
Walaupun hari ni dah 1 September, tapi rasanya belum terlambat lagi aku nak wish Happy Birthday untuk negara kita Malaysia. Dah 49 tahun kita merdeka, kalau tengok manusia, dah nak masuk setengah abad. Kira dah matang sangat la tu. Tapi sejauh manakah rakyat kita matang? Merdekakah pemikiran kita, dan kelakuan kita kalau nak naik bas masih serbu2 macam itik masuk kandang? Merdekakah kita kalau masih suka buang sampah merata2 tempat?
Mak aii, lebih2 lak. Anyway, on the merdeka eve, ada function pulak kat ATMA ni. Sambutan ambang kemerdekaan. Kisahnya aku sudah mengajar kadet2 ini untuk buat performance. Untuk anak2 didik aku tu, terima kasih sebab komitmen yang telah diberikan. Walaupun keras, tapi syabas. Two thumbs up untuk beginner. Untuk wawa, terima kasih sebab sudi luangkan masa mengajar budak2 ni tarian finale.
Petang 30 Ogos, abis je keje, ada la sesi mencuba pentas. Open stage. Besar macam pentas kat INTAN dulu. Time aku nak suruh budak2 ni mencuba, time tu la orang lain ada kat stage. Silat la, band la. Konon nak suruh budak2 ni counting, tapi dah muzik band tu kuat sangat, haram tak boleh gerak. Aku pegi la cakap kat orang band, "budak2 saya ni nak test pentas, bila agaknya dapat?"
"Kejap je, kitorang tengah test sound ni". Kejap la sangat, aku tunggu sampai nak pukul 7 baru boleh naik. Budak2 ni nak makan lagi, dengan nak mekap lagi. Uhuk, maka muka aku pun macam orang sakit senggugut gamaknya. Bak kata Ajax ngan Helmi, bibir bawah bertangkup dengan idung.
Settle bab testing2. Ni bab dancer plak. Aku detail 12 orang. 6 laki 6 pompuan untuk menari. Sudah sampai la last minit ada 5 saja laki. Yang pompuan sume dah pandai, nak eleminate keluar sorang kesian pulak. Kepala aku ligat pikir macam mana la nak atasi masalah tak cukup orang ni. Budak2 ni sume dah semangat nak nari. Takkan la aku nak kecewakan diorang kot. Pikir punya pikir, keputusan muktamad aku buat, aku naik la sekali dengan diorang. Mencemar duli la pulak. Selama ni aku tak penah menari dengan student aku. Kalo geng2 PTD aku dulu tu kira lain la sebab diorang bukan anak didik.
Malam tu, siap2 la budak2 ni dengan baju sume. Pinjam kat IB, wawa yang usahakan. Aku pun pakai la jugak. Pegawai2 ngan pensyarah yang ada sume heran tengok aku pakai costume. Aku cakap, seprais. Yang sorang ni ingatkan aku konduktor pasukan. Ala yang dok kat depan angkat2 tangan tu. Dah Pak Maon sampai, silat start, pastu turn budak2 ni. Aku pun turun sekali dengan tunduknya (takmo kasik orang kenal awal2) Bila dah masuk muzik, aku angkat kepala je, hah amek ko! Terperanjat badak sume. Ada yang tanya, kadet mana tu? (based on apa yang aku dengar selepas aku turun pentas).
Selesai show, bagus perfect budak2 ni buat. Kalau nak tingtong pun sikit2 je. Pattern aku buat tak banyak yang mengadap audience, so diorang kurang gabra. Turun pentas, tukar baju biasa. Jadi penonton. Ramai la yang bagi ulasan versi terkejut. CO, pengarah aku sendiri, dato pun. Ah, tak kisah la. Janji misi aku nak tolong budak2 ni berjaya.
Bila tengok budak2 buat pentomen, tergelak aku. Kalau kat INTAN dulu benda ni HARAM. Lelaki men'drag'kan diri. Kat sini, askar2 ni drag pulak malam tu. Macam la dah takde pompuan nak berlakon. Badan berketul2, bahu lebar, dada bidang. Bayangkan diorang tu pakai skirt pendek ngan tube (siap ada breast lagi tu....) Huk, tersedak aku tengok. Geleng kepala. Malu sat! Yang kat bawah tu bersorak. Terus aku blah gi duduk kat tepi sambil2 sembang2 dengan kadet2 menari aku.
Hai entah la....malu malu! Tak tau la..askar oh askar. Cenggini rupanya majlis diorang. Ye la sebelum ni mana aku penah tengok. Overall, apa yang aku tengok ni standard dia sama macam aku kat sekolah menengah dulu. Versi aku kat sekolah arab al-maahadul islami fidrauli bi kajang. Dalam hati aku, kene ajar budak2 ni buat proper function. Mungkin diorang tak penah terexpose dengan benda2 yang grand kot? I have to do something. Tapi sapa la aku ni? Uhuk uhuk......
2 comments:
kan? teringin nak tengok yang tts draq. mesti best giler!
pap...
patut tengok waktu derang buat test TTS, kelakar sehhhh...kepit kepit!
Post a Comment