Pada satu hari yang indah, dalam kelas Fendiosman hadiri itu..........
Tetiba saja loceng berbunyi, dan semua diarah berlari turun ke bawah. Keadaan kelam kabut sajjah katanya. Fire drill katanya. Tiap tiap bulan ada fire drill di bangunan ini. Peserta kursus pun kena la jugak.
Kelas yang Fendiosman hadiri ini dipenuhi dengan kuliah-kuliah, dan latih tubi yang memeningkan kepala. Corse director juga sangat tegas, sehinggakan Fendiosman merasakan bagaikan berada di sekolah menengah. Heh. Tapi dalam ketegasan dia ittewwwww, ada jugak soft spot yang berjaya Fendiosman temui. Makanya jadilah beliau teman sembang Fendiosman tatkala waktu rehat.
Kelas yang dihadiri ibarat kelas di Jepun pada tahun 2009 dulu, tapi sedikit loose dari segi peraturan pakaian. Maka............tak perlulah bersuit segala. Maklumlah, musim panas. Walaupun musim panas 25 darjah celcius, tapi tali leher tak perlu. Di negara sendiri, suhu menjangkau 32 darjah, peluh menitik, tetap kena jerut leher dengan tie. Adoiiii......
Sahabat-sahabat di kelas Fendiosman ni pelbagai.
Ada yang makcik-makcik menghitung hari nak pencen. Datang kursus sekadar nak merehatkan diri dari pejabat saja katanya!
Ada juga Mr Google yang macam mengetahui segala-galanya. Eloklah bila duduk bersebelahan. Mrasa setiap isu dia nak control. Tapi.....isinya yang hadoooo. Tin kosong sajjah. Pusing2, dia dok tanya pasal parti buruh dan parti liberal serta kerajaaan pemerintahan perdana menteri terbaru sekarang ni. Menurut mereka, mereka adalah batchmate sewaktu memasuki perkhidmatan awam negara mereka dulu.
Serta sahabat baik Fendiosman yang sentiasa mengucapkan How Are You setiap kali berjumpa walaupun pada jam sebelumnya beliau sudah tanyakan soalan tersebut. Awal pagi, How Are You? Waktu minum pagi, How Are You. Tamat minum pagi, masuk ke dalam kelas semula, How Are You lagi. Waktu nak lunch, How Are You lagi. Lepas lunch, sekali lagi dia tanya How Are You. Minum petang pun dia tanya How Are You. Sampai letih Fendiosman nak menjawab. Tapi dia ni sangat baik hati. Beliau juga mengkagumi negara Malaysia dan sentiasa menanam azam untuk menjejakkan kaki ke negara yang Fendiosman cintai ini. Mrasa la kembang sekejap bila beliau menyatakan kekaguman beliau!
Ada juga profesor yang Fendiosman kagumi ilmu yang beliau miliki. Ibarat berkata-kata dengan ensiklopedia, setiap isu beliau kupas dan kaji dengan amat mendalam.
Errr...dan juga makcik typical orang hitam yang cakapnya penuh dengan slanga ala2 kita tengok cerita-cerita barat yang dibintangi Queen Latifah dan yang sewaktu dengannya!
Paling tak tahan, ada juga yang ahli shopping. Hilang dari kelas, dan pulang dengan berkarung-karung beg shopping. Kelasnya mula jam 9, tapi dia sampai jam 11 dengan beg plastik penuh di tangan. Rehat habis jam 1.45, tapi dia balik pukul 3, dan dengan tangan yang penuh lagi!
Sampai ke bawah meja......
Setiap hari, ada saja plastik yang berbeza. Fendiosman fikir, banyak pulak duit depa. Dan banyak pula duit Kerajaan depa untuk menghantar mereka bershopping sambil berkursus. Bila Fendiosman tengok iklan kebuluran di Somalia, rasa sangat kesian. Tapi.......bila terpandang selera mereka berbelanja, aduh! Rasanya untuk menderma tu Fendiosman perlu pikirkan semula keperluannya.
Tapi kelas yang Fendiosman hadiri itu sangat berfaedah. Banyak perkara yang Fendiosman tak pernah tau, dapat Fendiosman kutip. Tapi ada jugak yang menjadikan Fendiosman tersembam ke bumi gara-gara terlebih dalam konsepnya. Apa lagi tatkala bermulanya Ramadhan, dan Fendiosman melalui pengalaman puasa yang panjang, selama 18 jam sehari. Ohhhhhhhhhhhhhh.....memang wajar tersembam ke bumi la nampaknya!
Penceramah terdiri dari ahli akademik, serta dewa dewi penjawat awam di negara United Kingdom. Rata-rata menyatakan kehebatan pengurusan di negara yang pernah menjajah negara Fendiosman satu ketika dulu. Tapi, ada jugak penceramah yang kena smash dengan Fendiosman. Kira ok la tu...hikssss
Sepanjang 10 hari kursus, memang padat sampaikan Fendiosman rasa nak muntah dengan kajian kes dan homework yang diberikan. Tapi, rasa jugaklah jadi pelajar terpandai sebab makcik-makcik dalam kelas asyik menjadikan Fendiosman sebagai sumber rujukan. *Pitammmm.........
Mana taknya, bila dapat homework, Fendiosman mesti siap! Depa pagi-pagi dah datang mintak copy nak meniru. Bleh camtu? Agaknya la kan, pasal tu negara Afrika tu tetap menjadi Afrika. Sesungguhnya Fendiosman amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia, yang walaupun tak sekaya negara Qatar maupun Switzerland, tapi masih makmur dan aman damai! Alhamdulillah...............
No comments:
Post a Comment