Friday, April 30, 2010

Sawadee ka, Weekend Escapade To Bangkok PART VI


Sepanjang perjalanan dari Grand Palace menuju ke destinasi seterusnya, punya la ramai driver tut tut dok menyapa Fendiosman suruh naik. Mula la macam-macam berita diorang bagi. Kebetulan jalan Fendiosman gunakan tu adalah jalan ke Wat Pho, satu lagi tempat pelancongan di Bangkok, pakat la dok bagi fake news kata tempat tu tutup. Konon bila kata tutup tu Fendiosman nak naik la tut-tut depa. Sekali lagi diingatkan ye murid-murid, jangan ikut orang yang tak dikenali.


Tapi betul, diorang ni nak tarik pelancong. Pastu mula cakap macam-macam. Ni kata kawan Fendiosman ittewwww la. Tetap la kami berdua ni gigih meredah panas, sampai menitik-nitik peluh ni ha. Tapi lama-lama tak tahan. Bila dah jauh sikit dari pemandu tut-tut yang ala2 mencekik tu, kami tahan satu tut tut pakcik takde gigi ni. Haaaaaaaaaaaa...berkeyakinan la sikit nak naik. Destinasi seterusnya tu dalam 3 km dari Grand Palace, tapi sebab panas sangat, sapa tahan kan? Naiklah tut tut......


Fendiosman melawat Flower Market. Another interesting place to visit. Kalau pergi lewat malam atau awal pagi, lagi banyak bunga sebab ada yang baru sampai dari ladang. But still, masih banyak bunga. Macam-macam kaler ada. Harga pun sangat murah.


Paling banyak, bunga orkid! Ni kan bunga kebangsaan Thailand. Tengok kiri orkid, tengok kanan pun orkid. Macam-macam kalernya......


Seikat bunga yang Fendiosman pegang tu, hanya dalam 200 baht. Boleh mandi bunga ni! Siap ada rose petals yang dah siap untuk buat mandian. Kalau la dok di Bangkok, hari2 Fendiosman mandi bunga.


Rasa macam kat Kemeren Helen pulak. Tapi laaaaaaaaaaaaaagi banyak bunganya. Kalau kentut kat sini agaknya boleh hilang bau busuk. Dalam pusing punya pusing, tetibe je Fendiosman tergelak bila terlintas kat satu kedai ni. Serta-merta teringatkan kisah Inang Bodoh yang pernah Fendiosman buat sebelum ni. Nak tau apa yang Fendiosman jumpa? Hiksssssssssssssssssssssssssss......


Kedai jual riben. Heh......harus hantar Inang Bodoh buat internship kat sini. Mesti balik dari internship, terus jadi pakar memintal riben. Boink...boink.....boink! Tak perlu la lagi nak hire Ema Lentik untuk buat pintal-pintal kalau ada event. Standard yang dikehendaki katanya. Alang-alang kan........daripada membazir duit, baik hantar untuk menuntut ilmu.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.....

Haruslah Inang Bodoh mendapat peluang untuk memantapkan skil memintal riben tu. Daripada dok biar dia berpeleseran kat shopping complex waktu pejabat, baik hantar untuk sesuatu yang berguna. Kalau pindah Putrajaya nanti macam mana la kan? Tang mana la agaknya dia nak berpeleseran? Alamanda kah? Siaplah Ratu Sheeba nak pergi jamin kat Parcel C sebab kena angkut naik bas beramai-ramai! Kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan?


Fuh....memang mencabar bila berjalan dalam panas ni. Kat Bangkok, memang kaya dengan jualan jus buah buahan. Macam-macam buah ada. Yang paling menarik hati Fendiosman, jus buah delima yang amat segar. Kalau beli dalam kotak kat Malaysia ni, pahitnya ohhhhhhhhhhhhhh! Sedihhhh! Tapi apa yang Fendiosman dapat di Bangkok ni, aduhai! Rasanya memang tak dapat lupa sampai hari ni! Kalau tak takkan la sampai 2 botol Fendiosman kerjakan.

Sambil tengok-tengok tu, try la jugak ambik gambar macam konon profesional la kan! Tapi serius, sangatlah cantik bila tengok bunga-bunga ni. Kira tak menyesal la tak ikut pergi Fashion City. Dapat jugak Fendiosman kenal what is Bangkok ala2 pelancong backpack yang suka jalan ke sana ke mari.



Dah berpanas dalam pasar tu, teruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya. Tapi sebelum sampai, rehat sat dulu! Recharge energy katanya! Ehhhhhhhhhhh...tersentap ke baca blog ni?


Hiksssssssssssssss....kan Fendiosman dah cakap, I can be very nice, but should you need me to be the other way round, Fendiosman boleh je buat. The art of plastic performance ni! Susah ooooo nak blajar.....

Thursday, April 29, 2010

Sawadee ka, Weekend Escapade To Bangkok PART V



Hari ketiga di Bangkok, tatkala ahli rombongan yang lain sibuk mengemas barang untuk pulang di sebelah petang, Fendiosman membuat keputusan untuk sightseeing naik bot di Chao Phraya bersama sahabat. The rest semua pakat nak shopping kat Fashion City. Memandangkan Fendiosman bukan ahli shopping, jadinya eloklah buat itenerary sendiri. Kang gila pulak berdampingan macam dengan datin-datin JICA. Asyik la ulang-alik pergi Flea Market. Makanya perlulah untuk ke Chao Phraya ittewww adalah untuk bergambar, dan melihat Bangkok dari sungai yang sangat glamer di seluruh dunia.


Dengan harga 150 baht, anda boleh menelusuri Chao Phraya, unlimited dan melawat ke hampir kesemua destinasi pelancongan utama di Bangkok. Nak lagi thrill, sila jalan kaki ya. Tapi, dengan cuaca 38 darjah celsius, mampu ke nak bersauna sepanjang jalan? Dari satu stesen ke satu stesen, konsepnya macam Hop On Hop Off bus kat KL. Masa pun boleh diatur sendiri, kos yang murah. Errr....untuk anda yang nak pergi satu tempat saja, eloklah beli yang ikut destinasi. Lebih menjimatkan.

Pemandangan sepanjang sungai sangat cantik, walaupun Chap Phraya tu taklah sebersih mana, tapi lebih bersih la jika nak dibandingkan dengan Sungai Juru, maupun Sungai Pinang, ataupun Sungai Klang. To avoid traffic jam, one can choose to travel by boat to get from one place to another.


Wat Arun, Temple of The Dawn, and it is named after Aruna, bukan Astro Aruna yang dah tak wujud tu ye! Tapi dewa dewi penganut Hindu kalau tak salah la. Nama penuh wat ni, Wat Arunratchawararam Ratchaworamahawihan. Tetibe teringat Sejarah sekolah menengah waktu nak sebut nama gelaran Kesultanan Perlis satu masa dulu. Phya Songkram Rammu Wisit Willis Asmara Phya Perlis. Tudiahhhhhhhhhhhhhhhh....panjang berjela. Tergeliat lidah nak sebut neh!


Untuk penumpang bot ni, ada konduktor yang akan check tiket, atau mengutip tambang bagi penumpang yang naik kat mana-mana Pier di sepanjang perjalanan. Ada 2 jenis bot, satu yang memang berhenti kat stesen-stesen tempat tarikan tourist. Yang satu lagi, yang locals naik. Ada kaler bendera yang menentukan Pier mana bot tu akan berhenti. Jadi, sila rujuk panduan yang ada kat kaunter beli tiket untuk mengelakkan anda terkeliru dengan destinasi anda.


Gambar ihsan sahabat Fendiosman yang sama-sama mengikut ke Chao Phraya pada pagi itu. Katanya sepanjang bekerja di Bangkok, beliau pun tak pernah naik bot loncat 150 baht ni. Takat naik bot mewah mengiringi Agong saja katanya! Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...


Destinasi pertama, The Grand Palace atau nama Siamnya; Phra Borom Maha Ratcha Wang. Sebuah kompleks yang mengandungi Istana Rasmi (King Bhumibol tak dok kat sini, dia dok kat istana lain), Wat, dan lain-lain bangunan.


Dengan cuaca panas yang mencengkam muka, Fendiosman redahkan jugak, semata nak pi melawat tengok tempat orang. Tak payahlah ambik tourguide untuk Grand Palace ni kalau setakat nak tengok-tengok je. Ambik gambar kat luar pun dah cukup cantik melainkan kalau nak belajar sejarah.


Lagipun, kalau nak masuk ke dalam foreigner kena bayar. Tapi kalau muka ala2 Siam macam Fendiosman, boleh je guna laluan rakyat Thailand untuk kemasukan percuma. Berkali-kali berlaku insiden orang Siam tempatan bercakap la dengan Fendiosman bahasa Thai, krung kreng krung kreng, panjang berjela-jela, tapi Fendiosman senyum sambil kata;

"I don't speak Thai. I am not local......"

Heh..........pergi Indon, orang ingat kita ni Indon. Pergi Siam, orang ingat kita ni Siam. Agaknya kalau pergi Washington ada tak orang kata Fendiosman ni Mat Saleh? Tapi...kenapa Washington ya dalam banyak-banyak tempat di luar negara? Opsssssssssssssssssssssssssssssss...


Tapi kalau modelnya dah posing menarik dan senyuman ala2 performing arts, makanya tak perlulah untuk masuk explore gambar-gambar yang cantik. Sebab dah tentu cantik! Kaaaaan?


Kan Fendiosman dah cakap.........tak perlu tempat yang cantik kalau modelnya menawan. Hahahahahaha


Apa pun, The Grand Palace ni memang cantik! Dari sini, Fendiosman terus ke destinasi kedua, Pasar Bunga. Tapi untuk para pengunjung, jangan percaya kepada orang di sekeliling anda yang menyatakan tempat tu tutup tempat ni tutup. Nanti dia bawak naik tut tut, lepas tu ketuk kita mahal2, tapi tempat yang adooooo. Sedehhhhh. Tapi tu kita cerita dalam siri berikutnya la ye!

Wednesday, April 28, 2010

Sawadee ka, Weekend Escapade To Bangkok PART IV

Dah penat berjalan, dengan letihnya, ditambah pulak dengan makanan yang woooooooo sangat lazat lagi menyelerakan makanya kepenatan pun melanda di tahap maksima. Mata yang berat, kaki yang lenguh, makanya servis untuk meregangkan urat-urat tu amatlah perlu. Fendiosman tak bawak tukang urut maupun bibik untuk bantu mengurut di bilik penginapan ya. Jadinya...........sebab banyak sangat outlet mengurut kat sekitar Jatuchak dan JJ Plaza, ambil lah peluang yang ada untuk merasa urutan orang-orang Siam bersama rakan-rakan. (Walaupun Fendiosman biasa pergi urut kedai Siam kat Sungai Petani nun....)


Harganya tak mahal, untuk sejam urutan kaki dan belakang bahu, kira-kira 250 Baht saja. (Sila abaikan kaki Fendiosman yang ada tompok parut hitam ittewwwwwwwwwwwwwwww, kalau mintak jadi Artis Budaya IB mesti kena reject awal2 pasal kaki ada parut!)


Tapi, tengok nasib la ya. Kalau tukang urut best, bestlah jadinya urutan! Kalau tukang urut sendu ala2 Fendiosman dapat pada hari tersebut, ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....takat tekan2 manja kakiku ini pastu nak kata urut refleksi? Errr....ada pulak Pelancong sorang ni bawak anak dia berlari2 dalam kedai ittewww, makanya habis tumpuan tukang urut terganggu sebab tertarik dengan budak kecik yang kununnya comel lagi kiut tersebut. Nak marah, mana la dia paham orang putih cakap.





Dari Kedai Urut, terus ke Masjid di Silom untuk menunaikan tanggungjawab. Mode musafir ni, boleh diskaun sembahyangnya. Dan, sebab toilet kat sini berair, bolehlah membuat bisnes mana-mana yang patut. Paginya dah minum air halia, fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.........



Dah 2 hari naik van ni baru terperasan ada maklumat yang boleh dibaca di pintunya. Servisnya VIP, boleh tengok DVD, boleh jugak karaoke macam dalam Amazing Race aritu. Tak boleh merokok, tak boleh makan minum, tak boleh bawak binatang peliharaan, dan paling penting gambar yang terakhir tu! Macam-macam takrifan boleh dibuat! Boleh posing seksi barangkali? Atau boleh berbogel tanpa sebarang larangan? Atau apakah? Mari sama-sama kita intepretasi gambar ye murid-murid!



Sabtu di Bangkok, walaupun dilanda demam Baju Merah, trafik masih padat walaupun tak penuh dengan warga asing yang datang melancong seperti hari-hari takde Baju Merah dulu. Macam takde apa2 yang berlaku. Aktiviti seperti biasa jalannya. Cuma stesen LRT di kawasan Baju Merah ditutup untuk keselamatan.


Kat Bangkok ni juga bersepah klinik kecantikan untuk membuang jerawat, mencucuk sana sini bagi tegang, plastic surgery seperti nak plastikkan mana-mana part yang perlu. Melukis benda yang takde di badan, membuang bulu merangkap susuk bagi sesiapa yang rasa kehadiran bulunya ittewww mengganggu kehidupan seharian dan juga menjadi tempat anti-obesity untuk membuat rawatan. Bonda Phachat, jom kita buat treatment anti-obesity? Pasni bolehlah kau berkemban ala2 makcik Siam Niramit seperti yang dibayangkan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Pulau Pinang ittewwww..............kan?

Kalau tempat yang ada Hard Rock Cafe', makanya tidak sahlah kunjungan kalau tidak menjejakkan kaki ke kedai tersebut untuk membeli mementos. Kad diskaun 10% yang ada dalam simpanan menyebabkan semangat untuk membeli tiba-tiba membara. Jadinya, singgahlah setulang di kedai berkenaan untuk membeli belah barang seketika.

Marahkan baju sebab takde saiz. Adakah baju ittewww yang kecik atau Fendiosman yang membesar bagai johan? Tapi kan murid-murid, memang betul, selepas keluar dari tawanan dan cengkaman Ratu Sheeba dan pengikut-pengikutnya, susah sangat nak dapatkan baju yang bersaiz tepat! Sedehhhhhhhhhhhhhhhhhh...



Kat belakang tu ada model posing, Fendiosman pun feeling jadi model jugak walaupun dari spesis tumbuhan herba yang renek lagi rendang. Terpaksalah mematahkan tangan bagaikan Sutun demi mempromosikan baju Hard Rock Cafe' Bali yang dipakai di Kedai Hard Rock Care' Bangkok!



Dan ini adalah posing paling wajib. Mesti berdiri di depan kedai untuk sekeping gambar alibi.



Di sepanjang jalan ke HRC, memang menjadi tumpuan Baju Merah dengan ceramah kenegaraan mereka. Sambil dipasang speaker kuat-kuat dan tepukan palsu tanda menunjukkan orang ramai hadir walaupun sebenarnya belum sampai waktu ramai yang datang! Kat tempat ni Baju Merah makan, tidur, mandi, kencing, berak, dan sebagainya.



Jalan disekat dengan buluh runcing kononnya tak bagi orang masuk. Tapi memang makin lama makin ramai orang Baju Merah bila matahari mula condong ke barat. Kata Budak Cina sorang tu, malam sebelumnya memang macam ulat! No wonder la trafik sesak ya amat. Diorang ni rupanya jadi punca....


Dan yang paling mahal, sempat juga Fendiosman kidnap abang Baju Merah ni untuk bergambar bersama. Lagi sekali, takde niat nak menyokong mana-mana pihak. Fendiosman sekadar nak rasa dan alami rasa huru-hara bagaikan yang dilaporkan ittewwww. Cuak tu memang ada, tapi sebab nak jugak rasa, teruskan. Apa-apa jadi sila tanggung sendiri ya! Selesai Bahagian IV, malamnya terus balik ke rumah sambil berehat menghilangkan rasa penat dan lenguh kaki. Hooooooooooooooooooooooo, esoknya nak jalan pusing2 lagi.

Tuesday, April 27, 2010

Sawadee ka, Weekend Escapade To Bangkok PART III


Pagi di Bangkok disambut dengan hujan renyai-renyai, tapi tak menghalang kegigihan Fendiosman dan rakan-rakan untuk terus berjalan. Fendiosman mengambil pengajaran waktu kunjungan ke Jepun tahun lepas waktu sama-sama berjalan dengan Datin-datin Meroyan sekelian, Malaysian will always shop wherever they go. Jadinya, kali ni sebab berkumpulan sama-sama dengan ahli rombongan sekelian, makanya boleh diagak apa yang berlaku. Seawal jam 9.30 pagi, kami dah sampai ke Jatuchak Plaza untuk acara shopping. Tapi macam Fendiosman maklumkan sebelum ni, Fendiosman bukan berniat nak shopping gara-gara dah buat kerosakan di Kuching sebelum berkunjung ke Bangkok. Maka perlulah berhemat dan cermat dalam berbelanja. Lagipun, memang niatnya untuk sightseeing walaupun dengan keadaan Bangkok yang dilaporkan gawat oleh media di seluruh dunia. Kenalah rancang perbelanjaan dengan teliti!

Brunch di JJ Plaza bersebelahan Jatuchak, di kedai Muslim dalam foodcourt. Kat Bangkok ni janganlah risau kalau nak makan, bila berjalan mesti terserempak dengan kedai makan Muslim, tak pun gerai2 jual makanan yang halal. Tapi janganlah expect ada banyak menu ya! Cukup sekadar nak mengalas perut. Melainkan kalau memang melantak dan melahap, kena ada kek berjenis-jenis, tapau bawak balik ayam golek berekor-ekor, dengan maggi lagi, biskut lagi. Jadinya, makan saja apa yang ada ya murid-murid!


Menu pagi, nasi kuning lauk ayam, dan jus halia bercampur carrot serta celery. Memang membuang angin. Sepanjang di Jatuchak, memang keluar angin atas bawah! Hish.....puas mengontrol supaya tak terbunyi ye.



Kata orang, kat Jatuchak ni semuanya ada melainkan ibu bapa serta saudara mara. Tapi jangan lupa bawa cash ya. Kat sini susah sikit nak buat transaksi kad kredit. Kalau pura-pura tak bawak wallet dengan alasan terlupa cucuk duit atau kad atm tertinggal, alamatnya kecewalah harapan untuk membeli belah di sini. Takde sapa yang sanggup pinjamkan duit ataupun dulukan duit untuk berbelanja. Kang takut terlupa bayar nak buat macam mana? Opssssssssssssss! Macam-macam ada! Luasnya sampai berblok-blok, tapi jangan harapkan peta yang ada di Pusat Informasi ya murid-murid. Apa yang dilukis ittewwwww tak sama dengan apa yang anda akan alami sewaktu berkunjung ke tempat tersebut.


Mula-mula memang jalannya basah. Sebab hujan sangat lebat. Tapi...........lama kelamaan..............


Baju berlengan pendek pun kena sinsing. Panas sangat katanya! Patutlah Mat Saleh pakat dok berlenggeng ke sana ke mari. Memang sangat panas ya murid-murid. Bahang........lain daripada di Malaya. Habis basah satu badan sehingga ke celah-celah jahitan!


Dari satu kedai, ke satu kedai. Fendiosman menjelajah membuat terapi minda. Nak membeli, kena betul-betul merancang. Takut terlebih. Lainlah kalau ada entourage, tunjuk saja apa yang dihajatkan, terus je ada orang bayar. Kita ni rakyat marhaen saja yaaa...

Dalam banyak-banyak kedai, tetibe je Fendiosman rasa heran bila lintas satu kedai tu. Rasa macam tak percaya. Fendiosman di Bangkok kah? Atau di Malaya kah?


Ada menara berkembar Petronas dijual di Bangkok? Pastu ada pulak fridge magnet SABAH? Ehhhhh? Mengapakah? Agaknya pasal tu orang kata kat sini boleh dapat apa saja.........


Ada makanan yang meriah.....


Ada arnab pakai skirt comel......


Ada pakaian yang bertulisan fenin-fenin lalat. Nak beli tapi I'm too naive for that I guess. Heh......*matila perasan!


Memandangkan masa untuk shopping adalah terlalu lama, Fendiosman pun mati kutu. Merayau sana sini tanpa arah tujuan. Cuaca makin panas, peluh makin menitik, perut lapar balik. Nak tunggu waktu berkumpul semula....alahai lambatnye!

Tunggu punya tunggu, dan tunggu lagi, makanya sampailah waktu makan tengahari bersama rakan-rakan.


Kat dalam Jatuchak ni pun tak susah nak cari kedai Muslim. Untuk yang nak berkunjung ke sana, carilah Menara Jam di Jatuchak ni. Memang akan ada ternampak dengan warung makan ni. Menunya?



Woooooooo....memang stim abis makan!


Tomyam terlazat yang pernah Fendiosman rasa. Unlike di kedai tomyam di Malaya yang kaya dengan sampah sarap, kat sini kaya dengan isinya, termasuk makanan laut dan isi kelapa. Terangkat...........


Sate yang lazat, dan besar! Well.....sesetengah orang memang suka yang besar kan? Opsssssssssssssssss



Dah paling penting, walaupun Fendiosman ni bukanlah jenis berahikan pulut. Tapi bila terkena penangan pulut mangga ni, mak aiiiiiiiiiiiiiiiiii....mau ulang alik tiap-tiap hari ke sini. Untuk mangsa diabetes, sila berhati-hati dengan ambilan gula anda ya! Pulut ni boleh menyebabkan glukosa dalam darah anda naik mendadak.

Heh....cukuplah dulu kisah hari kedua di Bangkok, ni baru kisah setengah hari! Lepas makan, apa la jadi agaknya ya?