Wednesday, September 19, 2007

Tak Habis-habis

Hari baik bulan baik ni patutnya kurangkan la keplastikan sesama manusia tu, tapi kat opis aku ni makin lain pulak jadinya. Kisah gajah sama gajah bergaduh tu makin hangat, dan pada aku takkan berkurang sampai la salah seorang tewas.

Hari ni tatkala aku mengadap salah seorang dari mereka membincangkan pasal pelaksanaan mesyuarat Sasaran Kerja Tahunan 2008 yang terpaksa aku reschedule semula gara-gara Family Day BSM yang tak berapa nak jadi tu, terpaksa aku menadah telinga dengar kisah orang yang tak buat kerja seperti yang diarahkan (ni apa yang aku dengar la, tapi apa yang aku perhati lain pulak).

"Sebab hari keluarga tak jadi saya kena reschedule balik la puan mesyuarat SKT kita..."

"Ye lah...nampaknya tahun ni takde la hari keluarga. Ni la kisahnya kalau buat kerja last minit. Dari awal lagi saya dah suruh buat tapi bulan 9 baru nak mula kerja..."

Tetap jugak nak salahkan yang sorang lagi tu tak buat kerja. Tapi kalau dia nak salahkan yang sorang lagi tu, maksudnya orang-orang dibawah naungan sorang lagi tu kena la dipersalahkan jugak. Yang sorang lagi tu tetap nak di "kambing hitam" kan.

Baa baa black sheep have you any wool...matila nyanyi lagu tadika...

Masalah sangat ke? Berat ke kalau kena cakap tak suka directly? Ni kaedahnye kitorang lak jadi messenger. Tapi messenger, ada ke berani nak cakap kat yang sorang lagi tu? Kang kecik ati. Ye la kan, kalau sama-sama belajar, then makan sepinggan, minum secawan, berak sejamban (ada ke perumpamaan ni?), tetap jugak tak berani. Belakang kutuk, depan manis sangat mulut. Macam kata sorang manusia tu...

"dah jadi macam Dr Hekyll and Mr Jyde" kan kan kan? Macam ada konflik personaliti kat sini. Jelas sekali menunjukkan ketidakprofesionalan. Let me put all that in one word, CHICKEN!

Hmmm...tadi waktu aku nyembang-nyembang kat bawah, ada jugak cadangan untuk aku meletakkan password kat blog aku ni sebab takut-takut tersebar kat tangan yang tak sepatutnya. Terus terang aku hargai apa yang dicadangkan. As for me, sekali lagi aku tekankan, ni blog aku untuk aku meluahkan apa yang aku rasa, apa yang aku lihat, apa yang aku alami jadi tak perlu aku nak tutup. I have my own stand. So....terpulang kepada pembaca nak menilai. Sapa makan cili dia yang rasa pedas. Sama la konsepnya, sapa yang pegang babi dia la yang kena samak. Huhuhu....

Cukup la hari ni, makin panjang aku tulis makin kurang pahala puasa aku. Ya Allah...tolong la aku menghadapi situasi ni....Amin

7 comments:

Wanpetunjuk said...

Ermmm...mcm2 kan dugaan bulan pose nih, sabor ek...biarkan manusia yang begitu dengan keadaan begitu....

selamat berpuasa, berbuka dan bersahur....

Adi Osman said...

slamat buke jugek....

thanks for visiting my blog

Anonymous said...

kalau nak letak password jgn lupa bagi kat i jugek ye..

crushhio

Adi Osman said...

hahahhaha

ada jugek menjengah ye? hahahahha

Rush Murad said...

kambing hitam tu di akiqahkan ajer.....

Adi Osman said...

hayooo mau kekah ke bang?
i tak makan kambing cmane?

Anonymous said...

You got the most wittiest crackiest perumpamaan ever! kalau lah DBP luluskan... what shall happen, I wonder...