Majlis ni adalah kemuncak bagi seseorang Pegawai Kadet setelah bertungkus lumus menamatkan pengajian peringkat ijazah Sarjanamuda dan juga latihan ketenteraan dan melayakkan para Pegawai Kadet ini ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera oleh SPB Yang Di Pertuan Agong. Awalnya, tahniah kepada anda semua yang telah berjaya. Such a nice experience kalau ada majlis macam ni. Setahun sekali, merasa la pakai number 1 dress yang dah dibuat tu. Kalau tak berkepuk la kat wardrobe. Sesudah Subuh aku keluar, 0610H dah aku bergerak ke pejabat sebab majlis akan bermula awal. Ye la kan, kita ni sapa nak pegi lambat2. Lain la pegawai2 tertinggi. Setakat macai je, awal la kene datang. Number 1 dress dah aku tinggalkan siap2 kat bilik abang Boy. So melenggang kangkung je la. Sampai kem SB dalam 0630H, dah berpusu2 kereta datang. Dari jauh dari dekat, macam2 ada. Situasi sama jugak seperti sebelum ni, yang datang mesti lebih dari 1 buah kereta. Isk..awat lagu tu tak tau? Sekampung nak mai majlis. Tapi kali ni, memang ramai la sebab majlis ni disekalikan dengan Kolej Tentera Darat kat PULADA nun. Ada banyak gambo kat sini, so aku ceritakan berdasarkan gambo je la kot! Suasana la..kalau nak ikut sequence, alamat tak bercerita la.
Ni di awal2 ketibaan aku kat atas tu, semua orang tengah bersedia menyambut ketibaan VVIP dan tetamu2 kehormat. Aku ni takde fungsi kononnya, so mingle around jaga staf2 akademik je la. Eheh..
Ni pulak scene diambil tatkala semua ADC sibuk mengusha tempat2 untuk orang2 yang depa kena iring. Yang tudung ijau tu Ibu Jijah..timbalan pengarah pembangunan akademik.
Antara tetamu jemputan yang hadir. Dari merata Cawangan dan Bahagian Perkhidmatan Tentera. Yang pakai selempang tu, dah ada Dato'. Koman2 ada 1 bintang kat bahu.

Pengacara majlis yang setia...so far suara diorang ni commercial la. Boleh diketengahkan untuk acara2 besar. Wowo...zamanku menjadi emcee sudah berlalu.

Ni pulak barisan ibu bapa yang hadir bersama untuk menyaksikan anak2 kebanggaan masing2 berjaya. Yang dalam gambar ni macam kenal je. Sape eh? Yaaaa...tepat sekali, Karam Singh Walia. Seb baik dia tak buat peribahasa semalam. Kalo tak...haaaaaaruuuuu.

Kadet2 yang bertugas. Yang baju merah tu kadet jugak. Tapi jadi flower girl. Aifa, anak didik kabaret aku. Takkan nak bagi bunga pakai number 1 kot kan? Bila lagi nak melawa dak?

Pegawai2 sibuk menunggu tetamu jemputan. Dalam banyak2 number 1 dress yang ada kat sini, paling lawa yang kaler biru tu....sebab nampak elegant je.Kalo kotor pun tak nampak lah, sebab dilindung.

Pengawal medan mula masuk, maka bermula la acara untuk hari ini. Pengawal medan ni kalau cerita melayu dulu2 tu yang pegang tombak kat keliling gelanggang. Lepas pengawal medan ni masuk, akan diikuti dengan lain2. dan pada masa yang sama jugak, akan tiba la VVIP semua. PAT, PTD, PTL, PTU, KSU, Menteri
Woh..siap kokie wowie (walkie talkie) kat tangan. Ha, ni Puan Doktor (Kak Farzana, enterprame gambo akak dalam ni ye!) yang memantau kalau2 ada orang2 yang tumbang dalam parade ni. Huhu, time raptai, ada yang tumbang. Lega bila hari yang betul takde yang tumbang.
Pebarisan masuk para Kadet yang hendak ditauliahkan. Yang kaler merah tu ATMA, yang ijau kuning tu KTD. Komen ikhlas, budak2 ATMA kawad best, masuk dengan beat music pancaragam tu.
Sume dah sampai, panglima2, menteri, VVIP, Tengku Mahkota Johor, bila dah datang askar merah ni, maka maknanya SPB Yang Di Pertuan Agong pun dah nak sampai. Kejap je lagi maka bermula la acara secara rasmi.
Keberangkatan tiba SPB Yang Di Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong. Bersedia nak nyanyi NEGARAKU. Ni, ketua perbarisan beri laporan kepada Tuanku "perbarisan seramai bla bla bla...". Aku tak ingat ayatnya. Lepas tu, "Negaraku...tanah tumpahnya darahku....." Yang askar tabik, yang biasa cam aku ni berdiri tegak bagaikan tiang bendera. Yang tak prihatin tak reti hormat lagu kebangsaan akan garu sana garu sini....
"Bacaan doa!" Tegak je tangan naik. Hmm, lepas negaraku aku terus berundur diri. Time tu ada la kawad perlahan, kawad laju semua. Penyampaian anugerah, piala tu, piala ni. Tak larat nak tengok dah. Tahun lepas dah tengok. Kasi chance orang lain pulak. Ye la, maka bapak ramai kat sana kan. Takde tempat duduk. Kita orang dalam ni mengalah la. Bacaan doa ni adalah kemuncak acara selepas titah tuanku.
Askar merah (istiadat nye orang ni), bersedia nak mengiringi tuanku lepas abis acara. Tuanku nak bersantap. Macam waktu keberangkatan tiba, ada orang yang akan berada di kiri dan kanan jalan.
Tuanku berdua sewaktu nak ke Wisma Pendeta (mes la tu) untuk santapan selepas majlis kawad. Lepas ni ada majlis pengurniaan watikah dalam Dewan Tun Templer plak (time sesi kedua ni aku dah cabut la, nak masuk dewan tak muat)
Selesai acara tu maka tamatlah acara perbarisan. Kat bawah ni pulak gambo2 kawan yang sempat aku snap.

Abang Boy dan pakaian lengkap number 1 nye. Siap sarung tangan tu. Teringat Mariko Shinto dalam cerita Chiaki waktu aku kecik2 dulu (ala cerita Jepun pasal pramugari tuuu).
Ni pulak pegawai2 BPLK ATMA, dari pelbagai cabang perkhidmatan tentera.

Adly dan Ijad. Sababat gila2ku. Bila masuk bab merepek meraban, memang tak kering gusi ngan derang ni. Keh keh keh. Ada je yang keluar dari mulut derang.

Pensyarah2 dan pegawai2 awam ATMA. Posing lentok woh. Macam nak masuk besuty pageant je. And the winner is.....hahahahhaha

Dah asek gambo orang je...hah ni lak gambo aku dengan pakaian istiadat lengkap. Sebab aku dah macam kueh apam kembangnya, sangatlah buruk. Tidakkkkkkk...semalam terpikir bila pakai baju ni, tekan butang naik lif rasa macam orang keje kat hotel lak. Huhu...
Dah la tu, sekian untuk posting kali ini....harap terhibur
2 comments:
Aku suka laaaa part tekan lif keje kat hotel tu hahahahaha
Cerita aku plak, amik baju tuh bulan 7 longgar jek. Ni dah membawak budak 2 bulan, mlm tadi aku try alamak!!!!!! ada sendat sket laaaa. Adehhhh
hello KPP aku, try baju dia. Mujur muat daaaaa
Anyway, you look good in it la Tariq.
angah, betul wo, rasa macam keje kat hotel...tak caya ko try!
isk, nasib la. dulu kat mandarin oriental pakai lounge suit dengan bow serta name tag putih, orang kata bell boy! alahai....muka buruh sangat kot!
Post a Comment