Saturday, April 03, 2010

Yang Dinanti

Heh...bersawang blog Fendiosman ni. Dah lama sangat tak bercerita, sampaikan ada manusia komplen bila la Fendiosman nak update. Dengar2 kisah Inang Bodoh cukup panas sampai ada orang mengalirkan air mata. Pasai apa taktau la. Mungkin pasai tersentap dengan ayat2 nukilan Fendiosman. Tapi, bak kata orang, sapa makan cili dia rasa pedas. Fendiosman tak tulis nama, jadi kalau betul terasa........ermmmmm...sendiri mau fikirlah ya!

Cerita hari ni, mengisahkan dua benda, kedua-duanya Fendiosman nantikan. Satu untuk diri sendiri, satu untuk orang lain. Fendiosman rangkumkan jadi satu cerita. Tapi, kedua-dua yang dinantikan ni cukup menggembirakan. Dalam pada gembira tu, memang minggu lepas Fendiosman ada terbiul sekejap. Bak kata pantun melayu lama;

Apa dilihat padi seberang;
Entah menjadi entahkan tidak;
Apa dilihat padanya orang;
Entah kasih entahkan tidak....

Fendiosman ingatkan kasih, rupanya kachiwa................................tapi takpa; bunga bukanlah sekuntum. Silap Fendiosman jugak tak bagitau awal2.

Heipppppppppppppp......sila abaikan cerita jiwang2 tu. Buat abis beras je layan perasaan. Meh kita masuk bab yang dinanti oleh Fendiosman.

Satu.............................

Adapun satu hari sewaktu menaiki pesawat berbadan lebar (kalau masuk MAS Academy jadi pram, depa kata widebody); Fendiosman terbukak satu katalog bebas cukai yang bertajuk Temptations. Dalam majalah tu Fendiosman terperasan satu item yang dijual adalah perfume berjenama Amouage yang berharga mahal jika nak dibandingkan dengan lain-lain perfume. Sebab hairan sangat, Fendiosman meng'Google' dan mendapati perfume ittewww tidak ada dijual langsung di Malaysia. Asalnya dari Oman, dan katanya perfume ittewww digelar sebagai THE MOST VALUABLE PERFUME IN THE WORLD. Jadinya, Fendiosman pun memasang azam untuk memiliki perfume tersebut.


Sebab takde dijual kat Malaysia ni, jadinya bacalah review, dan jugak mintak dua tiga orang meninjau harga dan bau sebelum membeli. Almaklumlah, harga bukan murah. Kang abis banyak duit tapi bau yang ado. Orang kata perfume Tok Arab ni biasanya memang wangi. Kalau tak caya, bila Tok Arab Kaya lalu lalang kat Starhill ka, Pavili ka...cuba lintas belakang depa. Bau dia memang kuat dan sedap. Awas : Jangan salah lintas, kalau lintas belakang yang B.O sangat pelik, memang termuntah jadinya.

Tunggu punya tunggu, dari tahun lepas lagi makanya tadi tengahari Fendiosman berjaya mendapat apa yang dihajatkan. Amouage Lyric 100ml Eau De Parfum. Harganya tu toksahlah tanya. Nangis ye murid-murid! Tapi sangat puas hati, sebab bila cret sikit kat tangan tengahari tadi, sampai sekarang ni tak hilang bau. Dan baunye berubah-ubah. Bila awal, rasa macam mandi air mawar. Lama-lama bau dia jadi lain. Sedap dan sangat masculine.

Dua........................

Sedang khusyuk Fendiosman buat kerja smalam di pejabat, tetibe message masuk dalam telefon Fendiosman. Fendiosman buat tak layan je, biasa la pagi2 ni malas nak belek henset. Lagipun tengah bizi merancang gerak kerja di pejabat. Dok kejap lepas tu, dengar bunyi lagu yang dah disetkan sebagai urgent yakni dari Mama di Sungai Petani ataupun FahmiOsman.

"Hang dapat dah MMS?"

"Dah...tapi tak tengok lagi"

Haaaaa.....Fendiosman dapat anak menakan lagi sorang. Biasa la, benda pertama belek adalah hidung. Sangat mami tanjung ya konsepnya! Almaklumlah, idung kami ni tinggi2. Walaupun idung Fendiosman macam serombong kapal sikit, tapi yang penting tetap terletak tanpa perlu shading ye murid-murid!


Sebab malam tadi tak manis untuk pi tengok kakak ipaq di spital, jadinya pagi tadi Fendiosman gigih bangun awal untuk pergi Annur Bangi untuk menjengah anak menakan baru. Kecik je budaknye. 2.6kg. Keluar awal 3 minggu. Wooooo....sangat siok tengok budak2 kecik camni. Hangpa toksah dok tanya la bila Fendiosman nak dapat anak sendiri. Sila rujuk pendahuluan posting blog Fendiosman kali ni untuk maklumat lanjut.


Ya, kita ambil pandangan sisi ya murid-murid. Bukti hidung tinggi baby adik ni. Kira sesuai sangat dengan konsep mami tanjung yang diamalkan. Mudah-mudahan Fendiosman pun dapat anak semancung ni nanti. Amin.................fuaaang! Jadinya kenalah cari yang mancung jugak untuk memastikan kedominanan gen yang dibawa. Mampooooooooooooooo?


Inilah dua perkara yang dinanti Fendiosman kebelakangan ni. Walaupun ada sikit patah hati gara-gara insiden yang mengecewakan ittewwwwwwwww, at least dua perkara ni dapat jugak menggembirakan Fendiosman. Daaaannn...paling utama, Fendiosman tak lagi dilingkungi oleh situasi yang melemaskan di bangunan tengah-tengah Segitiga Emas bersama-sama orang yang berjiwa sensitip. Esok nak gembirakan hati lagi la. Meh kita cari kegembiraan seterusnya! Yeayyyy.....

3 comments:

swit@kon said...

hamboi. bila perfume baru ka....i've read about this perfume jugak. tahniah la dapat beli. nanti jumpe bagi i bau k. hahahah

congrats on the new anak menakan. besaq nanti mesti jadi rebutan. chumel sungguh!

Angah said...

tahniah...suka tengok baby tido.. very calm kan..

X-weatherman said...

Berapa ragok harga amouage tu??

huhuhu..sebab hang taknak aku tanya soklan seterusnya, jadi aku tak tanya laa..hehehe