Monday, September 25, 2006

20 tahun dulu

20 tahun dulu, waktu usia aku 6 tahun. Aku baru belajar nak berpuasa. Time tu puasa sebab nak duit raya. Arwah tok kata sehari posa dapat seringgit. Tahun 1986, seringgit tu lumayan tau! Teringat satu kenangan, time tu pegi penang dengan parents dengan abang aku, beli baju raya. ALa time tu kat penang kan macam duty free, banyak barang, banyak choice Konon puasa la, yang bapak aku ni punya la nak simpan puasa aku tu. Siap dokong aku merata pekan. Kesian dia. Siap beli coklat untuk berbuka pada petangnya, upah la tu. Jeng jeng jeng.......masuk dalam kereta dengan tekak kering kontang. Apa aku buat eh? Aku makan coklat yang bapak aku beli. Bapak aku punya la frust. Mana taknya, satu penang dia dokong aku atas bahu! Sudah aku pecahkan puasa jugak. Alahai........tapi tu cerita 20 tahun dulu. Koman2 bapak aku ada jugak modal nak cerita kat cucu2 pasal anak2 dia puasa.

10 tahun dulu, tahun 1996, berpuasa kat hostel dengan kawan2. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, such a wonderful memory. Time tu takde nye nak ponteng2. Kalau ponteng pun nak makan apa tak? Biskut je? Tidakkkkk....paling teringat waktu petang, menunggu waktu berbuka. Dorm mana yang kena duty serve akan pegi ke Dining Hall servekan semua sekali bilik. Angkat nasik, angkat sume la. Malam terawih, imam yang paling ekspress, yang tu la disukai. Lepas terawih, tadarus. Lepas tadarus, morey! Berlumba2 baca quran sebab takmo beratur panjang time morey. Sahur....part paling malas sekali aku nak bangun. Satu lagi cerita. Konon ada program bijak belajar tv3 live on tv. Hari pertama puasa. Mazidul Akmar jadi panel. Aku masuk tv untuk diinterview la jugak dengan a few kawan2 sekolah yang lain. Live ni, cheewaaahhhh! Cikgu2 sume excited. Maklumla, sekolah dapat masuk tv, koman2 dapat enterprame muka kat situ. Soalan yang ditanya kat aku "Pagi tadi bersahur tak?" Simple je jawab nye "Tak!" Tanya lagi "Kenapa tak sahur?" Sempoi jawabnya..."Malas pasal tak sedap!" Hah, sentap semua cikgu pasal aku bagi statement tu. Ala, aku kan robot versi skema kan, so jawab the darnest thing la. Jujur....hhhehehe!

Hari ni hari kedua umat islam menyambut bulan ramadhan. Rasa macam baru semalam aku selesai berpuasa untuk tahun yang sebelumnya, dah masuk ramadhan yang baru. Cepat sungguh masa berjalan. Kalau ikut arwah tok dulu, ni kira dah penghabisan zaman, pasal tu la masa cepat berlalu.

Kalau kat INTAN tahun lepas, bulan posa ni adalah acara untuk tido dalam OD dengan tenang. Kelas pun macam ada dan takde. Abis sampai tengahari je. Petang pukul 2 ada tadarus. Huk huk...kat sini bole la tengok kawan2 membaca dengan pelbagai cara. Ada yang laju macam keretapi. Ada yang ala2 mengeja pun ada. Ada yang moderate. Tapi grup aku ada anak2 ayam seperti Midy dan Elfi. Huru hara kumpulan tu, kau lazer aku, aku lazer kau! Amek kau!

Abis tadarus, punch out. Terus la ke PJ sect 14, tak pun sect 17, tak pun bangsar. Ke PARAM (PAsar RAMadhan). Paling best ke sect 14 beratur panjang beli popia yang sedap tu. Hehehe...

Tapi tu semua kenangan lama la. Semalam, aku buka posa sorang2 je. Uhuk....apa nak buat kan. Terima la hakikat. Tapi sorang2 pun best jugak pe (ayat nak sedapkan ati la tu). Hmm, pusing2 PARAM bangi kat shell tu. Kenangan waktu jadi student UKM dulu menjelma balik. Syiok ahhh!

4 comments:

perjalanan hidup said...

selamat berposa 2u.

Adi Osman said...

makasehhhhh perjalanan idup

Anonymous said...

now i ada idea nak tulis apa dalam blog... kenangan waktu puasa dulu2... blog i dah kejung coz tak der idea nak tulis apa.... apa pun... teringin nak rasa masakan u... bila tu?

Adi Osman said...

abang rush...

meh la makan...nanti i g miri bole la masak kot. tapi bilaaaa la tu