Wednesday, September 20, 2006

Konvo...

2 hari aku berkampung kat PICC untuk majlis konvokesyen INTAN. Buat julung2 kalinya majlis ni diadakan di luar INTAN dan buat julung2 kalinya jugak Tan Sri KSN yang baru menyampaikan diploma kepada graduan. Isnin, seharian kat PICC tu untuk raptai. Walaupun aku antara golongan yang kene marah dek kerana balik awal, tapi kesian la untuk yang lain2 yang menadah telinga mendengar bebelan Dato Pengarah INTAN tu. Bukan apa, aku mengejar nak balik kem SB nak amek kasut aku yang di'shine'kan oleh kadet kat ATMA tu. Untuk Bullah, mekasih la bebanyak. Tapi kesian jugak tengok urusetia konvo. Mencicit ke sana sini. Untuk Bro Zaflin and the gang, really appreciate the job done. Walaupun kene bebel dengan itu orang tapi korang tetap gak menten dengan keje2 yang dah dirancang. Satu je komen membina aku, lenkali mende2 yang memeningkan macam skrip emcee tu review la awal2. Pastu, surat konvo tu hantar la dengan detail raptai sume. Takde la kitorang jadi macam rusa masuk kampung kat PICC tu. Tak tau apa satu, sebijik cam kerbau kene cucuk idung. Ikut ke sana ke mari.

Untuk kawan2 yang grad, tahniah diucapkan. Untuk kawan2 yang dapat cemerlang, segunung tahniah aku bagi kat korang. You guys rock. Payjal, u deserve the award! Anak2 ayam kabaret sekelian, sesungguhnya mak ayam korang hepi tengok anak2 ayam kabaret berjaya dapat cemerlang. Pidah, Pian, Midy, Kak Jaja, aku tumpang hepi untuk korang. Hmm, kat bawah ni antara scene yang aku snap kat konvo tu. Mari bercerita....Pada suatu hari (ish teringat lak masuk pertandingan bercerita kat skolah menengah dulu). Seawal 0645h aku dah bertolak dari umah dengan hosmetku yang ala2 James Bond tu, nak dapat parking best dekat dengan lif. Sampai ke PICC, acara sarapan pagi bermula.

Para graduan dan tetamu dah mula bergerak masuk ke dalam PICC untuk acara makan2. Cantik segak sumenye dengan baju istiadat. Tapi seri dah ilang sebab hari sebelumnya dah pakai. Aku lagi la, dah berkali2 pakai. Tak berseri langsung. Keh keh keh....Teman semeja sarapan pagi tu. Hanif n wife Mutia. Tabik ngan dua orang ini. Walaupun ada family dan sibuk dengan kursus, dua2 dapat cemerlang. Tahniah weh. Tah mandrem apa la korang baca eh? Hik....Selesai makan, yang bawak parents mula la menghantar parents masuk dewan plenari untuk amek tempat. Yang join persatuan sebatang kara macam aku ni takde la nak hantar2. Terus masuk waiting room. Tu dia aihh, pakat dok berderet amek gambo. Takpe la, ni la peluang nak jumpa kembali dengan kawan2 lama time DPA dulu. Pasni tah bila la lagi dapat jumpa ramai2 smula. Sume muka ceria je walaupun dalam ati berserabut dengan keje2 pejabat dan jugak la hati yang gundah gulana pasal kena paksa beli buku. Lalalala....Aszmiriza...oppss...the love bird. Tengok yang pompuan pakai baju camtu rasa macam stewardess plak. Rambut sanggul rapi, siap letak net lagi. Songkok tu, kalau letak senget sikit macam cerita view from the top.Menunggu untuk masuk ke acara pertama, bergambar dengan KSN. Time ni, kerusi baris panjang2. Ikut tempat dalam gambar. Grup gambar aku yang 1st masuk, sidang A dan B 1st sem. Sementara menunggu, bercerita la...apa lagi.Since grup aku yang masuk dulu, kene la masuk berdiri kat platform tu menunggu ketibaan tetamu2 yang nak bergambar sama. Dalam dok berdiri tu, dok mengumpat la budak junior yang kalut semacam mengarah orang buat itu buat ini. Macam dia pulak organizer. Peah...ooo Peah, hangin sume orang ngan kerenah ko yang macam bos tapi tak jadi tu! Berdiri punya berdiri, sampai la masa nak bergambo. 1...2...3...sengeh sampai telinga. Tah apa la nasib gambo tu eh, tak dapat tengok lagi. Tunggu minggu depan baru la nak amek kat INTAN.Selesai amek gambo reramai, terus dibawak masuk ke pintu2 yang dah ditetapkan untuk perarakan masuk graduan. Macam kat U dulu pulak. Tapi kat U dulu lagi grand kot, pasal gigih berusaha nak dapatkan degree. Siap extend lagi macam aku ni. Hehehe...Wanita2 PTD sekelian. Woi...rafting ka? Ni dah komplot sidang ni! Guys n gals, The Kabilah Asabiyyah Production members....Menunggu nak masuk. Beratur macam keretapi. Seb baik la Peah takde ganggu macam hari raptai. Lega.....Dalam dewan semasa majlis berlangsung. Time ni ucapan penerima anugerah Fellow INTAN. Bila dah duduk2 camni, kenangan dalam OD tu menjelma. Tido dan tido dan tido. Syakirah, apa kau buat tu? Bertapa ke buat senaman yoga?Setelah sekian lama mengharung kebosanan dalam dewan tu. Time to amek the diploma. Aku nama ujung2. So ke belakang la aku punya giliran. Letihnya menunggu. Naik stage, redah je la dengan penuh konfiden. Yang penting, senyum, jalan dengan segak dan bergaya. Takkan cara jalan pun nak ajar kot? Sebagai pegawai, kena la ada tanjak pegawai tu. Rite?Well, time passes by. Penyampaian diploma bermula dengan DPM, kemudian DSP. Followed by DPA 0204, DPA 0105 dan jugak anugerah2 untuk respective person yang deserve the anugerah. Selesai acara, makan time lagi sekali. Eheh.....abis makan, aku blah la. Nak tunggu apa lagi kan?

Abis cerita konvo. Err, something to ponder, khabar2 angin lepas konvo ni timbul. Ada yang kata aku sentap pasal aku tak dapat cemerlang sedangkan anak2 ayam menari aku ramai yang dapat. Ikhlas dari aku, belajar la terima hakikat. Aku takde rasa apa2 pun. Semua dah tersurat, tiap2 orang ada bahagian masing2. So, what's the big deal? Aku taknak komen apa2 dalam ni since benda2 pencapaian tu tertakluk kepada panel penilai untuk menentukan. Dan aku tau tahap aku kat mana. So apa yang depa nak bagi, terima la seadanya. Betul dak? Ala, aku kat U dulu bukan hebat mana pun. Kalau setakat naik pentas jadi kabaret tetibe orang nak kasi cemerlang, tu bukan kayu pengukur. Terus terang pada aku, dalam diri aku ni masih ada kekurangan yang perlu aku terima. Sentap? Jauh sekali. So, untuk kawan2 yang buat spekulasi pasal aku ni, hentikan! Aku ok je. Takde apa2 pun nak disentapkan. Masih jauh lagi perjalanan aku dalam perkhidmtan awam ni. Dah la tu....cukup untuk kali ni!

6 comments:

Adi Osman said...

ala masmera...toksah peras la, kite kan slalu jumpe

mutakamil said...

Respek giler sama ualls yg menten.Kalau we alls harus sentap sbb sudah menari tonggek segala ini tapi nan ado dapek apo2.Baguslah mami, keikhlasan kita yg penting.Ganjaran Allah dah tentukan.Kerja Lillahita'ala gitew

Adi Osman said...

belajar terima hakikat daus...
mental je sume tu! kan kan kan?
isk, syukur aku dok kem ngan askar sume, hati jadi batu sehhhh

Anonymous said...

waa...bestnyer...u pakai camtu kan teringat plak mini parlimen ngan pakcik yg dipertua tuh..hehehe.alamak fendi part extend tuh kiter serupa laaa...

Adi Osman said...

anon...as per mentioned, aku ni takde la terer mana pun. blaja cukup2 makan je...

orang blaja, aku blaja, orang peksa, aku peksa, orang study nak exam....aku menari kat DECTAR..cmane nak excellent! kene la extend

Adi Osman said...

Pidah ada bagi komen rupenye...

ko patut dengar cerita sebenar dari Kak Jaja...mungkin dia dapat sexplain dengan lebih lanjut