Tuesday, April 06, 2010

Plastik Sangat Senyuman Itu


Heh! Nangis ya? Shudehhhhhhhhhhhhhhh, mau nangis kunun. Sendiri yang dok kelek cerita ke hulu ke hilir, lepas tu kena serangan bom atom, baru tau nak menangis! Sedih la ye, sebab kena serpihan bom secara sengaja. Nasib la kan..........................................

Fendiosman saje jadi feeling2 cengey dalam posting Inang Bodoh tu. Dah orang hambur, Fendiosman hambur la balik. I can be very sweet tapi kalau dah kau main-main, Fendiosman boleh jadi lebih hamsap daripada Kassim Selamat punya mak mertua ya! Jadi, silalah jangan main-main. Paham tak murid-murid?


Apa kau buat menangis lagi kat sini? Pergi kau ambil kain tu, lap muka kau yang penuh dengan hingus. Buruk benor rupa bila menangis sambil dok menceritakan kekecewaan akibat tersentap dengan Fendiosman kat orang ramai.


Adapun (ni ayat Sahibul Hikayat ni..........................) tadi berlangsunglah satu majlis ramai beramai kat Istana tertegak megah di tengah bandaraya Kuala Lumpur ni. Macam-macam golongan ada hadir. Ada pegawai tinggi, ada pegawai rendah, ada pegawai besar, ada pegawai kecik, dan ada jugak Sida-sida dan Inang-inang serata ceruk Istana jajahan lain yang sama-sama memeriahkan majlis. Masing-masing berwajah ceria, almaklumlah dapat bertemu rakan-rakan seperjuangan sambil mendengar amanat. Bukan selalu dapat kumpul macam ni.

Tapi Fendiosman taknaklah menceritakan perihal perhimpunan tu. Masing-masing dah dengar, dan faham dengan apa yang disampaikan (Kalau kau tidur kat dalam tu taktau lah nak kata apa! Suara yang berucap tu dah gegak gempita tau!) 

Kisah hari ni, Fendiosman nak pukul canang serata alam, nak menceritakan bagaimana ittewwwww seni persembahan yang sepatutnya semua orang mempelajari dan menghayati sambil mempraktikkan dalam kehidupan seharian. (Harus mintak kontrak mengajar kat Akademi yang megah ittewwwwwww, kan CheKem kan?).

Kalau tak reti, sila masuk kelas grooming dulu ya! Sila pastikan anda betul-betul menghayati apakah erti seni persembahan itteeewwwwwww yang sebenarnya. Kalau tersalah konsep, makanya akan terjadilah insiden-insiden yang tidak dijangka yang boleh menyebabkan teknik pementasan anda tidak menjadi dan nampak sangat anda membuat-buatnya bagaikan peserta Akademi Fantasia yang mahapropa itteeeeeeeeeeeeww (ada lagi menesia dok tengok rancangan ni ye? Opsssssssssssss.....sapa dia tatau?).

Hari ni, kita fokus kepada seni senyuman ya murid-murid. Dalam persada seni tanah air ni, bila berada di atas pentas, memang kita digalakkan untuk senyum. Bukan apa, manis je muka nampak atas pentas tu. Sejuk je hati orang yang melihat. Kalau boleh dipelajari, ada macam-macam teknik senyum boleh dibuat. Meh kita renung serba sedikit teknik yang ada.

Teknik pertama di senyum sekali dengan mata. Biasanya teknik macam ni dapat dibuat bila benar-benar ikhlas untuk senyum. Latihan sangat perlu ya murid-murid. Biar jiwa tu berbunga, barulah dapat lahir senyuman tu naik hingga ke mata. Susah nak buat ni! Biasanya dalam gambar candid baru boleh nampak melainkan kau tu Tyra Banks! Tak gitu?

Senyum kedua ni adalah senyum kambing. Biasanya ni bila kena marah dengan bos, tapi tetap nak menten keayuan dan kejelitaan, ataupun bila tengah catwalk tengah pentas tetibe tergolek persis Miss Ghana, memanglah senyuman ini yang perlu dipertaruhkan. Selalu sangat tengok scene ni nak2 dalam bilik meeting kat tengah-tengah Bukit Bintang waktu meeting panjang berjela dulu.

Haaaaaaaaaaaa, ni pulak senyum kekwat. Fendiosman sangat pandai buat senyuman spesis ni terutamanya bila jadi sang kabaret satu masa dulu. Performing arts katanya. Siap dengan kepala, dengan lentok2 badan sekali kena senyum. Sebabnya, nak bagitau.....akulah kabaret terhebat di doniaaaaaaaaaaaaa.

Dalam banyak-banyak senyum ni, tadi Fendiosman terjumpa satu senyuman tak jadi. Kisahnya Fendiosman terserempaklah dengan seseorang ittewwwww. Dan Fendiosman seperti biasa melontarkan senyuman kekwat ke sana ke mari. Menyedari Fendiosman tersenyum kekwat kepada beliau, lantas beliau membalas dengan senyuman yang paling plastik pernah Fendiosman tengok. Sambil bertegur ala-ala........nampak sangat keplastikannya ittewwww. Maka, hari ni Fendiosman nak tekankan, kena la blajar habis-habisan dulu teknik senyuman. Sebab...............kalau tersalah senyum memang nampak tak jadi ye murid-murid. Memang nampak sangat kepalsuannya ittewwwwm, bagaikan wig jenny kejung yang Fendiosman pernah pakai sewaktu buat photoshoot model-modelan satu masa dulu.

Kalau dah tak dapat control sangat keplastikan senyuman ittewwwwwwwwwww, tak payah la senyum ya murid-murid. Buat je muka inesen bagaikan langsung tiada kesalahan persis pak guard terkantoi tido waktu keje. Menten je ke'sejuk'an anda ittewww. Pasti tiada orang yang tau anda cuba senyum plastik depan hadirin sekelian. Kau ado?

Dah habis belajar ye murid-murid? Jangan pengsan masuk kelas seni persembahan dengan Fendiosman ni. Tak kuasa Fendiosman nak buat CPR kat semua orang nanti. Boleh la praktikkan di rumah sebab hal ehwal seni persembahan ni sangat penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Kalau tak memang tak ter'cover' keplastikkan anda ittewwwwww. Belajar teknin dengan betul, barulah boleh kau mencemik sambil tersenyum kekwat macam Fendiosman buat. Kaaaaaaaaaaaaaaaaaaan?

Ahhh...lupa pulak nak maklumkan, JANGAN SENTAP ye bila terbaca tulisan ni. Kalau rasa tak suka, pergi main jauh-jauh. Yang dok ikut jadi follower setia tu pasai pa tatau? Pastu nak nangis sana sini. Syohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....buruk benar muka anda itu!

2 comments:

X-weatherman said...

huhuhu..aku tak paham tapi buat-buat paham aje laa...

Ezri Shamsuddin said...

aku masih teruja dgn cerita Inang Bodoh... Masihkah ada sambungannya? Tolongla ada.. saya sebagai pembaca setia menunggu cerita itu.. haha.. terlebih sudah.