Saturday, September 09, 2006

Mess Nite

Malam tadi aku berpeluang masuk ke Majlis Makan Malam Rejimental sempena pentauliahan Pegawai ATMA ni. 1st time masuk majlis diorang yang penuh dengan adat dan protokol. Thank god aku dah masuk kelas makan dengan sopan ini. Ada jugak berguna bila masuk bab majlis macam ni. Pakaian, as u guys can see here, ni la baju yang aku pakai untuk majlis malam tadi. Pening jugak nak mencari baju kat dalam yang ber'plete'. Melompat aku mencari baju tuh, satu midvalley aku tawaf. Seb baik claim baru masuk, boleh la menampung sikit2 kos baju. Kisahnya, mula2 aku ni tak diundang untuk pegi. Ye lah, sape la aku ni kan. Last2 minute, ada call cakap suruh aku pegi. Dah orang ajak, pegi je la. Lagipun, this maybe my last chance to get into all these stuff sebelum kena posting balik ke MINDEF. Peluang terbuka, grab it. Rite?

Macam biasa aku kene ceritakan melalui gambar la kot. Sebab banyak sangat nak tulis kalau takde gambar. 1930H, lepas solat aku bertolak merempit dari umah di negeri Kajang tu, ke Marriot Putrajaya. Dengan berjeans, tshirt sengetku. Ye la takkan nak pakai Mess Kit aku kot? So setibanya kat Marriot, bergegas la aku menukar baju dalam toilet.

Ni dekat depan entrance. Sebelum aku masuk ke dalam. As you can see from the picture, semua orang yang datang dikehendaki membawa pasangan. Aku tak bawak. Huhuh...same with my fellow friends, Navy 1 sampai Navy 5. Kat sini boleh nampak Mess Kit TUDM. Macam biasa, cantik. Pasal warna biru.Selesai buat magic tukar baju, maka keluarla aku ke kaunter pendaftaran untuk dapatkan seat number. Kat atas ni seating arrangement dia la. Tempat aku A4, barisan A, depan high table. Panjang gile meja. Anyway, 1st impression, this will be an exciting majlis for me to join.Dah selesai register, pusing2 la kejap tengok suasana sebelum majlis bermula. penuh la pegawai2 muda ni dengan pasangan. Awek, tunang, adik, kakak, makcik. Yang takde pasangan, untuk mengelakkan kena kutuk, angkut la mana2 awek. Tak kisah. Janji berpasangan. Tapi aku selamba badak je la. Ala, kawan2 aku Navy 1 sampai Navy 5 tu mana ada bawak. Jalan punya jalan, since aku pun pakai mess kit macam budak2 ni, agak kehairanan la. Ye la, lain dari yang lain. Depa ada paku, ada balak atas bahu. Aku ada jata negara. Mana mai tak tau?Kapten Roziyah and hubby. Akak ni tak pakai mess kit pasal menunggu masa nak meletup je perut dia tu. "Hang amek la gambaq aku dengan laki aku, tapi jangan fokus kat perut. Malu!" Sori la sangat, walaupun kamera tak buat hal, tapi flash takde. Kelam semacam je la gambo.Tu dia aiihhh, sengeh sampai telinga. Excited tu, pasai dah tauliah. Ye la sapa tak excited kan. Kalau aku pun aku melompat gak.Buat apa tu abang Boy? Hmm..depa ni dok tengok seating plan pasai nak cari tempat duduk. Ya la, panjang macam keretapi, kena la kesan tang mana tempat sendiri, takdak sapa nak jadi usherer. My fellow navy friends, minus Azzeri. Mana dia pi taktau? Kalau ada depa 5 orang campo aku sorang awam, maka jadi la 6 jahanam kat ATMA ni. Hahahaha. Tapi dalam aku dok jalan2 tu, tetibe aku rasa bahu aku disentuh. Ayat pertama keluar dari mulut orang tu..

"Bang, boleh saya amek bow-tie abang tak, saya tak bawak bow-tie saya"

Rupanya, sorang Pegawai Muda yang baru tauliah, lupa nak bawak, sudah aku jadi mangsa.

"Eh, kalau saya bagi awak, saya nak masuk macam mana?" aku tanya la.

"Abang tak payah masuk la, ni majlis pertama saya" reply budak ni.

"Lain kali, sebelum datang check dulu banyak2 kali. Bow? Tak boleh! Kalau saya bagi kamu, saya nak pakai apa? Pegi la cari kat waiter"

Sungguh terkejut aku dengar ayat budak tu. Baru la sehari dua jadi pegawai, dah nak tunjuk belang. Dah jemput, pastu suruh aku bukak lak bow-tie aku. Seb baik la baju aku lain dari yang lain, kalau tak ada yang nak pinjam baju aku plak. Hmm..aku blah camtu je la. Budak ni navy. Dengar2 dia tak dapat masuk pasal tak complete. Aku story kat kawan2 navy aku tu pasal insiden ni. Terus budak tu kene panggil mengadap. Ye la, kuwang hajo satu. Lalai satu. Ahh, lantak kau la budak oii.

Sedang elok dok mingle2 tu, kedengaran bunyi trumpet, tandanya dah masuk waktu untuk melangkah ke ballroom. Kemdian, "dungggggg" bunyi gong. Maka berpusu2 la masuk mencari tempat masing. Aku jalan sikit, dah sampai dah kat tempat aku. Dekat dengan pintu.

"Hadirin, diminta untuk memastikan telefon bimbit anda dipadamkan sepanjang majlis ini berlangsung. Anda juga diminta untuk berhenti makan sesudah muzik tamat"

Dengar bunyi backpipe je, well, it's the arrival of dato komandan. Dia dan rombongan VIP naik ke atas high table. Berdiri, senyap! Then dengar bunyi orang ketuk macam kat court tu.

"Tuan yang di Pertua, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong"

"Yang Di Pertuan Agong..." Toss, minum ucap selamat la kot. Kalau dulu dia letak wine, la ni sama ada sparkling juice ataupun air kosong je. Followed by lagu Negaraku.

Duduk kejap...ketuk lagi...

"Tuan yang di Pertua, Akademi Tentera Malaysia"

"Akademi Tentera Malaysia..."

Settle down, food presentation. Makan time. Makan dalam iringan muzik. Malam ni, appertizer, chicken salad followed with cream soup with crouton. Main course, ada ayam. Dessert, choc mousse. Lastly coffee and cookies.

Yang seronoknya, time makan ni, bila muzik stop, akan kedengaran bunyi orang letak sudu. Orang sambung main muzik, sambung makan la. Eheh....sempat abang Boy ajar petang tadi sebelum masuk majlis ni. Penat aku bersedia.

Selesai acara makan, baru la ada pengumuman "Majlis berhenti rehat selama 5 minit". Sepanjang tengah makan tu takde sapa pun boleh keluar. Jadi this is the time sebelum acara disambung dengan ucapan sume.

Yang Di Pertua Wisma Kadet tengah berucap. Kemdian, Pak Maon lak berucap. Sampai hadiah sume, kasik CO, OC, Best cadet. Huhu, bila la nak keluar ni. Settle, ada presentation powerpoint apa tah. Pastu nyanyi2 sume. Selesai la majlis.

Majlis ni majlis makan sebenonye, tapi sebab penuh protokol, aku jadi boring lak. Apa pun, such a great experience. Susah nak dapat elsewhere. 2359H, abis majlis. Aku balik dengan amannya.

2 comments:

perjalanan hidup said...

susah kan kalo pergi majlis yang banyak protokol? aku konpius lagi ler, apa kena mengena ptd dgn tentera? setau aku ptd ni duta kan? sori ler bertanya...

Adi Osman said...

ptd tu tak semestinya duta. kitorang ni diletakkan kat pelbagai kementerian dan jabatan. yang duta tu kat wisma putra generally. it all depends on where u are posted