Pagi di Bangkok disambut dengan hujan renyai-renyai, tapi tak menghalang kegigihan Fendiosman dan rakan-rakan untuk terus berjalan. Fendiosman mengambil pengajaran waktu kunjungan ke Jepun tahun lepas waktu sama-sama berjalan dengan Datin-datin Meroyan sekelian, Malaysian will always shop wherever they go. Jadinya, kali ni sebab berkumpulan sama-sama dengan ahli rombongan sekelian, makanya boleh diagak apa yang berlaku. Seawal jam 9.30 pagi, kami dah sampai ke Jatuchak Plaza untuk acara shopping. Tapi macam Fendiosman maklumkan sebelum ni, Fendiosman bukan berniat nak shopping gara-gara dah buat kerosakan di Kuching sebelum berkunjung ke Bangkok. Maka perlulah berhemat dan cermat dalam berbelanja. Lagipun, memang niatnya untuk sightseeing walaupun dengan keadaan Bangkok yang dilaporkan gawat oleh media di seluruh dunia. Kenalah rancang perbelanjaan dengan teliti!
Brunch di JJ Plaza bersebelahan Jatuchak, di kedai Muslim dalam foodcourt. Kat Bangkok ni janganlah risau kalau nak makan, bila berjalan mesti terserempak dengan kedai makan Muslim, tak pun gerai2 jual makanan yang halal. Tapi janganlah expect ada banyak menu ya! Cukup sekadar nak mengalas perut. Melainkan kalau memang melantak dan melahap, kena ada kek berjenis-jenis, tapau bawak balik ayam golek berekor-ekor, dengan maggi lagi, biskut lagi. Jadinya, makan saja apa yang ada ya murid-murid!
Menu pagi, nasi kuning lauk ayam, dan jus halia bercampur carrot serta celery. Memang membuang angin. Sepanjang di Jatuchak, memang keluar angin atas bawah! Hish.....puas mengontrol supaya tak terbunyi ye.
Kata orang, kat Jatuchak ni semuanya ada melainkan ibu bapa serta saudara mara. Tapi jangan lupa bawa cash ya. Kat sini susah sikit nak buat transaksi kad kredit. Kalau pura-pura tak bawak wallet dengan alasan terlupa cucuk duit atau kad atm tertinggal, alamatnya kecewalah harapan untuk membeli belah di sini. Takde sapa yang sanggup pinjamkan duit ataupun dulukan duit untuk berbelanja. Kang takut terlupa bayar nak buat macam mana? Opssssssssssssss! Macam-macam ada! Luasnya sampai berblok-blok, tapi jangan harapkan peta yang ada di Pusat Informasi ya murid-murid. Apa yang dilukis ittewwwww tak sama dengan apa yang anda akan alami sewaktu berkunjung ke tempat tersebut.
Mula-mula memang jalannya basah. Sebab hujan sangat lebat. Tapi...........lama kelamaan..............
Baju berlengan pendek pun kena sinsing. Panas sangat katanya! Patutlah Mat Saleh pakat dok berlenggeng ke sana ke mari. Memang sangat panas ya murid-murid. Bahang........lain daripada di Malaya. Habis basah satu badan sehingga ke celah-celah jahitan!
Dari satu kedai, ke satu kedai. Fendiosman menjelajah membuat terapi minda. Nak membeli, kena betul-betul merancang. Takut terlebih. Lainlah kalau ada entourage, tunjuk saja apa yang dihajatkan, terus je ada orang bayar. Kita ni rakyat marhaen saja yaaa...
Dalam banyak-banyak kedai, tetibe je Fendiosman rasa heran bila lintas satu kedai tu. Rasa macam tak percaya. Fendiosman di Bangkok kah? Atau di Malaya kah?
Ada menara berkembar Petronas dijual di Bangkok? Pastu ada pulak fridge magnet SABAH? Ehhhhh? Mengapakah? Agaknya pasal tu orang kata kat sini boleh dapat apa saja.........
Ada makanan yang meriah.....
Ada arnab pakai skirt comel......
Ada pakaian yang bertulisan fenin-fenin lalat. Nak beli tapi I'm too naive for that I guess. Heh......*matila perasan!
Memandangkan masa untuk shopping adalah terlalu lama, Fendiosman pun mati kutu. Merayau sana sini tanpa arah tujuan. Cuaca makin panas, peluh makin menitik, perut lapar balik. Nak tunggu waktu berkumpul semula....alahai lambatnye!
Tunggu punya tunggu, dan tunggu lagi, makanya sampailah waktu makan tengahari bersama rakan-rakan.
Kat dalam Jatuchak ni pun tak susah nak cari kedai Muslim. Untuk yang nak berkunjung ke sana, carilah Menara Jam di Jatuchak ni. Memang akan ada ternampak dengan warung makan ni. Menunya?
Woooooooo....memang stim abis makan!
Tomyam terlazat yang pernah Fendiosman rasa. Unlike di kedai tomyam di Malaya yang kaya dengan sampah sarap, kat sini kaya dengan isinya, termasuk makanan laut dan isi kelapa. Terangkat...........
Sate yang lazat, dan besar! Well.....sesetengah orang memang suka yang besar kan? Opsssssssssssssssss
Dah paling penting, walaupun Fendiosman ni bukanlah jenis berahikan pulut. Tapi bila terkena penangan pulut mangga ni, mak aiiiiiiiiiiiiiiiiii....mau ulang alik tiap-tiap hari ke sini. Untuk mangsa diabetes, sila berhati-hati dengan ambilan gula anda ya! Pulut ni boleh menyebabkan glukosa dalam darah anda naik mendadak.
Heh....cukuplah dulu kisah hari kedua di Bangkok, ni baru kisah setengah hari! Lepas makan, apa la jadi agaknya ya?

2 comments:
my dream shopping vacay adalah jatuchak. huhu. bila tah nak merambu perabih duit kat sini tah.
encik pendi, takde oleh2 ke. magnet sabah itu ka. hahahaha
:P
saya hanya membuat kerosakan yang minima
jadi saya memang tak membeli apa apa pun melainkan untuk diri sendiri!
Post a Comment