Monday, April 26, 2010

Sawadee ka, Weekend Escapade To Bangkok PART II

Murid-murid, ni cara-cara yang betul untuk membuka tali pinggang keselamatan anda ya! Lepaskan pelekap logam ya! Heh....Alhamdulillah, Fendiosman selamat pulang ke tanahair setelah beberapa hari berpeleseran di Bangkok bersama rakan-rakan. Bunda Phachat pasti menanti untuk menyaman Fendiosman setelah dicarut dalam posting sebelum ni, tapi rasanya niat beliau ittewwwww mungkin terpaksa dibatalkan sebab diberi makan kacang paket ungu yang ditapau khusus dari Royal Orchid Lounge. Kan Bunda kan?

Perjalanan ke BKK mengambil masa kurang lebih 2 jam dari KUL. Perjalanan kali ini melintasi ruang udara Pulau Pinang, terus belok ke kanan terus menuju ke Bangkok - Suvarnabhumi Airport. Weather was a bit bumpy after take-off, but after crossing Southern Thailand, the weather turned to be very calm. Meh kita tengok coretan di udara....

Satu masa dulu, Fendiosman pernah tawaf pulau ni 2 kali, satu ikut lawan pusingan jam, kali kedua ikut pusingan jam. Semuanya dalam masa 4 hari! Fuh....sangat nostalgia! Sangat mengimbau kenangan. Kalau dikenang, memang rasa tak mampu nak buat mulanya. Macam tak caya je bila dah mengayuh sampai ke destinasi.

Sate Ayam dan nasi goreng yang ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....soggy! Hanya sate saja yang mampu Fendiosman jamah. (Perut dah kenyang sebab melantak dalam lounge kaedahnya!). Tapi tetap jugak menjamah sate ittewwww.

Koh Samui........satu hari nanti, Fendiosman nak lari-lari ke sini pulak! Bila dah jadi bujang ni kan.....gunakan masa dan kesempatan yang ada untuk memusing-musing ke serata tempat.

Saja Fendiosman buat tinjauan kat tandas kapal terbang ittewwww. Selama ni Fendiosman tak pernah baca apa yang tertulis kat penutup tandas. Kali ni terdetik nak tengok. KAIN POPOK tu proper Bahasa Malaysia ke? Rasanya Fendiosman belajar dulu kat sekolah namanya Lampin! Ada sapa-sapa boleh bantu menjelaskan penggunaan bahasa yang betul kat Fendiosman ni?

Flight memang 90% penuh walaupun Bangkok katanya dipenuhi dengan Baju Merah. Fendiosman pun cuak sebenarnya nak menjejakkan kaki bila terbaca dalam media. Tapi, sebab gatal jugak nak pergi, redah je la.

2 jam kemudian, sampailah Fendiosman ke Bangkok. Kata Leading Stewardess, suhu adalah 38 darjah Celcius. Memang rentung la Fendiosman di Bangkok sepanjang di sini nanti nampaknya. Suvarnabhumi ni sangat mudah untuk difahami. Ikut je papan tanda yang ada, terus sampai kat imigresen, pastu terus je ambik beg. Dari tempat ambik beg, ikut je papan tanda ke tingkat bawah (Level 1 in Thailand) untuk dapatkan teksi. Jangan ikut sangat dengan ulat2 yang ada. Teksi yang diambil di Suvarnabhumi ni kena surcharge 50baht. Tol kena bayar sendiri oleh penumpang. Jadinya, jangan terkejut kalau driver teksi mintak duit tol ye murid-murid!

Bangkok hari Jumaat petang amat sesak. Jadi, bersedialah dengan tambang teksi yang nak naik mencanak-canak kalau terperangkap dalam jem. 1 km jarak, tapi boleh memakan masa sehingga 2 jam. Tak nanges camtu? Tapi Fendiosman agak bernasib baik walaupun terperangkap, masa yang diambil tu takdelah lama sangat, cuma 2 jam sahaja untuk 35km. Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.......sama je dengan KL pun. Kadang-kadang KL laaagi teruk. Nak-nak kat Segitiga Emas tu.

Haaaa...inilah tempat perlindungan Fendiosman sepanjang percutian kali ni. Pasal tu perbelanjaan tak berapa nak banyak sangat. Penginapan menumpang di rumah sahabat Fendiosman yang bertugas di sana. Jadinya memang dah save banyak la. Sama macam konsep Fendiosman ke Jakarta haritu! Untuk tuan rumah, Fendiosman ucapkan terima kasih banyak-banyak atas hospitality yang diberikan. Nanti Fendiosman berkunjung lagi ya! Almaklumlah.....tiket 4 RM1000 kan ada!

Sebab sesak teruk, Fendiosman hanya ada beberapa minit je untuk bersiap di rumah perlindungan ittewwww untuk ke Siam Niramit.

"Tariq, budak Cina tu cakap kau pergi sendiri ke Siam Niramit. Diorang tunggu kat sana Diorang pun jem teruk tu................"

Fuh.......perkataan yang cukup menggelabahkan Fendiosman. Mujurlah ada skil waktu kat Nihon dulu. Jadinya survival skill ni memang dipraktikkan la kan.....

"It's either kau naik teksi Motosikal tu ataupun naik LRT"

Fendiosman teringin nak bonceng moto kat belakang tu, tapi kata sahabat Fendiosman, tukang bawak moto ni tak reti cakap Omputeh, jadinya kena la naik LRT untuk cepat sampai ke Siam Niramit ittewww. Oh ya murid-murid, Siam Niramit tu adalah Panggung di Bangkok yang mempersembahkan Showcase Thailand. Show ala2 pengkisahan sejarah Thailand dalam bentuk tarian.

Jangan risau kalau kena naik LRT sorang2 di Thailand. Signagenya sangat mudah difahami. Cuma kadang2 tu kena la perhatikan masalah Bahasa Inggeris translation yang memeningkan, contohnya ISLAMIC Food (makanan yang Islamik?). Jangan keliru ya murid-murid!

Dengan LRT, Fendiosman hanya mengambil masa 15 minit untuk ke destinasi tujuan, yakni Siam Niramit. Tiket masuk tengok show adalah 1000baht. Shownya adalah dalam masa 80 minit. Tapi macam biasa la kan, adat tengok persembahan macam tu, mana boleh bawak masuk kamera. Dan Fendiosman respek audience yang datang sebab memang tak bawak langsung sebarang alat rakaman. Kalau di tempat kita sendiri ni, adoilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....nak kata tak faham bahasa, tak jugak. Tapi, mungkin sebab sikap kot depa jadi camtu!

Di Siam Niramit ni, selain dari persembahan tarian yang meletup dan mantap, turut dipaparkan kehidupan rakyat Thailand secara live. Ala2 Mini Malaysia la jugak. Tapi, kat Mini Malaysia takde orang yang jadi pelakon yang membuat demo macam ni! Haaaaaaa, tu la bezanya. Show tarian yang dipersembahkan, sangatlah mengujakan. Cukup untuk membuat mulut Fendiosman ternganga, dan konfius persembahan mana nak ditonton. Satu babak ada banyak ragam tari, degan pentas seluas 40 kaki. Memang terpegunlah dibuatnya. Siap ada terbang terbang lagi....pastu ada pulak sungai mengalir atas pentas, hujan turun dengan lebat. Memang rugi kalau tak pergi Siam Niramit ni kalau ke Bangkok. Shownya tiap-tiap malam, dan tetap akan berlangsung walaupun seorang saja penontonnya! Pitemmmmmmmmmmmmmm....

Ada makcik pintal benang sutera....


Ada jugak makcik menenun kain.......semuanya berkemban ye!


Dan ada jugak abang main lagu rakyat sambil berehat di dangau! Heh...................


Oleh sebab menempek dengan team Istana Budaya, makanya ada laaaa sesi taklimat pasal Siam Niramit yang menelan kos berjuta-juta USDollar itttewwwww.


Tengok khusyuk sungguh depa dok dengaq Siam tu bercakap..................


Selesai misi hari pertama. Hari Kedua depa kata nak pi shopping. Tapi Fendiosman mana la bawak banyak duit! Kita tengok apa yang terjadi nanti ya murid-murid!

4 comments:

phachat said...

kruppp... krappp... krup... krap...

*mulut syadap psl kacang enak penuh kat dalam!

Hambali ® said...

ah tabley nak bayangkan kalo la kak pac berkemban menenun kain macam makcik tu

phachat said...

Heeeeyyyy!!!!!!

Jangankan ko, aku pon tak leh bayangkan kekdah Sopia Jane itu aku contohi!


Pitemmmmmmmm!!!!

Angah said...

kain popok tu bahasa jawa. Diapers la kot ek..

Bila la aku nak terbang2 mcm ko tariq oiii...