Wednesday, October 31, 2007

Taklimat Fasilitator merangkap Mega Reunion

Semalam berpeluang aku menjejakkan kaki kat INTAN Kiara lagi sekali. Tujuan adalah satu, untuk taklimat fasilitator PAC PTD M41 intake 2008 . Kandungan taklimat tu tak perlu la aku huraikan kat sini. Kalau aku boleh pegi PAC tanpa sebarang bantuan dulu, makanya orang lain pun boleh la buat benda yang sama, tak perlu bantuan, tips segala. Jadilah diri sendiri. Ini tak, PTK pun nak soalan bocor, siap buat buku soalan PTK lagi (skim mana taktau? ada kat kedai buku tu PANDUAN PEPERIKSAAN PTK UNTUK G**U). Hahahaha...no offence aaa, sekadar memberikan pendapat!

Pagi semalam, dengan keadaan kelam-kabut gara-gara lewat bangun tido. Nak bertolak konon pukul 7 tapi bangunnya pukul 6.50. Bayangkan jenuh bersiap, seterika baju sambil memberus gigi. Huhuhu...dalam masa 20 minit siap mandi, gosok baju, bersiap berbedak segala, kopi secawan, panaskan enjin kereta. Macam buat running show waktu bergelar kabaret dulu lak rasanya.

Bertolak la menuju ke Kiara bersama Cik Pidah jiran tetanggaku serta Sama-sama Sudin yang jauh datang dari Sabah nun. Sampai pun dah lewat, almost 9, majlis pun dah nak start. Daftar dan terus masuk ke OD untuk dengar opening remarks from Pengarah Bahagian Perkhidmatan JPA. Masuk je OD...pusing kiri, kenal. Pusing kanan, kenal. Muka-muka yang sama waktu DPA 2 tahun lepas. Alahai...ini reunion ka taklimat? Huhuhu...mega rafting konsepnya! Ada Kak Tom, ada Pengguna Bra, ada ramai laaa...meriah sungguh!

Banyak jugak muka-muka baru. Aku ni takde la lama sangat. Ni kali kedua join. Tak macam senior-senior seperti Jorgie dan Kak Jaja. Kan Kak Jaja kan? Sebut pasal Kak Jaja, kali ni Kak Jaja tampil dengan imej Muslinyah dengan berkerudung sempena menyambut Ramadhan dan Syawal (bak kata Fazni Perla laa). Tema fesyen, Jangan Pandang Belakang. Kenapa Jangan Pandang Belakang? Hanya Johari yang mengenal Maniam. Menjadi tumpuan seluruh rakan batch yang datang untuk mendengar taklimat itu. Ternyata Kak Jaja menjadi ikon bagi fesyen yang cuba diketengahkan (Kak Jaja, kau ni jadi Twiggy kat ANTM kah?).

Sepagi membatukan diri kat audi mendengar kaedah-kaedah pelaksanaan PAC ni. Dan mengisi borang untuk tempat bertugas. Kali ni destinasi yang diminta tak termasuk INTURA di Sungai Petani nun gara-gara pengalaman mengendalikan PAC sewaktu blackout. Cek takmau dahhhh....tobat!

Petang, mendengar lagi taklimat pelaksanaan. Kalau pagi, bersekali dengan penilai. Petang pulak untuk para fasi je. Maklum la banyak yang baru. Yang lama pun kena refresh jugak. Benda ni bukan buat hari-hari. Tak gitu? Kat atas ni muka-muka nebes para fasi. Ye la, dengar-dengar ada konsep baru yang nak diperkenalkan. Konsep apa taktau? Konsep pitam kot? Jadinya, masing-masing mempreparekan diri untuk menghadapi situasi pitam. Nak buat CPR ka, nak panggil ambulans ka, dan sebagainya. Zaman aku PAC ada gak public speaking. Tapi aku rasa slambe badak je aku buat safety demo cabin crew kat depan orang ramai. Dan aku heran pasai apa orang takut buat public speaking? Siap gigil-gigil, siap ketar-ketar parkinson bila kena berdiri kat depan. Stage freightkah?


Seharian kat INTAN, abis je taklimat, dapat la surat untuk sapa-sapa yang terpilih untuk sesi 1 bagi PAC ni. Aku dapat jugak, tapi tempatnya? Tunggu....kita tengok la posting nanti! Hiks....pantaikah? atau bukit kah? Mana ek?

Oh ye...untuk calon-calon PAC PTD ni, aku ucapkan selamat maju jaya. Do your almighty! Tak perlu takut, be yourselves. Insya Allah, kalau ada rezeki ada la tu. Satu lagi nak pesan, bila dah selesai PAC tu, jangan la letak jawatan dari kerja yang sedia ada sekarang. Kompem dapat ke yang dok feeling2 nak letak jawatan tu? Baru PAC la...belun interview lagi. Haa..satu lagi? Kau nak tips tak? Kau cari sendiri. Lalalala.....kalau aku boleh buat, kiranya skang ni zaman lebih maju, makanya pesertanya pun akan lebih maju.

11 comments:

syita114 said...

uhuhuh...aku yg takut pitam makkk oiii..manala tau kan...kena sampuk penyakit public speaking calon yg impromptu berkenaan...ingat tau kalo aku pitam hantor cepat2 UH...ok selamat la menjadik fasi esok..hang jgn kekwat2 nooo..

Angah said...

sesungguhnya aku jeles dengan member2 yang sokmo dapat jadi fasi. Aku tak terkear kerja kat opis memang laaaa takkan boleh pegi.

public speaking pun mau pitam kah? ko tolak markah derang muahahaha

Adi Osman said...

syitot

kalau kau yang pitam aku amek air je, pastu aku simbah kat muka kau! senang!


angah

sesungguhnya kitorang pun tak terkejar dengan keje kat pejabat. tapi alang-alang tak terkejar, biar terus tak terkejar. berenti kat pitstop konsepnya!

A.Y.U.N.I.E said...

tariq..lau setakat simbah air takut tak sedar lagik..ko wat ala2 time tentera..lempang jer..ko anggap syita tue zakuan..llaaaaarrriiikkkk

Wanpetunjuk said...

Apa dipolah kitak sampei bangun lewat ya...ngenjengkah???.
Ya sempat gik mok berbedak segala, padah dah lewat...bila kitak sampei miri kelak, kitak blaja lah klaka srawak...ade gik sekoq ya sik pandei klaka srawak walau 2 tahun diam ctok (miri)...

Rush Murad said...

berbedak kah???? ayooooooooo

Adi Osman said...

hoho ayuni....

kalau ala-ala zakuan tu kang jadi cerita Lela Manja la pulak! Aku dah takmo buat drama-drama ganas lagik! Skang pilih watak ala-ala Pasha Panda je. Hiks


dayat...

pandei juak kamek klaka swak. sik hal. mun maok klaka dengan kamek...silakan! hiks.. (matikla orang tu tak paham bahasa...bedak? mesti! grooming nakkkk!


bang shidi

berbedak...letak kat ketiak laa...konsepnya berbedak, tak kisah la letak kat mana pun! kannnn?

Anonymous said...

org sg petani rupanya, sekapal lah kita heheh

Rush Murad said...

dayat - ooooo.... kutuk ek? memang ler aku tak reti cakap bahasa kat sini, pelik sesangat dan konpius. bila cakap sarawak jer, pasti akan terdengar slang indon, coz dah sebati dgn indon bertahun2.... kat sarawak baru 2 tahun...

fendi - pakai bedak kat ketiak???....eeeeeee.... berpeluh2 n melekit, gunalah anti-perspirant deodorant.... dah tu lepas letak bedak, berdebu, so macam mana nak jilat kat situ...oooppsss..... kinky.....

Adi Osman said...

ye jue...aku orang sp! awat tatau? hang naik kapal apa?


abang shidi...

berbedak tu istilah cek untuk bersiap! tak mestinya berbedakkkkk..hah, kan kena bagi penjelasan panjang lebar dah ni. yes, i wear anti perspirant stick. nivea whitening stick precisely, odorless, colorless, apa lagi ek? jilat ketiak? ayoyo....kalau jilat jari tu tahan la lagik! ketiak...errrrrr errrrrrr errrrrrrr........

Anonymous said...

naik kapal api sambil minum kopi cap kapal api huahuahuaaa.....