Friday, September 29, 2006

UPNM - NDUM, mana nak pi tak tau?


Kad matrik baru dah ada. Tapi berapa lama aku akan duduk kat sini? Kisahnya kad ni adalah touch card untuk ganti mesin perakam waktu staf. Aku dok membayangkan kad ada lambang ATMA, koman2 bole gak aku simpan wat kenangan bila aku dah berambus, sudahnya kad UPNM pulak yang naik. Ni kira macam feeling2 la kisahnya. Benda apa pun takdak lagi, kad staf dah guna. Dah la number illegal, untuk awam macam aku pakai number MINDEF, pensyarah UTM guna number pekerja, tentera guna number tentera diorang tu. Entahla labu..

Bila sebut pasal UPNM ni, sebenarnya la ni aku dok tunggu masa diseru balik ke pangkuan ibubapa, either JPA atau MINDEF. Tengok la mana2 tempat yang derang nak letak aku. Kalau MINDEF, teringin jugak nak posting kat Sarawak nun. Leh gak jalan tengok tempat orang di samping elaun2 yang lumayan. Tapi ada kosong ke wat masa ni? Hari Isnin lepas ada taklimat dari MINDEF berkenaan nasib staf2 kat dalam ni bila ATMA ni jadi universiti. Untuk gunasama dan kader macam aku, PSM dan Librarian, boleh balik ke parent. Untuk staf lantikan tertutup macam kerani2 aku, isk kesian pulak kat depa. Opsyen yang ada, duduk UPNM terima jawatan yang ada ataupun bersara / berhenti. Aku kesiankan depa ni satu je, bukan depa yang mintak posting mai sini. Tetiba lak kena paksarela terima tawaran. Aku tau benda ni memang normal macam telekom, tenaga nasional sebelum diswastakan dulu, tapi aku kesian sangat kat depa. Maka berbondong2 la surat mintak transfer yang aku dah tenyeh untuk bagi sokongan kepada staf sekelian.

Pandangan aku secara ikhlas, staf2 kat sini tak nak join masuk UPNM ni sebab orang yang dok gerakkan penubuhan universiti ni tak disukai semua. Tak mesra rakyat, tak boleh dibawak bincang, kuku besi, diktator. Aku tau dia
tentera, dan tentera yang dibawahnya tu memang la akan ikut tanpa sebarang bantahan. Tapi, yang awam ni, tak kira la sokongan ke pensyarah ke, pegawai ke, main suka2 nak treat kitorang macam askar, no way Jose. Ayat yang keluar dari mulut dia camni waktu perhimpunan bulanan "Sapa takmo tak suka dengan cara saya boleh keluar dari sini". Tapi bila staf nak mintak keluar, tak pulak dilepaskan. Takut jugak takde orang nak buat keje machai kat sini.


Konon nak naik jadi universiti, tapi dalam ni tak nampak langsung ciri2 keuniversitiannya. Ada ke universiti yang pensyarah
kena datang bertugas waktu malam meronda tengok budak2 prep? Habaq mai sat. Aku kat SMAPK dulu pun mana ada warden mai hari2 tengok kitorang baca buku ke tak. Ada ke tempat pensyarah kena punch in waktu pejabat, masuk kul 8 keluar kul 5? Ada ke universiti kat malaysia ni tak boleh buat kelas waktu malam? Jumaat petang free...main sukan. Ish, konon buat kelas TTS, Tempur Tanpa Senjata ke Tendang Tak Sampai?


La ni cerita gosip terkini kat ATMA ni tak ubah macam cerita dato K dan Siti. Tapi soalan utama yang ditanya "siapa VC?"
Dan dengar2 ada orang tu berangan nak jadi VC. So skarang ni dok buat kertas kerja nak tambahkan bilangan bintang kat bahu. La ni tak cukup untuk jadi VC. Tapi rasa macam mustahil je sebab kat dada tu takde sayap. Ada bulat tanda merah. Ni dah terlebih naik. Rezeki dia, tapi tu la kan, kalau kerek2 macam tu jangan harap bila dah pencen sok orang nak hormat. Pangkat tu tak ke mana!


Staf pun dah macam demoralised. Pensyarah, sokongan termasuk penolong pendaftar sekali. Sebab utama, orang tu la...dengan orang yang suka sangat kerja dengan dia. Pada aku, aku buat keje ni macam ATMA akan wujud sampai bila bila, dan pada orang2 ni ATMA tu akan tutup esok.

Dah la tu...malas nak cerita pasal UPNM ni. Aku kira, aku selamat la nanti. Borang posting dah aku isi. Mana la aku nak tercampak nanti? Semoga hidup aku sentiasa disinari pelangi....tapi mana pelangi? Aku tak nampak punnnnnn

Monday, September 25, 2006

20 tahun dulu

20 tahun dulu, waktu usia aku 6 tahun. Aku baru belajar nak berpuasa. Time tu puasa sebab nak duit raya. Arwah tok kata sehari posa dapat seringgit. Tahun 1986, seringgit tu lumayan tau! Teringat satu kenangan, time tu pegi penang dengan parents dengan abang aku, beli baju raya. ALa time tu kat penang kan macam duty free, banyak barang, banyak choice Konon puasa la, yang bapak aku ni punya la nak simpan puasa aku tu. Siap dokong aku merata pekan. Kesian dia. Siap beli coklat untuk berbuka pada petangnya, upah la tu. Jeng jeng jeng.......masuk dalam kereta dengan tekak kering kontang. Apa aku buat eh? Aku makan coklat yang bapak aku beli. Bapak aku punya la frust. Mana taknya, satu penang dia dokong aku atas bahu! Sudah aku pecahkan puasa jugak. Alahai........tapi tu cerita 20 tahun dulu. Koman2 bapak aku ada jugak modal nak cerita kat cucu2 pasal anak2 dia puasa.

10 tahun dulu, tahun 1996, berpuasa kat hostel dengan kawan2. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, such a wonderful memory. Time tu takde nye nak ponteng2. Kalau ponteng pun nak makan apa tak? Biskut je? Tidakkkkk....paling teringat waktu petang, menunggu waktu berbuka. Dorm mana yang kena duty serve akan pegi ke Dining Hall servekan semua sekali bilik. Angkat nasik, angkat sume la. Malam terawih, imam yang paling ekspress, yang tu la disukai. Lepas terawih, tadarus. Lepas tadarus, morey! Berlumba2 baca quran sebab takmo beratur panjang time morey. Sahur....part paling malas sekali aku nak bangun. Satu lagi cerita. Konon ada program bijak belajar tv3 live on tv. Hari pertama puasa. Mazidul Akmar jadi panel. Aku masuk tv untuk diinterview la jugak dengan a few kawan2 sekolah yang lain. Live ni, cheewaaahhhh! Cikgu2 sume excited. Maklumla, sekolah dapat masuk tv, koman2 dapat enterprame muka kat situ. Soalan yang ditanya kat aku "Pagi tadi bersahur tak?" Simple je jawab nye "Tak!" Tanya lagi "Kenapa tak sahur?" Sempoi jawabnya..."Malas pasal tak sedap!" Hah, sentap semua cikgu pasal aku bagi statement tu. Ala, aku kan robot versi skema kan, so jawab the darnest thing la. Jujur....hhhehehe!

Hari ni hari kedua umat islam menyambut bulan ramadhan. Rasa macam baru semalam aku selesai berpuasa untuk tahun yang sebelumnya, dah masuk ramadhan yang baru. Cepat sungguh masa berjalan. Kalau ikut arwah tok dulu, ni kira dah penghabisan zaman, pasal tu la masa cepat berlalu.

Kalau kat INTAN tahun lepas, bulan posa ni adalah acara untuk tido dalam OD dengan tenang. Kelas pun macam ada dan takde. Abis sampai tengahari je. Petang pukul 2 ada tadarus. Huk huk...kat sini bole la tengok kawan2 membaca dengan pelbagai cara. Ada yang laju macam keretapi. Ada yang ala2 mengeja pun ada. Ada yang moderate. Tapi grup aku ada anak2 ayam seperti Midy dan Elfi. Huru hara kumpulan tu, kau lazer aku, aku lazer kau! Amek kau!

Abis tadarus, punch out. Terus la ke PJ sect 14, tak pun sect 17, tak pun bangsar. Ke PARAM (PAsar RAMadhan). Paling best ke sect 14 beratur panjang beli popia yang sedap tu. Hehehe...

Tapi tu semua kenangan lama la. Semalam, aku buka posa sorang2 je. Uhuk....apa nak buat kan. Terima la hakikat. Tapi sorang2 pun best jugak pe (ayat nak sedapkan ati la tu). Hmm, pusing2 PARAM bangi kat shell tu. Kenangan waktu jadi student UKM dulu menjelma balik. Syiok ahhh!

Wednesday, September 20, 2006

Konvo...

2 hari aku berkampung kat PICC untuk majlis konvokesyen INTAN. Buat julung2 kalinya majlis ni diadakan di luar INTAN dan buat julung2 kalinya jugak Tan Sri KSN yang baru menyampaikan diploma kepada graduan. Isnin, seharian kat PICC tu untuk raptai. Walaupun aku antara golongan yang kene marah dek kerana balik awal, tapi kesian la untuk yang lain2 yang menadah telinga mendengar bebelan Dato Pengarah INTAN tu. Bukan apa, aku mengejar nak balik kem SB nak amek kasut aku yang di'shine'kan oleh kadet kat ATMA tu. Untuk Bullah, mekasih la bebanyak. Tapi kesian jugak tengok urusetia konvo. Mencicit ke sana sini. Untuk Bro Zaflin and the gang, really appreciate the job done. Walaupun kene bebel dengan itu orang tapi korang tetap gak menten dengan keje2 yang dah dirancang. Satu je komen membina aku, lenkali mende2 yang memeningkan macam skrip emcee tu review la awal2. Pastu, surat konvo tu hantar la dengan detail raptai sume. Takde la kitorang jadi macam rusa masuk kampung kat PICC tu. Tak tau apa satu, sebijik cam kerbau kene cucuk idung. Ikut ke sana ke mari.

Untuk kawan2 yang grad, tahniah diucapkan. Untuk kawan2 yang dapat cemerlang, segunung tahniah aku bagi kat korang. You guys rock. Payjal, u deserve the award! Anak2 ayam kabaret sekelian, sesungguhnya mak ayam korang hepi tengok anak2 ayam kabaret berjaya dapat cemerlang. Pidah, Pian, Midy, Kak Jaja, aku tumpang hepi untuk korang. Hmm, kat bawah ni antara scene yang aku snap kat konvo tu. Mari bercerita....Pada suatu hari (ish teringat lak masuk pertandingan bercerita kat skolah menengah dulu). Seawal 0645h aku dah bertolak dari umah dengan hosmetku yang ala2 James Bond tu, nak dapat parking best dekat dengan lif. Sampai ke PICC, acara sarapan pagi bermula.

Para graduan dan tetamu dah mula bergerak masuk ke dalam PICC untuk acara makan2. Cantik segak sumenye dengan baju istiadat. Tapi seri dah ilang sebab hari sebelumnya dah pakai. Aku lagi la, dah berkali2 pakai. Tak berseri langsung. Keh keh keh....Teman semeja sarapan pagi tu. Hanif n wife Mutia. Tabik ngan dua orang ini. Walaupun ada family dan sibuk dengan kursus, dua2 dapat cemerlang. Tahniah weh. Tah mandrem apa la korang baca eh? Hik....Selesai makan, yang bawak parents mula la menghantar parents masuk dewan plenari untuk amek tempat. Yang join persatuan sebatang kara macam aku ni takde la nak hantar2. Terus masuk waiting room. Tu dia aihh, pakat dok berderet amek gambo. Takpe la, ni la peluang nak jumpa kembali dengan kawan2 lama time DPA dulu. Pasni tah bila la lagi dapat jumpa ramai2 smula. Sume muka ceria je walaupun dalam ati berserabut dengan keje2 pejabat dan jugak la hati yang gundah gulana pasal kena paksa beli buku. Lalalala....Aszmiriza...oppss...the love bird. Tengok yang pompuan pakai baju camtu rasa macam stewardess plak. Rambut sanggul rapi, siap letak net lagi. Songkok tu, kalau letak senget sikit macam cerita view from the top.Menunggu untuk masuk ke acara pertama, bergambar dengan KSN. Time ni, kerusi baris panjang2. Ikut tempat dalam gambar. Grup gambar aku yang 1st masuk, sidang A dan B 1st sem. Sementara menunggu, bercerita la...apa lagi.Since grup aku yang masuk dulu, kene la masuk berdiri kat platform tu menunggu ketibaan tetamu2 yang nak bergambar sama. Dalam dok berdiri tu, dok mengumpat la budak junior yang kalut semacam mengarah orang buat itu buat ini. Macam dia pulak organizer. Peah...ooo Peah, hangin sume orang ngan kerenah ko yang macam bos tapi tak jadi tu! Berdiri punya berdiri, sampai la masa nak bergambo. 1...2...3...sengeh sampai telinga. Tah apa la nasib gambo tu eh, tak dapat tengok lagi. Tunggu minggu depan baru la nak amek kat INTAN.Selesai amek gambo reramai, terus dibawak masuk ke pintu2 yang dah ditetapkan untuk perarakan masuk graduan. Macam kat U dulu pulak. Tapi kat U dulu lagi grand kot, pasal gigih berusaha nak dapatkan degree. Siap extend lagi macam aku ni. Hehehe...Wanita2 PTD sekelian. Woi...rafting ka? Ni dah komplot sidang ni! Guys n gals, The Kabilah Asabiyyah Production members....Menunggu nak masuk. Beratur macam keretapi. Seb baik la Peah takde ganggu macam hari raptai. Lega.....Dalam dewan semasa majlis berlangsung. Time ni ucapan penerima anugerah Fellow INTAN. Bila dah duduk2 camni, kenangan dalam OD tu menjelma. Tido dan tido dan tido. Syakirah, apa kau buat tu? Bertapa ke buat senaman yoga?Setelah sekian lama mengharung kebosanan dalam dewan tu. Time to amek the diploma. Aku nama ujung2. So ke belakang la aku punya giliran. Letihnya menunggu. Naik stage, redah je la dengan penuh konfiden. Yang penting, senyum, jalan dengan segak dan bergaya. Takkan cara jalan pun nak ajar kot? Sebagai pegawai, kena la ada tanjak pegawai tu. Rite?Well, time passes by. Penyampaian diploma bermula dengan DPM, kemudian DSP. Followed by DPA 0204, DPA 0105 dan jugak anugerah2 untuk respective person yang deserve the anugerah. Selesai acara, makan time lagi sekali. Eheh.....abis makan, aku blah la. Nak tunggu apa lagi kan?

Abis cerita konvo. Err, something to ponder, khabar2 angin lepas konvo ni timbul. Ada yang kata aku sentap pasal aku tak dapat cemerlang sedangkan anak2 ayam menari aku ramai yang dapat. Ikhlas dari aku, belajar la terima hakikat. Aku takde rasa apa2 pun. Semua dah tersurat, tiap2 orang ada bahagian masing2. So, what's the big deal? Aku taknak komen apa2 dalam ni since benda2 pencapaian tu tertakluk kepada panel penilai untuk menentukan. Dan aku tau tahap aku kat mana. So apa yang depa nak bagi, terima la seadanya. Betul dak? Ala, aku kat U dulu bukan hebat mana pun. Kalau setakat naik pentas jadi kabaret tetibe orang nak kasi cemerlang, tu bukan kayu pengukur. Terus terang pada aku, dalam diri aku ni masih ada kekurangan yang perlu aku terima. Sentap? Jauh sekali. So, untuk kawan2 yang buat spekulasi pasal aku ni, hentikan! Aku ok je. Takde apa2 pun nak disentapkan. Masih jauh lagi perjalanan aku dalam perkhidmtan awam ni. Dah la tu....cukup untuk kali ni!

Tuesday, September 12, 2006

My First Golf Lesson

Selama ni aku dok tengok je orang main golf, ingatkan senang. Rupanya Masya Allah, pagi tadi nak bangun dari katil aduh......sakit seh! Sebenarnya semalam petang lepas pagi petang aku meeting, ada la kawan2 beruniform putih ajak main golf kat KGMTD. Kenal2 la dengan sukan golf ni.Aku tengok macam senang, ye la..jalan2 ketuk, jalan2 ketuk. Once dah try, baru la tau langit tinggi ke rendah ke. Macam tu la jugak tanggapan orang tentang menari kan, ceeewahh, membela nasib para kabaret sekelian la pulak. Thanks to Kdr Arif sebab sudi meluangkan masa mengajar aku menajak rumput kat padang tu. Keh keh keh...Seriously, mula2 ketuk dengan tangan tak betul, posture salah, memang jadi macam menajak rumput. Ada jugak aksi ketuk angin. Here are some of the photos taken during my 1st golf lesson.Haa, ni P KDT ATMA yang berkecimpung dalam dunia golf ni. Ramai jugak. Time aku pegi semalam ada dalam 30 orang kot.
Kdr Arif, pengajar yang sudi meluangkan masa. Dia ni lecturer Sains Nautika. Banyak la teknik2 yang dia ajar. Sempoi orangnya. Mungkin pasal aku civillian kot, takde la nak kene maki macam askar2. Anyway, respect orang yang tua, that's the keyword!
Another version of P KDT putting on the green (betul ke istilah aku ni?). Gigih aku tengok. Ada yang dah advanced, pukul bunyi "syupppppp". Sayup mata memandang. Ala, aku baru sehari, diorang dah berhari2. Logik la..(nak jugak membela diri...ceh!)
Abang boy dan aksinya. Bang! Kaki bengkok sikit, kasik tonggek sikit itu bontot.

Ini lagi sorang beginner macam aku. Geng2 menajak rumput dan pukul angin. Hardy, pasang kuda2 sikit! (ikut cakap Kdr Arif la...) Last but not least, aku sendiri. Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Macam la terer sangat kan? Huk huk....adoii sakit pinggang aku ari ni. Menari pun tak seksa macam main golf tau! Tapi tu la, adat. Orang tak biasa menari akan cakap menari tu sakit. Same rule applies here, aku tak biasa main golf, mesti cakap sakit!.
Sedang elok bergembira, sebenarnya ari ni jugak ada benda lain yang menggembirakan aku. Untuk Fahmi Osman and Fatin (my elder bro and my sis in-law), congratulations on the arrival of new family member. Lepas main golf semalam, aku merempit la ke Kajang Plaza Medical Centre, melawat orang bersalin. Kalau dulu 1st time, penuh dengan collection McDonald's soft toys dari zaman kat uni aku kasik. Kali ni jadi blur, tak tau nak bagi apa. Baju baby? Tak kot...mak pak dia dah beli! Botol susu? Dah ada jugak! Duit? Tunggu raya la aku bagi sekali nanti. Apa ya? Tak reti nak pikiaq dah ni

Tenang je muka dia. Aku tengok waktu aku sampai ke ke spital tu, aku terpaku kejap. Tenung punya tenung, tak sedar lak mata dah makin kelabu, meleleh kejap. Emo la pulak. Hallahai....

Saturday, September 09, 2006

Mess Nite

Malam tadi aku berpeluang masuk ke Majlis Makan Malam Rejimental sempena pentauliahan Pegawai ATMA ni. 1st time masuk majlis diorang yang penuh dengan adat dan protokol. Thank god aku dah masuk kelas makan dengan sopan ini. Ada jugak berguna bila masuk bab majlis macam ni. Pakaian, as u guys can see here, ni la baju yang aku pakai untuk majlis malam tadi. Pening jugak nak mencari baju kat dalam yang ber'plete'. Melompat aku mencari baju tuh, satu midvalley aku tawaf. Seb baik claim baru masuk, boleh la menampung sikit2 kos baju. Kisahnya, mula2 aku ni tak diundang untuk pegi. Ye lah, sape la aku ni kan. Last2 minute, ada call cakap suruh aku pegi. Dah orang ajak, pegi je la. Lagipun, this maybe my last chance to get into all these stuff sebelum kena posting balik ke MINDEF. Peluang terbuka, grab it. Rite?

Macam biasa aku kene ceritakan melalui gambar la kot. Sebab banyak sangat nak tulis kalau takde gambar. 1930H, lepas solat aku bertolak merempit dari umah di negeri Kajang tu, ke Marriot Putrajaya. Dengan berjeans, tshirt sengetku. Ye la takkan nak pakai Mess Kit aku kot? So setibanya kat Marriot, bergegas la aku menukar baju dalam toilet.

Ni dekat depan entrance. Sebelum aku masuk ke dalam. As you can see from the picture, semua orang yang datang dikehendaki membawa pasangan. Aku tak bawak. Huhuh...same with my fellow friends, Navy 1 sampai Navy 5. Kat sini boleh nampak Mess Kit TUDM. Macam biasa, cantik. Pasal warna biru.Selesai buat magic tukar baju, maka keluarla aku ke kaunter pendaftaran untuk dapatkan seat number. Kat atas ni seating arrangement dia la. Tempat aku A4, barisan A, depan high table. Panjang gile meja. Anyway, 1st impression, this will be an exciting majlis for me to join.Dah selesai register, pusing2 la kejap tengok suasana sebelum majlis bermula. penuh la pegawai2 muda ni dengan pasangan. Awek, tunang, adik, kakak, makcik. Yang takde pasangan, untuk mengelakkan kena kutuk, angkut la mana2 awek. Tak kisah. Janji berpasangan. Tapi aku selamba badak je la. Ala, kawan2 aku Navy 1 sampai Navy 5 tu mana ada bawak. Jalan punya jalan, since aku pun pakai mess kit macam budak2 ni, agak kehairanan la. Ye la, lain dari yang lain. Depa ada paku, ada balak atas bahu. Aku ada jata negara. Mana mai tak tau?Kapten Roziyah and hubby. Akak ni tak pakai mess kit pasal menunggu masa nak meletup je perut dia tu. "Hang amek la gambaq aku dengan laki aku, tapi jangan fokus kat perut. Malu!" Sori la sangat, walaupun kamera tak buat hal, tapi flash takde. Kelam semacam je la gambo.Tu dia aiihhh, sengeh sampai telinga. Excited tu, pasai dah tauliah. Ye la sapa tak excited kan. Kalau aku pun aku melompat gak.Buat apa tu abang Boy? Hmm..depa ni dok tengok seating plan pasai nak cari tempat duduk. Ya la, panjang macam keretapi, kena la kesan tang mana tempat sendiri, takdak sapa nak jadi usherer. My fellow navy friends, minus Azzeri. Mana dia pi taktau? Kalau ada depa 5 orang campo aku sorang awam, maka jadi la 6 jahanam kat ATMA ni. Hahahaha. Tapi dalam aku dok jalan2 tu, tetibe aku rasa bahu aku disentuh. Ayat pertama keluar dari mulut orang tu..

"Bang, boleh saya amek bow-tie abang tak, saya tak bawak bow-tie saya"

Rupanya, sorang Pegawai Muda yang baru tauliah, lupa nak bawak, sudah aku jadi mangsa.

"Eh, kalau saya bagi awak, saya nak masuk macam mana?" aku tanya la.

"Abang tak payah masuk la, ni majlis pertama saya" reply budak ni.

"Lain kali, sebelum datang check dulu banyak2 kali. Bow? Tak boleh! Kalau saya bagi kamu, saya nak pakai apa? Pegi la cari kat waiter"

Sungguh terkejut aku dengar ayat budak tu. Baru la sehari dua jadi pegawai, dah nak tunjuk belang. Dah jemput, pastu suruh aku bukak lak bow-tie aku. Seb baik la baju aku lain dari yang lain, kalau tak ada yang nak pinjam baju aku plak. Hmm..aku blah camtu je la. Budak ni navy. Dengar2 dia tak dapat masuk pasal tak complete. Aku story kat kawan2 navy aku tu pasal insiden ni. Terus budak tu kene panggil mengadap. Ye la, kuwang hajo satu. Lalai satu. Ahh, lantak kau la budak oii.

Sedang elok dok mingle2 tu, kedengaran bunyi trumpet, tandanya dah masuk waktu untuk melangkah ke ballroom. Kemdian, "dungggggg" bunyi gong. Maka berpusu2 la masuk mencari tempat masing. Aku jalan sikit, dah sampai dah kat tempat aku. Dekat dengan pintu.

"Hadirin, diminta untuk memastikan telefon bimbit anda dipadamkan sepanjang majlis ini berlangsung. Anda juga diminta untuk berhenti makan sesudah muzik tamat"

Dengar bunyi backpipe je, well, it's the arrival of dato komandan. Dia dan rombongan VIP naik ke atas high table. Berdiri, senyap! Then dengar bunyi orang ketuk macam kat court tu.

"Tuan yang di Pertua, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong"

"Yang Di Pertuan Agong..." Toss, minum ucap selamat la kot. Kalau dulu dia letak wine, la ni sama ada sparkling juice ataupun air kosong je. Followed by lagu Negaraku.

Duduk kejap...ketuk lagi...

"Tuan yang di Pertua, Akademi Tentera Malaysia"

"Akademi Tentera Malaysia..."

Settle down, food presentation. Makan time. Makan dalam iringan muzik. Malam ni, appertizer, chicken salad followed with cream soup with crouton. Main course, ada ayam. Dessert, choc mousse. Lastly coffee and cookies.

Yang seronoknya, time makan ni, bila muzik stop, akan kedengaran bunyi orang letak sudu. Orang sambung main muzik, sambung makan la. Eheh....sempat abang Boy ajar petang tadi sebelum masuk majlis ni. Penat aku bersedia.

Selesai acara makan, baru la ada pengumuman "Majlis berhenti rehat selama 5 minit". Sepanjang tengah makan tu takde sapa pun boleh keluar. Jadi this is the time sebelum acara disambung dengan ucapan sume.

Yang Di Pertua Wisma Kadet tengah berucap. Kemdian, Pak Maon lak berucap. Sampai hadiah sume, kasik CO, OC, Best cadet. Huhu, bila la nak keluar ni. Settle, ada presentation powerpoint apa tah. Pastu nyanyi2 sume. Selesai la majlis.

Majlis ni majlis makan sebenonye, tapi sebab penuh protokol, aku jadi boring lak. Apa pun, such a great experience. Susah nak dapat elsewhere. 2359H, abis majlis. Aku balik dengan amannya.

Wednesday, September 06, 2006

POP..Pentauliahan Pegawai

Hari ni, kena la bangun awal pagi. Seawal 0530H sebab ada Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet ATMA. Majlis ni adalah kemuncak bagi seseorang Pegawai Kadet setelah bertungkus lumus menamatkan pengajian peringkat ijazah Sarjanamuda dan juga latihan ketenteraan dan melayakkan para Pegawai Kadet ini ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera oleh SPB Yang Di Pertuan Agong. Awalnya, tahniah kepada anda semua yang telah berjaya. Such a nice experience kalau ada majlis macam ni. Setahun sekali, merasa la pakai number 1 dress yang dah dibuat tu. Kalau tak berkepuk la kat wardrobe. Sesudah Subuh aku keluar, 0610H dah aku bergerak ke pejabat sebab majlis akan bermula awal. Ye la kan, kita ni sapa nak pegi lambat2. Lain la pegawai2 tertinggi. Setakat macai je, awal la kene datang. Number 1 dress dah aku tinggalkan siap2 kat bilik abang Boy. So melenggang kangkung je la. Sampai kem SB dalam 0630H, dah berpusu2 kereta datang. Dari jauh dari dekat, macam2 ada. Situasi sama jugak seperti sebelum ni, yang datang mesti lebih dari 1 buah kereta. Isk..awat lagu tu tak tau? Sekampung nak mai majlis. Tapi kali ni, memang ramai la sebab majlis ni disekalikan dengan Kolej Tentera Darat kat PULADA nun. Ada banyak gambo kat sini, so aku ceritakan berdasarkan gambo je la kot! Suasana la..kalau nak ikut sequence, alamat tak bercerita la.

Ni di awal2 ketibaan aku kat atas tu, semua orang tengah bersedia menyambut ketibaan VVIP dan tetamu2 kehormat. Aku ni takde fungsi kononnya, so mingle around jaga staf2 akademik je la. Eheh..

Ni pulak scene diambil tatkala semua ADC sibuk mengusha tempat2 untuk orang2 yang depa kena iring. Yang tudung ijau tu Ibu Jijah..timbalan pengarah pembangunan akademik.


Antara tetamu jemputan yang hadir. Dari merata Cawangan dan Bahagian Perkhidmatan Tentera. Yang pakai selempang tu, dah ada Dato'. Koman2 ada 1 bintang kat bahu.

Pengacara majlis yang setia...so far suara diorang ni commercial la. Boleh diketengahkan untuk acara2 besar. Wowo...zamanku menjadi emcee sudah berlalu.


Ni pulak barisan ibu bapa yang hadir bersama untuk menyaksikan anak2 kebanggaan masing2 berjaya. Yang dalam gambar ni macam kenal je. Sape eh? Yaaaa...tepat sekali, Karam Singh Walia. Seb baik dia tak buat peribahasa semalam. Kalo tak...haaaaaaruuuuu.

Kadet2 yang bertugas. Yang baju merah tu kadet jugak. Tapi jadi flower girl. Aifa, anak didik kabaret aku. Takkan nak bagi bunga pakai number 1 kot kan? Bila lagi nak melawa dak?

Pegawai2 sibuk menunggu tetamu jemputan. Dalam banyak2 number 1 dress yang ada kat sini, paling lawa yang kaler biru tu....sebab nampak elegant je.Kalo kotor pun tak nampak lah, sebab dilindung.


Pengawal medan mula masuk, maka bermula la acara untuk hari ini. Pengawal medan ni kalau cerita melayu dulu2 tu yang pegang tombak kat keliling gelanggang. Lepas pengawal medan ni masuk, akan diikuti dengan lain2. dan pada masa yang sama jugak, akan tiba la VVIP semua. PAT, PTD, PTL, PTU, KSU, MenteriWoh..siap kokie wowie (walkie talkie) kat tangan. Ha, ni Puan Doktor (Kak Farzana, enterprame gambo akak dalam ni ye!) yang memantau kalau2 ada orang2 yang tumbang dalam parade ni. Huhu, time raptai, ada yang tumbang. Lega bila hari yang betul takde yang tumbang.Pebarisan masuk para Kadet yang hendak ditauliahkan. Yang kaler merah tu ATMA, yang ijau kuning tu KTD. Komen ikhlas, budak2 ATMA kawad best, masuk dengan beat music pancaragam tu.

Sume dah sampai, panglima2, menteri, VVIP, Tengku Mahkota Johor, bila dah datang askar merah ni, maka maknanya SPB Yang Di Pertuan Agong pun dah nak sampai. Kejap je lagi maka bermula la acara secara rasmi.

Keberangkatan tiba SPB Yang Di Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong. Bersedia nak nyanyi NEGARAKU. Ni, ketua perbarisan beri laporan kepada Tuanku "perbarisan seramai bla bla bla...". Aku tak ingat ayatnya. Lepas tu, "Negaraku...tanah tumpahnya darahku....." Yang askar tabik, yang biasa cam aku ni berdiri tegak bagaikan tiang bendera. Yang tak prihatin tak reti hormat lagu kebangsaan akan garu sana garu sini....


"Bacaan doa!" Tegak je tangan naik. Hmm, lepas negaraku aku terus berundur diri. Time tu ada la kawad perlahan, kawad laju semua. Penyampaian anugerah, piala tu, piala ni. Tak larat nak tengok dah. Tahun lepas dah tengok. Kasi chance orang lain pulak. Ye la, maka bapak ramai kat sana kan. Takde tempat duduk. Kita orang dalam ni mengalah la. Bacaan doa ni adalah kemuncak acara selepas titah tuanku.

Askar merah (istiadat nye orang ni), bersedia nak mengiringi tuanku lepas abis acara. Tuanku nak bersantap. Macam waktu keberangkatan tiba, ada orang yang akan berada di kiri dan kanan jalan.

Tuanku berdua sewaktu nak ke Wisma Pendeta (mes la tu) untuk santapan selepas majlis kawad. Lepas ni ada majlis pengurniaan watikah dalam Dewan Tun Templer plak (time sesi kedua ni aku dah cabut la, nak masuk dewan tak muat)

Selesai acara tu maka tamatlah acara perbarisan. Kat bawah ni pulak gambo2 kawan yang sempat aku snap.

Abang Boy dan pakaian lengkap number 1 nye. Siap sarung tangan tu. Teringat Mariko Shinto dalam cerita Chiaki waktu aku kecik2 dulu (ala cerita Jepun pasal pramugari tuuu).


Ni pulak pegawai2 BPLK ATMA, dari pelbagai cabang perkhidmatan tentera.

Adly dan Ijad. Sababat gila2ku. Bila masuk bab merepek meraban, memang tak kering gusi ngan derang ni. Keh keh keh. Ada je yang keluar dari mulut derang.


Pensyarah2 dan pegawai2 awam ATMA. Posing lentok woh. Macam nak masuk besuty pageant je. And the winner is.....hahahahhaha

Dah asek gambo orang je...hah ni lak gambo aku dengan pakaian istiadat lengkap. Sebab aku dah macam kueh apam kembangnya, sangatlah buruk. Tidakkkkkkk...semalam terpikir bila pakai baju ni, tekan butang naik lif rasa macam orang keje kat hotel lak. Huhu...

Dah la tu, sekian untuk posting kali ini....harap terhibur