Tuesday, September 25, 2007

Tag : Tentang Raya dan Puasa

Asyik kena tag je. Huhu...tapi sebab takmo menghampakan peminat kan, jadi aku menjawab la persoalan yang dikemukakan di dalam tag itu. Kali ni aku ditag oleh si Aril. Oleh sebab sekarang ni bulan Remdan (pronounce cara Saloma) dan Syawal pun dah nak dekat, makanya tajuk posting kali ni memang berkisarkan soalan-soalan yang seumpama itu lah.

Soalan 1

Sejak bila anda mula berpuasa penuh??

Seingat aku, mula aku berpuasa penuh start umo 10 tahun kot. Puasa penuh ni kiranya yang tak curi minum air kolah kat bilik air kan? Huhuhu...kalau termakan kueh tat hangus yang mama dok bakar tu cmane lak kiranya ek?

Hmmm...ni wajah waktu terkelepek sempena hari pertama posa. Huhu...lapo lapo lapo (hallahai, kurang pahle posa)


Soalan 2

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??

Pantang tok nenek aku ponteng posa neh. Waktu mula blajar puasa penuh dulu takut nak ponteng pasal kalau ponteng nanti duit raya dapat sikit je. Jadi soalan ni mudah je la jawabnya; tidak!

Tapi, adapun satu hari sewaktu berkhidmat di San Francisco Coffee cawangan Midvalley itu perutku meragam; dan terpaksa la aku buka puasa pasal nak makan ubat. Ni tak kira ponteng kan? Buka pasal sakit! Kalau ponteng tu sengaja tak posa tanpa alasan yang konkrit!


Soalan 3

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??

Bukan setakat bunga api dan mercun, malah meriam karbait juga aku main waktu duduk di kampung bersama Arwah Tok dulu. Sampai kena hambat dengan lerang nyoq (cuba cari apa maksud lerang nyoq ini). Tapi dalam banyak-banyak kenangan tu, main mercun katak kaler ijau tu sambil memasukkan mercun itu ke dalam mulut seekor katak dan diletupkan sampai katak tu hancur memang cukup menyayat hati laaa....nakal jugak aku kecik-kecik dulu ek?


Soalan 4

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??

Rhinoceros Dumplings (a.k.a Chubadak@Cucur Badak). Kue ini sesungguhnya menjadi kegemaranku dari kecik sampai la sekarang. At one time, ada aku pernah sebat 12 bijik kue ini dalam satu masa. Huhuhu...kesan dari itu, Arwah Tok memang akan mengasingkan sepinggan kue badak untuk aku sorang dalam bekas yang lain. Keh keh keh....


Soalan 5

Lagu raya manakah yang anda suka??

Sudah semestinya lagu Saloma...

"di masa, bulan Remdan...kita berpuasa hingga sebulan...."
Lagu-lagu raya sekarang ni tah hape-hape....hat dulu jugak yang best!


Soalan 6

Tahun ini anda beraya di mana??

Soalan hape neh? Sah-sah la aku raya kat umah mak bapak aku kat Sungai Petani itu. Sementara mak bapak masih ada ni, balik la beraya dengan depa. Dah depa takdak sok takkan la baru teringat nak balik beraya kat kampung kot? Appparaaaa?


Soalan 7

Pernahkah anda bertugas di hari raya??

Pernah. That was in the year 2002, orang pagi-pagi pegi semayang, aku terhegeh-hegeh bersiap-siap nak pegi keje. Boleh? Kerja tang mana tatau? Syyy......heret beg kah? Bancuh kopi kah? Atau beruniform kah? Teringat kat kawan aku yang sorang tu, pagi raya orang pegi masjid, dia pagi raya tunggu pickup depan rumah....kesian kawan aku tu! (Kan Senah kan?).


Soalan 8

Apakah kenangan paling manis di hari raya??

Ni lagi satu, awat soalan lagu ni haa? Dah beraya tu sah-sah la gembira. Paling manis? Aku rasa semuanya manis-manis belaka. Hmmm...berjaya pun aku tamatkan soalan-soalan ni. Nak tag sapa pulak ek? Mari mari mari....orang-orang bertuah itu termasuklah Kak Red; Tepak Sireh; Muzindayanti Retno Dumillah; Sukeler Gina Marna; Dinasourtra Adikku; Kak Eton Wani; Yusman Life is Great; dan Angah I Myself Me. Selamat menjawab ye!

Monday, September 24, 2007

Iftar PPTD @ KIARA

Last Friday I managed to squeeze my time to go and berbuka at KIARA. The Iftar was organized by PPTD, and it was open to all PPTD members. Sebenar-benarnya malas nak pegi, then tetibe je KSU bising (menurut kataKPSU(GS) why? why? why?) sebab takde orang dari KKM yang sudi hadir, makanya aku dengan rela hati pegi (makan free kan?)

This time, Syahir Nasir and Hansuari joined me. Pepaham la kan, traffic hari Jumaat memang ada shikit azab tapi boleh laaa....dapat jugak sampai KIARA dalam masa yang agak cepat. Siap boleh singgah Hartamas segala. Kan Hansuari kan? Since bercar-pool dengan orang ramai, merasa la duduk kat belakang sambil menikmati pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan. Indah kah?


Pandangan sisi, seorang Hansuari sedang memandu kereta. Nak letak gambo depan, rasanya nanti dia tuntut royalti pulak. Almaklumlah, blog aku ni apa la sangat jika nak dibandingkan dengan page yang menayangkan mukanya itu.

Hmm...sampai di KIARA, dapat la jumpa a few friends of mine, seperti Incik Bikini Bottom, Incik AdiSukasuki, Incik itu, Incik ini, Puan itu, Puan ini, Sharilalala...dan sebagainya. Walaupun Putrajaya ni sekangkang kera je, tapi memang la payah sangat nak jumpa rakyat sekelian. So, this opportunity is good to sembang-sembang (sembang je...nak Joyah tak bley, kurang pahala posa).

Dari machai kasta terendah dalam servis, hinggalah tahap dewa-dewi termasuklah KSN sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Aku suka gambar kat atas ni daripada banyak-banyak gambar tetamu yang aku snap. Cuba lihat dengan teliti wanita berjubah coklat dan berjubah hitam itu, apakah yang dibuat?

Petikan dialognya berbunyi lebih kurang begini la kot gamaknya;

"Kak Tom....mana beli gelang ni?"

"Ni haa...ari tu Kak Tom pegi Brazil Jenab oii...sempat laa karau gelang Copacabana ni, murah..beli 1 percuma 5"

"Iye Kak Tom?"

"Iye Jenab oii...jangan kau tak tau, sarat beg akak memborong kat Brazil nun...."

p.s.: dialog di atas sekadar hiburan semata-mata.

Kisahnya, gitu la gayanya menyembang bila lama-lama sekali jumpa. Hmm...bayangkan nanti zaman-zaman aku dan rakan-rakan 334ku sudah menginjak usia kertu, cmane laaaa ye? Sekarang ni, kenangan kat DPA pun ada dok cerita lagi, in 30 years time, tak mustahil cerita yang berlaku waktu DPA akan masih diceritakan.

Jadinya, apa menu hari ini ya?Tadaaa....satay dan kambing golek, ni hidangan wajib di KIARA kalau ada majlis berbuka puasa. Tapi tahun ni kelibat lori Restoran Syed Briyani Bukhara tak pulak kelihatan. Barangkali Pengarah INTAN dah bertukar, makanya selera pun bertukar la kot. Besides, tahun ni ada Kebab, Kueteow, Nasik Minyak, Mihun Sup, Kue-kue melayu and special appearance ABC Mamak, served fresh from the van.

Heh...sampai kat Anjung Kasturi KIARA tu, tengok kat kerusi dah penuh dengan beg-beg galas. Sapa punya taktau? Tengok manusia-manusia bernametag putih takde. Sah laaa diorang punya ni. Isk...zaman aku jadi kadet dulu (walaupun 2 tahun lepas saje), kitorang yang bernametag putih ni kena dok tepi je, pose pose cantik. Nak duduk kat meja bulat? Nehi nehi...kena dahulukan tetamu yang hadir. Tapi nampaknya budaya dahulukan tetamu itu mungkin dah dirombak, ataupun memang tak paham bahasa. Hiks..no offense la ek.

Ada gak dari kalangan depa yang komplen katanya tak dapat makan kenyang pasal orang ramai. Haaaa....ni yang aku pantang, kalau datang majlis cenggini, makan tu nombor 2, yang utama adalah jumpa kawan-kawan dan buat networking. Tak kisah la, walaupun salam dan hello, tapi cukup la untuk kenal antara satu sama lain. Tak gitu Kak Tom....?

Masuk waktu buka je...huhu melantak la apa lagi. Lantak, lantak, lantak dan lantak sampai tak sedar tali pinggang putus. (Kan Hansuari kannnn? Sapa tatau yang putus tali pinggang tu?). Huhuh....udah udah la tu, time to go home....

Wednesday, September 19, 2007

Tak Habis-habis

Hari baik bulan baik ni patutnya kurangkan la keplastikan sesama manusia tu, tapi kat opis aku ni makin lain pulak jadinya. Kisah gajah sama gajah bergaduh tu makin hangat, dan pada aku takkan berkurang sampai la salah seorang tewas.

Hari ni tatkala aku mengadap salah seorang dari mereka membincangkan pasal pelaksanaan mesyuarat Sasaran Kerja Tahunan 2008 yang terpaksa aku reschedule semula gara-gara Family Day BSM yang tak berapa nak jadi tu, terpaksa aku menadah telinga dengar kisah orang yang tak buat kerja seperti yang diarahkan (ni apa yang aku dengar la, tapi apa yang aku perhati lain pulak).

"Sebab hari keluarga tak jadi saya kena reschedule balik la puan mesyuarat SKT kita..."

"Ye lah...nampaknya tahun ni takde la hari keluarga. Ni la kisahnya kalau buat kerja last minit. Dari awal lagi saya dah suruh buat tapi bulan 9 baru nak mula kerja..."

Tetap jugak nak salahkan yang sorang lagi tu tak buat kerja. Tapi kalau dia nak salahkan yang sorang lagi tu, maksudnya orang-orang dibawah naungan sorang lagi tu kena la dipersalahkan jugak. Yang sorang lagi tu tetap nak di "kambing hitam" kan.

Baa baa black sheep have you any wool...matila nyanyi lagu tadika...

Masalah sangat ke? Berat ke kalau kena cakap tak suka directly? Ni kaedahnye kitorang lak jadi messenger. Tapi messenger, ada ke berani nak cakap kat yang sorang lagi tu? Kang kecik ati. Ye la kan, kalau sama-sama belajar, then makan sepinggan, minum secawan, berak sejamban (ada ke perumpamaan ni?), tetap jugak tak berani. Belakang kutuk, depan manis sangat mulut. Macam kata sorang manusia tu...

"dah jadi macam Dr Hekyll and Mr Jyde" kan kan kan? Macam ada konflik personaliti kat sini. Jelas sekali menunjukkan ketidakprofesionalan. Let me put all that in one word, CHICKEN!

Hmmm...tadi waktu aku nyembang-nyembang kat bawah, ada jugak cadangan untuk aku meletakkan password kat blog aku ni sebab takut-takut tersebar kat tangan yang tak sepatutnya. Terus terang aku hargai apa yang dicadangkan. As for me, sekali lagi aku tekankan, ni blog aku untuk aku meluahkan apa yang aku rasa, apa yang aku lihat, apa yang aku alami jadi tak perlu aku nak tutup. I have my own stand. So....terpulang kepada pembaca nak menilai. Sapa makan cili dia yang rasa pedas. Sama la konsepnya, sapa yang pegang babi dia la yang kena samak. Huhuhu....

Cukup la hari ni, makin panjang aku tulis makin kurang pahala puasa aku. Ya Allah...tolong la aku menghadapi situasi ni....Amin

Thursday, September 13, 2007

Gempa Di Awal Puasa

Gempa Bumi 13 September 2007

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 skala richter telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 7.49 pagi 13 September 2007. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 3.0 selatan longitud 101.0 timur, 584 km dari barat daya Johor Bharu, Johor.

sumber dari: Jabatan Meteorologi Malaysia

Haaa...hari ni hari pertama puasa. Alhamdulillah pagi-pagi tadi selamat aku bersahur dengan sebijik kurma dan air. Nak makan heavy-heavy, dah tak mampu pasal malam sebelumnya memang aku dah sumbat segala. Lagipun orang kata badan dah sikit barney! Huhuhu....

Pagi ni dengan lalok lalok dan pening-pening lalat, aku masuk la ke pejabat. Dugaan sungguh kat pejabat ni, suasana yang sungguh sejuk akan memudahkan perasaan lapar tu datang. Ujian..apa nak buat kan. Hari ni sampai awal la sikit. Dalam kul 7.40 gitu. Macam biasa, punch in, start PC dan browse the internet sambil layan lagu ala2 padang pasir (puasa la kononnya - ni satu lagi mentaliti some people, asal puasa kena layan nasyid, lagu ala2 arab)

Belek la segala apa yang patut and suddenly aku rasa macam naik kuda pulak. Ingat lalok. Diam kejap, selang 2-3 secs. pastu gegar lagi. Hah...terus aku lari keluar bilik.

"Gegar ni gegar ni.....keluar jom"

"Ha ah la encik...gegar ni..."


Berbondong-bondong la pakat keluar. Yang bongoknye, dah tau gegar, lagi mau tekan lif (aku la tu....dan tetap naik lif). Tak dan pulak nak capai kamera segala. Kalau tak sasah laaaa boleh aku amek gambo suasana yang berlaku itu. Sampai kat bawah tengok tak bape ramai orang lagi. Then...after a few minutes beramai-ramai dari E7 tu turun. Tengok ada Tan Sri DG, ada Dato' KSU, ada TKPK, ada TKSU segala. Sah la aku tak mamai.

Note: Kalau bangunan gegar, jangan guna lif untuk turun. Bahaya! Elok kiranya membakar kalori yang sedia ada berlipat-lipat di perut itu dengan menuruni tangga. Tapi kalau takde tangga, cari la slide macam kat bawah ni.

Tapi mampukah untuk sliding dari tingkat 13? Nak cari pintu kecemasan lagi, nak gelembungkan pelampung keselamatan lagi (keh keh keh, cabin crew la pulak...). Well, itu antara lesson yang kita kena belajar waktu kecemasan. Evacuation, leave all personal belongings. Toksah dok kira kerja tak save lagi ke apa ke...just keluar. Tadi ada gak kawan2 yang gigih wat keje, bila gegar tak turun. Dok melekat kat seat siapkan kerja

Kiranya kalau depa ni pi BTN, sah-sah la dapat cemerlang pasal mendahulukan negara, kitorang ni pulak kiranya macam kena bambu dengan fasilitator la pasal mementingkan diri sendiri! (Laariiikkkkk). Hmm...cukup la untuk hari ni. Aku teringin la nak ke PARAM Sungai Besi petang ni. Teringat nasik arab restoran rose tu...murah, lazat dan banyak! Huhuhu....kurang plak pahala posa....

Wednesday, September 12, 2007

Ramadhan Al Mubarak


Untuk pembaca-pembaca budiman, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada anda semua. Mohon ampun dan maaf andainya tulisan saya di dalam blog ini mengguriskan hati anda. Biasa la kan, tak tumbuh tak melata, kalau tak sungguh saya tak kata. Jadi, siapa yang makan cili dia la yang rasa pedasnya.

Walaubagaimanapun, bersempena dengan bulan Ramadhan ini, blog ini akan terus bersiaran seperti biasa. Takkan la bulan puasa, blog aku pun nak freeze dak?

Tuesday, September 11, 2007

Pegawai Dokumen Paksarela

Adapun hujung minggu yang lepas aku berkampung kat Quality Hotel Shah Alam untuk menyiapkan urusan dokumentasi ISO yang tertunggak sejak beberapa bulan yang lalu gara-gara tarikh bos aku yang sentiasa penuh. Kalau dah appoint wakil pengurusan tu, tolong la percaya. Ini tidak, tetap nak celah bedah. Nak jugak tengok. Takut pemusatan kuasa katanya. Entah la labu. Tak kisah la, janji majlis dah selesai. Kerja aku kira dah boleh aku katakan langsai untuk bahagian pertama. Ada lagi beberapa bahagian yang kena selesaikan termasuklah urusan audit dalam, urusan pendaftaran dengan SIRIM, dan bermacam-macam urusan yang berkaitan dengan ISO ini.

Macam aku dah pernah kata sebelum ni, mana-mana tempat aku pegi, mesti aku yang jadi mangsa keadaan buat ISO. Ni kali ke-4 aku terlibat dengan ISO. Kali pertama dan kedua, dokumentasi saja. Yang buat flow chart, yang buat segala mak nenek menulis tu. Kali ketiga kat Kem SB, audit. Yang ni aku suka pasal kejenye mencari salah orang je. Hiks. Dan kali ni kali keempat, tanggungjawab yang makin besar aku pegang. Pegawai Dokumen. Kau tak nanges dengar bila kene appoint jawatan yang cam lahanat ni? Apa nak wat, terima salah tak terima lagi salah. Terima je la dengan rela walaupun dipaksarela. Huhuhu...

Dekat dalam bengkel tu macam-macam aksi la yang boleh aku tengok. Ada yang blur, 0% knowledge, dan ada yang dah advance. Yang blur tapi belagak pandai pun ada. Sudahnya bila aku letak soalan perangkap, mau meraba-raba cari jawapan. Bukan niat aku nak bodohkan dia tapi memang dia tu nak membodohkan diri sendiri. Jeng jeng jeng...Akak Bini Popeye (rujuk posting aku pasal NAMAKU KHAIRUL NAJWA sebelum ni) kali ni rasa la kena lazer dengan aku. Dan...aku amatla berpuas hati. Sebabnya paku buah keras dah dipulangkan. Dia bagi sebijik, aku smash dengan gumbiranya. Pedulik laa...hahaha...

Meh kita tengok aksi-aksi orang BSM kat bengkel tu....

Mesranya...mesrakah? Baju tona warna yang lebih kurang sama, tapi adakah hati mereka terkandung hasrat yang sama? Plastik....dan sangat la DQ.


Alahai gigih la pulak. Renung-renung laptop tu ayoyo..yang ni memang aku tabik la. Sampai nak terkeluar bijik mata dia renung. Meticulous sungguh.

Haaa..hat ni pulak waktu pagi hari sabtu tu, semua gigih buat keje. Tapi kan, korang perasan tak ada tangan yang macam menaip tapi takde laptop pun depan dia. Halimunan kah?

Hahaha, ni acara berlakon depan jurugambar. Walaupun laptop takde tapi tetap jugak in mood. Gamaknye dia belajar dengan Tyra Banks kot? Hmm...harapan aku semoga ISO ni berjalan lancar dan by end of this year, dapat la pensijilan sebagaimana yang diharapkan.

p.s.: jiran baru dah masuk, tapi student UKM. Orang Acheh, terus beli rumah tu. Huhu....syukur sebab dia tak Joyah.

Wednesday, September 05, 2007

Kak Joyah? Dah Takde.....

Huiyoo....sudah lama aku tak update blog ini. Lantaran kesibukan kerja, menjaga pameran di PWTC sempena dengan kemerdekaan ke 50 Malaysia. Pameran? Ok laaa kot, walaupun boleh aku katakan yang mengunjungi pameran pada hari pertama itu adalah peserta pameran itu sendiri, tapi boleh laaa....ala ala jiran sebelah datang melawat booth aku, kemudian aku pulak pegi melawat booth jiran. Haaaa...boley?

Dan juga kesibukan aku mengulangkaji sukatan pelajaran untuk mengulang peperiksaan PTKku yang terkandas dalam siri pertama yang lalu. Soalan? Usah ditanya. Jawab memang boleh jawab. Tapi betul atau tidak tu yang menjadi persoalan sekarang. Semoga PTK kali ni membawa sinar harapan kepada hidupku, tobat takmau repeat dah....

Sesungguhnya hari ni tatkala aku nak memanaskan enjin Myvinats untuk bergerak ke tempat kerja, aku perhatikan rumah di hadapan tempat parkir keretaku itu. Dan...sungguh mengejutkan apabila kudapati langsirnya sudah ditanggalkan, barang-barang perabot sudah dikeluarkan dan rumah itu menjadi kosong dan lengang. Hahaha...Kak Joy dah pindah keluar dari rumahnya. Hip hip...hurray....Gembira tidak terkata. Mungkin hadiah sempena menyambut bulan Ramadhan ini kot.

Harapan untuk kali ni, tiada lagi Kak Joy yang akan membelenggu hidupku sehari-harian. Walaupun dia takde mengepoh sejak-sejak insiden pem'fire'an peringkat tertinggi suatu masa dulu, tapi jelingan matanya yang bagaikan helang mencari mangsa itu cukup menyebabkan darah aku ni mendidih (ish....sukat guna termometer kah?). Tadi konon terasa amat malas nak datang kerja sebab dah lama aku menghilangkan diri dari pejabat. Tapi lepas aku menyaksikan rumah Kak Joy dah kosong, iklan UNTUK DIJUAL pun dah dicabut, terus mood aku bertukar serta merta menjadi seorang yang ceria. Hik hik....

Aku jugak bermohon kepada Allah Subhanahuwataala supaya jiran yang bakal menggantikan Kak Joy itu tidaklah kepoh seperti Kak Joy. Sampaikan setiap pergerakan orang semua dia nak amek tau. Semoga dengan kehilangan ini aku akan lebih bahagia bermastautin di Kajang Utama itu. Amin....