
Heh...salam kembali! Raya? Masa untuk saudara-mara sanak-saudara berkumpul bersalam-salaman...yang tua jumpa yang muda, yang kecik jumpa yang besar, yang tak kenal (tak kenal saudara?), dapat la kenal. It's an affair to remember every single year. Banyak benda yang tak dijangka dapat berlaku bila berkumpul ramai-ramai macam ni. As for me, this year is the same with last year. Ye la kan...kalau zaman budak-budak dulu, raya ni time untuk mengumpul koleksi duit raya dari saudara-mara segala, tapi dah besar dan keje lak tu, so time to bagi duit raya la. However, this raya short sikit la budak2 tu! Maklumla kan, bonus takde, gaji awal..nak bertahan sampai ujung bulan 11 ni mampu ke? Nasib la ek! Masing-masing punya rezeki.

Tahun ni jugak sama macam tahun-tahun lepas. Sapa yang salam cium tangan aku baru aku kasik duit. No kirim-kirim. Tak nak ajar anak-anak kecik tu kenal duit aku. Tapi aku nak depa kenal aku. Kalau mak bapak depa nak tarik muka, lantak la. Aku ada prinsip sendiri.

Oh ye..ada jugak kelainan raya tahun ni. This is the very first time aku drive sendiri balik kampung. Selama aku keje ni, guna pengangkutan awam je. Merasa la kejung bontot bawak jauh-jauh. Co-pilot ada...tapi tak harap sangat dia bawak kereta. Makanya aku la membawak Myvinats aku tu balik kampung. Alhamdulillah takde sangkut dalam jem yang super-teruk. Just nice, walaupun kereta banyak tapi within 5 hours dah sampai kampung (sejak-sejak saman berkoyan-koyan ni, insaf dah nak bawak laju-laju).

Hmmm...macam biasa la kat kampung, both of my parents busy prepare anak-anak nak balik beraya. Walaupun selalu balik kampung, tapi normally hari raya is the time for all us untuk balik serentak. Meriah la sikit rumah tu. Sampai je umah pagi Jumaat tu tengok kuih raya dah berbalang-balang. Maklumlah orang dah pencen (kan mama kan?). Tapi, dalam banyak-banyak juadah, wajibnya kat negeri atas angin di utara tu adalah ketupat palas (walaupun aku ni takde la fancy sangat pulut-pulut ni, tapi aku jamah jugak la sebijik dua) Haaa...kau kenal ketupat palas?

Aktiviti raya? Of course Solat Sunat Aidil Fitri. But before that, mohon maaf dengan parents, abang adik segala. Not that formal macam sesetengah orang where the elders duduk atas kerusi then berbaris-baris mintak maaf melutut segala. Tapi my side, just pegi salam, cium tangan, mintak ampun, mintak maaf. That's it. Yang penting semua dapat jumpa, macam the three sisters kat atas ni. Masing-masing dah berkeluarga, duduk sana sini! Untuk hepi-hepi, is during raya time la kan?

Lepas solat, pegi laaaa melawat sedara mara. Tak lupa jugak ke 'rumah' arwah tok dan arwah wan kat belakang masjid. Apa lagi? Makan dan makan dan makan dan makan. Lalala...pantang larang semua tolak tepi. Mana taknya, makanan-makanan yang sensasi semua ada. Hantam dan hantam dan hantam. Sedar-sedar seluar ada sikit ketat. Badan sikit berat, dah kembali menjadi Barney. Rasa la lari-lari atas mesin lari bodo tu dengan gigih lagi pasni!

Penat? Of course penat. Penat drive, penat melawat, penat segala. Tapi harga untuk bersama-sama keluarga? It's priceless.....morale: walaupun hari lain kita liat sangat nak balik kampung, tapi on hari raya, balik la! Lupakan semua rasa marah....be with family. Sementara orang tua masih ada. Bila dah takdak esok, nangis mata darah pun tak dapat depa nak kembali bersama-sama. (chop! kaler baju raya aku cantik tak?)
Hmmm..Hari ni keje, tapi esok aku cuti semula. Nak pi escapade to somewhere! Mana? Kasik preview sikit dah la kot....nanti lepas balik cuti aku buat posting ek!

4 comments:
teringin nyerrrr nak makan ketupat palas tu. msa raya hari tu, jiran sebelah ada beri, dah busy, terlupa plak nak makan.... bo liau! apa pun, raya tahun ni, aku makan sikit sahaja, lebih banyak berceloteh segala. kaler baju kita macam nak dekat sama ek? escapade kat mana? Bali kah???????
[Komen yang di bawa dari previous entry]
Lorrr...mmg la sungai petani tu kat kedah...mana chek tau hang dok kat sungai petani, chek hentam jeak...ingat dok kat peghak...Geografi??? smpai form 3 jea, PMR str8 A, arab pung A ok!!!!
SPM tak amik pung geografi...huhuhhu...
ermmmm...baguih eh...nampak sungguh slim selepas berpuasa, obviously berpuasa dgn bersungguh2!!!...ahakssss!!!!
Mana 'mak ngah'??
bang shidi...
ketupat pasal available on raya only. hehehehe...pasal baju nak sama kaler tu rasa cam ada kimia je kan? kimia? kimia apa tatau? laaariiikkk
wan hidayat
rasanya dalam posting sebelumnya ada tulis pasal sungai petani! lalalalalalala
anon...
mak ngah? pitammmmm!
Post a Comment