This time, Syahir Nasir and Hansuari joined me. Pepaham la kan, traffic hari Jumaat memang ada shikit azab tapi boleh laaa....dapat jugak sampai KIARA dalam masa yang agak cepat. Siap boleh singgah Hartamas segala. Kan Hansuari kan? Since bercar-pool dengan orang ramai, merasa la duduk kat belakang sambil menikmati pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan. Indah kah?
Pandangan sisi, seorang Hansuari sedang memandu kereta. Nak letak gambo depan, rasanya nanti dia tuntut royalti pulak. Almaklumlah, blog aku ni apa la sangat jika nak dibandingkan dengan page yang menayangkan mukanya itu.
Hmm...sampai di KIARA, dapat la jumpa a few friends of mine, seperti Incik Bikini Bottom, Incik AdiSukasuki, Incik itu, Incik ini, Puan itu, Puan ini, Sharilalala...dan sebagainya. Walaupun Putrajaya ni sekangkang kera je, tapi memang la payah sangat nak jumpa rakyat sekelian. So, this opportunity is good to sembang-sembang (sembang je...nak Joyah tak bley, kurang pahala posa).
Dari machai kasta terendah dalam servis, hinggalah tahap dewa-dewi termasuklah KSN sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Aku suka gambar kat atas ni daripada banyak-banyak gambar tetamu yang aku snap. Cuba lihat dengan teliti wanita berjubah coklat dan berjubah hitam itu, apakah yang dibuat?
Petikan dialognya berbunyi lebih kurang begini la kot gamaknya;
"Kak Tom....mana beli gelang ni?"
"Ni haa...ari tu Kak Tom pegi Brazil Jenab oii...sempat laa karau gelang Copacabana ni, murah..beli 1 percuma 5"
"Iye Kak Tom?"
"Iye Jenab oii...jangan kau tak tau, sarat beg akak memborong kat Brazil nun...."
p.s.: dialog di atas sekadar hiburan semata-mata.
Kisahnya, gitu la gayanya menyembang bila lama-lama sekali jumpa. Hmm...bayangkan nanti zaman-zaman aku dan rakan-rakan 334ku sudah menginjak usia kertu, cmane laaaa ye? Sekarang ni, kenangan kat DPA pun ada dok cerita lagi, in 30 years time, tak mustahil cerita yang berlaku waktu DPA akan masih diceritakan.
Jadinya, apa menu hari ini ya?
Ada gak dari kalangan depa yang komplen katanya tak dapat makan kenyang pasal orang ramai. Haaaa....ni yang aku pantang, kalau datang majlis cenggini, makan tu nombor 2, yang utama adalah jumpa kawan-kawan dan buat networking. Tak kisah la, walaupun salam dan hello, tapi cukup la untuk kenal antara satu sama lain. Tak gitu Kak Tom....?
Masuk waktu buka je...huhu melantak la apa lagi. Lantak, lantak, lantak dan lantak sampai tak sedar tali pinggang putus. (Kan Hansuari kannnn? Sapa tatau yang putus tali pinggang tu?). Huhuh....udah udah la tu, time to go home....
5 comments:
v funny short scene... shian kak tom ngan kak Jenab...bila agaknya nak gi mintak amupun nih...iskh iskh iskh...anyway, kak tom cakap gelang tu beli kat habib jewel jer... brazil trip tu gimik jer...
hahaa...tak tahan siot..skrip kak tom ngan kak jenab..nasib baik ko tak letak nama joyah..
mira and ayuni,
nak letak nama bedah, senah, joyah tu kene kasik banyak korum baru leh guna. ni ada 2 orang je...kak tom ngan jenab la sedap sikit kot! uhuhuhu
kalau encik affendi nak tau, yg berjubah brown tu la SUB Bhg. Kewangan, KKDN. hehehe...
Pat Crew
Saya tawu...jumpa dia waktu Food Tasting Diner PPTD kat Marriot ari tu. Pasal tu tawu citer dia pi Brazil segala....huhuhu
Post a Comment