Tuesday, September 25, 2007

Tag : Tentang Raya dan Puasa

Asyik kena tag je. Huhu...tapi sebab takmo menghampakan peminat kan, jadi aku menjawab la persoalan yang dikemukakan di dalam tag itu. Kali ni aku ditag oleh si Aril. Oleh sebab sekarang ni bulan Remdan (pronounce cara Saloma) dan Syawal pun dah nak dekat, makanya tajuk posting kali ni memang berkisarkan soalan-soalan yang seumpama itu lah.

Soalan 1

Sejak bila anda mula berpuasa penuh??

Seingat aku, mula aku berpuasa penuh start umo 10 tahun kot. Puasa penuh ni kiranya yang tak curi minum air kolah kat bilik air kan? Huhuhu...kalau termakan kueh tat hangus yang mama dok bakar tu cmane lak kiranya ek?

Hmmm...ni wajah waktu terkelepek sempena hari pertama posa. Huhu...lapo lapo lapo (hallahai, kurang pahle posa)


Soalan 2

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??

Pantang tok nenek aku ponteng posa neh. Waktu mula blajar puasa penuh dulu takut nak ponteng pasal kalau ponteng nanti duit raya dapat sikit je. Jadi soalan ni mudah je la jawabnya; tidak!

Tapi, adapun satu hari sewaktu berkhidmat di San Francisco Coffee cawangan Midvalley itu perutku meragam; dan terpaksa la aku buka puasa pasal nak makan ubat. Ni tak kira ponteng kan? Buka pasal sakit! Kalau ponteng tu sengaja tak posa tanpa alasan yang konkrit!


Soalan 3

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??

Bukan setakat bunga api dan mercun, malah meriam karbait juga aku main waktu duduk di kampung bersama Arwah Tok dulu. Sampai kena hambat dengan lerang nyoq (cuba cari apa maksud lerang nyoq ini). Tapi dalam banyak-banyak kenangan tu, main mercun katak kaler ijau tu sambil memasukkan mercun itu ke dalam mulut seekor katak dan diletupkan sampai katak tu hancur memang cukup menyayat hati laaa....nakal jugak aku kecik-kecik dulu ek?


Soalan 4

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??

Rhinoceros Dumplings (a.k.a Chubadak@Cucur Badak). Kue ini sesungguhnya menjadi kegemaranku dari kecik sampai la sekarang. At one time, ada aku pernah sebat 12 bijik kue ini dalam satu masa. Huhuhu...kesan dari itu, Arwah Tok memang akan mengasingkan sepinggan kue badak untuk aku sorang dalam bekas yang lain. Keh keh keh....


Soalan 5

Lagu raya manakah yang anda suka??

Sudah semestinya lagu Saloma...

"di masa, bulan Remdan...kita berpuasa hingga sebulan...."
Lagu-lagu raya sekarang ni tah hape-hape....hat dulu jugak yang best!


Soalan 6

Tahun ini anda beraya di mana??

Soalan hape neh? Sah-sah la aku raya kat umah mak bapak aku kat Sungai Petani itu. Sementara mak bapak masih ada ni, balik la beraya dengan depa. Dah depa takdak sok takkan la baru teringat nak balik beraya kat kampung kot? Appparaaaa?


Soalan 7

Pernahkah anda bertugas di hari raya??

Pernah. That was in the year 2002, orang pagi-pagi pegi semayang, aku terhegeh-hegeh bersiap-siap nak pegi keje. Boleh? Kerja tang mana tatau? Syyy......heret beg kah? Bancuh kopi kah? Atau beruniform kah? Teringat kat kawan aku yang sorang tu, pagi raya orang pegi masjid, dia pagi raya tunggu pickup depan rumah....kesian kawan aku tu! (Kan Senah kan?).


Soalan 8

Apakah kenangan paling manis di hari raya??

Ni lagi satu, awat soalan lagu ni haa? Dah beraya tu sah-sah la gembira. Paling manis? Aku rasa semuanya manis-manis belaka. Hmmm...berjaya pun aku tamatkan soalan-soalan ni. Nak tag sapa pulak ek? Mari mari mari....orang-orang bertuah itu termasuklah Kak Red; Tepak Sireh; Muzindayanti Retno Dumillah; Sukeler Gina Marna; Dinasourtra Adikku; Kak Eton Wani; Yusman Life is Great; dan Angah I Myself Me. Selamat menjawab ye!

9 comments:

Anonymous said...

Rhinoceros Dumplings!!! wakaka !!
klasik!!
Balik Sungai Petani Ka....? Ingat ka lagi alamat rumah?

Red Mummy said...

tang kang!

akak dah x jwb tag2 ni dah lah..aku over loaded.

tp x per..

aku suh readers aku baca tag ko

and aku pick ppl to do this tag

emm...

ok gakkan

Adi Osman said...

datuk k(h)

sesungguhnya alamat rumah akan senantiasa dikenang. gila hapa tak hengat alamat umah? huhuhu....tanggang kah?



kak red

suka ati kau la kak red....aku tak kisah pun....

Anonymous said...

olla olla..oh kat sini asal usul tag itu..ok ok nanti aku reply

Rush Murad said...

ayoooo..... ada lagik ekr tag2 nih???? entry aku tengah Q nak diiploadkan..... nanti ler aku jawab, but in the tagging style ek..... citer nostalgia raya...

A.Y.U.N.I.E said...

new word for 2day...rhinoceros dumplings..hahaaaa

Adi Osman said...

vanguard...

bukan di sini tawwww....kat tempat layen tapi dah orang tag kene la jawab. kang tak jawab kecik ati lak....



bang shidi....

tah...tetibe je kene tag. hukkkkkkk ekceli ai tak brape fancy dah skang. tapi layan je laaa


ayuninadhirah

yes....a word a day!

Anonymous said...

salam, aku dah letak gambar utk kau sebagai kenang-kenangan :p nie aku dah jawab tag dah nie http://vangardx.net/blog/8-soalan-mengenai-aidilfitri-syawal/

Angah said...

I like the word...rhino dumplings...akakakaka