
Haaaa...kau nampak paspot tu? Bukan sengaja nak menunjuk-nunjuk yang aku ni ada paspot. Since ari raya lepas aku ada cuti terlebih. So, jalan-jalan ke obersi la. Nak tunggu Kerajaan Malaysia bayar ke obersi untuk kursus, dalam mimpi je la gamaknya kalau dok bertapa kat Kementerian Kesihatan ni. Pegawai ramai. Queue pun panjang. Jadi, daripada mengharap bulan yang tak jatuh-jatuh baik aku beli tiket sendiri, jalan sendiri, duit sendiri. Takde orang nak komplen. Kan?

Destinasi? Haaa...tudia, boleh tengok. Sanur? Kat mana tu? Perniagaan makcik ni sungguh berjaya. Boleh tengok senyumannya yang sampai ke telinga tu. Haaa.....kali ni, kita muter-muter ke Bali. Jom jalan-jalan (gaya-gaya Maria Tunku Sabri.....). Meh kita tengok catatan perjalanan ke sana.
Day 1 (Kajang - Denpasar)
My journey to Bali started in the morning together with a few friends of mine. The flight departs at 1300H. Makanya KLIA jadi macam pekan hantu pasal takde orang. Wanna see some actions at KUL, kena waktu pagi dan waktu lewat petang. Tapi kat check-in counter nampak macam ramai je yang terbang ke Bali sekali ngan aku ni. Rasanya kapal penuh kot nanti!

Check-in, and I got my preassigned seat during booking time. And walla...here's my boarding pass. While waiting for the plane to arrive, biasa la kan amek gambo sana sini dan bila kapal terbang sampai je...amek lagi gambo kapal terbang. Awat suka sangat amek gambo kapal terbang ek? (Huh..mengata orang....aku pun 2 kali 5 gak...) Kan Syahir kan? tak caya...tengok gambo kat bawah ni. Sibuk dok belek kamera....


The flight was delayed for quite sometimes due to late incoming flight. Takpe laa..kejap je delaynye. Kalau sampai 3-4 jam tu lain la cerita. Boarding time...and as we can see here, the flight is fully loaded. Most of the passengers are holiday makers like me!


Isk...lapo la pulak. Maklum la kan...terbang tengahari. Here is the meal served on-board. Ok la jugak. Bedal je la ek! The flight took about 3 hours to arrive Denpasar. Lepas menghabiskan masa yang bosan dalam kapal terbang.....tadaaaaaaaa.....

Sampai jugak ke Ngurah Rai....hmm...weather reported clear. Disembark...immigration, luggage collection...and custom. Sambil heret luggage tu, dengan muka slambe aku jalan la lepas kastam. Sedar-sedar kawan-kawan rombongan hilang la pulak. Heh...kena tahan dek kastam. Barangkali keIndonan mukaku itu menyebabkan aku lepas. Lalalala.....Indon kah? (tapi ada gak orang kata muka aku macam orang Jawa Benut - kecik ati tauuuuu)

Hmmm....since harga yang aku bayar tu termasuk hotel, so tak perlu risau pasal tempat nak tinggal. For those yang rasa nak budget, boleh duduk hostel yang ada. However, the place I stayed during my visit there was great. Bali Rani Hotel. Located near to Sogo, at Jalan Kartika Plaza. Not too far from Kuta Beach .


Check-in..time tu dahnak gelap. So hari pertama ni takde la aktiviti sangat. Pusing-pusing preview area Kuta tu. Jalan kaki je. At the same time, try cari supir untuk jalan-jalan muter-muter sepanjang stay tu. Kalau buat Free and Easy tour, memang macam ni la. Dah takmau susah sangat, guna supir yang hotel ada la. Not that expensive, tapi kalau pandai cari, boleh dapat lagi murah. Untuk sehari tour, 9 jam, sewa kereta, supir dan bensen (bensen? besenkah?) Kurang lebih Rp.450,000. (Note: Nak pergi jalan-jalan ke bali, better pergi berempat. Jimat sikit, tapi kalau kaya...lantak laaa!).


Malam dah....penat travel, penat jalan kaki kat Kuta. Tido laa......
Day 2 (Ubud - Kintamani - Goa Gajah - Sukowati - Uluwatu - Jimbaran)Pagi-pagi lagi dah siap-siap nak jalan. Janji dengan Wayan Dana the Supirman nak ke Kintamani. Hmm meh kita tengok aktiviti di hari pertama...
Ubud...a town in the middle of the island. Sunyi dari hiruk-pikuk kota. Mat saleh yang tua-tua selalu datang sini. Tenang. Kat sini, sempat la menyinggah ke Mandala Wisata Winara Wana, a monkey park. Yang bestnya, cik Nyet yang ada kat sini jinak-jinak belaka. Pandai posing pulak tu. Heh....(yang bawah ni bukan monyet aaaa....)

Tudiaaa...rambut Mohican's...comel ah!

Haa..kan aku cakap jinak...tak macam kat penang botanical punya monyet, siap gigit orang lagi!

Huhu...selesai satu part...enroute ke Kintamani, we passed through a terrace...sawah yang ditanam bertingkat-tingkat. Kalau dalam buku geografi sekolah menengah ada mention pasal menda alah ni. Kalau dulu kali pertama aku ke Bali takde la nyinggah tempat-tempat camni (maklum la...wanita-wanita yang ada semua nak shopping je....), so this time I took the chance to feel it myself.


Next stop is Kintamani. Sejuk...tanah tinggi katanya. Kat sini ada gunung berapi. Kalau nak makan kat sini, memang cantik. Dari restaurant, boleh nikmati pemandangan yang cantik dalam suasana yang sungguh nyaman. Halal? Husnul zhan je laa...makan sayur-sayuran, telur, tauhu yada yada yada...

Sedang elok aku makan...ada sorang budak ni bersuara...
"Ibu....sate bu...sate babi pun ada juga...."
Pergghhh...kembang tekak dengar....budak-budak ni dari awal dah was-was nak makan. Minum lite-lite je....
Puas berehat kat Kintamani, we proceed to Goa Gajah. A Pura....cantik. Tapi tu la kan...asek ke Pura je...pura pura pura. Lalu kiri ada pura...kanan ada pura, depan ada pura. They are very religious indeed! Pandai-pandai la nak hormat bila datang tempat orang ye! Jangan kutuk (kalau nak kutuk pun dalam hati je laaaa)


Goa Gajah ni terbina lama dah. Ada spring water (tapi untuk mandian raja-raja je ... rakyat yang lain cmane la baunye ek?), ada patung, gajah ada ka? Hahahah.....namanya Goa gajah tapi nggak ada gajah....patung gajah ada laaa.


Lepas ke Goa Gajah dengan sukanya kitorang ke Sukowati (harap maaf..oleh sebab terlalu asek shopping, aku lupa amek gambo....ampunnnnnnnn)

Selesai shopping, we went to Uluwatu tu see the sunset. Aku memang nak tengok benda benda ni. Ada Kecak dance kat situ (tak sior teman nak nengoknye....sebab dah tengok satu masa dulu), so what I did was enjoying the sunset. Sementara menunggu orang habis tengok Kecak..memang aku mengambil masa untuk menghayati pemandangan yang amat cantik. Damai dan menenangkan...



Heh...dah siap tenggelam matahari, Kecak dance pun tamat, time to have dinner. Kat mana? Heh....Jimbaran is well known dengan seafoodnya. So Supir Wayan Dana brought us to one of the seafood reataurant there. Dinner berdepan laut, mengadap ombak sambil makan. Sepanjang-panjang pantai Jimbaran tu penuh dengan restoran. And it's makan time...



Makan apa taktau? Haaa...ni dia Lobster, Cumi-cumi, Udang dan Garupa...masa amek tak hengat mengaut. Sudah tengok bil, pitammmmmmm. Takpa, sekali sekala makan lobster bakar. Bukan hari-hari pun! Ni konsepnya sama macam kat Umbai gak, kita kaut seafood tu, dan dia akan masakkan mengikut selera kita. We have lobster bakar, cumi-cumi celup tepung, buttered prawn and sweet sour garupa. Served with rice, potato and spinach (waiter kat situ kata spinach...aku masuk lam molot..rasa kangkung sehhhh).


Burppp...kenyang. The meal cost is about Rp1 mil. Bahagi 4 orang...lalalalala.....selesai. Balik hotel, terus tido la kan. Letih beb....
bersambung...
10 comments:
menarik.... yg pi semua jantan ker? tak bawa isteri/awek? restoran atas gunung tu tak halal, kena suruh supir tu turun bawah sikit, ada big Minang restaurant not far... sedap plak tu. Gua gajah tu, because ada batu berbentuk kepala gajah kat dalam tu, depa siap bungkus kain and letak colok etc, tak jumpa kah? tak mahal sgt ler upah supir for 1 day trip... not bad. kat Jimbaran tu pun kena hati2, coz ada jual seafood and babi panggang sekali, depa panggang kat grill yg sama.... i ni bila lah nak pi Bali lagi ek? semenjak duduk Miri ni, tak jejak Bali... if not almost every year pi sana... pasai apa??? ehehemmmmmmm.........
bang shidi...
semua jantan katanya. kalau ada pompuan alamatnya kat sukowati tu sangkut 5 jam...tak leh la g tempat lain! hiks....
pasal makan tu...mekdonel, kfc, pizza hut, a&w semua ada...and all serve rice to customers....
cilanat ko..bwk pomp leh sangkut 5 jam pasal abih bersoping le kan?
ko naik qatar airways?? murah dr air asia ke?
welocme backkkkkkkkk ler ye
kak red..
yeee...betollll kalau bawak pomp sah sah sangkut. tapi kalau kak red aku tak tau la cmane kan? sehari kah? sejam kah?
qatar airways offers the cheapest airfare to denpasar...
bali???...tak lama akan sampai kat sana..kalu bukan sorang2..pastinya berdua....ahakssss....
papepun...menarik cite perjalanan ke bali walaupun tak segah vasco da gama and ibnu battutah!!!
wan hidayat...
enjoy your stay there nanti! berdua? dengan sapa tatau? lalalalala.....
neway...i'm linking your blog to mine...permisi ya mas...
dengan my twin lah...mana ade org lain lagi yang boleh teman....hukhukhuk
better gi berempat...nyewa kenderaan pun murah. kalau berdua tu macam berat je nak kuarkan duit. tapi kalau banyak duit macam tepak sireh takpe..sorang pun boleh...lalalalalalarrrrriiikkkkk
fendi - wahhh mengata aku ler ekkk??? memang ler i travel sorang2, tapi bila dah sampai lokasi, harus lah dengan beberapa orang.... orgy kah?
wan - u bawa ur twin? nak join sekali boleh? i jadi tour guide for u, free jek... jgn macam fendi, pergi senyap2, tak nak ajak...urgghhh.... menci!
bang shidi...
tak mengata pun....bagi statement je!
hmmm....tak ajak? sape kate tak ajak? dia yang dah beli tiket ke apreka tu, takde ajak pun! lalalalalala......
Post a Comment