Wednesday, October 31, 2007

Taklimat Fasilitator merangkap Mega Reunion

Semalam berpeluang aku menjejakkan kaki kat INTAN Kiara lagi sekali. Tujuan adalah satu, untuk taklimat fasilitator PAC PTD M41 intake 2008 . Kandungan taklimat tu tak perlu la aku huraikan kat sini. Kalau aku boleh pegi PAC tanpa sebarang bantuan dulu, makanya orang lain pun boleh la buat benda yang sama, tak perlu bantuan, tips segala. Jadilah diri sendiri. Ini tak, PTK pun nak soalan bocor, siap buat buku soalan PTK lagi (skim mana taktau? ada kat kedai buku tu PANDUAN PEPERIKSAAN PTK UNTUK G**U). Hahahaha...no offence aaa, sekadar memberikan pendapat!

Pagi semalam, dengan keadaan kelam-kabut gara-gara lewat bangun tido. Nak bertolak konon pukul 7 tapi bangunnya pukul 6.50. Bayangkan jenuh bersiap, seterika baju sambil memberus gigi. Huhuhu...dalam masa 20 minit siap mandi, gosok baju, bersiap berbedak segala, kopi secawan, panaskan enjin kereta. Macam buat running show waktu bergelar kabaret dulu lak rasanya.

Bertolak la menuju ke Kiara bersama Cik Pidah jiran tetanggaku serta Sama-sama Sudin yang jauh datang dari Sabah nun. Sampai pun dah lewat, almost 9, majlis pun dah nak start. Daftar dan terus masuk ke OD untuk dengar opening remarks from Pengarah Bahagian Perkhidmatan JPA. Masuk je OD...pusing kiri, kenal. Pusing kanan, kenal. Muka-muka yang sama waktu DPA 2 tahun lepas. Alahai...ini reunion ka taklimat? Huhuhu...mega rafting konsepnya! Ada Kak Tom, ada Pengguna Bra, ada ramai laaa...meriah sungguh!

Banyak jugak muka-muka baru. Aku ni takde la lama sangat. Ni kali kedua join. Tak macam senior-senior seperti Jorgie dan Kak Jaja. Kan Kak Jaja kan? Sebut pasal Kak Jaja, kali ni Kak Jaja tampil dengan imej Muslinyah dengan berkerudung sempena menyambut Ramadhan dan Syawal (bak kata Fazni Perla laa). Tema fesyen, Jangan Pandang Belakang. Kenapa Jangan Pandang Belakang? Hanya Johari yang mengenal Maniam. Menjadi tumpuan seluruh rakan batch yang datang untuk mendengar taklimat itu. Ternyata Kak Jaja menjadi ikon bagi fesyen yang cuba diketengahkan (Kak Jaja, kau ni jadi Twiggy kat ANTM kah?).

Sepagi membatukan diri kat audi mendengar kaedah-kaedah pelaksanaan PAC ni. Dan mengisi borang untuk tempat bertugas. Kali ni destinasi yang diminta tak termasuk INTURA di Sungai Petani nun gara-gara pengalaman mengendalikan PAC sewaktu blackout. Cek takmau dahhhh....tobat!

Petang, mendengar lagi taklimat pelaksanaan. Kalau pagi, bersekali dengan penilai. Petang pulak untuk para fasi je. Maklum la banyak yang baru. Yang lama pun kena refresh jugak. Benda ni bukan buat hari-hari. Tak gitu? Kat atas ni muka-muka nebes para fasi. Ye la, dengar-dengar ada konsep baru yang nak diperkenalkan. Konsep apa taktau? Konsep pitam kot? Jadinya, masing-masing mempreparekan diri untuk menghadapi situasi pitam. Nak buat CPR ka, nak panggil ambulans ka, dan sebagainya. Zaman aku PAC ada gak public speaking. Tapi aku rasa slambe badak je aku buat safety demo cabin crew kat depan orang ramai. Dan aku heran pasai apa orang takut buat public speaking? Siap gigil-gigil, siap ketar-ketar parkinson bila kena berdiri kat depan. Stage freightkah?


Seharian kat INTAN, abis je taklimat, dapat la surat untuk sapa-sapa yang terpilih untuk sesi 1 bagi PAC ni. Aku dapat jugak, tapi tempatnya? Tunggu....kita tengok la posting nanti! Hiks....pantaikah? atau bukit kah? Mana ek?

Oh ye...untuk calon-calon PAC PTD ni, aku ucapkan selamat maju jaya. Do your almighty! Tak perlu takut, be yourselves. Insya Allah, kalau ada rezeki ada la tu. Satu lagi nak pesan, bila dah selesai PAC tu, jangan la letak jawatan dari kerja yang sedia ada sekarang. Kompem dapat ke yang dok feeling2 nak letak jawatan tu? Baru PAC la...belun interview lagi. Haa..satu lagi? Kau nak tips tak? Kau cari sendiri. Lalalala.....kalau aku boleh buat, kiranya skang ni zaman lebih maju, makanya pesertanya pun akan lebih maju.

Friday, October 26, 2007

ENRICH - A Frequent Flyer Program by Malaysia Airlines

"Selamat Datang tuan-tuan dan puan-puan ke Penerbangan Malaysia MH1051 ke Kuala Lumpur. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Datang kepada ahli-ahli Enrich."

Enrich? Menatang apa tu? Hmm..for those yang selalu menggunakan perkhidmatan pesawat udara dengan Malaysia Airlines, better sign-in untuk enrich ni. Sebab boleh accumulate points dan kemudian boleh ditebus dengan tiket penerbangan secara percuma (Percuma? Tax tetap kena bayar ok!).

Kalau selalu terbang, boleh la dapat banyak-banyak points. Macam sorang kawan aku tu dari Labuan ke KL ni macam Mak Limah pegi pasar, harus la dapat tier Gold dalam masa yang sungguh sekejap. Tapi kalau stakat domestic crew (kan elf kan?) buat daily flight je, ciput je la points yang dapat. Contohnya macam aku! Sikit je points yang aku ada. Dan sikit hari lagi akan abis sebab aku dah nak meredeem points aku tu.

Hmm...redeem? Nak pi mana tak tau? Kalau ikutkan aku nak redeem points aku ni waktu dia buat promosi points rendah dulu. 22,750 points dah sampai ke Bali. Tapi malang sekali time aku nak redeem, hanya available on selected flights. Maklumlah kan, cuti panjang. Orang cuti. So, end up dengan naik Qatar Airways.

Since points aku banyak akan expire end of this year, daripada rugi, walaupun stakat domestic ticket tetap aku redeem jugak la. Untuk ke destinasi di seluruh semenanjung, perlukan lebih kurang 17,000 points. Untuk ke Malaysia Timur, 25,000 points. Kalau tengok kat screen tu dah ada 25,430 points. Ada chance ni.....

So, kemarin sempat la aku mendail 03-78433000 dan menunggu sungguh lama untuk meredeem tiket percuma untuk destinasi percutian berikutnya bulan depan. Hiks...pi mana ek? Tiket dah issued. Makanya menunggu tarikh untuk memulakan perjalanan berikutnya. Heh...asek jalan je ko!

Jadi untuk kawan-kawan yang selalu terbang (ye la kan...korang kan heret beg ngalahkan pram), meeting jejauh tu, elok sign-in ENRICH ni macam aku. Kan dah dapat tiket free. Apa lagi! Jom jalan-jalan.

Raya Haji? Tiket dah beli tadik. Tak larat nak drive dah. Naik Fireflyz dari Subang, fokker flight tu. Return on Airasia. Tiket promo. Harga murah, tapi tax tetap melambung. Lalalalala......Syawal...aku naik Airasia! Tapi propah je tu, sebab aku nak beli model kapal terebang yang cantik sold on-board (takmau ngaku sengkek tuuuuu....).

Jadi, kawan-kawan. Apa tunggu lagi...layarilah laman Malaysia Airlines untuk maklumat lebih lanjut mengenai ENRICH ini. Orang tak suka MAS pasal mahal. Tapi for the sake of tiket free (ala kau bukan bayar pun bila gi meeting yang official), sign in je la. Kan? Hehehe....

Wednesday, October 24, 2007

ASEAN Escapade....(PART II)

...sambungan

Hah meh kita lihat sekuel cerita libur-libur di Bali.


Day 3 (Bedugul - Tanah Lot - Kuta)


Hari ke-3 di Bali sama jugak macam hari-hari lain, penuh dengan itenary berjalan-jalan. Tapi bangun je pagi..tengok gelap semacam je, bunyi angin menderu, air curah-curah. Hujan kisahnya! Hallahai....cmane nak gi jenjalan? Hajat di hati nak sampai ke Singaraja dan Lovina nun. Tapi dah lewat keluar. Makanya sampai ke Bedugul je la. Huhu..Bedugul pun Bedugul laaa...jangan Badigol dah...ke Encik Bagol kat PULADA tu....?


Hmm..dah ke Bedugul tu, sah sah laa melawat Danau Bratan yang cantik tu. Cuaca mendung. Sejuk...nyaman, damai dan sangat menenangkan. We took the opportunity to cruise the lake. Mula-mula tu gayat la gak. Walaupun aku ni reti jugak la berenang tapi memandangkan air tasik tu macam dalam sangat (memang dalam pasal ni tasik kaldera - kau tau kaldera tu apa? haa...bukak ensiklopedia cari maksudnya), dan naik boat takde safety jacket, aku refuse pada awalnya. Tapi kuasa pujukan Abang Boy buat aku jadi berani-berani takut nak mencuba naik boat tu. Tengok warga Indon slambe je naik. Naik je la...tawakkal.


It costs us around Rp100,000. And it was so nice. angin sepoi-sepoi bahasa. Cuaca yang nyaman sampai rambut aku tercacak bagaikan cerita Something About Mary (cumanya aku tak letak sperm untuk jadi gel rambut laaa).

Dah pusing satu tasik tu....sempat menyopping lagi.

"Pasnya berapa neng?"

"Bisa kurang nggak? Bikin pelaris....."

Adat menawar barang-barang kat Bali ni, kalau dia letak Rp100,000. Mintak dalam Rp20,000. Dia turun....kita turun...kalau tak dapat turun, naik sikit. Sampai laa dapat. Tapi jangan la beli satu barang je..beli 2-3. Memang akan dapat harga yang murah. Err..souvenir kat Bali ni menarik. Cuba korang zoom in kan atas bahu Kak Jenab yang menjual tu. Souvenir apa tatau? Sungguh gargantuan barang yang dipamerkan tu. Huhuhu.....

Selesai borong, move to the other side of the lake. Ada Ulundanu Temple, area Candi Kuning. yang ni cantik sangat-sangat. Bau wangi bunga-bunga kat taman dia tu...pergghhhhhhh memang sedap la. We spent almost one hour there. Duduk lepak melayan angin yang best. Kalau ambik gambar dari angle air, akan ada nampak satu masjid yang terletak tinggi atas bukit. Dari jeti bot waktu cruise tu leh nampak kalau difokuskan gambo tu.

Haaa...alang-alang dah tempat cantik, posing pun ala-ala belajar kat Tyra Banks la eh! Aku rasa kalau Miss J Alaxender tengok aku posing ni mau dia pitam. Malangnye kameraman tetap aku yang amat mengerti citarasa aku bergambar tak dapat aku heret bersama (kan dato' k(h) kan?). Kalau tak memang aksi-aksi melampau boleh aku letak kat sini. Memang kalah Jaslene Chicanos la....

Done with Bedugul. Move to Tanah Lot. It's a temple by the sea. Kalau air pasang, memang nampak macam pulau. Since it is on Saturday, memang ramai orang yang datang. Nak tengok 'ular suci', nak shopping, nak main air. Macam-macam! Dan aku, tetap dengan aksi poyo-poyoran berposing. Apa pun, thanks to Syahir sebab pandai cari angle. Kalau tak memang sah nampak Barney! Lalalala....

Kat sini pun duduk lama jugak. Layan bunyi ombak. Layan orang surfing kat pantai tu. Cuak gak tengok sebab berbatu. Buatnya kena pukul hempas kat batu tu tak ke naya?

Since dah rasa capek sangat, balik je la ke hotel. Tapi sebelum tu, beli pareo yang sangat cantik warnanya. Hello Kitty kah? Sapa beli taktau? Kan Abang Boy kan?

Malam....pusing-pusing kat Kuta. Tengok night life kat sini. Macet, maklumla malam minggu. Sempat borong kat Kedai Batu Keras, ada kiriman baju yang banyak untuk bawak balik. Macam mana la nak lepas dengan kastam sok...

Oh ya, dalam banyak aku jalan tu terperasan kedai Uluwatu Lace ni. The finest Balinese Lace katanya. Untuk orang-orang yang nak wat kebaya dengan lace (untuk akad nikah ka apa kaaa), kat sini memang cantik. Jadi kalau ke Bali, singgah la kat kedai ni nak jamu mata.


Day 4 (Kuta)


Hari keempat, habiskan masa kat pantai Kuta, pusing lagi sekali Kuta, dan Legian. After a looooooong breakfast bersama-sama artis (artis mana ek? dengan sapa tuuuu? bapak tak marah ke bawak jantan datang sama-sama?). Ni kalau kasik cerita sensasi kat Zubir, sah jadi glamer macam Bunga Cinta Lestari. Tapi aku takde la seJoyah mana...sebab aku pun artis (artis apa taktau?), so aku tak heran la semua-semua tu.

Jalan hari Ahad pagi kat Kuta sungguh best pasal jalan sangat lengang. Ye la, malam minggu sebelumnya, orang semua tido lambat. Singgah kat tapak Bali Bombing. Tengok kesan-kesan peninggalan yang ada. Senarai nama korban, dari Australia, Inggris, Selandia Baru (isk, pening aku nak pikir nama omputehnye...last-last dapat gak), dan macam-macam negara lagi la.

A few years after the bombing incident. Bali is back to normal...life must goes on kan?

Next is acara cuci mata kat Kuta Beach. Banyak bule surfing kat sini. Satu je yang aku rasa kagum. Ramai orang kat pantai, tapi sampah susah nak cari. Kalau kat pantai kita? Bukan nak kutuk negara sendiri, tapi hakikat tu memang kena terima. (Ni kalau aku cakap camni kat BTN, sah kena tembak dengan fasilitator).

Kat Kuta ni macam-macam acara boleh kita tengok. Surfing, mandi, berkelah, tattooing, massage, kepang (anyam rambut letak manik tuu - kau ada rambutkah?).

Sambil-sambil tu....boleh jugak la menghirup udara yang nyaman, pemandangan yang indah (apa yang indah tu? kene tanye Abang Boy laaa, sebab dia pakai spek itam, kita tak tau mata dia menghala ke mana..hiks!)

Siap cuci mata, sekali lagi ke Kedai Batu Keras, temankan kawan-kawan yang tak sempat lagi membeli kat sini. Aku rasa orang kedai tu pun dah kenal, hari-hari menjengah kedai dia. Belinya harammmmm.....

Lunch, makanan segera lagik. Haa...KFC bersama pegedel. Sedap woooo....ada ayam KFC dalam pegedel tu. Pinggan dia cantik. Nasib la tak bawak beg lebih, kalau tak dah lama aku karau!

Petang...rasanya kalau ke Bali ni elok la buat lawatan Cik Kiah ke spa. Banyak sangat spa kat sini. Kalau pandai cari dapat harga yang amat berpatutan. Nak urut ka, nak facial ka, nak lulur ka..macam-macam ada. Tapi aku just buat rawatan kuku tangan dan kaki je.

Best gak....yang jadi therapist tu pun mesra alam. Kesian dia, kerja 9 jam sehari, 7 hari seminggu. Mencari rejeki katanya. Tengok betapa tekun dia wat keje...dan amatlah aku puas hati dengan khidmat yang diberikan. Orang lain pegi massage...aku suruh orang potong kuku je. Ahaks....meghelittt!


Day 5 (Denpasar - Kajang)

Trip ke Bali ni dah sampai ke penghujung. Hari ke 5, 5 hari kah? Ye la kalau dah lepas 12 malam tu hari ke 5 la kan? Before midnite, check out, terus ke Bandara Ngurah Rai untuk amek plane. Departure at 3.35 am.

Check in was smooth, pastu bayar airport tax Rp.100,000. Terus ke imigrasi...dan tido sementara menunggu pesawat berlepas...

Flight was on time. Siap kasik sahur lagik....(makan kul 3 pagi, sahur la namanya tu), and we arrived KLIA waktu Subuh Sepi'e (ni Makcik Dedai yang cakap). Looking forward for the next trip. Ke mana ya? Jeng jeng jeng......Insya Allah ada rejeki gi jalan lagi.

Tuesday, October 23, 2007

ASEAN Escapade....(PART I)

Haaaa...kau nampak paspot tu? Bukan sengaja nak menunjuk-nunjuk yang aku ni ada paspot. Since ari raya lepas aku ada cuti terlebih. So, jalan-jalan ke obersi la. Nak tunggu Kerajaan Malaysia bayar ke obersi untuk kursus, dalam mimpi je la gamaknya kalau dok bertapa kat Kementerian Kesihatan ni. Pegawai ramai. Queue pun panjang. Jadi, daripada mengharap bulan yang tak jatuh-jatuh baik aku beli tiket sendiri, jalan sendiri, duit sendiri. Takde orang nak komplen. Kan?

Destinasi? Haaa...tudia, boleh tengok. Sanur? Kat mana tu? Perniagaan makcik ni sungguh berjaya. Boleh tengok senyumannya yang sampai ke telinga tu. Haaa.....kali ni, kita muter-muter ke Bali. Jom jalan-jalan (gaya-gaya Maria Tunku Sabri.....). Meh kita tengok catatan perjalanan ke sana.


Day 1 (Kajang - Denpasar)

My journey to Bali started in the morning together with a few friends of mine. The flight departs at 1300H. Makanya KLIA jadi macam pekan hantu pasal takde orang. Wanna see some actions at KUL, kena waktu pagi dan waktu lewat petang. Tapi kat check-in counter nampak macam ramai je yang terbang ke Bali sekali ngan aku ni. Rasanya kapal penuh kot nanti!

Check-in, and I got my preassigned seat during booking time. And walla...here's my boarding pass. While waiting for the plane to arrive, biasa la kan amek gambo sana sini dan bila kapal terbang sampai je...amek lagi gambo kapal terbang. Awat suka sangat amek gambo kapal terbang ek? (Huh..mengata orang....aku pun 2 kali 5 gak...) Kan Syahir kan? tak caya...tengok gambo kat bawah ni. Sibuk dok belek kamera....

The flight was delayed for quite sometimes due to late incoming flight. Takpe laa..kejap je delaynye. Kalau sampai 3-4 jam tu lain la cerita. Boarding time...and as we can see here, the flight is fully loaded. Most of the passengers are holiday makers like me!

Isk...lapo la pulak. Maklum la kan...terbang tengahari. Here is the meal served on-board. Ok la jugak. Bedal je la ek! The flight took about 3 hours to arrive Denpasar. Lepas menghabiskan masa yang bosan dalam kapal terbang.....tadaaaaaaaa.....

Sampai jugak ke Ngurah Rai....hmm...weather reported clear. Disembark...immigration, luggage collection...and custom. Sambil heret luggage tu, dengan muka slambe aku jalan la lepas kastam. Sedar-sedar kawan-kawan rombongan hilang la pulak. Heh...kena tahan dek kastam. Barangkali keIndonan mukaku itu menyebabkan aku lepas. Lalalala.....Indon kah? (tapi ada gak orang kata muka aku macam orang Jawa Benut - kecik ati tauuuuu)

Hmmm....since harga yang aku bayar tu termasuk hotel, so tak perlu risau pasal tempat nak tinggal. For those yang rasa nak budget, boleh duduk hostel yang ada. However, the place I stayed during my visit there was great. Bali Rani Hotel. Located near to Sogo, at Jalan Kartika Plaza. Not too far from Kuta Beach .

Check-in..time tu dahnak gelap. So hari pertama ni takde la aktiviti sangat. Pusing-pusing preview area Kuta tu. Jalan kaki je. At the same time, try cari supir untuk jalan-jalan muter-muter sepanjang stay tu. Kalau buat Free and Easy tour, memang macam ni la. Dah takmau susah sangat, guna supir yang hotel ada la. Not that expensive, tapi kalau pandai cari, boleh dapat lagi murah. Untuk sehari tour, 9 jam, sewa kereta, supir dan bensen (bensen? besenkah?) Kurang lebih Rp.450,000. (Note: Nak pergi jalan-jalan ke bali, better pergi berempat. Jimat sikit, tapi kalau kaya...lantak laaa!).
Malam dah....penat travel, penat jalan kaki kat Kuta. Tido laa......


Day 2 (Ubud - Kintamani - Goa Gajah - Sukowati - Uluwatu - Jimbaran)


Pagi-pagi lagi dah siap-siap nak jalan. Janji dengan Wayan Dana the Supirman nak ke Kintamani. Hmm meh kita tengok aktiviti di hari pertama...


Ubud...a town in the middle of the island. Sunyi dari hiruk-pikuk kota. Mat saleh yang tua-tua selalu datang sini. Tenang. Kat sini, sempat la menyinggah ke Mandala Wisata Winara Wana, a monkey park. Yang bestnya, cik Nyet yang ada kat sini jinak-jinak belaka. Pandai posing pulak tu. Heh....(yang bawah ni bukan monyet aaaa....)


Tudiaaa...rambut Mohican's...comel ah!

Haa..kan aku cakap jinak...tak macam kat penang botanical punya monyet, siap gigit orang lagi!


Huhu...selesai satu part...enroute ke Kintamani, we passed through a terrace...sawah yang ditanam bertingkat-tingkat. Kalau dalam buku geografi sekolah menengah ada mention pasal menda alah ni. Kalau dulu kali pertama aku ke Bali takde la nyinggah tempat-tempat camni (maklum la...wanita-wanita yang ada semua nak shopping je....), so this time I took the chance to feel it myself.


Next stop is Kintamani. Sejuk...tanah tinggi katanya. Kat sini ada gunung berapi. Kalau nak makan kat sini, memang cantik. Dari restaurant, boleh nikmati pemandangan yang cantik dalam suasana yang sungguh nyaman. Halal? Husnul zhan je laa...makan sayur-sayuran, telur, tauhu yada yada yada...

Sedang elok aku makan...ada sorang budak ni bersuara...

"Ibu....sate bu...sate babi pun ada juga...."

Pergghhh...kembang tekak dengar....budak-budak ni dari awal dah was-was nak makan. Minum lite-lite je....

Puas berehat kat Kintamani, we proceed to Goa Gajah. A Pura....cantik. Tapi tu la kan...asek ke Pura je...pura pura pura. Lalu kiri ada pura...kanan ada pura, depan ada pura. They are very religious indeed! Pandai-pandai la nak hormat bila datang tempat orang ye! Jangan kutuk (kalau nak kutuk pun dalam hati je laaaa)

Goa Gajah ni terbina lama dah. Ada spring water (tapi untuk mandian raja-raja je ... rakyat yang lain cmane la baunye ek?), ada patung, gajah ada ka? Hahahah.....namanya Goa gajah tapi nggak ada gajah....patung gajah ada laaa.
Lepas ke Goa Gajah dengan sukanya kitorang ke Sukowati (harap maaf..oleh sebab terlalu asek shopping, aku lupa amek gambo....ampunnnnnnnn)


Selesai shopping, we went to Uluwatu tu see the sunset. Aku memang nak tengok benda benda ni. Ada Kecak dance kat situ (tak sior teman nak nengoknye....sebab dah tengok satu masa dulu), so what I did was enjoying the sunset. Sementara menunggu orang habis tengok Kecak..memang aku mengambil masa untuk menghayati pemandangan yang amat cantik. Damai dan menenangkan...

Heh...dah siap tenggelam matahari, Kecak dance pun tamat, time to have dinner. Kat mana? Heh....Jimbaran is well known dengan seafoodnya. So Supir Wayan Dana brought us to one of the seafood reataurant there. Dinner berdepan laut, mengadap ombak sambil makan. Sepanjang-panjang pantai Jimbaran tu penuh dengan restoran. And it's makan time...

Makan apa taktau? Haaa...ni dia Lobster, Cumi-cumi, Udang dan Garupa...masa amek tak hengat mengaut. Sudah tengok bil, pitammmmmmm. Takpa, sekali sekala makan lobster bakar. Bukan hari-hari pun! Ni konsepnya sama macam kat Umbai gak, kita kaut seafood tu, dan dia akan masakkan mengikut selera kita. We have lobster bakar, cumi-cumi celup tepung, buttered prawn and sweet sour garupa. Served with rice, potato and spinach (waiter kat situ kata spinach...aku masuk lam molot..rasa kangkung sehhhh).

Burppp...kenyang. The meal cost is about Rp1 mil. Bahagi 4 orang...lalalalala.....selesai. Balik hotel, terus tido la kan. Letih beb....

bersambung...