9 malam pun masih terang....


Walaupun terganggu dengan hujan, namun Fendiosman nasih boleh menyelesaikan misi menjelajah tanpa sebarang masalah.


Makanan? Ohhh di Geneva tak susah mendapatkan makanan halal. Cumanya takde la sijil halal JAKIM yang orang Malaysia sangat suka mencari apabila membeli makanan luar itu. Time makan reti pulak cari sijil halal, time tak tutup aurat tu tak tau pulak halal haramnya kan? Kan kan kan?

No comments: